Wednesday, December 30, 2015

Sesi Melawat Doktor Bersama Chang2

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Pagi semalam, ajak Chang2 pegi spital sebab dia dah demam batuk dan selsema. Jenuh jugak memujuk. Dia tetap tak nak. Tengahari, aku balik rumah dan pujuk lagi. Kali ni dia nak juga ikut tapi dengan syarat nak ikut naik opis mama. Hurmmm...ikutkan sajalah. Janji dia nak pegi spital. Bukan tak nak bawak dia pegi klinik tapi dia lebih serasi dengan ubat dari spital.

Si Muka Lemas...Kesiannn

Sampai spital, ambil no. giliran. Jumpa doc dan sekian, sekian...jam 2.30 petang siap. Tak sampai sejam tunggu dekat spital sebab sangat tak ramai orang. Kereta pun cuma ada 2,3 buah je yang parking kat depan spital tu.

Kitorang pun bergerak untuk ke opis. Dah naik separuh tangga (opis di tingkat 2), mintak dukung la pulak anak bujang aku nih. Dukungkan saja la. Orang sakit. Layanan pun spesel kan hehehe...
  
Dah sampai opis, tiba-tiba dia kata lapar nak makan. Apuuu...aku pun bawak la dia pegi Seri Wangi Cafe menapau Nasi Goreng Pattaya.

Muka Kerek Tak Nak Tengok Kamera


Makan nak bersuap. Duduk atas meja workstation. Maafkan la mejaku yang agak semaks itu hahaha...Well, selepas dia dah siap makan barulah ada semangat sikit dan nak bermain-main dengan rakan-rakan seopis yang lain.

Balik dari kerja. Adik Icha menyambut kami dengan sorakan. Ya la, tengahari tu kan dia dah merajuk nak ikut tapi aku xmau bawa dia sebab kalo dia dengan Chang2 bergabung kompom meletup hahaha...

Btw, semalam dah bagi dia makan ubat. Lepas makan ubat tu, terus dia tertidur. Kesian. Pagi tadi dia bangun dah sihat dah. Tak lagi lemas-lemas macam tengahari tu. Huhuhu.

Aku memang cuak bila Chang2 dah start selsema dan batuk-batuk. Gara-gara itulah dia masuk wad time umur dia 10 bulan sebab kena jangkitan kuman di paru-paru selepas menghidap selsema dan batuk berpanjangan. Enam hari yang sangat menyiksakan bagi aku dan Chang2. Dah la time tu aku tengah menunggu hari nak bersalin Adik Icha. Mintak dijauhkanlah penyakit itu daripada menyinggah dengan Chang2 lagi.

Amiin.

1 comment:

Nurhuda Ismail said...

ololoo demam pon still hensem. semoga sihat selalu ;)