Wednesday, January 13, 2016

Gambar : Lawatan Berjemaah Chang2 & Adik Icha Ke Hospital

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Tengahari tadi. Cikgu Niessa mengadu Adik Icha ter poo poo dalam seluar hahaha...Tapi, memang sejak akhir-akhir ni since dia batuk teruk dan selsema, dia selalu tercherry dalam seluar. Kesian. Aku tengok pun teruk sangat batuk dia. Hingus pun meleleh sebelas dekat hidung. So, I decide untuk bawak dorang pegi spital. Abang dia dah pegi minggu lalu tapi masih lagi batuk-batuk ringan.

Lepas makan tengahari tadi, aku rest sekejap sebab hospital pun bukak jam 2 petang kan. Kitorang selesai lunch dalam jam 1. So, ada masa 1 jam lagi. Sambil-sambil rehat tu aku sediakan susu botol dorang. Sebab aku plan, lepas dari spital nanti aku terus je bawak dorang naik opis. Tak larat nak ulang-alik rumah-spital-spital-rumah-opis. Better rumah-spital-opis-rumah. Sekali jalan je kan senang.

Jam 2 tepat kitorang sampai di spital. Park kereta. Lepas tu pegi daftar. Tapi, kali ni ramai orang la dekat spital. Lama jugak la tunggu dari proses daftar, cek, jumpa doktor dan ambil ubat. Jam 3.30 selesai.

Wefie itu WAHJIB

Gambar Atas : Ubat-ubatan untuk Chang2
Gambar Bawah : Ubat-ubatan untuk Adik Icha

Amekaw. Dikit lagi sekilo ubat dibagi nya urang. Hahaha...faham ka indak? Translate : hampir sekilo ubat diberi. Faham ke tak? Aaaa...yang tadi tu bahasa local dekat sini. Bahasa Brunei.

Dua-dua kena bagi ubat antibiotik dan ubat demam. Bezanya, si abang dapat ubat batuk tapi Adik Icha tak. Sebab doc cakap tadi, Adik Icha masih di bawah 5 tahun so tak digalakkan beri ubat batuk. Baik doc.

Sekarang, Adik Icha tengah layan kartun Wall-E dengan Kak Dayang. Dah tersalah mak agaknya. Well, Adik Icha tu mesra alam sikit berbanding abangnya yang berkepit jak dengan maknya. Eh, aku la maknye hahaha...

Erm, ye la korang. Aku nak sambung buat kerja dengan masa yang berbaki lebih kurang 15 minit lagi. Jangan risau, I got speedy hands. Kbai

1 comment:

Akim said...

Semoga anak cepat sembuh seperti sediakala