Tuesday, January 5, 2016

Chang2 & Adik Icha First Day At School

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Seperti yang telah aku janjikan semalam, aku akan share gambar-gambar Chang2 & Adik Icha hari pertama masuk sekolah. Seawal jam 7 pagi dorang dua sudah mandi selepas menyusu. Ya, Chang2 & Adik Icha masih menyusu susu Dutch Lady ye hehehe...

Lepas tu jam 7.30 pagi dah bertolak ke sekolah yang tak jauh mana pun sebab masih dalam kawasan perumahan kitorang. 3 menet je pakai kereta. Jalan kaki pon boleh kalo nak eksesaisss. Budak berdua tu bukan main eksaited lagi hehehe...

Masuk dalam kelas, aku berselfie sekejap dengan dorang sambil dalam hati menahan rasa. Terharu sebenarnya. Nak nangis dah kooo. Almaklumlah mama dorang ni cengeng orangnya hehehe...padahal anak-anak ok je. Huh!

Tengok betul-betul mata aku tu. Time ni mata dah start nak bergenang-genang ke tepian kooo

Adik Icha dan Chang2 tenang duduk di tempat masing-masing

Lepas dah bersalaman peluk cium, aku sempat titipkan pesan dekat Cikgu Niessa. Cikgu Niessa ni ekceli pernah berkhidmat sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di pejabat kitorang untuk program NER (National Employment Return) pada tahun 2014. Dia x sempat nak habiskan kontrak sebab dia dapat offer di Pusat Internet 1Malaysia dan kemudian dapat jawatan sebagai guru di Tabika Perpaduan. Kitorang pun dah sememangnya rapat since dia jd PSH haritu. So, officially masuklah sebagai GENG KARAS kitorang hehehe. 

Time driving nak ke opis, airmata aku pecah jugak weih. Bukan sedih. Tapi, ye la. Mak kan. Mak mana yang tak terharu bila anak-anak membesar dengan sempurna dan sekarang ni pulak mengharungi fasa persekolahan? Ah sudah! Kesat hingus jap huhu...Ok dah!

Nak dijadikan cerita, tak sampai sejam aku tinggalkan budak berdua ni di sekolah, Cikgu Niessa WhatsApp aku dekat group GENG KARAS.

Translate :
Terkemih (Bahasa Brunei/Kedayan/Melayu Sarawak) - Terkencing

Tengok betapa speselnya Adik Icha...siap mintak suapkan makanan...amboi manja betul. Budak yang berdiri dekat belakang yang pakai baju Boboiboy tu adalah Chang2 yang sedang getting along dengan kawan-kawan lain
Translate :
Akaiii (Bahasa Iban) - Aduh/Alamak

Hahaha...hebat tak Adik Icha? Boleh-bolehnya dia 'memujuk' cikgunya untuk suapkan makanan untuk dia. Tapi, honestly Adik Icha ada satu kelebihan yang membolehkan orang cannot say no to her. Haaa...jangan tak tau hihihi...dengan aku aku sekali selalu terpedaya hahaha...

So, bila jam dah dekat 11.30 pagi, aku cepat-cepat isi borang untuk memohon kebenaran keluar pejabat dari boss sebab aku nak ambil dorang di sekolah. Jam 11.45 pagi aku sampai depan pintu pagar sekolah. Awal kooo. Aku yang semangat. Tapi, since kelas habis jam 12 tengahari, pintu pagar sekolah masih berkunci dan ibu bapa tak dibenarkan masuk sehingga waktu kelas habis tepat jam 12. Bagus juga. Keselamatan anak-anak terjamin. Aku tarik nafas lega. Tapi, boleh tahan la juga boring nak tunggu selama 15 minit dekat dalam kereta. So, hari ini aku akan turun lewat sikit la. Dalam jam 11.45 pagi macam tu. Nak ke sekolah 10 minit je pun. Dijamin takde jem di jalanraya.

Jam 12. Pintu pagar dibuka. Aku dan mak bapa yang lain meluru masuk ke dalam kawasan sekolah. Ye la eksaited lebih kan. Time aku masuk tu, kelas dorang Chang2 dan Adik Icha masih belum habis. Dorang diajar untuk berbaris. Aku dengar Chang2 panggil adiknya. Mungkin nak sama-sama berbaris. Ye la dorang tu kan rapat, ramai orang ingat dorang tu kembar walaupun bukan kembar.

Tengok tu mak-mak yang eksaited termasuk aku yang xda dalam gambar hahaha

Dah keluar dari kelas, aku tengok Adik Icha dah pakai seluar warna purple. Seluar sekolah. Kan Cikgu Niessa bagitau dia bagi pakai seluar sekolah untuk Adik Icha sebab dia 2X terkencing dalam seluar huhuhu...Aku cek beg Adik Icha ada mainan. Aku sempat bagi dengan Cikgu Niessa. Masuk dalam kereta Chang2 bukan main eksaited bercerita yang dorang ada mainan, makan buah, makan nasik, ada buku dan macam-macam lagi termasuk nak pujuk aku bawak dorang berjalan-jalan selepas waktu sekolah tapi aku kata tak boleh sebab nak balik rumah berehat dan tidur.


Dah sampai rumah nak tau apa yang dicari dulu? SELIMUT BUSUK. Chang2 dengan Adik Icha memang ada selimut busuk yang Opah dorang (nenek sebelah mak aku) jahitkan untuk dorang dan dorang pakai since baby lagi hehehe...tu memang ubat segala ubat tu...kalo dorang meragam, bagi je selimut, kompom tenang balik hahaha...senang kan!


Lepas tu, aku cek beg masing-masing. Rupanya dalam beg Adik Icha, selain ada mainan yang aku dah bagi balik dengan Cikgu Niessa tu, ada pencil kaler lagi. Tak tau sapa punya. Aku dah bagitau dah dengan Cikgu Niessa. Katanya xpe, esok (hari ini) boleh kembalikan. Beg Chang2 pulak, ada mainan lagi. Aku tak sempat cek beg Chang2 masa di sekolah. By the way, pagi tadi aku dah kembalikan mainan dengan pencil kaler tu. Cikgu dorang pun hairan, dorang ingat pencil kaler tu Adik Icha punya. Aku cakap bukan. Sebab aku memang sengaja tak nak belikan pencil kaler untuk dorang awal-awal ni. Sebabnya, korang sendiri pun dapat teka kan. Sedangkan dalam pencil case dorang pun aku cuma bekalkan 2 batang pensel setiap sorang sebab aku tau kalo letak banyak-banyak kompom hilang.

Hari ini, aku bangun awal untuk siapkan breakfast untuk dorang sebelum dorang pegi sekolah. Aku goreng mee dengan penuh kasih sayang hehehe...dan selebihnya aku bekal bawa pegi opis. And of course, dengan Nescafe la hewhewhew...

Pagi tadi, aku hantar dorang awal sikit dari semalam. Dan aku dapat terus menyelinap keluar tanpa perlu berbasa-basi dengan cikgu cikgi sebab tak nak Chang2 & Adik Icha perasan aku keluar walaupun sebelum tu aku dah bagitau aku nak pegi keja. Adik Icha macam biasa siap melambai dengan aku selepas bersalaman peluk cium.

By the way, dah dekat 2 jam aku di opis, belum ada sebarang laporan dari Cikgu Niessa. Mungkin dah ok dah budak berdua tu hehehe...

Oklah. That's it for now. Panjang karangan aku hahaha...Kbai!

1 comment:

Kak Nieyl said...

Seronok tengok anak² kecil di hari pertama persekolahan :)
semoga menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat Amin...