Thursday, December 31, 2015

Pemenang GiveAway Blog Fazrolfairytalesland

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Wahhh!!! Tak sangka aku menang GA lagi. Tapi, kali ini aku sendiri tak tau sampailah orang lain yang bagitau huhuhu...Inilah padahnya jika jarang sekali mau cek blogpost kawan-kawan yang sudah lalu. Mujur la bila aku contact penganjur GA iaitu adik Fazrol Iqbal, dia masih sudi nak poskan hadiah huhuhu terharu T_T...

Mula-mula tu aku join GA adik FI tu. Hadiah dia memang lumayan la. Aku pulak tak mengharapkan untuk menang. Join GA saja-saja cuba nasib. Dan lagi satu nak tambah rakan blogger katanya. Tapi, sampai sekarang aku x berpeluang sangat nak BW ke blog-blog rakan-rakan yang sama-sama join GA. Hamekaw terlalu banyak perkataan yang dobol.

Terbongkarnya kisah pasal aku menang GA ni apabila salah seorang sponsor untuk GA tu hantar mesej dekat inbox FB aku. Nama sponsor tu Ct Roxalynna. Dia bagitau aku menang GA dan dia nak review blog aku. 

Demikian lah bentuk mesej kitorang...


(Nak Baca, Klik Gambar Tu Ye)

Time tu aku tengah menonton cerita Kaho Naa Pyaar Hai dekat TV2. Selepas berbalas-balas mesej aku pun pergilah klik link pemenang tu. So, memang ternyata ada nama aku di tag dekat situ. Kemudian, aku nampak ada no. WhatsApp dinyatakan di situ untuk aku contact penganjur. So, aku pun WhatsApp la adik FI. Kat bawah ni conversation kitorang :D


Hehehe. Gembiranya rasa hati. Dalam banyak-banyak segmen dan GA, kali ni memang hadiah dia kira meletop jugak la. Tak sabar nak tunggu hadiah sampai. Hehehe.

P/S : Nak tengok senarai pemenang? Klik SINI ye adik manis intan payung...

3 comments:

Radhia Razali said...

Salam. Saya pun salah seorang sponsor dari Segmen yang sama jugak. boleh ke blog saya untuk tuntut hadiah dari saya yea..congrats..:)

najwa zahid said...

tahniah..rezeki tahun baru ni

Ct Roxalynna NH said...

Tahniah, kak... Maaf baru berkesempatan nak review... T_T