Wednesday, January 27, 2016

Segmen irrayyan | Sejarah Blog Nor Adzwaty Rokkafella

*Klik Sini* 
(Sila Klik Banner Untuk Join)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku terpanggil untuk menyertai segmen ini memandangkan segmen ini agak menarik jugak. A bit refreshing for the year of 2016. Oh mak kau, speaking you! Hahaha...

Ok. Serius. Permulaan aku membuat blog ini sebenarnya untuk membuat side income. Blog bernama Nor Adzwaty Rokkafella ini terhasil selepas aku mencuba membuat blog pertama yang aku namakan The Gudnite Production. Konon-konon nak jual barang secara online melalui blog. Tup-tup, terbengkalai disebabkan aku terikat dengan kerja hakiki dan juga tiada ilmu dalam dunia blog. Masa itu dalam lingkungan tahun 2009.

Tahun 2010. 28 Januari. Aku tukar nama blog kepada Nor Adzwaty Rokkafella. Entri pertama aku mengisahkan zaman kanak-kanak yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris. Aku tulis entri dalam Bahasa Inggeris setelah ter'inspired' dari penulisan blogger dari Sweeden. Kami ada berbalas komen di blog dan kini, blog beliau sudah tiada lagi. Tak tau sama ada dia dah tukar blog atau dah buang blog tersebut.

Dalam lingkungan bulan Mac, 2010, barulah aku menulis entri dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Ada juga kadang-kadang aku tulis dalam Bahasa Inggeris lebih-lebih lagi bila aku meluahkan rasa pada entri tersebut.

Kemudian, aku terbaca tutorial pasal Nuffnang. Ada kawan yang sama-sama ada blog bagitau, "better ko letak Nuffnang dekat blog kau. Aku dah pernah dapat cek dari Nuffnang setelah sekian lama berbelog." Katanya. Lepas tu aku cari-cari la tutorial pasal nak letak Nuffnang. Dari situ, aku mulai follow blogger faymes seperti Hentakbelipat, Maria Elena dan geng-geng Scarflets. Lepas tu aku follow blogger Ben Ashaari dan blogger ternama yang lain.

Lepas dah follow bloggers yang fuaymes yang dah banyak followers tu, aku rajin juga join segmen-segmen dorang dan juga giveaways yang dorang anjurkan. Menang tak menang tak kisah masa tu, asalkan dapat berbalas follow dengan orang lain dan juga ber'blog-walking'.
 
Tahun berganti tahun, jika dilihat pada Blog Archive, tahun 2011 adalah tahun yang mana aku banyak post entri. Tahun 2012 menyaksikan passion untuk aku menulis semakin berkurang mungkin disebabkan aku terlalu sibuk mengurus hal rumahtangga, kerjaya dan masa bersama anak-anak. Bayangkan sajalah, Chang2 lahir pada tahun 2011, bulan 11. Bulan 10, 2012 Adik Icha pulak menyusul. Jarak kelahiran antara mereka berdua hanyalah 11 bulan, 17 hari sahaja. Chang2 waktu itu masih belum pandai berjalan, tambahan lagi Chang2 lahir pramatang jadi pertumbuhan fizikalnya agak lambat sedikit berbanding bayi lain. Berlainan sekali dengan Adik Icha, dia lahir terlebih hari dari EDD. Berat lahir pun bukan main gagah kau, 3.5Kg. Berbeza sangat dengan Chang2 yang lahir cuma 1.9Kg pada minggu ke 31 dalam kandungan.

 Kermudian, 2013 menyaksikan berlaku peningkatan sedikit dan pada tahun itu juga aku berpindah tempat bertugas dari Sandakan, Sabah ke Limbang, Sarawak.

Aku sangat sayang dengan blog ini berserta isi kandungan yang ada di dalamnya. Setiap entri yang tertulis semuanya datang dari hatiku tak kira yang terdalam mahupun yang tercetek. Walaupun, mungkin...mungkinlah, ada yang tidak menyenangi segala isi kandungannya akan tetapi, inilah aku. Setiap apa yang aku zahirkan di dalam blog ini semuanya tentang aku.

Aku harap sangat bila anak-anakku dah besar nanti, aku nak mereka baca blogku ini dan mereka dapat memahami sikap sebenar mama dorang yang sedikit gila-gila. Bak kata slogan dekat Header Blog aku, "Simply a freak-a-deliciously me". Pandai-pandai korang la nak memahaminya ye anak-anakku. Hehehe...

Dan, kalau korang perasan. Esok blog aku dengan rasminya mencecah usia 6 tahun. Yay!!! Aku ada rasa-rasa jugak nak buat segmen tapi segan la pulak. Ada ke orang yang sudi join kalau aku buat segmen sempena kehari jadian blog aku nih?

Aku biarkan soalan itu untuk korang tolong jawabkan. TQ.

5 comments:

Riana LittleCuties said...

Wahhhh sungguh banyak pengalaman awk dalam dunia blog nie ye....hebat... pujian wajib diberikan...Good luck untuk segmen nie k...pastukan teruskan usaha mengupdate blog nie dari hari ke hari...ye betul...untuk kenang kengangan kan...hihihi
wahhhh 6 tahun bukan masa yang singkat...awk memang hebat...Fiza setahun pun tak sampai...kehkehkehk...
Terima kasih sbb sudi follow blog kte yg newbie tu....ah malu pulak rasanya...hihihi

irra yyan said...

Wahhh tahniah! Dah masuk 6 tahun. Sama macam seindahcerita.com bulan februari cukup 6 tahun. Tahniah! Waaa mommy kagum sangat sis bersemangat sehingga saat ini. Boleh mommy tumpang semangat tu sekali. Terima kasih ya join segmen mommy. Kalau sis buat segmen, insyaAllah saya join. :*

Ima Hamdan said...

Wahh! Lamanya dah start berblogging. Saya pun start baru je lagi tahun 2011. Hehehe lambat sikit sebab baru meningkat remaja and baru hidup dengan internet. Kalau sudi jemputlah baca dan komen sekali kat sejarah blog kita. Hihihi ^_^ Selamat berkenalan.

http://imahamdan.blogspot.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-ima-hamdan.html

Azlinda Azman said...

segmen yang sama..

http://www.azlindaalin.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog.html

DRAMATIC UNIQ said...

betul-betul saya pun masa mula-mula dulu rajin follow blog blogger femes2 tu sebab dapat banyak belajar daripada diaorang terutama cara penulisan dan SEO blog. Masa tu follower ciput je rasa macam membebel sorang2 pun ada juga.. hahahaha..!!

pejam celik pejam celik dah jauh juga perjalanan sebagai blogger. Alhamdulillah. Tahniah blog awak dah nak cecah 6 tahun..! Hebat tu... :)

Salam perkenalan, saya join segmen sama..
http://www.dramaticuniq.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-dramatic-uniq.html