Tuesday, December 14, 2010

Angkerrr!!!

Wahhh!!!

Gempak!!!Bebaru ni ada ceta dari kawan seopis ceta yang dia ternampak sosok ghaib...wuuuu takot!!!

Cenggini bunyi angker dia...

Nama dia Abang Z la...so, Abg Z ni driver di office la...mo jadi ceta...dia gi tandas la sebelum dia balik ke rumah. Waktu time tu jam 5.30pm la...so, dia masuk ke dalam tandas untuk buang hajat. Dia perasan ada orang masuk ke dalam tandas di sebelah dia tu. Dia ignore jak la...So, masa dia kuar dari dalam tandas, dia gi singki untuk cuci muka. Masa dia kuar dari tandas tu dia perasan pintu tandas sebelah tu terbuka. Mungkin orang tu sudah keluar kot...dia fikir la...so, masa dia tengah tunduk2 untuk mencuci muka, dia tiba2 ternampak bayangan seorang nenek tua dengan mata merah menyala di cermin singki tu. Dia cuma nampak separuh muka jak. Dia cakap, matanya merah menyala, rambut putih menggerbang...Dia x tunggu lama terus dia chow dari tempat kejadian dan menuju ke lif berdekatan.

Abg Z cakap, masa tu dia terasa macam mo terkencing lagi sedangkan sebelum tu dia sudah buang segala2nya...dengan muka pucat dia turun ke bawah. Dia cakap, masa kuar dari tandas tu dia seolah2 tengah speed kereta 120km/j...haaa...

Tapi dekat kawasan ofiice ni termasuklah office kami memang angker...dulu aku pernah stay di office sampai jam 6.30pm...buat keja berlambak...mula2 tu dengar macam bunyi tapak kaki kanak2 tengah berlari di atas siling office...tapi bunyi tu memang sudah biasa didengar. Banyak orang meneka bahawa bunyi tu sebenarnya orang di tingkat atas yang berlari2 anak tapi kalo mo diukur ketinggian siling dan ketebalan simen adalah mustahil untuk dengar tapak kaki orang yang berada di atas biarpun dorang berlari2 anak mahupun berlari2 setempat. Ada jugak yang cakap tu cuma tikus...mungkin juga...so, aku ignore la bunyi larian anak tu...tapi bila bunyi larian tu berhenti ngam2 di kawasan workstation staff yang paling hujung, tetiba ada bunyi giggling...

Jengjengjeng...tau ka giggling tu apa???Bunyi ketawa budak2 yang sedang ketawa bermain...sapa yang ada hempong Nokia yang lama2 punya tu, kan ada ringtone bunyi budak ketawa...lebih kurang cam tu la...maunya x bulu reromaku tegak berdiri...cepat2 aku off pc, off lampu & kunci office...then tuz blah la...pulang la apa lagi...lepas tu aku jera sudah mo stayback di office solo2...

Aku pernah juga temuramah encik pengawal bangunan wisma persekutuan ni. Pakcik tu pun cakap dorang selalu kena dengan 'benda' tu...ada yang sampai berenti keja kerana x tahan dengan tahap keangkeran 'sosok2 ghaib' di kawasan wisma persekutuan ni...Huuu sampai macam tu sekali...

Ada satu ceta.(pakcik tu yang ceta la)...dulu ada beberapa orang pengawal yang sesama jaga bangunan syif malam dengan pakcik tu la...so, dorang ni bergilir2 naik ke bangunan untuk kunci jam...so, satu malam tu kebetulan ada banyak pejabat lain yang masih ada kakitangan di dalamnya...dorang ni salu jugak la stayback di office...so, dorang naik ke tingkat 2 untuk kunci jam. Bila dorang sampai di depan pejabat Akauntan Negara, dorang nampak ada satu cewek tengah duduk di sudut pintu depan. Bunyinya cam menangis...dorang pun heran la. So, dorang gi tegur la cewek tu...sekali cewek tu angkat muka...putih jak...langsung xda tanda ada organ2 di muka. Kosong...mau x dorang berlari x pijak lantai turun tangga...tu pun macam ada benda tengah kejar dorang dari belakang...wuuu...

Satu kali plak, pakcik tu sendiri yang mengalami...pondok pengawal tu berhadapan dengan pejabat Pendaftaran Negara ba...so, masa tu hujan lebat...tiba2 pakcik tu ada nampak satu lembaga berdiri di sisi pejabat Pendaftaran tu. Dia dengar lembaga tu macam batuk2 kecil...Pakcik tu bawak payung dan mo gi ke tempat lembaga tu...lembaga tu seperti seorang lelaki tua...semakin dia menghampiri lembaga tu semakin kuat kedengaran bunyi batuk tu...bila pakcik tu sampai di tempat lembaga tu berdiri...tup2 xda plak lembaga tu...pakcik tu x tunggu lama, dia cepat2 balik ke pondok pengawal...bila dia sampai di pondok...ada lagi lembaga tu....tapi pakcik tu malas dah mo layan...

Dan ceta terakhir terjadi dengan salah seorang dari pegawai atasan kami. Encik A ni naik ke surau di tingkat 8 untuk solat Asar. Masa dia pi surau tu, sudah dekat jam 5...masih awal la kiranya...orang masih ramai lagi di bangunan ni...so, masa dia sampai di surau tu tinggal dia sorang jak. So, dia solat la cam biasa...masa dia tengah solat tu dia terasa macam ada orang lalu di belakangnya...tapi dia teruskan solat. Bila selesai, dia tutup kipas. Bila dia mo turun tangga untuk turun ke tingkat 7, dia terdengar suis kipas dihidupkan. Dia gi tengok balik la gi surau tu. Mungkin ada orang...tapi masa dia kuar tadi memang surau sudah kosong. Bila dia sampai di surau, kipas tu hidup. Tengok dalam surau xda orang pun. Dia tutup lagi suis kipas. Dia turun. Asal dia hampir melangkah ke tangga, kipas tu dihidupkan lagi semula. Dia ulang lagi macam tadi. Kali ketiga, berulang lagi. Dia x tunggu lama, dia turun terus ke tingkat 7 dan masuk lif untuk turun ke tingkat 4.

Dasat...penuh dengan angker la bangunan ni wuuu~~~

Pssst : sekarang ni bila punchcard dah sampai 5.30pm terus cepat2 blah dari office...aku ni penakot!!!

2 comments:

Anonymous said...

ngeeeee..ngerunya bila baca...

Nor Adzwaty Rokkafella said...

@suzan : hahaha...angker kan...kadang2 bikin seram jgk d cni ni kalo diingat2...apa bleh wat lagi 30++ thn mgkin aku akan btapak d cni (kalo x kena transfer la)
@anonymous : baca jgn x baca...