Thursday, December 31, 2015

Late Post : Karnival Transformasi Belia 2015 Bahagian Limbang di Dataran Jubli Emas, 20.12.2015

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Late post lagi. Karnival ni sebenarnya bermula dari 18hb - 20hb Disember haritu. Tapi, aku cuma dapat bertugas jaga booth pameran pada 20hb sahaja disebabkan pada 19hb tu aku bertugas di S.K. Kuala Medalam.

Aku terus share gambar je la. Sebabnya aku banyak missed out aktiviti-aktiviti yang diadakan. Ekceli awal pagi tu ada aerobik, aerofithon dan zumba diadakan. Senaman keluar-keluar peluhlah semuanya. Lepas tu, ada persembahan pencak silat dan pertandingan tarian singa-singa.

Gambar 1 : Buka meja pameran

Gambar 2 : Bumble Bee handmade. Si Tuan Punya Bumble Bee ni pemenang pertandingan membuat hasil kerja tangan menggunakan bahan-bahan terbuang.

Gambar 3 : Selfie itu wajib.

Gambar 4 : Ber-Wefie dengan Bumble Bee.

Gambar 5 : Ber-Wefie dengan Atlit Paralimpik Malaysia, En. Jamery Siga. Beliau menang 2 emas baru-baru ini di Singapore dalam acara renang dan bakal mewakili negara ke Sukan Olimpik di Rio, Brazil pada tahun 2016. Beliau merupakan anak jati Limbang dan anak kepada Penghulu Siga di Kg. Kuala Medalam, Limbang.

Gambar 6 : Pentas utama karnival ada runway sebab ada pertandingan pakaian beragam dari bahan terbuang yang diadakan pada hari Sabtu. Sempat bergambar dengan kepala singa dari persatuan x ingat nama yang menyertai pertandingan tarian singa-singa. Yang ini pemenang tempat kedua.

Selepas tu, kitorang pun bersurai sebab dah habis aktiviti. Balik rumah dengan senang hati sebab akhirnya dapat juga berehat dan dapat menyelesaikan tugas-tugas yang diarahkan dengan jayanya. Hewhewhew...

1 comment:

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN said...


Salam singgah ,
dari segmen kak mia
http://cahayakehalusankelembutan.blogspot.my/