Friday, December 11, 2015

Rezeki

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Tengahari tadi. Pergi makan di Seri Wangi Cafe. Kitorang suka lepak sini sebab ada wife..eh WiFi hehehe...
 
Bab nak makan apa tu yang jadi susah nak fikir. Nak makan itu, nak makan ini. Biasalah perempuan...usus dia pun tak faham dengan selera dia hahaha...Asyik dok pikir nak makan apa, last2 kitorang order cucur pisang RM2, cucur ubi kayu RM1, cucur sayur RM2 dan cucur pisang cheese chocolate 1 set harga RM6...minum plak Milo Ais gelas besar hewhew...
 
Agak lewat jugak la kitorang keluar dari opis tadi. Rehat bermula jam 11.30 pagi tapi kitorang keluar jam 12.30 tengah hari sebab sibuk nak apply cuti carry forward dekat dalam HRMIS. Lagipun tak kalut mana pun. Seri Wangi Cafe dekat seberang jalan Wisma Persekutuan jak pun hahaha...Jalan kaki je beb...So, kitorang bertiga pun (me, Miss Deb dan Kak Dayang) menapak la dengan terhegeh-hegeh sebab nak kejar wife...eh WiFi...

Amekawww gelas besar...yang dekat tengah tu pulak cucur pisang cheese chocolate yang gedebas gedebus kebaboom rasa dia...memang umphhh!

Nampak jak macam tak cukup untuk kitorang bertiga tapi hakikatnya tak habis...alaaa...Rasa bersalah sangat bila tak dapat nak habiskan makanan. Sebab mak aku ajar, tak baik bazirkan makanan. Ambil mengikut keperluan/kemampuan diri supaya senang nak habiskan. Mungkin cucur pisang cheese chocolate tu yang buat kitorang cepat kenyang plus minum air dari gelas yang besar gedabak tu hahaha (Alasan!)

Dah selesai makan (makan x habis), kitorang blah la. Nak balik ke opis katenye. On the way balik tu, terserempak pulak dengan Uncle George (uncle kepada husband aku). Aku bertegur sapa dengan uncle dan wife dia. Dalam bertegur sapa tu sempat aku bergurau, "Eh...macam ada bau durian ni...hehehe"...Aku bergurau camtu sebab Uncle George ni ada dusun durian. Lepas tu durian dari dusun dia tu sedap. Jenis isi tebal, biji kecik. Sekarang pulak memang musim durian. Dan dan tu jugak la Uncle George bagi aku 3 biji buah durian. Sekali dia buka bonet belakang kereta dia, 3 guni durian dia bawak dari kampung untuk jual dengan peraih. Aku terlopong. Miss Deb dengan Kak Dayang join sekali melopong hahaha...

Buah durian yang selamat landing dekat dalam bonet kereta aku hewhewhew

Memang rezeki yang tak disangka-sangka. Dah beberapa hari rasanya aku mengidam nak makan durian walaupun hari Isnin lalu aku ada beli durian RM10 selonggok. Selonggok ada 4 biji. Ada yang RM8 sebiji tapi macam masih mahal.

Lai lai lulian laiii...itu amoi talak jual punya, saya jual lulian saja...lai laiii...

Hehehe...tegar jak Adik Icha nak ikut mama pergi pilih-pilih durian haritu. Aku dah balik rumah lepas waktu kerja. Tetiba si husband sound nak pergi bandar beli durian. Aku apalagi. Laju je hewhewhew...feveret tuhhh! Sapa yang tak reti makan durian memang rugi serugi ruginya. Like my Chang2. Dia sorang jak yang reject durian. Durian tu sedap nak oiii! Sedapnya hingga menjilat jari bak hang!

Walau bagaimanapun, aku sangat bersyukur kerana dimurahkan rezeki. Perasaan insaf pun ada sebab aku ni cuma hamba Allah yang kerdil. Allah tetap sayangkan aku dan berikan aku rezeki yang melimpah ruah. Alhamdulillah syukur nikmat. Semoga aku sentiasa dimurahkan rezeki dan sekiranya aku diturunkan ujian, aku mohon agar aku kuat menghadapinya. Amiinn.



1 comment:

A'ishah K. said...

Tetiba teringin nak makan durian baca entry. Rezeki dpt durian, now ni durian pun dah mahal and sometimes ada jugak seller yg tipu sebab bila bukak tak seperti yg disangka. uhuuu