Monday, January 11, 2016

Entri Mengantuk

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ni aku mengantuk sangat. Semalam, eh pagi tadi jam 2.30 am Adik Icha termuntah gara-gara batuk. Terpaksa mandikan Adik Icha sebab dah satu badan berlumur dengan muntah. Lepas mandikan, tukarkan baju, tukarkan pampers, letak minyak kayu putih dekat dada, perut, belakang dan tapak kaki baru Adik Icha senang tidur. Kesian. Pagi tadi, jam 6.00 dah bangun masak sarapan dan siapkan anak-anak pegi sekolah. Satu minit sebelum jam 8.00 dah sampai opis dan punch card.

Lepas makan sarapan buatan sendiri, Kak Nancy, our PT Kew mintak tolong fixed kan komputernya yang tak dapat connect internet. Godek punya godek tak dapat jugak. Sudahnya call Meja Bantu dekat Kementerian. Technician cakap dia tak dapat detect IP Address. Mungkin dah tersalah tekan dekat mana-mana. Lepas tu, technician Kementerian cakap nanti dorang akan call local technician datang opis dan selesaikan masalah tu. Mataku pulak semakin lama semakin layu~~~

Entri ini ditulis kerana ingin menahan mengantuk lalala~~~

2 comments:

Sheila Adziz said...

Akak pun sama mengantuk sis.... sama ngan akak tidur kejap jer semalam.... xpa sis, zikir Ya Allah Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin, semoga Allah memperkasakan hati, kuatkan dan teguhkan semangat kita tuk bekerja...

Joe Haz said...

banyak betul hal yg berlaku dalam satu malam.!