Showing posts with label Amy Hilmirda Giveaway 2015. Show all posts
Showing posts with label Amy Hilmirda Giveaway 2015. Show all posts

Friday, January 22, 2016

Yay!!! Set Kallas Yang Ditunggu Dah Tiba!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Baru je sampai tadi. Member seopis aku siap tanya aku bagai, dia kata macam aku pernah dengar orang sebut pasal Kallas. Apa tu? Katanya. Aku terus membulat mata eksaited. Aku kata, mana? Dah sampai dah? Lepas tu aku pergi meja dia. Rupanya dia saja letak di meja dia konon-konon nak bagi seprais. Aku mana da seprais pun sebab aku memang tertunggu-tunggu hadiah tu sampai. Kompom la melekat dalam memori kad dekat kepala aku.

Hari tu, aku ada join GA by Amy Hilmirda ni. Aku menang cabutan kali kedua disebabkan pemenang asal gagal memberikan details kepada Amy by the due date yang dah ditetapkan. Aku ada update juga pasal cerita tu dekat SINI. Sila kelik ya!

So, inilah dia hadiah yang ditunggu-tunggu...tadaaa!!!

Siap ada free gift pad dan pantyliner Herba Plus lagi. Tq sis Amy. Muah ciked!



Friday, January 8, 2016

Pemenang Cabutan Semula Amy Hilmirda Giveaway 2015

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Last year bulan Disember aku join GA by Amy. Cabutan pada kali pertama tu nama aku tak tersenarai. Kiranya tak bertuah masa tu lah ye. Aku ada juga nampak sis Amy ada buat pengumuman untuk menyeru pemenang-pemenang bertuah untuk hubungi beliau. Nak dijadikan rezeki, ada beberapa orang pemenang yang mungkin tak berjaya menghubungi sis Amy. So, sis Amy buat cabutan kali kedua. Alhamdulillah, cabutan kali kedua tu, nama aku tersenarai sebagai pemenang. Sukenyeee~~~

Patutlah ada nampak notification through email ada sis Amy komen dekat link Pencarian Bloglist Ashaliya 2016 yang aku join tu. Inilah namanya kalo dah rezeki tak ke mana ye dak? Di bawah ni sekerinsot cabutan bertuah yang ada nama aku. Weee~~~

(Sila Klik Gambar Untuk Kasi Besar Mata)

Nak tahu ke apa hadiahnye set Kallas tu? Meh tengok gambar meh~~~

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Set Kalas - Pinggan, gelas, sudu, garpu dan pisau.
Cabutan 10 - 15

Amy ada 6 set ... satu set seorang. Kaler Amy campur kan macam dlm gambar kat atas sbb macam tak meriah pulak kalau satu set kaler sama kan.
(Klik SINI untuk tengok hadiah lain pulak)

Amacam? Comelkan...Set Kalas ni sis Amy beli dari Ikea. Merasa la juga aku dapat barang from Ikea hewhewhew...Syukur alhamdulillah~~~Dannn...untuk hadiah GA yang lain yang aku dah menang tu, penganjur dah send minggu ni. Mungkin minggu depan sampai kot. Tak sabar nak tunggu hadiah sampai. Nak sharekan apa benda yang aku dapat sebagai hadiah. Weee~~~

P/S : Mood kelangit biru menari-nari ~(^,^)~

Friday, December 11, 2015

Amy Hilmirda Giveaway 2015

(Sila Klik Banner Untuk Join)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Baik. Nak join GA ni la. Hadiah pun tak kurang menariknya. Dekat bawah ni syarat-syarat penyertaan :-
Syarat-syarat Penyertaan :-


1. Follow blog Amy.
2. Blogger yang menetap dan beralamat di Malaysia.
3. Buat Entry bertajuk " Amy Hilmirda Giveaway 2015"
4. Letak banner "Amy Hilmirda Giveaway 2015" dalam entry.
5. Tinggalkan URL entry kat ruangan komen.
6. Nak lagi senang copy aje entry ni... hehehe.

TARIKH TUTUP : 31 DICEMBER, 2015.


Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah oleh anak-anak Amy Irfan, Faris dan Nasiim.