Thursday, December 31, 2015

Late Post : Karnival Transformasi Belia 2015 Bahagian Limbang di Dataran Jubli Emas, 20.12.2015

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Late post lagi. Karnival ni sebenarnya bermula dari 18hb - 20hb Disember haritu. Tapi, aku cuma dapat bertugas jaga booth pameran pada 20hb sahaja disebabkan pada 19hb tu aku bertugas di S.K. Kuala Medalam.

Aku terus share gambar je la. Sebabnya aku banyak missed out aktiviti-aktiviti yang diadakan. Ekceli awal pagi tu ada aerobik, aerofithon dan zumba diadakan. Senaman keluar-keluar peluhlah semuanya. Lepas tu, ada persembahan pencak silat dan pertandingan tarian singa-singa.

Gambar 1 : Buka meja pameran

Gambar 2 : Bumble Bee handmade. Si Tuan Punya Bumble Bee ni pemenang pertandingan membuat hasil kerja tangan menggunakan bahan-bahan terbuang.

Gambar 3 : Selfie itu wajib.

Gambar 4 : Ber-Wefie dengan Bumble Bee.

Gambar 5 : Ber-Wefie dengan Atlit Paralimpik Malaysia, En. Jamery Siga. Beliau menang 2 emas baru-baru ini di Singapore dalam acara renang dan bakal mewakili negara ke Sukan Olimpik di Rio, Brazil pada tahun 2016. Beliau merupakan anak jati Limbang dan anak kepada Penghulu Siga di Kg. Kuala Medalam, Limbang.

Gambar 6 : Pentas utama karnival ada runway sebab ada pertandingan pakaian beragam dari bahan terbuang yang diadakan pada hari Sabtu. Sempat bergambar dengan kepala singa dari persatuan x ingat nama yang menyertai pertandingan tarian singa-singa. Yang ini pemenang tempat kedua.

Selepas tu, kitorang pun bersurai sebab dah habis aktiviti. Balik rumah dengan senang hati sebab akhirnya dapat juga berehat dan dapat menyelesaikan tugas-tugas yang diarahkan dengan jayanya. Hewhewhew...

Late Post : Mobile Outreach Programme di S.K. Kuala Medalam, 19.12.2015

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Very very late post. Sorry. Hari ni pun aku masih terkial-kial nak pilih gambar yang mana untuk dimuatkan di dalam entri kali ni. Rasa nak masukkan semua gambar je hahaha...tamak!

It starts with...seawal jam 6.30 pagi kitorang (aku, my bff aka Kak Dayang dan driver) bertolak untuk ke S.K. Kuala Medalam yang dipercayai memakan masa 1 jam lebih untuk sampai ke sana. Kami singgah sekejap di Nanga Medamit sebab driver nak beli air dan gula-gula katanya. So, singgahlah di kedai runcit yang ada dekat sana.

Lepas tu kitorang teruskan perjalanan. Dekat hujung jalan Nanga Medamit dah xda jalan berturap ye, kena lalu jalan batu. Bermula la perjalanan mesin urut Ogawa yang nyaman hehehe...Kitorang sampai dekat S.K. Kuala Medalam dalam jam 7.45 pagi macam tu la. Kitorang terus angkat barang pameran dan terus ke Dewan S.K. Kuala Medalam untuk set up apa-apa yang patut. Program ni ekceli anjuran Pejabat Residen Limbang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Limbang dan Angkatan Tentera Malaysia.

Gambar 1 : Petugas sedang sibuk menyusun atur kedudukan kerusi untuk digunakan semasa perasmian program. Gambar bawah ; orang ramai mulai menyerbu ke 'pondok' kitorang untuk mendapatkan info berkaitan kekosongan jawatan terkini yang ada di Limbang dan juga kaedah-kaedah perburuhan.  

Gambar 2 : Orang-orang kampung dari kampung berdekatan seperti Kg. Kuala Medalam, Kg. Rantau Kurra, Kg. Meruyu dan sebagainya, sama-sama bergotong-royong mengecat bangunan sekolah yang agak lusuh catnya. Gambar bawah ; Penghulu Siga (Penghulu Kg. Kuala Medalam) mula mengumpulkan durian hasil dari kebun durian beliau untuk dijamu kepada tetamu yang hadir termasuk orang-orang kampung.

Gambar 3 : Sementara menunggu YB Paulus @ Palu Anak Gumbang, ADUN N.69 Batu Danau, Limbang memulakan ucapan perasmian, kitorang disuruh duduk diruangan yang telah disediakan di hadapan pentas dan yang paling penting sempat selfie ye hehehe...

Gambar 4 : Selesai berucap, sesi bergambar bersama YB, Pegawai Daerah Limbang, Jeneral Brigade ATM, dan wakil-wakil Ketua Jabatan termasuk aku yang sememangnya mewakili Ketua Jabatan untuk sama-sama menjayakan program ini. Berdiri di atas pentas merupakan penerima Bantuan Warga Emas dari Jabatan Kebajikan Bahagian Limbang. Gambar tengah ; YB menandatangani Visitor's Book. Gambar bawah ; sesi menyampaikan cenderahati kepada YB yang disampaikan oleh aku hewhewhew...

Gambar 5 : Ermmm...perlukah aku bagi caption lagi? Sudah jelas lagi berselfie, kitorang makan durian sampai puas. Sorang 4 biji durian. Sedap wooo!!!

Lepas makan durian, kita berdua beralih arah ke ruangan pertandingan memasak anjuran Jabatan KEMAS Limbang yang mana peserta yang menyertai memasak makanan tradisional seperti ayam pansuh (ayam yang dimasak di dalam buluh), ikan sungai di bakar (aku lupa apa nama ikan tu), dan pelbagai jenis masakan ikan-ikan air tawar. Aku makan sampai bermandi peluh kooo. Warna lipstick pun dah pudar. Aku x kisah janji aku dapat makan. Gambar pun dah tak sempat nak ambil dah lepas tu hahaha. Dah tu, ada sorang kakak ni, dia dengan baik hati tolong kopekkan lagi buah durian yang masih berbaki dan simpankan di dalam plastik untuk aku dan Kak Dayang bawa pulang. Weehooo!!!

Dah tu, kitorang kena panggil masuk semula ke Dewan untuk makan tengahari pulak. Ah, sudah! Perutku memang dah mengencang waktu tu. Tapi, aku gagahkan jugak pergi menjamah atau dalam erti kata lain, melahap makanan yang disediakan oleh petugas dari Jabatan KEMAS Limbang. Lepas makan tengahari, kitorang pun bersurai. Masuk ke dalam kereta, aku dah tersandar hahaha.

Apa-apapun, selain pengalaman makan-makan yang memang ohsem tu, aku dapat tau juga S.K. Kuala Medalam tu sudah wujud since tahun 70an bila mana ada seorang uncle bekas pelajar sekolah tu cerita dengan aku bahawa dia pernah bersekolah di sekolah tu pada tahun 1977. Mereka merupakan pelajar terawal yang mempelopori sekolah tu. Kagum aku sekejap walaupun kami bersembang tidak jauh dari tandas guru sebab masa tu aku nak guna tandas tapi, tetiba jak uncle tu bawa aku berbual. So, aku layankan sahaja la. Mungkin dia tengah asyik down memory lane kan.

Apa-apapun sekolah tu juga merupakan bekas sekolah husband aku. Suweet kan? Eheh...tergedix sekejap. Sori hehehe...

By the way, nanti aku akan sambung pasal cerita Karnival Transformasi Belia Bahagian Limbang yang berlangsung bermula 18hb - 20hb Disember baru-baru ini.

Kbai.

Pemenang GiveAway Blog Fazrolfairytalesland

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Wahhh!!! Tak sangka aku menang GA lagi. Tapi, kali ini aku sendiri tak tau sampailah orang lain yang bagitau huhuhu...Inilah padahnya jika jarang sekali mau cek blogpost kawan-kawan yang sudah lalu. Mujur la bila aku contact penganjur GA iaitu adik Fazrol Iqbal, dia masih sudi nak poskan hadiah huhuhu terharu T_T...

Mula-mula tu aku join GA adik FI tu. Hadiah dia memang lumayan la. Aku pulak tak mengharapkan untuk menang. Join GA saja-saja cuba nasib. Dan lagi satu nak tambah rakan blogger katanya. Tapi, sampai sekarang aku x berpeluang sangat nak BW ke blog-blog rakan-rakan yang sama-sama join GA. Hamekaw terlalu banyak perkataan yang dobol.

Terbongkarnya kisah pasal aku menang GA ni apabila salah seorang sponsor untuk GA tu hantar mesej dekat inbox FB aku. Nama sponsor tu Ct Roxalynna. Dia bagitau aku menang GA dan dia nak review blog aku. 

Demikian lah bentuk mesej kitorang...


(Nak Baca, Klik Gambar Tu Ye)

Time tu aku tengah menonton cerita Kaho Naa Pyaar Hai dekat TV2. Selepas berbalas-balas mesej aku pun pergilah klik link pemenang tu. So, memang ternyata ada nama aku di tag dekat situ. Kemudian, aku nampak ada no. WhatsApp dinyatakan di situ untuk aku contact penganjur. So, aku pun WhatsApp la adik FI. Kat bawah ni conversation kitorang :D


Hehehe. Gembiranya rasa hati. Dalam banyak-banyak segmen dan GA, kali ni memang hadiah dia kira meletop jugak la. Tak sabar nak tunggu hadiah sampai. Hehehe.

P/S : Nak tengok senarai pemenang? Klik SINI ye adik manis intan payung...

Wednesday, December 30, 2015

Sesi Melawat Doktor Bersama Chang2

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Pagi semalam, ajak Chang2 pegi spital sebab dia dah demam batuk dan selsema. Jenuh jugak memujuk. Dia tetap tak nak. Tengahari, aku balik rumah dan pujuk lagi. Kali ni dia nak juga ikut tapi dengan syarat nak ikut naik opis mama. Hurmmm...ikutkan sajalah. Janji dia nak pegi spital. Bukan tak nak bawak dia pegi klinik tapi dia lebih serasi dengan ubat dari spital.

Si Muka Lemas...Kesiannn

Sampai spital, ambil no. giliran. Jumpa doc dan sekian, sekian...jam 2.30 petang siap. Tak sampai sejam tunggu dekat spital sebab sangat tak ramai orang. Kereta pun cuma ada 2,3 buah je yang parking kat depan spital tu.

Kitorang pun bergerak untuk ke opis. Dah naik separuh tangga (opis di tingkat 2), mintak dukung la pulak anak bujang aku nih. Dukungkan saja la. Orang sakit. Layanan pun spesel kan hehehe...
  
Dah sampai opis, tiba-tiba dia kata lapar nak makan. Apuuu...aku pun bawak la dia pegi Seri Wangi Cafe menapau Nasi Goreng Pattaya.

Muka Kerek Tak Nak Tengok Kamera


Makan nak bersuap. Duduk atas meja workstation. Maafkan la mejaku yang agak semaks itu hahaha...Well, selepas dia dah siap makan barulah ada semangat sikit dan nak bermain-main dengan rakan-rakan seopis yang lain.

Balik dari kerja. Adik Icha menyambut kami dengan sorakan. Ya la, tengahari tu kan dia dah merajuk nak ikut tapi aku xmau bawa dia sebab kalo dia dengan Chang2 bergabung kompom meletup hahaha...

Btw, semalam dah bagi dia makan ubat. Lepas makan ubat tu, terus dia tertidur. Kesian. Pagi tadi dia bangun dah sihat dah. Tak lagi lemas-lemas macam tengahari tu. Huhuhu.

Aku memang cuak bila Chang2 dah start selsema dan batuk-batuk. Gara-gara itulah dia masuk wad time umur dia 10 bulan sebab kena jangkitan kuman di paru-paru selepas menghidap selsema dan batuk berpanjangan. Enam hari yang sangat menyiksakan bagi aku dan Chang2. Dah la time tu aku tengah menunggu hari nak bersalin Adik Icha. Mintak dijauhkanlah penyakit itu daripada menyinggah dengan Chang2 lagi.

Amiin.

Pemenang Giveaway for Our Lovely Girl by RianaLittleCuties + Pemenang Segmen Blogwalking + Bloglist by Shawal

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Semalam. Aku baru mau buka blog bila ada notification dari gmail masuk dalam hp. Aku baca, eh aku menang GA rupanya. Memang rezeki la. Sebab semalam aku baru masuk kerja setelah 5 hari bercuti sakan balik kampung di rumah mertua aku. Bab tu nanti aku share gambar dan cerita sekali la. Banyak gambar. Cerita aktiviti hari tu pun belum lagi aku update huhuhu.

  
(Sila Klik Gambar Untuk Kasi Besar Mata)

Teng tedeeeng~~~

See, emel dan sekerinshot entri itu menghuraikan segala-galanya hehehe...Aku dah bagi feedback semalam. Kata Sis Riana nanti bila semua orang dah bagi feedback dia akan send cepat-cepat gift tu weee...sukenye sukenyeee~~~

Boleh Klik SINI untuk melihat senarai pemenang GA Riana.

Pagi tadi. Aku buka hp. Ada notification comment dekat blog melalui emel. Aku bukak la. Dapat comment dari Shawal yang aku antara pemenang bloglist untuk segmen yang dia buat haritu.

http://akubukaninnocent.blogspot.my/2015/12/senarai-pemenang-segmen-blogwalking.html 
(Boleh Kelik Gambar Untuk Terus Ke Link Entri Pemenang Ye~~~)

So, link blog aku akan melekat di blog Shawal selama sebulan. Weee~~~ So, rerajin la korang baca blog aku ye hewhewhew...

TQ semua. Ini memang rezeki sebab pemenang ditentukan oleh Random.Org. Bukan main self pick punya. So, aku memang puas hati la dan amat bersyukur. Hehehe...

Sekian.

Wednesday, December 23, 2015

Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Cuti Yeay!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Esok cuti Maulidur Rasul. Aku sekeluarga akan bertolak ke rumah mertua aku di Kg. Liang Datu, Ulu Medamit, Limbang. Jarak perjalanan mengambil masa satu jam setengah jalan darat dari bandar Limbang dan 10 minit ikut perahu merentas sungai dari Kg. Kuala Medalam ke Kg. Liang Datu.

Untuk pengetahuan semua, mertuaku berbangsa Kelabit dan mereka bukan Muslim. Dalam adik-beradik husband aku, hanya husband aku dan kakak sulungnya sahaja yang berkahwin dengan orang Islam. Kakak iparku kawn dengan orang dari Brunei Darussalam.

25hb nanti keluarga mertuaku akan menyambut Hari Krismas. Bagi kami orang Sabah dan Sarawak, perkara begini memang biasa. Sebab kami terdiri dari pelbagai kaum. Macam aku ni memang cinta Borneo sebab aku asal dari Sabah dan husband aku asal dari Sarawak.

Perkara yang aku respect dengan keluarga mertuaku adalah mereka sama sekali tidak menghidangkan minuman keras walaupun mereka tinggal di rumah panjang. Ini adalah disebabkan majoriti daripada mereka yang tinggal di rumah panjang itu terdiri daripada kaum Kelabit (Sila Google). Selain itu, mereka sangat menghormati kami (yang beragama Islam) dan mereka faham istilah halal haram dalam agama Islam.

Selain itu, apa yang menyebabkan aku teruja nak balik ke kampung mertuaku is mereka banyak membuat aktiviti di kampung seperti sukaneka, acara tarian dan banyak lagi. Aku paling suka bila part main volleyball. Selalunya aku akan join team kaum Ibu. Tahun 2013, team Ibu menang tempat pertama pertandingan Volleyball. Tahun 2014 pula, team Muda Mudi yang menang. Adat la kan. Jangan tak tau, aku dulu wakil sekolah team volleyball hewhew...

Ni, aku nak bagitau...kot2 la kan manatau aku ada menang segmen ke, giveaway ke...mana la tau kaaannn...just info je dekat blog aku ni...dekat komen tu ke...sebab, dekat kampung mertua aku tu memang xda line telefon. Nama pun di ulu. Memang xda line telefon. Ni kan lagi line tenet. Tapi, aku suka jugak, at least aku dapat konsentret ikut aktiviti kampung.

Aku akan balik ke bandar hari Ahad petang or malam. Isnin sambung cuti rehat sebab nak register Chang2 & Adik Icha masuk Tabika Perpaduan.

Aku rasa sampai di sini je kot buat masa ni. Aku nak kemas baju anak2. Balek kampooong wohoho balek kampooong wohoho balek kampooong hati giraaanggg~~~

Kbai. Balik nanti aku share gambar ye~~~

Melantak Sakan!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Sebelum cerita pasal melantak sakan, aku nak bagitau aku dah submit cerpen tengahari tadi. Nerbes wooo. Kalo diikutkan semalam aku dah submit tapi aku baru perasan dorang nak biodata lengkap penulis berserta gambar berukuran passport. So, aku ingat aku ada simpan gambar passport yang tak pakai dekat rumah. Pagi tadi baru aku godek-godek fail dokumen dekat rumah and ambil gambar tu huhu.

(Klik Gambar Untuk Kasi Beasr Mata)

Baik. Now, cerita pasal melantak sakan. Pagi tadi aku dah breakfast Nasi Goreng Kampung disebabkan dekat restoran tu xda Nasi Goreng Pattaya. Hadap je la. Dah namanya rezeki juga kan dan of course x lengkap jika tidak ditemani dengan Nescafe Panas. Baru jitu dan padu. Ada umph!!!

So, tengahari tadi aku malas nak keluar sebenarnya. Lagipun sekarang ni tinggal kitorang berlima jak yang ada dekat opis. Tu pun yang lain dah keluar. Mujur kawan sorang datang tepat jam 2 petang, so aku pun keluar la sekejap. Dan alasan lagi satu, kan dah breakfast nasik pagi tadi. Bajet perut tu tahan la. Tapi, ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya keroncong di dalam perut hahaha...Tekak aku ni nak juga makan Nasi Goreng Pattaya. Tak boleh tak. Nafsu tu, nafsu. So, dalam jam 2 lebih tadi aku gagahkan jugak la pegi keluar untuk tapau NGP tu. Aku pun pegi la di restoran feveret iaitu Seri Wangi Cafe (feveret sebab dia ada WiFi free).

Sampai di SWC, aku terus yakin minta tapaukan NGP dan Nescafe Peng aka Nescafe Ais. Haaa jangan tak tau dekat Sabah Sarawak ni kalo mintak air ais dorang x sebut ais, dorang akan sebut Peng (Sarawak) atau Ping (Sabah). "Errr...kak tapaukan Nescafe Peng satu". Ah, tu mintak Nescafe Ais la tu.

Sambil tunggu order, aku pegi jenguk akak yang tengah goreng pisang dan cucur dekat luar. Aku order lagi pisang goreng RM2 dan cucur sayur RM2 untuk bawak ke opis jamu kawan-kawan makan dengan aku-aku sekali la makan hahaha...

Dah siap order, dah bayar aku pun balik opis la. Sampai di opis, kawan sorang lagi beli eskrem Crunch. Wooo, ngam sangat. So, pakej makan lengkap dengan pencuci mulut sekali ye hahaha...Rezeki. Alhamdulillah syukur.


Gambar atas tu tengah duduk tunggu order. Sepinggan pisang goreng campur cucur sayur. Eskrem Crunch. Tengok meja akak, penuh dengan fail yang dah update tapi belum simpan dalam kabinet lagi. Yang lagi penuh, NGP + Nescafe Peng + Eskrem Crunch haaa amekaw!!! Melantak sakan kan. Licheeennn!!!

 Aku janji nak tulis pasal entri program haritu kan. Tapi, macam x sempatlah nak tulis hari ini. Sebab gambar pun banyak dan belum pilih dan belum edit dan belum tentu hahaha...mungkin minggu depan la kot. Lagipun, esok cuti public dan sekaligus aku balik ke kampung mertuaku pulak. Kan panjang cutinya tu, esok Maulidur Rasul, lusa Krismas kemudian Sabtu dan Ahad. Isnin pulak aku sambung cuti sebab nak daftar Chang2 dan Adik Icha masuk Tabika Perpaduan.

So, sampai sini saja setakat ni. Nanti pandai la tu aku membebel di next entri. Kbai!

Tuesday, December 22, 2015

Cerita Kembara Balik Kampung

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Seperti semua sedia maklong, minggu lalu aku balik kampung sebelah bapa aku di Kg. Padas Damit, Beaufort, Sabah. To make story short, kitorang bertolak dari rumah jam 10.30 pagi pada 17hb tu. Daaan, aku sempat live update blog masa on the way ke sana. Boleh klik SINI kalo nak baca pasal live update yang aku post hari tu.

Perjalanan kalo diikutkan makan masa 3 jam je dan kena melalui Negara Brunei DS (Limbang - Brunei DS - Lawas - Sipitang - Beaufort). If nak tau Limbang tu area mana dan Beaufort tu area mana meh akak tunjuk ikut Google Maps nih.


Dekat Google Maps bagitau perjalanan lebih kurang 2 jam 34 minit tapi since kitorang pemandu berhemah (sangat!), so, aku estimate 3 jam termasuk queue dekat sempadan Brunei - Malaysia dan Sarawak - Sabah. Jangan tak tau, aku kena sediakan passport terhad untuk Brunei DS dan Dokumen Perjalanan Terhad untuk masuk ke negeri Sarawak walaupun aku orang Sabah dan aku orang Malaysia. Tapi yang ni kena cek sejarah penubuhan Malaysia la. Aku malas mau taip panjang-panjang dekat sini.

Tapi, since cuaca tak berapa nak elok, hujan lebat bermula dari Daerah Temburong, Brunei DS sehinggalah ke Beaufort so, lebih dari 3 jam la plus kami rest 1 jam dekat Sipitang untuk makan tengahari dan tukar pampers Adik Icha :D


Sempat juga bergambar dengan background tepi pantai sebelum hujan turun semula. See, gambar yang ketiga tu hujan dah mulai turun. Gambar yang ada jambatan tu kitorang dah menyeberang sungai Padas untuk ke Pekan Beaufort. Gambar replika limau bali tu kiranya trademark bagi Pekan Beaufort la hewhew...ye, aku tau perut MR. AIL dan perut aku dah lebih kurang sama besaw naw. Entah bile gamaknye nak bersalin, aku pun tak tau. Eh, akak x pregnant hokay! hahaha...sorry, melalut~~~

Sampai Pekan Beaufort, kitorang parking kat belakang pasar dan MR. AIL terus melilau nak mencari barang untuk kereta katanya. Aku plak pergi pasar cari barang-barang sekolah anak-anak. Kan Chang2 dan Adik Icha tahun depan dah nak masuk Tabika Perpaduan. Cari punya cari, aku dapat rembat 2 bijik beg sekolah, 2 pasang kasut sekolah dan 6 pasang stokin dengan harga RM 98.00 untuk dua orang anak. Fuhh! Kalo berbelanja dekat Limbang mau lebih seratus kooo. Barang dekat Limbang mahal dari Sabah sebab market dekat Limbang lebih fokus kepada pembeli dari Negara Brunei DS.

Sambil-sambil shopping tu, kitorang tunggu mak, bapa dan kakak-kakak aku sampai dari Kota Kinabalu. Ye la, lama x jumpa. Last jumpa masa raya haritu, so memang rindu-rinduan jadi kenang-kenangan la. Bila mak dah sampai, kitorang sama-sama tunggu pulak pakcik dari kampung datang ambil dorang sebab teksi hanya hantar dorang sampai ke Pekan Beaufort sahaja. Xda pakej masuk kampung huhu...


Sementara menunggu le pakcik datang ambil, sempat ambil gambar anak-anak bersama le cousin dorang iaitu Putri Nursyuhada (tengah) dan Putra Hakimi (tengah). Unfortunately, aku baru perasan aku xda berselfie dengan kakak-kakak aku. Tapi, aku ambil je la gambar kitorang time raya haritu. Silakan menjamu mata yeee~~~

Dari Kiri : Bonz (kakak no.3), Yantz (kakak no.2) dan meee...anak no.4

Abaikan nama-nama glemer kitorang tu. Kitorang kan divas gebus gebas. Jarak umur kitorang sangat jauh. Kakak no.2 dah 41 tahun. Kakak no.3 dah 35 tahun dan aku plak dah 30 tahun. Homai~~~ Kakak sulung xda di tempat kejadian sebab dia kena jaga rumah di Kg. Buang Sayang, Kinabatangan sebab sekarang ni susah nak tinggalkan rumah xda orang lama-lama. Banyak sangat pencuri. Huh!

So, bila le pakcik dah sampai, mak dengan bapa pun dah naik kereta le pakcik, kitorang sama-sama konvoi masuk kampung. Ala 30 minit je pun nye adui ter berrr...

18.12.2015.


Kenduri bermula apabila jemaah baru pulang dari solat Jumaat. Doa tahlil untuk arwah bapatua (datuk) dan arwah mamatua (nenek) serta doa selamat (untuk aku dan abang sepupu aku yang kemalangan kenderaan baru-baru ni) telah diadakan di masjid kampung. So, jemaah yang datang berserta kaum keluarga yang lain hanya tinggal makan je dekat rumah le pakcik. Macam tu pun elok. Taklah kelam-kabut sangat dan perjalanan kenduri lancar je.

Dekat dalam gambar tu, aku sempat selfie bersama adik bongsu kepada bapatua yang juga pangkat datuk kitorang yang masih hidup. Wajah arwah bapatua sangat seiras dengan datuk bongsu yang ini. Rindu dengan arwah bapatua. Al-Fatihah.

Petang tu, selesai je makan dan bersalam-salaman dengan sanak saudara, kitorang pun terus balik memandangkan esoknya aku kena berkerja ke Ulu Medamit, Limbang untuk Mobile Outreach Programme. So, untuk program yang itu aku akan post pada next entri keh.

Sekian.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapatua, Haji Janih bin Unsar dan arwah mamatua, Hajah Sarmanis binti Pilun. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amiinn.

Nak URL Blog #21 Segmen by Mia Liana

(Sila Klik Banner Untuk Join)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku dah join. Macam pestaim aku jadi orang yang 1st tepek komen join segmen hehehe...Mia Liana nak URL blog je untuk memudahkan blogwalking. Tapi, aku saja nak tolong promotekan bagi sesiapa yang nak join. So, jangan kasi lama bilang urang Sabah. Jom join ramai-ramai!


Submit Cerpen Untuk Pertandingan Cerpen UMS-New Sabah Times 2015

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Dug dug dup dap. Berdebar rasa. Hari ni aku mau submit cerpen untuk masuk dalam pertandingan seperti tajuk di entri ini. Tarikh tutup ialah pada 24.12.2015 iaitu hari Khamis ini. Walau bagaimanapun, sekarang aku settlekan dulu tugas hakiki. Petang nanti baru aku submit. Now, aku kemaskini fail-fail yang perlu dikemaskini. Habis 20 fail ni nanti baru la ada masa sikit. Btw, aku kemaskini fail sambil nyanyi-nyanyi kecil lagu-lagu Rossa yang lama-lama. Amekaw semua ada dobol perkataan huahuahua...

Kbai! Oh, sapa yang nak tengok syarat-syarat penyertaan boleh klik SINI ye~~~

Monday, December 21, 2015

Featured : 3 Lady Bloggers - Segmen Jom Jenjalan Bersama Jejariruncing

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hai. Selamat petang.

Baru ada masa untuk BW sikit-sikit dan komen sikit-sikit dekat blog orang. Now, aku mau cerita yang aku ter-featured dalam Segmen Jom Jenjalan Bersama Jejariruncing hewhewhew...aku ada buat sekerinshot tentang komen Elia pasal blog aku mehmehmeh~~~


(Klik gambar untuk kasi besar mata)

Aku join tu on the very last minute kooo...Elia bagi tempoh 24 jam jak...so, kita 3 orang je la yang berjaya join segmen tuh...Kembang mambang jek hidung aku saat-saat nih huahuahua...ko jangan jeles keh...dinch sangat! Kalo nak baca entri aku tuh boleh klik SINI untuk baca yea!

By the way, aku nak buat update pasal aku balik kampung tempoh hari dan juga pasal Mobile Outreach Programme + Karnival Transformasi Belia yang aku pergi bertugas baru-baru nih. Mungkin esok je la kot. Hari ni edit-edit gambar dulu. Huhu.

Kbai!

Thursday, December 17, 2015

On The Way Balik Kampung

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Right now aku anak-beranak dah otw balik kampung di Kg. Padas Damit, Beaufort, Sabah untuk menghadiri kenduri tahlil ke 100 hari untuk arwah datuk dan arwah nenek sebelah bapa. Sekarang dah melintasi daerah Lawas, Sarawak dan menuju ke Sipitang, Sabah.

Hehehe aku saja jak mau try live update blog dalam perjalanan. Jangan risau, my husband yg drive.

Doakan semoga kami selamat sampai di destinasi.

Wednesday, December 16, 2015

Misi Pencarian Sabahan Blogger by Ennor P Zurah

http://ceritasiennor.blogspot.my/2015/12/misi-pencarian-sabahan-blogger-by-ennor.html 
(Sila Klik Banner Untuk Join)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Saya bangga saya orang Sabah!!! Yiiipaaa!!! Dengan segala hormatnya saya join ini misi!!!

Eh? Semua syarat sudah dipatuhi kecuali follow Twitter sebab saya teda akaun Twitter. Bukan teda tapi lupa pakai emel apa sama password pun lupa. Jadi, lepas tu sudah jadi malas mau buka lagi tu Twiderrr~~~

Tag

Perempuan Bumi (Orang Sandakan)
Just (Orang KK)
Moon (Orang Sandakan, menetap di Sipitang)

Ketiga-tiga mereka ni memang blogger dari Sabah. Cuma dah tak berapa aktif. Perempuan Bumi dan Moon aktif jugak di FB. Ekceli banyak lagi blogger Sabahan yang aku follow tapi kebanyakan dorang sudah tidak aktif berbelog lagi. Hurmmm...

By the way, I'm done! ~(^,^)~

Serabut Serabai Seribut Kusut Menyusut Mindaku Selalu!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Semalam aku x sempat post apa-apa entri disebabkan aku bizi...cliche sangat la alasan ni hahaha...tapi memang betul la. Begini la norma kerja SYMP. Seawal jam 8.45 pagi aku dah bertolak ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Limbang untuk menyampaikan ceramah berkaitan bimbingan kerjaya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Audiens hanya seramai 10 orang. Mereka ini adalah golongan yang secara sukarela mendapatkan bimbingan/rawatan/kaunseling untuk mengatasi masalah ketagihan mengikut jenis kategori dadah yang mereka hadapi. Aku x boleh ambil gambar. Boss AADK x benarkan so, aku hormat keputusan itu. Eh, tapi gambar aku bleh plak dorang ambil. Hahaha...sebenarnya dorang nak simpan dalam galeri aktiviti dorang la. Cumanya, aku sebagai ORANG LUAR memang x boleh ambil gambar sebab dikhuatiri aku akan sebarkan pulak sedangkan perkara itu adalah SULIT dan orang2 gomen macam kami ni terikat dengan Akta Rahsia Rasmi. So, jangan pepandai mau langgar peraturan keh!

Perenggan kedua. Sesi ceramah selesai dalam jam 11.30 pagi. Aku balik ke opis. Sebelah petang pulak nak kena hadiri Mesyuarat Penyelarasan dan Persediaan Karnival Transformasi Belia di Pejabat Residen Limbang. Meeting punya meeting, tetiba baru teringat tarikh Karnival bertindih dengan tarikh Program Mobile Outreach di Kuala Medalam (Ulu Limbang) nanti. Lepas tu, Tuan Timbalan Residen nak juga Jabatan kitorang join pameran semasa Karnival tu. Dah tu, aku just jawab, "Saya akan berbincang semula dengan Ketua Pejabat saya". Berhemah kooo jawapan aku hahaha...

Perenggan ketiga. Balik opis jam 3.30 petang aku terus mengadap boss. Bincang punya bincang akhirnya boss putuskan supaya team pameran dibahagi kepada dua team yang pada mulanya diterajui oleh 5 orang termasuk aku la. Sila lihat jadual asal termasuk jadual diriku sendiri hahaha

16.12.2015 (Rabu) - Aku kena siapkan bahan pameran dan borang-borang yang perlu dibawa semasa membuka booth pameran untuk dua program iaitu Mobile Outreach di Kuala Medalam (Ulu Limbang) dan Karnival Transformasi Belia.

17.12.2015 (Khamis) - Aku cuti rehat. Balik ke kampung sebelah bapa di Kg. Padas Damit, Beaufort, Sabah untuk hadir majlis kenduri tahlil hari ke 100 untuk arwah datuk dan arwah nenek. Al-Fatihah.
*Catatan : Arwah datuk meninggal seminggu selepas bermulanya Ramadhan. Arwah nenek meninggal sebulan selepas arwah datuk meninggal.

18.12.2015 (Jumaat) - Kenduri tahlil dibuat selepas selesai sembahyang Jumaat. Selepas kenduri selesai, aku terpaksa balik semula ke Limbang sebab bertugas untuk pameran. Pada masa yang sama, Karnival Transformasi Belia bermula juga pada tarikh ini. Perasmian diadakan pada sebelah malam. Tapi, tidak perlu membuka booth pameran pada hari tersebut. Namun, perasmian akan disusuli dengan persembahan nyanyian dari artis jemputan iaitu FIQ Mentor.(Perkataan 'namun' di situ ada makna. Aku nak pergi tengok FIQ tapi masa tu mesti aku masih otw dari Beaufort ke Limbang. Makan masa 3 jam jugak).

19.12.2015 (Sabtu) - Seawal jam 6.30 pagi team 1 (diketuai oleh aku) akan bertolak ke Kuala Medalam untuk program Mobile Outreach tu. Sementara, team 2 (diketuai oleh rakan seopis, En. Shamsul) akan start bertugas pada jam 7.30 pagi di Dataran Jubli Emas untuk Karnival Transformasi Belia. Jarak dari bandar Limbang ke Kuala Medalam tu nak juga makan masa dalam hampir 2 jam. Manakala, Dataran Jubli Emas tu di kawasan bandar je.

20.12.2015 (Ahad) - Team 1 dan Team 2 akan bergabung dan meletop di tapak Karnival Transformasi Belia sehingga Karnival berakhir.

There goes my jadual. Mana tak serabut? Serabut tak serabut? Huhu. Dan huhu lagi. Tapi xpa. Ai ken du it. Chayo2!!! Ganbatte Kudasai!!! Fighting!!!

Sori. Entri kali ini banyak membebel dari menulis. Hahaha~~~hoi apa lagi dok tercangok-cangok depan PC! Pigi potostet sana! Banyak borang mau potostet!

Monday, December 14, 2015

Menyampaikan Ceramah di AADK Limbang

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Esok aku akan menyampaikan ceramah di AADK Limbang seawal jam 9.00 pagi. Tajuk ceramah is Personaliti Ke Arah Kerjaya dan Panduan Mencari Pekerjaan dan Menghadiri Temuduga. By the way, masa yang diberi 1 jam saja. Aku cuba untuk tidak membebel dalam tempoh sejam itu untuk menyampaikan dua topik hehehe...


Wish me luck gais!

Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif

(Sila Klik Banner Untuk Join)

Akak join ye~(^,^)~

#SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia

(Sila Klik Banner Untuk Join)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Segmen kali ini agak mencabar jugak sebab tak semua orang ready nak bercerita tentang siapa diri mereka sebenarnya. Tapi, bagi aku xda masalah sebab aku memang suka bercerita. Tu sebab dekat bibir aku banyak taik lalat. Titik.

Baiklah. Aku mulakan dengan sedikit pengenalan diri aku. Aku buat ala-ala biodata la keh...mengimbau semula kenangan zaman remaja ceh!!! Hahaha...

Nama Sebenar : Norazwati binti Tasip
Nama Glemer : Nor Adzwaty (FB/WC/IG semua pakai nama ni)
Tarikh Lahir : 09 September 1985
Asal : Sandakan, Sabah
Menetap : Limbang, Sarawak (Aku dah kawin dengan orang Limbang oi!!!)
Umur : 30 Tahun...and I'm proud of it!

Aku Suka :
- Internet
- Mekap (I am a make up freak)
- Blogging
- Makanan
- Berjalan-jalan
- Tido ZzzZzzZzz

 Status : Dah berkahwin ye...anak dah dua orang (sepasang) iaitu Chang2 dan Adik Icha

Kerjaya : 1). Pembantu Perhubungan Perusahaan/Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
2). Reseller Online
3). Freelance MUA

Ok. Jika nak diceritakan tentang diri aku tiga mukasurat blog x cukup. Tapi, cukuplah korang kenal aku ni seorang yang gila-gila, selalu berfikir di luar jangkaan orang lain, mulut LASER, kuat marah, mak yang sangat protective dan sayangkan anak-anaknya, imaginasi setinggi hiperbola metafora, setia kawan dan aku boleh kata aku pendengar yang setia (kalo korang rasa nak luahkan masalah dekat aku, don't worry...your problems and secrets is safe with me).

Erm...apa lagi? Aaaaa...aku boleh jadi part time pakar kaunseling/tukang batu api/tukang drama/tukang baiki mainan anak-anak/tukang baiki masalah smartphone kawan-kawan/juruteknik komputer/tukang jahanam harta benda orang sama ada sengaja atau tanpa sengaja (tangan cemerkap)/tukang pakai kereta tapi bila kereta rosak si husband yang urus hahaha/tukang membebel dan segala jenis tukang yang aku pandai tapi aku tak ingat nak sebut masa ni dan aku tak ingat apa-apa lagi hahaha.

Last but not least, thanx to Kalia sebab anjurkan segmen ni. Ada jugak masanya untuk aku menerangkan siapa aku yang sebenar. Kendati selautan segunung permata, di kanan dan kiri selagi jantungku berdegup hingga tiba saat terhenti. Dialah di hati. Haaa ko amikmu lirik lagu Dato Siti Nurhaliza.

Sekian.

"Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing"

http://jejariruncing.blogspot.my/2015/12/segmen-blogwalking-bersama.html
(Sila Klik Banner Untuk Join)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Kenapa Blog Aku Best?

Errr...mungkin sebab aku tak berapa nak ikut trend bloggers lain yang suka post pasal benda-benda viral/gossip/artist/dll...Dan lagi, aku jarang main copy paste entri orang...dan lagi, aku tak letak iklan "Klik Like Jika Nak Baca Entri Ini" atau bila dah klik ke blog aku, tetiba muncul link yang baru yang tah hapahapa tah...dan yang lagi penting, kemerepekan di dalam blog ini adalah tulen dan asli dari hasil ketikan jari jemariku/hasil buah fikiranku huahuahua (bajet la pulak!)

Soalan Kepada Elia

1. Errr...apa pendapat Elia tentang blog aku? (secara jujur-ly keh)
*Jawapan di ruangan komen pun boleh. Nanti akan dipostkan pada next enrty berkaitan.

Tu je soalan hahaha

Gambar Gedix Aku





Sekian.

Giveaway by Newbie Fazroliqbal

http://fazroliqbal.blogspot.my/2015/12/giveaway-by-newbie-fazroliqbal.html
(Sila Klik Banner Untuk Join)

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2016) - Season 3

http://www.arepnakbebel.com/2015/11/phewit-nak-join-bloglist.html 
(Sila Klik Banner Untuk Join)

 

Alhamdulillah...Markah LNPT Dah Diketahui!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Dup dap dup dap jantung bila baca emel yang dihantar oleh PPP (Pegawai Penilai Pertama) mengenai pemarkahan LNPT. Seram sejuk jari weih! Lepas tu, cepat-cepat buka HRMIS 2.0 untuk mengetahui markah dan ulasan PPP.

Bila dah buka HRMIS dan tengok markah, aku bernafas lega. Syukur alhamdulillah. Walaupun markah lebih rendah berbanding tahun lalu (sebab ada KPI yang memang tak dapat capai), aku tetap bersyukur sebab aku tau aku buat kerja tahap mana. Bukan nak kejar APC pun. Tahun lalu dah dapat APC pun dah bersyukur teramat sangat. Sampai nangis-nangis koo sebab tak percaya aku boleh dapat. Aku ada post entri gambar semasa menerima APC dalam entri INI. Bagi aku, apa yang paling penting ialah dapat menyiapkan tugasan sebelum dateline dan dapat melaksanakan arahan-arahan yang diberikan tanpa gagal.

Ikutkan hati nak je screenshot ulasan dan markah, tapi dah namanya SULIT so, aku tanak la tanggung risiko membocorkan maklumat SULIT walaupun berkaitan diri aku dan markah pun belum final lagi sebenarnya sebab nak tunggu markah final from kementerian memang makan masa juga. Tapi, kebiasaannya tak lari jauh dari markah yang PPP bagi. Unless, ada penilaian lain yang pihak kementerian nak tambah hehehe...

Apa-apapun terima kasih diucapkan kepada PPP atas penilaian dan ulasan penambahbaikan perkhidmatan. In Shaa Allah tahun depan akan diperhebatkan lagi. Ganbatte kudasai!!! Figthing!!!

Friday, December 11, 2015

Amy Hilmirda Giveaway 2015

(Sila Klik Banner Untuk Join)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Baik. Nak join GA ni la. Hadiah pun tak kurang menariknya. Dekat bawah ni syarat-syarat penyertaan :-
Syarat-syarat Penyertaan :-


1. Follow blog Amy.
2. Blogger yang menetap dan beralamat di Malaysia.
3. Buat Entry bertajuk " Amy Hilmirda Giveaway 2015"
4. Letak banner "Amy Hilmirda Giveaway 2015" dalam entry.
5. Tinggalkan URL entry kat ruangan komen.
6. Nak lagi senang copy aje entry ni... hehehe.

TARIKH TUTUP : 31 DICEMBER, 2015.


Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah oleh anak-anak Amy Irfan, Faris dan Nasiim.

Rezeki

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Tengahari tadi. Pergi makan di Seri Wangi Cafe. Kitorang suka lepak sini sebab ada wife..eh WiFi hehehe...
 
Bab nak makan apa tu yang jadi susah nak fikir. Nak makan itu, nak makan ini. Biasalah perempuan...usus dia pun tak faham dengan selera dia hahaha...Asyik dok pikir nak makan apa, last2 kitorang order cucur pisang RM2, cucur ubi kayu RM1, cucur sayur RM2 dan cucur pisang cheese chocolate 1 set harga RM6...minum plak Milo Ais gelas besar hewhew...
 
Agak lewat jugak la kitorang keluar dari opis tadi. Rehat bermula jam 11.30 pagi tapi kitorang keluar jam 12.30 tengah hari sebab sibuk nak apply cuti carry forward dekat dalam HRMIS. Lagipun tak kalut mana pun. Seri Wangi Cafe dekat seberang jalan Wisma Persekutuan jak pun hahaha...Jalan kaki je beb...So, kitorang bertiga pun (me, Miss Deb dan Kak Dayang) menapak la dengan terhegeh-hegeh sebab nak kejar wife...eh WiFi...

Amekawww gelas besar...yang dekat tengah tu pulak cucur pisang cheese chocolate yang gedebas gedebus kebaboom rasa dia...memang umphhh!

Nampak jak macam tak cukup untuk kitorang bertiga tapi hakikatnya tak habis...alaaa...Rasa bersalah sangat bila tak dapat nak habiskan makanan. Sebab mak aku ajar, tak baik bazirkan makanan. Ambil mengikut keperluan/kemampuan diri supaya senang nak habiskan. Mungkin cucur pisang cheese chocolate tu yang buat kitorang cepat kenyang plus minum air dari gelas yang besar gedabak tu hahaha (Alasan!)

Dah selesai makan (makan x habis), kitorang blah la. Nak balik ke opis katenye. On the way balik tu, terserempak pulak dengan Uncle George (uncle kepada husband aku). Aku bertegur sapa dengan uncle dan wife dia. Dalam bertegur sapa tu sempat aku bergurau, "Eh...macam ada bau durian ni...hehehe"...Aku bergurau camtu sebab Uncle George ni ada dusun durian. Lepas tu durian dari dusun dia tu sedap. Jenis isi tebal, biji kecik. Sekarang pulak memang musim durian. Dan dan tu jugak la Uncle George bagi aku 3 biji buah durian. Sekali dia buka bonet belakang kereta dia, 3 guni durian dia bawak dari kampung untuk jual dengan peraih. Aku terlopong. Miss Deb dengan Kak Dayang join sekali melopong hahaha...

Buah durian yang selamat landing dekat dalam bonet kereta aku hewhewhew

Memang rezeki yang tak disangka-sangka. Dah beberapa hari rasanya aku mengidam nak makan durian walaupun hari Isnin lalu aku ada beli durian RM10 selonggok. Selonggok ada 4 biji. Ada yang RM8 sebiji tapi macam masih mahal.

Lai lai lulian laiii...itu amoi talak jual punya, saya jual lulian saja...lai laiii...

Hehehe...tegar jak Adik Icha nak ikut mama pergi pilih-pilih durian haritu. Aku dah balik rumah lepas waktu kerja. Tetiba si husband sound nak pergi bandar beli durian. Aku apalagi. Laju je hewhewhew...feveret tuhhh! Sapa yang tak reti makan durian memang rugi serugi ruginya. Like my Chang2. Dia sorang jak yang reject durian. Durian tu sedap nak oiii! Sedapnya hingga menjilat jari bak hang!

Walau bagaimanapun, aku sangat bersyukur kerana dimurahkan rezeki. Perasaan insaf pun ada sebab aku ni cuma hamba Allah yang kerdil. Allah tetap sayangkan aku dan berikan aku rezeki yang melimpah ruah. Alhamdulillah syukur nikmat. Semoga aku sentiasa dimurahkan rezeki dan sekiranya aku diturunkan ujian, aku mohon agar aku kuat menghadapinya. Amiinn.



Throwback Semalam : Nasi Beriani Sempena MPAKKSPTKL dan Farewell PSH

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Sebelum tu, aku ada penah post pasal persiapan menyusun atur hadiah pada entri INI. So, pada 10.12.2015, berlangsunglah Majlis Penutupan Akaun Kelab Kebajikan dan Sosial PTK Limbang sekaligus Farewell PSH AZAM yang bakal tamat kontrak pada 15 Disember ini...sob sob~~~

Sebelum tu, aku dan dua orang lagi rakan seopis pergi buat kerja luar nuuun jauh dekat Tedungan. Pergi buat Lawatan Kemajuan ke premis-premis majikan. Bertolak dari opis jam 9.00 pagi. Nak ke Tedungan ambil masa juga dalam 45 minit. Dah tu line telefon x berapa nak ada sebab Tedungan tu dah dekat sempadan Malaysia - Brunei Darussalam. Dalam asyik melawat, tak sedar masa dah pukul 11.00 pagi. Alamak! Sepatutnya majlis bermula pukul 11.00 pagi tu la.

Kitorang pun rushing balik opis. Rupanya, kawan opis yang lain ada call di hpku, tapi x bersambut sebab xda line. Sampai di opis mereka semua dah mula makan nasik beriani sebab takut nasik tu dah sejuk dan x sedap lagi. Boss kata petang nanti la baru buat penyampaian cenderahati dan farewell tu. Aku ok je. Aku terus sambar nasik beriani dan makan dekat workstationku. Lapar x lapar sebenarnya, sebab sebelum jalan ke Tedungan dah breakfast mee hoon goreng di opis. Lepas tu, rakan sekerja yang sorang lagi ajak makan roti canai dekat restoran sebelum bertolak ke Tedungan. Tapi, nasik beriani tu sungguh mencabar selera hehehe...sebab tu la aku kembang membang hahaha!

Tadaaa!!! Nasik beriani dengan ayam kurma

Abaikan muka ngegeh kamek ya hihihi

Hahaha...sori jika gambar di atas tu buat korang muntah angin hahaha...Petang tu, jam 3.00 petang macam tu, berlangsunglah majlis. Aku jadi MC bidan terjun memandangkan En. Nazerul yang selalu jadi MC sibuk sikit. Apa-apapun majlis berjalan dengan lancar dan hadiah dah selamat disampaikan hehehe...


Tu diaaa...aku sengaja letak gambar Miss Deb aka Debora Saran Anak Edwin dekat tengah-tengah sebab dia akan menamatkan kontrak tak lama lagi huhuhu...kitorang dah macam adik-beradik dah. Birthday pun sama 09 September...tahun jak berlainan...Kitorang dah ketawa menangis bersama...kitorang dah adventure bersama (masuk keluar kampung / naik perahu menyeberang sungai untuk masuk ke kampung di area ulu / berjalan kaki sejauh 45 minit untuk sampai ke kampung ulu / buat pemantauan dari sedekat bandar ke sejauh kampung / berlari merdeka 2.5KM sama-sama walaupun aku tertinggal di belakang / dah melompat ala-ala Ultraman sama-sama)...dan banyak lagi kenangan yang kami ukir sepanjang beliau berkhidmat dalam tempoh hampir setahun sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) AZAM Kerja dekat opis kami.

Gambar Last!

Dari Kiri : Deb, Nora and Me...Kame Hame Haaa!!!

Untukmu Deb, Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru. Selamat menempuh alam perkahwinan pada bulan Februari tahun 2016. Semoga sukses selalu...mmuuaahhxx~~~

Wednesday, December 9, 2015

WW : Rezeki Lagi...Char Kuay Teow

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Teng tedeeenggg...Char Kuay Teow yang dimasak oleh my colleague (En. Nazerul aka En. Akhlaken)...dia masak dekat pantry je...fuhhh!!! Memang mabeles!!! Beliau nak kami (rakan seopis) test dulu...dia nak tau testimoni kitorang sebab kalo ok dia nak start berniaga CKT esok malam depan esplaned...tapi memang tip top lah!!!

Tengok...muka nak makan pun dah sangat menyeramkan hewhewhew
(Tolong jangan kecam akak ye)

Throwback Semalam : Persiapan Menyusun Atur Hadiah Sempena Majlis Penutupan Akaun Kelab Kebajikan dan Sosial PTK Limbang

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!

Prepare sticker untuk lekat di kotak tuala

Sesi memilih mug/bantal/tuala idaman qalbu...abaikan rupa mamat yang interframe tu...

Tadaaa!!! Dah siap bungkus membungkus...majlis akan berlangsung esok...yay!!!

Errr...