Monday, December 14, 2015

Alhamdulillah...Markah LNPT Dah Diketahui!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Dup dap dup dap jantung bila baca emel yang dihantar oleh PPP (Pegawai Penilai Pertama) mengenai pemarkahan LNPT. Seram sejuk jari weih! Lepas tu, cepat-cepat buka HRMIS 2.0 untuk mengetahui markah dan ulasan PPP.

Bila dah buka HRMIS dan tengok markah, aku bernafas lega. Syukur alhamdulillah. Walaupun markah lebih rendah berbanding tahun lalu (sebab ada KPI yang memang tak dapat capai), aku tetap bersyukur sebab aku tau aku buat kerja tahap mana. Bukan nak kejar APC pun. Tahun lalu dah dapat APC pun dah bersyukur teramat sangat. Sampai nangis-nangis koo sebab tak percaya aku boleh dapat. Aku ada post entri gambar semasa menerima APC dalam entri INI. Bagi aku, apa yang paling penting ialah dapat menyiapkan tugasan sebelum dateline dan dapat melaksanakan arahan-arahan yang diberikan tanpa gagal.

Ikutkan hati nak je screenshot ulasan dan markah, tapi dah namanya SULIT so, aku tanak la tanggung risiko membocorkan maklumat SULIT walaupun berkaitan diri aku dan markah pun belum final lagi sebenarnya sebab nak tunggu markah final from kementerian memang makan masa juga. Tapi, kebiasaannya tak lari jauh dari markah yang PPP bagi. Unless, ada penilaian lain yang pihak kementerian nak tambah hehehe...

Apa-apapun terima kasih diucapkan kepada PPP atas penilaian dan ulasan penambahbaikan perkhidmatan. In Shaa Allah tahun depan akan diperhebatkan lagi. Ganbatte kudasai!!! Figthing!!!