Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
Seperti semua sedia maklong, minggu lalu aku balik kampung sebelah bapa aku di Kg. Padas Damit, Beaufort, Sabah. To make story short, kitorang bertolak dari rumah jam 10.30 pagi pada 17hb tu. Daaan, aku sempat live update blog masa on the way ke sana. Boleh klik
SINI kalo nak baca pasal live update yang aku post hari tu.
Perjalanan kalo diikutkan makan masa 3 jam je dan kena melalui Negara Brunei DS (Limbang - Brunei DS - Lawas - Sipitang - Beaufort). If nak tau Limbang tu area mana dan Beaufort tu area mana meh akak tunjuk ikut Google Maps nih.
Dekat Google Maps bagitau perjalanan lebih kurang 2 jam 34 minit tapi since kitorang pemandu berhemah (sangat!), so, aku estimate 3 jam termasuk queue dekat sempadan Brunei - Malaysia dan Sarawak - Sabah. Jangan tak tau, aku kena sediakan passport terhad untuk Brunei DS dan Dokumen Perjalanan Terhad untuk masuk ke negeri Sarawak walaupun aku orang Sabah dan aku orang Malaysia. Tapi yang ni kena cek sejarah penubuhan Malaysia la. Aku malas mau taip panjang-panjang dekat sini.
Tapi, since cuaca tak berapa nak elok, hujan lebat bermula dari Daerah Temburong, Brunei DS sehinggalah ke Beaufort so, lebih dari 3 jam la plus kami rest 1 jam dekat Sipitang untuk makan tengahari dan tukar pampers Adik Icha :D
Sempat juga bergambar dengan background tepi pantai sebelum hujan turun semula. See, gambar yang ketiga tu hujan dah mulai turun. Gambar yang ada jambatan tu kitorang dah menyeberang sungai Padas untuk ke Pekan Beaufort. Gambar replika limau bali tu kiranya trademark bagi Pekan Beaufort la hewhew...ye, aku tau perut MR. AIL dan perut aku dah lebih kurang sama besaw naw. Entah bile gamaknye nak bersalin, aku pun tak tau. Eh, akak x pregnant hokay! hahaha...sorry, melalut~~~
Sampai Pekan Beaufort, kitorang parking kat belakang pasar dan MR. AIL terus melilau nak mencari barang untuk kereta katanya. Aku plak pergi pasar cari barang-barang sekolah anak-anak. Kan Chang2 dan Adik Icha tahun depan dah nak masuk Tabika Perpaduan. Cari punya cari, aku dapat rembat 2 bijik beg sekolah, 2 pasang kasut sekolah dan 6 pasang stokin dengan harga RM 98.00 untuk dua orang anak. Fuhh! Kalo berbelanja dekat Limbang mau lebih seratus kooo. Barang dekat Limbang mahal dari Sabah sebab market dekat Limbang lebih fokus kepada pembeli dari Negara Brunei DS.
Sambil-sambil shopping tu, kitorang tunggu mak, bapa dan kakak-kakak aku sampai dari Kota Kinabalu. Ye la, lama x jumpa. Last jumpa masa raya haritu, so memang rindu-rinduan jadi kenang-kenangan la. Bila mak dah sampai, kitorang sama-sama tunggu pulak pakcik dari kampung datang ambil dorang sebab teksi hanya hantar dorang sampai ke Pekan Beaufort sahaja. Xda pakej masuk kampung huhu...
Sementara menunggu le pakcik datang ambil, sempat ambil gambar anak-anak bersama le cousin dorang iaitu Putri Nursyuhada (tengah) dan Putra Hakimi (tengah). Unfortunately, aku baru perasan aku xda berselfie dengan kakak-kakak aku. Tapi, aku ambil je la gambar kitorang time raya haritu. Silakan menjamu mata yeee~~~
Dari Kiri : Bonz (kakak no.3), Yantz (kakak no.2) dan meee...anak no.4
Abaikan nama-nama glemer kitorang tu. Kitorang kan divas gebus gebas. Jarak umur kitorang sangat jauh. Kakak no.2 dah 41 tahun. Kakak no.3 dah 35 tahun dan aku plak dah 30 tahun. Homai~~~ Kakak sulung xda di tempat kejadian sebab dia kena jaga rumah di Kg. Buang Sayang, Kinabatangan sebab sekarang ni susah nak tinggalkan rumah xda orang lama-lama. Banyak sangat pencuri. Huh!
So, bila le pakcik dah sampai, mak dengan bapa pun dah naik kereta le pakcik, kitorang sama-sama konvoi masuk kampung. Ala 30 minit je pun nye adui ter berrr...
18.12.2015.
Kenduri bermula apabila jemaah baru pulang dari solat Jumaat. Doa tahlil untuk arwah bapatua (datuk) dan arwah mamatua (nenek) serta doa selamat (untuk aku dan abang sepupu aku yang kemalangan kenderaan baru-baru ni) telah diadakan di masjid kampung. So, jemaah yang datang berserta kaum keluarga yang lain hanya tinggal makan je dekat rumah le pakcik. Macam tu pun elok. Taklah kelam-kabut sangat dan perjalanan kenduri lancar je.
Dekat dalam gambar tu, aku sempat selfie bersama adik bongsu kepada bapatua yang juga pangkat datuk kitorang yang masih hidup. Wajah arwah bapatua sangat seiras dengan datuk bongsu yang ini. Rindu dengan arwah bapatua. Al-Fatihah.
Petang tu, selesai je makan dan bersalam-salaman dengan sanak saudara, kitorang pun terus balik memandangkan esoknya aku kena berkerja ke Ulu Medamit, Limbang untuk Mobile Outreach Programme. So, untuk program yang itu aku akan post pada next entri keh.
Sekian.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapatua, Haji Janih bin Unsar dan arwah mamatua, Hajah Sarmanis binti Pilun. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amiinn.