Friday, January 15, 2016

Chang2 : Luka Lagi

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Petang semalam. Chang2 luka lagi di lutut. Luka yang dulu tu baru je nak baik, dah luka lagi balik. Macam biasa la. Dia kan anak mak. Bila dah sakit, memang menepek setepek dekat mak die nye adui ter berrr...


Time aku baru sampai depan rumah, baru nak parking cun punya...aku dah nampak dia duduk depan pintu rumah. Aku masih kat luar pagar sebab aku masih struggle nak parking kereta. Dah tu, Adik Icha pegi sambut aku di pintu pagar dengan senyuman nak pow mak dia. Tapi aku tak terpedaya. Tak sekali-kali hahaha...

Chang2 pun mulalah. Bila nampak jak kelibat mak dia yang cun melecun ni, terus cair. Ayaq mata mulalah meleleh. Hingus jangan cerita la. Sebelas dah keluar dari lubang hidung. So, aku pun tanya la papa dia apa jadi. Papa dia cakap, Chang2 tengah bermain sambil berlari-lari. Tetiba kaki dia tersandung. Jatuh la. Itulah hasilnya yang ada dekat lutut dia tu. Tsk tsk tsk.

Baru je 10 hari lepas luka di tempat yang sama. Jatuh juga. Tapi, tu sebab dia kejar anak kucing sampai ke belakang rumah. Last-last, terjatuh jugak akhirnya ke tanah. Eh, macam tupai. Aku ada update jugak pasal tu dekat >>SINI<<


Hahaha mulut dah jadi huruf C terbalik daaa...Macam tu la anak aku. Manjanya ya ampun. Tapi, baik dan mendengar kata. Walaupunnn...ye la sebagai mak mak ni, aku kena doakan yang baik-baik saja untuk anak-anak. Saham aku di atas SANA nanti. In Shaa Allah. Amiin.

Balik ni nanti kena bawak la dorang jalan-jalan lagi round taman. Hiburkan hati sendiri dan hati anak-anak. Siapalah aku tanpa anak-anak kan. Eh, ter emo le pulak. Oklah.

2 comments:

husna zahidi said...

alahai.. terok jugak tu..
hurmm husna plak pening tgk merah darah.. adehhh..

Nor Adzwaty Rokkafella said...

@husna zaihidi ye la...tp nak buat macam mana...dah dia lasak sgt hahaha...takpe la anak lelaki kene kuat kan...akak dlu pun pening tgk darah tp bila dah jd mak mak ni dah kebal dah hehe