Showing posts with label adik icha. Show all posts
Showing posts with label adik icha. Show all posts

Wednesday, March 23, 2016

Throwback Sat & Sun : Dua Hari Beriadah di Tasik Mas & Elizad Sharifuddin

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Dah berlalu cuti sekolah. Mesti korang yang dah ada anak-anak yang bersekolah pergi bercuti kan? Kalo tak pun, dapat spend banyak masa dengan anak-anak. Macam aku, aku tak bercuti. Aku tetap berkerja. Tapi, aku make sure, tepat jam 5.30 petang, zappp! Kad sudah diketik. Aku laju je menonong ke parking. Start enjin, terus jalan. Direct balik rumah.

Sampai rumah, anak-anak dah menunggu depan pintu rumah. Kalo tak pun, dorang dah keluar bermain dengan anak-anak jiran. Aku apa lagi. Tukar uniform and terus transform jadi surirumah. Mulai sibuk nak prepare makanan untuk makan malam. Itu untuk weekdays la.

Sabtu. Macam biasa, hari bermalas-malasan walaupun hakikatnya sibuk jugak nak kemas rumah nak cuci pakaian dsb. Husband plak ke Lawas, ada pertandingan bola sepak ikut team LBA. Lun Bawang Association katenye. Husband jadi goalkeeper. So, kitorang bertiga je la dekat rumah. Sementara aku sibuk kemas rumah, nak masak, nak cuci kain aku jamu anak-anak terlebih dahulu dengan mee hun goreng. Gambar takde. Nanti orang kata aku sakai plak ambil gambar makanan. Sambil-sambil tu aku mainkan movie katun je sepanjang hari. Nak belanje dorang tengok katun sebab on weekdays dorang tak berapa dapat nak tengok katun sangat. Kesian.

Petang. Selepas anak-anak dah bangun dari tidur, aku ajak dorang pegi Tasik Mas. Sesaje nak pegi sana sebab last time pegi pun bulan 10 tahun lepas. Itu pun sebab ada join buka pameran jabatan dekat situ. Selalu bawak anak-anak pegi main dekat playground Taman Kenangan tu je. Tapi, since kata my colleague hari tu, dia kata dekat Tasik Mas dah ada renovation dibuat. Peralatan playground semua dah ditukar kepada yang baru. So, aku pun tak sabar la nak tengok and merasmikan playground tu hahaha...


So, this is the new playground. Gambar playground yang lama takde. Tak terfikir pun nak ambil gambar. Tapi, memang playground yang dulu tu tak berape nak ok dah pun adui ter berrr...sebab bukan setakat kanak-kanak je yang main dekat situ, abang kepada kanak-kanak dan kadang-kadang bapak kepada kanak-kanak pun pakat-pakat nak main jugak dekat situ. Mana nak tahan oiii...


Si abang yang caring dengan adiknya...berjalan pun nak pegang tangan sampaikan ada makcik-makcik yang kebetulan ada dekat situ pun kata "alaaa...comelnyaaa". Disebalik kata-kata itu, maknye la pulak yang kembang hedong hahaha... Tapi, kat dalam gambar ni nampak macam adiknya yang pegang tangan abang sebab si adik sebenarnya dah tazabar nak sampai ke playground tu hahaha...


Dekat playground tu ada batu-batu yang selalu orang pijak. Errr apakah sudah namanya tu...aku pun tak ingat. Aku pun pegi pijak la jugak batu-batu ni walaupunnn...walaupun aku terkial-kial hahaha...sakit wooo...ketara sangat dekat dalam badan aku ni banyak penyakit terutama penyakit hati hahaha...


Dah puas main dekat Tasik Mas, kitorang pun baliklah kononnya. Sekali anak-anak nampak playground dekat Esplanade, mintak singgah jugak. "Ye, ye mama singgah ye. Kali ni korang main la puas-puas". Singgah. Main sekejap dalam 30 menet, lepas tu balik. "Kali ni takde singgah-singgah lagi ye", kataku. Habis episod hari Sabtu.

Ahad pulak. Kitorang chill out je dekat rumah. Malas nak keluar awal sebab cuaca panas kan. Si husband ke Lawas lagi. Team dorang dapat masuk semi final. So, hari Ahad tu semi and terus final la hahaha <<< ayat ka jugak tu?

Jam 3 lebih si husband balik. Anak-anak masih tidur. Husband cerita team dorang dapat nombor 3. Ok la. Hadiah wang tunai RM 300 tapi dorang dah tunaikan dekat Lawas. Duit hadiah tu dorang spend untuk makan-makan satu team. Satu team ada 15 orang. Oklah. Kenyang jugak kan hehehe...Tapi, kalo dapat tempat pertama mau juga dapat RM 1K. Lumayan!

Sambil-sambil tunggu anak-anak bangun, aku layan anak yang sekor lagi. Sekor? Orang ke binatang? Hahaha...beliau adalah seekor kucing hehe...Aku masih belum bagi nama lagi. Susah sangat nak bagi nama dekat anak bulus yang sekor ni...

 
Muka pasrah kena paksa selfie hahaha...sorry saya tak sengajeee~~~ 

Jam 4 petang. Si abang yang bangun dulu. Dia tuntut janji (sebab aku dah janji nak bawa dorang main lagi dekat Tasik Mas). Aku kata, "tunggu adik bangun dulu. Lepas tu, baru kita jalan". Erm...tak payah tunggu adik bangun, lepas aku cakap camtu je dia terus kejutkan adik dia hahaha...punyalah!

Dah tu aku sesaje je nak menyakat dia. Aku kata pergilah jalan. Abang terus sound aku, "Aik?! mama tak pakai tudung?!". Hahaha...aku kata, abang dengan adik pergilah dengan papa. Abang terus resah gelisah hahaha...sebab dia takut dengan papa. Papa dia kan garang hahaha...Lepas tu dia naik pegi atas, rupanya dia pegi ambil tudung. Tudung pun main ambil sembarang je. Hahaha...dia punya tahap eksaited nak jalan tu sampai sanggup buat apa saja. Aku pun naik atas, besiap ala kadar lepas tu kitorang pun pergi lagi ke Tasik Mas.


Pandanglah dan lihatlah muka bahagia anak-anakku itu hahaha...Kemain seronok lagi main buaian. Dah tu, bapak budak ni pun tanak ketinggalan. Nak jugak main buaian katenye. By the way, kalo korang perasan, jarang aku dapat share gambar husband aku dekat sini atau dekat mana-mana media sosial yang aku ada. Sebabnya beliau bukan kaki selfie macam daku wakakaka...yang ni pun curi-curi gambar. HP kasi silent supaya takde bunyi shoot gambar hahaha...

Dalam pada aku jalan-jalan sambil membuang peluh (basah lencun baju wooo), sambil aku buka IG...scroll punya scroll ternampak notification masuk. Komen balas dari @elizadsharifuddin. Wow!!! Yang ini aku sakai so aku screenshot semuanya hahaha...jarang weih artis nak reply komen...



See...see...seeeee~~~

By the way, itulah sahaja coretan aktiviti di hari weekendku. Inipun disebabkan aku jeles tengok kawan-kawan lain dok update blog memasing. Aku pulak dok sibuk dengan persiapan menghadapi program Sejiwa Senada Limbang yang bakal tiba nanti huhu. huhu. huhuuu~~~

Sambung lagi berhuhu~~~

Kbai!

Monday, March 14, 2016

Gambar : Aktiviti Weekend Minggu Lalu

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ini kerja aku ialah memprint dan meng-laminate bahan untuk dibuat pameran sempena Project of Dreams-Realized (ProDR) yang bakal berlangsung pada 28 Mac ini. Aku ada sebut pasal ni di entri INI ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Selain itu, aku bermulti-tasking jugak. Sambil print, sambil edit gambar aktiviti yang aku buat pada weekend minggu lepas. Malam hari Jumaat, aku ajak anak-anak pergi tengok orang main kasut roda dekat Esplanade. Dah boring tengok orang, tapi mainnye tak...kami beralih ke playground. Puas dorang main dekat situ sampai basah lencun dek peluh hahaha...Meh aku kongsi gambar sikit ye...sikit je tak banyak ehehe...

Gambar agak gelap di situ...kata member selalunya lampu dipasang tapi pada malam tu banyak lampu yang tak dipasang. Mungkin technical problem kot.

Yang ni kompom sebab tangan aku parkinson ni hahaha...dah pakai flash pun masih bergegar jugak time ambil gambar hahaha...

Mujurlah anak-anak tak terfikir nak main kasut roda. Murah je pun sewa untuk main kasut roda tu. RM5.00 untuk 30 minit. Bukan setakat kasut roda je ada...yang hover apa ntah nama dia tu pun ada. Aku selalu je teringat video makcik/kakak balik dari surau pakai telekung, lepas tu melayang je...rupanya dia guna menatang hover tu hahaha...Kalo terjumpa malam-malam, mau tak pijak tanah aku berlari. Dah la aku penakut hahaha...

Hari Sabtu.
Aku hadir kelas make up anjuran beauty consultant from Mary Kay yang diadakan di Dewan KEMAS Limbang bermula jam 12.30 tengah hari. Kelas diajar oleh Puan Azumi binti Masbah yang berasal dari Miri. Best woo kelas tu. Dia ajar dari tajuk penjagaan kulit muka sehingga ke mekap-mekap. And of course 100% using Mary Kay's product. Dan yang paling penting kelas itu PERCUMA sahaja. Hari tu mujur tak ramai student yang hadir, 10 orang je termasuk aku hewhewhew...So, banyak info yang Puan Azumi share tentang jenis-jenis kulit dan penjagaan. Ok, biar gambar berbicara selepas ini.


Dis is my muka yang kosong takde mekap...muka pembantu rumah hahaha...Time ni kitorang dah pakai masker untuk hilangkan sel-sel kulit mati di wajah...memang ada beza selepas pakai dan perbezaan tu ketara sebab kan pakai sebelah muka je...muka yang pakai masker tu cantik je kulit dan ada perubahan pada kulit wajah. Terasa halus dan mulus je plus wajah jadi cerah sedikit berbanding di bahagian yang tak pakai masker tu. Dah macam Meet Uncle Hussein je bila aku tengok muka aku jadi camni hahaha...


Yang ni demo make up. Adik tu sporting nak jadi model untuk make up. Aku? Dah memang konsentret la bab ini sebab aku memang suka.


Yang ni muka gediks dah balik rumah...Aku ada gambar yang pakai lens tapi aku tak nak kongsi sebab gambar tu tak cantik (dan tak gediks) hahaha...

Overall, aku memang puas hati sangat bila dapat guna produk Mary Kay. So, selepas ni dah ada tanam niat nak purchase produk Mary Kay. Bila? Tunggu la hehehe...

Ahad.
Masa banyak dihabiskan di rumah dengan anak-anak. Layan movie, layan mata (tidur)...lepas dah tidur, aku bawa anak-anak round kawasan perumahan...So, inilah hasil gambar round-round yang tak menampakkan situasi sebenar hahaha...

Adik Icha dengan mata yang boleh mencairkan aku huhuhu...dia selalu kalahkan aku hanya dengan pandangan mata sahaja...~(^,^)~

Expressions

Pose

Macam itu la ropa anak-anak aku. My madu dan rachun hehehe...kalo dorang takde, kosong je hidup hehehe...Haaa~~~

Ok. Dah nak dekat balik dah. Ekceli dari pagi tadi aku karang semua ni. Tapi, dek kerana blackout tengah hari tadi, dan hanya sedikit yang sempat di save maka ada yang aku terpaksa karang semula hahaha...

See you tomorrow! Kbai!

Wednesday, February 10, 2016

Throwback : Debora & Padrick Wedding 06.02.2016

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

06.02.2016 | One of our Geng Keras menamatkan zaman bujang beliau di usia 26 tahun and her name is Debora Saran anak Edwin.

What so special about her?
Deb ni mix Iban dan Lun Bawang. Tarikh lahir kami sama iaitu 09 September. Otak kami sama gila-gila walaupun beza umur kami 5 tahun. She's pretty and smart. She has the mama-mama sifat sampaikan anak-anakbuah dia panggil dia Kak Ros (kakak kepada Upin Ipin).

Ok. Tamo cakap banyak la. Nanti tetiba raining la pulak. (Terharu). Jom kita enjoy gambar-gambar sepanjang majlis perkahwinan Miss Deb eh Puan Debora ye ehehe...

By the way, majlis resepsi diadakan di Purnama Hotel, Limbang bermula dari jam 12.00 tengah hari sehingga jam 3.00 petang. Sebelah pagi sebelum resepsi, dorang buat majlis solemnization dekat church. Kitorang dijemput hadir untuk majlis resepsi je.

En. Padrick dan Pn. Debora

Chang2 malu-malu bergambar dengan Kak Dayang

Adik Icha senyum lebar :D

Us

Adik Icha nak buat peace katanya

Sempat selfie dengan pengantin. You look gorgeous babe!

Sebelum berangkat balik, sempat bergambar dengan props

Aktiviti wajib anak beranak ye...

 Maaf ye kualiti gambar sangat tidak memuaskan dek kerana lighting dekat dalam ballroom tu agak malap huhu...

By the way, I am happy for you Deb. Akhirnya apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Semoga berbahagia till the end. Muah ciked!

Last but not least, aku share my make up during the day.

Terpaksa bloom kan sikit sebab banyak jerawat halus timbul. Flawless tak kulit ai? Flawless tak? Flawless? Tak???Erm...

Jangan tanya mengapa aku tak pakai contact lens je. Sebabnya, mata aku sensitif. Dah tak boleh pakai contact lens. Takpe, pakai spek pun masih lawa ahahaha...larrriiiiiii~~~

Gambar : Rezeki Beg Padini dan Bath & Body Works

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Kata orang, kalau rezeki ni tak ke mana. Hehe...memang rezeki kali ini tak di sangka-sangka. Langsung tak sangka. Dan daku tetap menerimanya dengan penuh kesyukuran hehe...

Suspen? Suspended?

Ahaaa...

Tajuk je pun dah bagi hint kan. Ehehehe...Sebelum tu biar kita tengok gambar dulu k...



Tu diaaa...beg Padini dan Bath & Body Works. Tapi, apa ada kat dalam eh? Korang curious nak tau ke? Meh, aku ngeshow gambar yang agak kurang suspen nye pun adui ter berrr...



Tadaaa!!! Dalam beg Padini ada pakaian untuk Adik Icha from Kak Dayang my bff my kesayanganz dekat opis ni. Dia bagi dekat Icha sebab anak-anak perempuan dia semua dah nak naik dara dah ehehe...dan yang dekat bawah tu shawl from Penang you...hadiah pemberian dari Kak Nancy...Kak Nancy ni PT Kew dekat opis kitorang. Dia sambung belajar secara PJJ dekat USM. So, hari ini dia baru start bertugas setelah bercuti 3 minggu untuk hadir kelas dan exam. Beliau sambung Master you...salute!

Beg Padini dari Kak Dayang tu diberi pada hari Jumaat minggu lalu. Manakala beg yang lagi satu tu baru dapat hari ini ehehe...

By the way, shawl berwarna turqoise tu untuk Kak Dayang dan yang merah tu untuk aku. Tq semua!

Syukur alhamdulillah, mujur ada pamoga...eh?

Friday, February 5, 2016

Gambar : Chang2 & Adik Icha Tumpang Tidur Petang

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Semalam aku ada bagitau kan yang aku kena hadir dua meeting dalam sehari? Meeting yang pertama tu jam 9.00 pagi dan meeting yang satu lagi tu jam 2.30 petang. Sebelah pagi aku memang takda masalah sebab budak berdua tu kan pegi sekolah. Tapi, masalah datang di waktu petang bila my husband masih belum balik dari laut lagi. Hurmmm...

Husband aku ada pesan, kalo dah susah sangat better mintak tolong dengan Along. Along ni anak kepada jiran kami. Tapi, aku tak sedap hati juga sebab Along ni masih sekolah. Tingkatan 5 pulak tu. Dah tu, dia kan mesti penat lepas balik dari sekolah. So, aku rasa tak sampai hati pulak nak biar dia tengok-tengokkan budak berdua tu dekat rumah. Mesti dia nak rest selepas balik dari sekolah. Lagipun hari tu kan dah pernah tolong. Segan lah.

Kebetulan, my BFF, Norazalifah, baru balik dari KL hari Selasa baru-baru ni. Dan kebetulan la jugak petang semalam tu aku memang nak pegi rumah dia sebab nak try dress untuk dipinjam. Hari Sabtu ni kan BFF kitorang iaitu Miss Debora bakal jadi Mrs. Debora. So, aku pun rundinglah my BFF tu untuk mintak tolong 'tumpangkan' budak berdua tu untuk tidur petang je. Kan dorang memang akan tidur setiap petang selepas balik dari sekolah.

Mujurlah my BFF ok. So, jam 1.30 petang aku dah sampai depan rumah dia. Aku pujuk-pujuk Chang2 dengan Adik Icha supaya tidur. Aku pun tak nak la nanti kalo dorang tak tidur, dorang mengusut plak dengan si Nora. So, akhirnya dorang pun tidur. Aku dengan senang hati terus bergerak ke Pejabat Residen untuk hadir meeting yang akan berlangsung pada pukul 2.30 petang.

Dalam asyik ber'meeting', aku terbuka WeChat. Ter ya, bukan sengaja ehehe...Aku nampak si Nora post dekat moments gambar budak berdua tu sedang lena dibuai mimpi dengan bersulamkan kipas dan aircond hahaha...


Sayu jugak la hati sebab macam entah la. Rasa sayu tu tetap datang tanpa dipaksa. Apa boleh buatlah, aku bukan nak benda jadi macam ni. Demi sesuap nasi aku terpaksa jugak tinggalkan anak-anak untuk berkerja. Sedih la pulak. Uhuuu...

Ok, fine! Jangan dilayan sangat sendu tu. Kau kena kuat demi anak-anak! I know you can do it!!!

Sambung cerita. Dalam jam 3 lebih macam tu, tetiba hujan turun dengan lebat. Aku dah berkata-kata dalam hati, mesti makin syok budak berdua tu tidur. Sejuk kan. So, aku teruskan konsentrasi ber'meeting'. Meeting selesai hampir jam 4.30 petang. Lepas dari meeting aku terus memecut laju ke rumah si Nora.

Aku sampai je, budak berdua tu dah bangun rupanya dan Adik Icha ter'pee pee' di seluar. Mesti sebab sejuk la tu. Mujur aku ada bawa pakaian extra. Sembang-sembang dengan si Nora sambil try baju, akhirnya kami bertiga pun balik dengan 'hasil' baju yang dipinjam dan dengan buahtangan yang bapa si Nora bagi dengan budak-budak berdua tu.

Aku sampai di rumah, husband aku dah ada. Dia kata tak banyak hasil tapi syukur alhamdulillah, walau tak banyak asalkan ada.


Ada ikan sembilang, ikan baung (nama komersil xtau) dan udang galah sepit biruuu...Udang tu sudah selamat dimakan semalam hehehe...

Ok la, aku pun dah tak tau nak membebel apa lagi. Till we meet again on the next entry.

Thursday, February 4, 2016

Throwback : Aktiviti Chang2 & Adik Icha Di Sekolah

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

21.01.2016 - Cikgu Eda ada send gambar dekat group WhatsApp pasal aktiviti murid Tabika Perpaduan. Aktiviti dorang masa tu ada berkenaan dengan GIGI. Dorang jemput nurse dari Pejabat Kesihatan untuk bagi penerangan kepada murid tentang cara-cara memberus gigi dengan betul.

 (Gambar : Chang2 paling depan baju merah + hijau)
 
Lama benor ko merenung berus gigi itu ye anakku. Chang2 ni sceptical sikit. Dia susah nak terima situasi di mana dia perlu menggunakan sesuatu peralatan yang bukan miliknya huhuhu...tambahan lagi dia ni adalah seorang pembersih.


Gigih nurse menunjukkan replika gigi dengan anak-anak murid. Aku dulu pun macam ni jugak nak hehehe...tapi aku sangatlah takut bila pemeriksaan gigi di buat di sekolah. Huuu~~~


Chang2 dengan Adik Icha memang inseparable. Duduk pun mau dekat. Tapi, best tengok dorang khusyuk mendengar penerangan dari nurse tu. Anak-anak murid yang lain pun sama. Best!

Time mandi. Masing-masing dah tak mau mama tolong beruskan gigi. Masing-masing nak berus gigi sendiri. Ok la, ringan sikit tugas mama kan hehehe...besar dah anak-anakku.

Cerita pasal gigi, ekceli gigi ai tak cantik ok. Kes gigi berlubang jangan cerita la. Kalo ai pergi dentist, kompom habis semua gigi kena cabut. Tapi, ai tak nak pakai gigi palsu. Nanti nak kena pakai polident lagi, maintenance high huhuhu. Tu la sapa suruh malas jaga kebersihan gigi time kecik. Makan gula-gula banyak. Rasain lho!

Kawan-kawan, jagalah kebersihan gigi masing-masing. Jika yang dah ada anak tu, pastikan anak kita rajin memberus gigi. Syukurlah gigi Chang2 dan Adik Icha masih dalam keadaan baik sebab aku memang tak kasi dorang banyak makan yang manis-manis. Maknye je yang terlebih suka makan benda manis hahaha...

APTB!

Friday, January 29, 2016

Gambar : Chang2 & Adik Icha Sambut Birthday Kawan

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Semalam Cikgu Eda ada pesan mintak sumbangan seikhlas hati dalam bentuk makanan yang sesuai untuk sambutan hari jadi bagi salah seorang murid di dalam kelas dorang Chang2 & Adik Icha.

So, petang semalam aku pergi kedai Ting Ting (kata orang local). Dekat kedai ni selalunya orang beli barang secara borong. Pada aku dia tak sesuai panggil kedai. Lebih sesuai panggil gudang sebab bila masuk dekat dalam terasa macam masuk dalam gudang pulak.

Ok, habis pasal kedai. Aku dah beli pun dua bungkus besar coklat wafer. Satu untuk bagi dekat sekolah, satu lagi untuk budak berdua tu la apa lagi hehe.

Dan pagi tadi Cikgu Eda share gambar dorang meraikan kawan yang menyambut harijadi. Wajah murid yang diraikan taklah seberapa nak happy, tapi ada dua orang budak yang terlebih happy hehehe...




See? Murid lelaki yang diraikan yang berdiri depan kek tu tak senyum pun langsung. Tapi, yang berdiri dekat belakang dan tepi semua pakat senyum seindah suria hahaha...tazabar nak makan kek lettewww hahaha...Manakala Chang2 dengan Adik Icha striking sangat korang ek. Korang berdua je yang pakai baju biasa, belum ada pakaian seragam sekolah lagi. Cikgu dorang sendiri pun tak tau bila pakaian dorang akan sampai. Tapi, takpelah asalkan budak berdua tu sentiasa bersemangat nak pegi sekolah.


Sorry la mak dorang ni saiko sikit. Semua benda nak gi ambil gambar hahaha. Yang ini jajan yang dorang dapat hasil dari donation mak-mak murid yang lain. Yang sebelah kiri Chang2 punya dan yang sebelah kanan tu Adik Icha.

Ok, nak sambung update benda lain pulak. Ehe~

Monday, January 25, 2016

Throwback : Berusaha Abang! Berusaha!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari Sabtu. Macam biasa aku memang suka lepak di rumah berbanding jalan-jalan walaupun hakikatnya kitorang terpaksa jugak keluar untuk ke hospital memandangkan Adik Icha demam lagi dan ubat demam dah habis. Si papa dorang keluar dengan teman sepermancingannya ke Lawas.

Pergi hospital di unit Emergency, kami masuk. Jumpa dengan MA. Tak sampai 5 minit, proses cek mengecek dan ubat terus diberi masa itu juga. Baguslah. Tak banyak buang masa. Lagipun aku nak cepat balik rumah untuk bagi Adik Icha makan ubat. Batuk dia pun tak pandai surut.

Sampai rumah, lepas bagi Adik Icha makan ubat aku dah sibuk nak masak untuk makan tengahari. Dalam aku sibuk-sibuk tu, rupanya Adik Icha tertidur. Biarlah. Biar dia rehat. Dah abang Chang2 takde teman nak bermain dan berbual. Last-last, abang kacau aku. Hurm, tak boleh jadi ni. So, aku carikan 'kerja' untuk Chang2. Aku suruh dia cuci kasut sekolah. Chang2 baru 4 tahun lebih tau. Tapi, kalo ikut tahun memang la dia 5 tahun, tahun ni.


Tu diaaa!!! Aku suh dia cuci kasutnya dengan kasut adiknya sekali. Aku ingat mula-mula tu dia tak nak. Tapi, rupanya makin dia semangat. Ala bukan semangat apa pun. Semangat nak main air dan buih sabun. Tu je. Mujur aku pakai sabun cuci yang cecair. Taklah menghakis sangat. Aku beli sabun cuci cecair brand 1Malaysia dari Kedai Rakyat 1Malaysia hehehe. Murah dan jimat.

Petang. Adik Icha dan Chang2 aku tak bagi keluar rumah sebab cuaca macam nak hujan. So, seharianlah kitorang berkurung dalam rumah. Aku suh Chang2 buat kerja sekolah dia. Latih dia menulis dan mewarna. Mula-mula tu Adik Icha tak nak join. Mood masih kelaut. Dia duduk diam-diam tengok TV. Bila dia tengok abang dia asyik mewarna, last-last dia nak jugak join.


Bukan main lagi style mewarna tu. Sambil baring pon boleh. Si abang konsentret dah time ni. Tapiii, mulut pun tak berenti membebel. Ada saja yang dia bebelkan. Jenuh mak menjawabnye nak huhu...Apa-apapun mama korang ni menikmati tumbesaran kamu berdua depan mata. Itu lebih berharga dari berjuta-juta lemon harta.

Mudah-mudahan sikap sebegini berterusan sampai bila-bila. Aku sangat risau pasal dorang berdua ni apabila berada di dalam jagaan orang dan sekarang ni di dalam perhatian cikgu-cikgunya. Aku takut kalo-kalo dorang ada buat salah dan silap yang major. Tau la, aku ni mak yang overprotective jugak kadang-kadang. Cuma, bila dorang buat salah dan silap, tak lah aku buta-buta menyalahkan orang lain. Dah anak aku rupa macam gitu, mak mana yang tak kenal anaknya kan?

Apa-apapun doaku sentiasa bersama kedua permata hati ku ni. Semoga bila besar nanti dorang menjadi orang yang lebih berjaya daripada mak pak dorang. Amiin.

Wednesday, January 20, 2016

Kisah Petang dan Kerepek Ubi Kayu

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga  bahagia!!!

Petang semalam lepas balik dari kerja, anak-anak terus claim mintak bawak jalan-jalan. Dah tu bukan nak berjalan kaki. Nak naik kereta katanya. Baiklah. Mode SYMP masih belum hilang lagi walaupun dah lepas working hours. Takpe. Demi anak, aku redakan supaya dorang tak tantrum nanti.

Aku bawak dorang jenjalan pegi taman perumahan sebelah. Aku pun nak usha juga ada sebuah Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK) di Taman Sri Patiambun tu. Ingatkan dekat signboard ada letak nombor telefon yang boleh dihubungi. Tapi takde. Dah tu, aku nak masuk kat dalam tu, macam takde orang la pulak. So, kitorang pun balik.

Anak aku kalo bab selfie pun boleh tahan...tak nak kalah dengan mama dia

Balik tu, kitorang round lagi taman perumahan dekat kawasan aku tinggal tu. Dah puas round baru la kitorang betul-betul balik ke rumah. Dah balik rumah, tau-tau ada je kerepek ubi kayu. Husband aku ada tanam ubi kayu depan rumah. Haritu dia korek. Ada la dalam sebiji dua. Tapi, besar saiznya. So, petang semalam dah selamat jadi kerepek. Husband aku goreng time kitorang keluar jalan-jalan.


Tadaaa!!! Tu dia tu dia tu dia!!! Kerepek ubi kayu yang tak campur apa-apa walaupun garam. Hanya ubi kayu dan minyak masak untuk menggoreng. Rasa manis dia memang ada. Tapi, ada kepingan yang tak rangup sebab husband aku tak jemur. Lepas dihiris terus masuk dalam kuali. Yang tak rangup tu ada yang tebal hirisan dia ditambah lagi tak dijemur, memang tak rangup la jadinya. Hari ini husband aku jemur lebihan hirisan ubi kayu untuk digoreng petang ni. Nak rasa juga rangup ke tak rangup. Tapi, kompom rangup sampai krem rahang mengunyah.

Dah tazabar nak tunggu jam 5. Bunyi je mesin punch card tu, kompom aku terus ketik. Hewhewhew~~~

Ermmm...melapar pulak perut ni!

Monday, January 18, 2016

Libur : Satu Malam Di Temburong, Brunei DS

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Dua hari yang sangat berkualiti dengan anak-anak diserikan lagi dengan jemputan dari kakak ipar aku yang tinggal di Temburong, Brunei DS. Hari Sabtu lalu, macam biasa. Aku layan anak-anak, tengok kartun sama-sama, makan sama-sama, baring sama-sama hehe...Si papa dorang macam biasa la, aktiviti hujung minggu mesti fulltime pergi memancing.

Tengahari si papa dorang balik dari memancing kelam kabut je rupa. Rupanya kakak ipar aku dari Temburong call sebab nak jemput kitorang datang rumah dia. Ada makan-makan katanya. Husband aku pulak, lepas makan tengahari tu sibuk bersiap-siap sebab nak ambil mak mertua dan adik ipar aku dekat Medamit.

Aku pun eksaited jugak la sebab lama dah tak berkunjung ke rumah dorang. Dan lagi satu time cuti Xmas haritu, kakak ipar aku sekeluarga tak balik kampung. So, tak la berkesempatan nak berjumpa. Anak-anak pun asyik sebut nama kakak je (kazen dorang).

Begitu begini, jam 7.00 malam kami bertolak. Sebab mak mertua dan adik ipar aku sampai di rumah jam 6.30 petang. Aku sempat bawa extra baju dan towel plus pampers extra untuk Adik Icha. Kan dia masih pakai pampers pada waktu malam.

Sampai je dekat sana, terus dijamu dengan makanan. Kakak ipar aku siap panggang sayap ayam lagi tau. Tapi, yang paling best pencuci mulut dia. Biskut marry cheese leleh, ada oreo tabur dan milo tabur di atasnya. Memang pergh! Tapi, sorry aku tak ambil gambar sebab segan la. Lagi-lagi time tu ada keluarga sebelah biras aku datang. Nanti apa plak dorang cakap. Macam sakai pun ada hahaha...

Malam, kitorang berborak-borak sampai tak hengat masa. Ya la, dah lama tak jumpa kan. Mesti banyak cerita nak dikongsi lebih-lebih lagi cerita pasal anak-anak. Aku sempat screenshot tab dan hp aku.


Yang ni gambar dari tab aku. Roaming you. Tak payah nak sibuk on mobile data. Habis macam tu je nanti. Simkad yang aku pakai untuk tab ni adalah nombor line Sarawak tau. Alaaa...Maxis yang free tenet tu. Sampai di Brunei dia jadi b mobile. Kalo line Celcom masuk Brunei jadi DST Com.


Yang ni pulak gambar screenshot dari hp aku. Yang ni guna Simkad line Sabah. Lama dah pakai nombor ni. Since 2005 okay. Hehe...Aku memang jenis tak suka tukar-tukar nombor. Nostalgia juga nombor ni. Dah 11 tahun dah. 2005 aku masih belum bekerja. Masih menganggur lagi. Masih menunggu result STPM keluar hahaha...Ok, back to the story, line Sabah ni kuat sikit. Tak dimakan dek roaming. Dia bubuh emergency call saja hehe...


Yang ni je gambar aku sempat ambil malam tu. Gambar atas ; Adik Icha dengan Kakak Bibi. Gambar bawah ; Chang2, Kakak Gendut dan Adik Icha. Kakak Bibi lagi konsentret tengok tv. Kakak Gendut dorang tu rajin layan dorang bermain. Adik Icha pun lekat jak dengan Kakak Gendutnya. Dah dia pun sama-sama gendut dan sama-sama comel kan hehehe...

Malam tu, kalo nak diikutkan kitorang nak balik je. Mak mertua dengan adik ipar aku memang kompom tidur sana sebab kakak ipar dah janji nak hantar dorang balik keesokannya. Lagi pula, aku dan si husband tak bawak pun baju untuk bermalam. Tapi, bila dah asyik berbual, masa pun dah tak ingat. Kalo diikutkan boleh je balik. Sebab gate dekat border tutup jam 12.00 tengah malam. Tapi, kakak ipar aku pun dah pujuk-pujuk tak suruh kitorang balik, so bermalam je la hehehe. Jam 12 lebih jugak la baru siap berbual itupun aku terpaksa stop sebab nak bagi Chang2 dan Adik Icha tidur. Selagi aku tak tidurkan dorang, selagi tu la dorang masih bangun. Kami tidur dekat ruang tamu je. Sambil-sambil tengok tv. Tapi, tapi tapi...satu je masalah aku. Aku tak tahan nak pakai aircond. Aku sangat sensitif. Tak senang aku tido. Nak offkan aircond, macam tak sesuai pulak sebab masa tu kakak iparku masih berbual dengan husband aku.

Bila kakak ipar aku dah naik, aku naikkan suhu. Dari 18 darjah celcius kepada 24. Tu pun masih sejuk lagi. Sejam sekali kot aku terbangun sebab nak terkencing. Mana lagi tak tahan sejuk. Sudahnya sekarang ni aku dah start berhingus dah hahaha...macam budak-budak kan.

Pagi keesokannya, aku ambil peluang keluar jalan-jalan dekat depan rumah je. Sempat la juga snap gambar sekeping dua hehe...

Setiap rumah di Negara Brunei DS mesti ada gambar Sultan Brunei dan Permaisuri

Pandangan dari luar rumah. Cuba tengok apa yang korang perasan dalam gambar ni?

My majestic ride. Wira ku lari gagah berani...Chang2 dan Adik Icha interframe

Lagi sekali. Apa yang korang perasan dalam gambar ni?

Sistem penomboran rumah

See. Ok aku bagi jawapan dekat soalan yang aku tanya tu. Semua rumah-rumah tu tak fully berpagar. Ada pun pagar hanya sebagai pembahagi rumah sahaja. Dia tak bertutup habis dengan pagar. Apa persepsi yang boleh kita fikir di sini? Keselamatan di Negara Brunei DS ni memang terjamin lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan hukum hudud. Dekat sana banyak juga pekerja asing. Kebanyakan dari India dan Bangladesh. Tapi, jarang sekali ada kes melibatkan kecurian. Sebab tu rumah-rumah yang ada pun tak dilitupi pagar. Kereta dorang semua jenis kereta import. Ada Mitsubishi, Chevrolette, Mini Cooper dsb...Boleh cuci mata woo tengok orang Brunei punya kereta. Satu buah rumah paling koman pun ada dua buah kereta. Ada rumah yang kami lalui, rumah kampung je, tapi dekat garaj mau dekat 10 buah kereta wooo...Kaya kaya hehe...

Tengahari semalam kami balik. Balik pun bukan dengan tangan kosong. Ada juga kakak iparku bagi ole-ole untuk anak-anak. Apalagi, jajan la. Pelbagai jenis keropok dan gula-gula dia bagi. Meriah la Chang2 dengan Adik Icha ye. Dah balik rumah, budak berdua tu merengek nak jalan lagi. Tak puas main dengan kakak katanya. Alaaa...tak boleh la, esok kan mau sekolah sudah. Pujuk punya pujuk akhirnya mengalah. Aku pujuk guna jajan yang diberi oleh kakak iparku tu hehe...pandai kan.

Boleh tahan panjang jugak aku membebel. Ye la, cerita dua hari punya pasal kan. Ok, last but not least, ni gambar kuih apam warna warni yang dibuat oleh kakak iparku yang dia sempat tapaukan untuk kitorang bawak balik rumah.

Itu dia kuih apam warna warni yang gebus gebas. Banyak sebenarnya, tapi bila dah melahap lupa nak ambil gambar. Sib baik sempat ambil gambar kuih yang cuma tinggal 4 biji ni lagi hahaha...

Sekian.