Thursday, October 31, 2013

Jasad di bumi otak ke lain...how???

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku fikir macam-macam sekarang ni. sakit otak. Tapi sapa suh bodoh fikir yang bukan-bukan. Kan makan diri sendiri. Makan dalam wooo...terasa macam kebodohan yang dirancang.

Aku kenapa ni sejak akhir-akhir ni emo x tentu pasal? Bukan period pun. Takkan pernahnya period selagi aku masih amalkan suntikan perancang keluarga. Hampir setahun sudah x period. Jimat duit. X perlu beli pad. Pantiliner saja. Atau mungkin sepatutnya masa ini aku perlu period tapi hormon terganggu gugat makanya emosi berubah-ubah.

Aku kalut, kabut, buntu. Kenapa aku mesti memikirkan benda yang menyakitkan jantung? Yang susah diri sendiri. Konon just let go...let go mu la. Ingat ini punya stress macam kau susah mau birrak ka? Ini jenis punya stress jenis yang kalah-kalah fikir tentang masalah negara. Terus terang aku cakap kau. Iyaaa...betul...

Apa-apapun rasanya syaitonnirojim berjaya menghasut aku. Astaghfirullahulazim...aku wajib beristighfar. Betapa selama ini aku sering melupakanNYA. Ya Allah ampunkan dosa hambaMU ini. Hamba khilaf. Hamba cuma seorang hamba yang hina. Hamba sangat kerdil di sisiMU Ya Allah...bantulah hambaMU ini...tetapkanlah keimananku Ya Allah...sesungguhnya aku berdosa kepadaMU Ya Allah...ampunkan aku...

Pssst : jiwa yang sakit perlu diubati segera. Sekarang si Chang2 demam. Demam mau naik usia esok jam 1201am...esok dia genap 2 tahun...yay!!!Alhamdulillah...anakku dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki...aminnn...

Wednesday, October 30, 2013

Entri kopipes : Marriage : A Good Advice


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari penuh barokah ini, aku ingin berkongsi tentang perkahwinan (marriage)...entri ini aku terbaca pagi tadi time aku buka fb...kawan sekerja aku share...entri asalnya dari Dr. Harlina (wife angkasawan Malaysia, Datuk Sheikh Muzaffar Syah)...jom baca!

Marriage is a school where you get the certificate before you start. 
 
A school where you will never graduate. 
 
A school without a break or a free period. 
 
A school where no one is allowed to drop out. 
 
A school which you will have to attend every day of your life. 
 
A school where there is no sick leave or holidays. 
 
A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love, 
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance, 
4. The windows made of understanding. 
5. The furniture made of blessings. 
6. The roof made of faith. 
 
Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.
 
Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.
 
Remember this school is the safest place to be. 
 
Never go to sleep before completing your assignments for the day. 
 
Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.
 
If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together. 
 
Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school). 
 
Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
 
Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.
 
When tempted to quit find the courage and continue. 
 
Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear. 
 
Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day. 
 
Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject. 
 
After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it. 
 
To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all. 
 
Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn’t involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class,   or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam. 
 
It is you who should attend and it is you who will pass. 
 
Its your choice today:” build it or break it”

Pssst : Untuk membaca artikel Dr. Harlina, KLIK SINI

Monday, October 28, 2013

I Don't Think So...

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Akhir-akhir aku banyak berfikir. Ya. Sangat banyak. Stress pun ada. Dengan permasalahan yang tiba-tiba jadi besar. Ini semua cerita minggu lalu.

Inilah kelemahan terbesar aku. Aku terlalu memikirkan tentang masa lalu. Aku bukan orang yang senang-senang boleh let go tentang sesuatu perkara lebih-lebih lagi benda yang sebenarnya aku sudah berfikir masak-masak sebelumnya. Sekarang terlintas di kepala hotakku yang becabang ni soalan-soalan yang sebenarnya sudah terjawab. Tapi entahlah...laju jak soalan-soalan tu bersliding di layak perak dalam otakku ni...burghhh!!!

Soalan-soalan paling utama adalah "betulkah tindakan aku sekarang ni?" "Apa akan jadi nanti?". Inilah. Sebenarnya aku ni dulu seorang yang cepat melenting, cepat marah, panas baran dan selalu bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.

Sekarang bila aku cuba untuk berubah aku pandai rasa serba salah walaupun benda tu sudah masak lagikan bergoreng aku fikir. Tapi, bila hari selepas kejadian sesuatu keputusan mulalah soalan-soalan tadi berkumandang. Masa yang aku amik untuk betul-betul let go mungkin 3 hari, mungkin sebulan, mungkim setengah tahun. Mungkin. Semuanya bergantung dengan what will happen next, next & next...

Sangat complicated kan minda aku ni. Inilah fitrahnya seorang aku. Aku petik kata-kata boss baruku semasa kami otw to Lawas. We had a small chit chat all the way. Dia cakap, "ramai orang salahkan takdir bila berlaku sesuatu dalam hidup. Sedangkan takdir hakiki adalah warna darah kita. Semua manusia berdarah merah. Itu takdir dari Allah SWT. Takdir yang lainnya, takdir pilihan diri sendiri. Kita yang pilih sama ada mahu berjaya atau terus gagal. Kita yang tentukan sama ada mahu jadi yang terbaik atau tidak. Itu takdir yang kita boleh mengubahnya. Jangan sesekali terus menganggap apa yang jadi di dalam kehidupan kita adalah takdir dari Tuhan semata-mata".

Dari situ aku semacam terbangun dari tidur yang panjang. Betapa selama ini aku banyak menyalahkan takdir atas apa yang berlaku di dalam kehidupanku seharian. Dari situ aku mula menanam semangat baru, aku ingin buang tanggapan buruk aku tentang takdir. Aku hanya mau fikirkan yang baik-baik saja. Aku cuba mempositifkan pemikiran aku. Tapi, namanya juga hidup manakan lari dari masalah. Di situ aku teruji lagi.

Tapi, kali ini aku lebih berhati-hati. Aku x mau terburu-buru dalam membuat keputusan. Aku hanya maukan yang terbaik. Tetapi yang terbaik yang aku maukan menyebabkan hati aku sendiri terluka dan hati orang lain tercalar. Salahkah aku?

Pssst : aku ingin katakan, andai dapat ku putar masa...tapi itu semua cliche!

Quick post before getting super bizayyy!!!


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Pasti ada yang berteka-teki dengan post-post aku di fb dalam minggu lalu. Ya la sapa yang x berteka-teki kan kalau aku sudah menyalak, meroyan di fb aku tu hahaha...ok, ekceli itu hal peribadi. Hal keluarga untuk lebih detail. 


Ya, hal aku dengan my niece. Tapi, hal itu sudah berakhir dengan baik (mungkin) dengan ayat lastnya "kamu simpan la benci kamu untuk aku". Ok fine.

Aku x benci dia. Aku sayang dia sebab aku nampak dia ada masa depan dan aku sudi bantu dia. Tapi, dia yang x mau dibantu dan dia rela masa depan dia gelap hanya kerana seseorang yang bergelar BF dalam hidupnya. Ok, kekalkanlah dengan cara begitu jika itu buat kau bahagia. Tapi, ingat! Kalau ada sebarang kesusahan jangan rujuk dengan aku, rujuklah dengan BF tersayangmu! Aku ni bukan siapa-siapa kan sampai kau sanggup berbohong! Aku ni makcik kau, merangkap ibu juga kepada kau kerana aku dipertanggungjawabkan oleh mamamu untuk menjaga kau! Tapi kau dengan rela hati ingkar dengan janji yang kau buat sendiri maka, kau tanggunglah akibatnya sendiri! Bukan aku x pernah nasihatkan kau. Berbuih mulut aku dan pakcik kau nasihat kau macam-macam, kau iyakan tapi kau x aplikasikan malahan kau berbohong lagi! Ok, fine! Dan yang paling best aku rasa, bila kau kembalikan hp aku yang kau pinjam dengan pattern locked dan dengan email gmail yang kau tukar dan sekarang hp tu sudah tidak berfungsi. Terima kasih aku ucapkan!

Ok enuff with the meroyan, minggu ini aku pasti akan bizay gila-gila yang super gila punya bizaaayyy!!! Sebab minggu ni minggu kronik. Program 3P is just around the corner...2hb November ni Program Penempatan Pekerjaan 3P Azam Kerja Bahagian Limbang Dan Lawas 2013 bertempat di Dewan Suarah, Limbang. 31hb ni plak aku akan ke konti LimbangFM untuk sesi wawancara berkaitan dengan program ni. Wish me luck guys!

Pssst : adakah sesiapa di dunia ini yang tidak pernah marah kerana ditipu?

Thursday, October 24, 2013

Hadiah yang ditunggu dari tahun 2011 akhirnya sudah berjaya aku miliki!


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!


Akhirnya setelah menunggu selama beberapa tahun, barulah aku berjaya dapatkan hadiah yang sepatutnya aku dapat dari dulu. Rasa macam tamak pun ada kan. Tapi itu hak aku. Sebab aku memang berhak hehe..

Ok, macam ni ceritanya. Dulu aku pernah ikut pertandingan menulis cerpen anjuran salah sebuah blog. Mungkin ada yang tau, ada yang x tau. Dan, apa yang menggembirakan adalah cerpen aku terpilih sebagai pemenang kelima daripada sepuluh pemenang. Macam biasalah pemenang dari pertama dan ketiga mestilah sepesel sikit hadiahnya. Sudah namanya pemenang. So, yang the rest dapat saguhati iaitu sebuah Novel dari Aku Linglung bertajuk Sperma Cinta. Penulis Aku Linglung ni yang sponsor novel kepada penganjur tu untuk diberikan kepada pemenang-pemenang saguhati tadi.

So, masalah berlaku bila aku terlepas pandang tentang pengumuman pemenang bagi pertandingan tu dan masalah timbul lagi bila penyampaian hadiah dilakukan di Semenanjung. Aku pula kan tinggal di Sabah. Manalah aku dapat hadirkan diri. So, aku contact la penganjur tu by email. Penganjur cakap ramai juga pemenang yang tidak dapat hadir masa penyampaian hadiah tu. Penyampaian hadiah tu dilakukan sempena pelancaran novel Sperma Cinta ni la.

Then, penganjur berjanji untuk poskan hadiah kepada pemenang. Penganjur minta alamat. Aku bagilah. Lepas tu, tunggu punya tunggu xda sampai hadiah. Aku follow up lagi. Penganjur cakap mo tunggu pemenang lain berikan alamat baru satu kali hantar. Ok fine.

Lepas tu, lama kelamaan aku pun lupa pasal benda tu. Tapi entah macamana aku boleh terjengah blog novelis tu, Aku Linglung. Aku nampak la balik novel Sperma Cinta tu. Entah di mana aku dapat kekuatan, aku email la si penulis. Dan, betapa aku gembira, email aku dibalas dengan secepat mungkin. Syukur alhamdulillah.

So, inilah email yang aku hantarkan.




*Klik gambar untuk kasi besar mata*

Dan ini balasan dari pihak Aku Linglung




Dan hari ini, ini dia yang di tunggu-tunggu!!!




Hebat x hebat perasaan aku sekarang? Dan aku sangat berterima kasih kepada novelis Sperma Cinta kerana begitu prihatin terhadap permasalahanku. Terima kasih sangat-sangat!!!

Pssst : Eksaited lebey!!!

TM - Dia buat hal lagi!!! Kali ini aku sudah hilang sabar!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!


Kali ini aku sudah hilang sabar. Tengokkan saja la report yang aku buat ke TM tu...



Ini isi kandungan report aku yang panjang berjela...

Saya sudah beberapa kali mendapat panggilan telefon dari private number menyatakan bahawa mereka dari TM Point Service Centre. Mereka menyatakan bahawa TM sudi memberi rewards kepada saya kerana menjadi pelanggan TM. 

Apa yang saya musykilkan adalah saya sudah pun menamatkan perkhidmatan telefon rumah saya (089223424) dan juga akaun Streamyx saya pada bulan Ogos tahun ini atas alasan saya berpindah stesyen bertugas iaitu dari Sandakan, Sabah ke Limbang, Sarawak. Adakah saya masih layak untuk menerima rewards?

Dan apa yang menjengkelkan saya, sehingga hari ini, saya sudah menerima panggilan sebegini sebanyak 4 kali! Saya sudah menyatakan bahawa saya tidak berminat dengan pakej rewards yang mereka tawarkan yang mana mereka maklumkan kepada saya ianya adalah seperti pakej Insurans Nyawa yang boleh cover saya, suami dan anak-anak.

Antara contoh perbualan kami :-

Operator : Puan ada berapa orang anak yang masih berada dalam tanggungan?
Saya : ada dua. keduanya masih di bawah 2 tahun.
Operator : Puan berkerja sebagai apa?
Saya : bekerja di sektor awam.
Operator : Suami Puan berkerja sebagai apa?
Saya : berkerja sendiri.
Operator : Ok, kalau macam tu, adakah antara puan dan suami puan ada menggunakan kad kredit?
Saya : Tiada.
Operator : Puan pakai kad ATM apa?
Saya : CIMB
Operator : Adakah ianya yang ada VISA (kad baru) atau masih kad lama?
Saya : Kad lama.
Operator : Suami puan pula gunakan kad ATM apa?
Saya : Maybank.
Operator : Adakah masih pakai yang lama atau sudah tukar kepada yang baru ada gambar epal yang ada perkataan VISA.
Saya : Masih yang lama. (yang ini saya tipu sebab saya syak sesuatu. Dan operator tersebut pun tahu bahawa kad ATM Maybank yang lama sudah tidak boleh digunakan lagi).
Operator : Pakej yang kami tawarkan ni memerlukan puan untuk bayar sejumlah wang melalui sama ada kad kredit mahupun kad ATM yang ada VISA. Sejumlah wang tersebut adalah sebagai bayaran kepada pakej yang kami tawarkan. Puan kena bayar rm51.00 setiap bulan lah untuk cover puan dan keluarga puan. 
Saya : Maaf, saya tidak berminat kerana saya sendiri sudah pun membeli insurans untuk diri saya sendiri dan anak-anak.
Operator : Pihak kami memang menawarkan pakej rewards ini kepada pelanggan yang memang sudah ada insurans.
Saya : Maaf saya tidak berminat.

Ok, soalan saya, mengapa mereka mesti bertanyakan perihal jenis Kad ATM yang kami gunakan? Apa relevannya di situ?

Kedua, adakah benar pihak TM ada menyediakan pakej seumpama Insurans kepada pihak pelanggan? 

Tetapi dari pengamatan saya, rewards yang biasanya pihak TM berikan kepada pelanggan berbentuk barangan tetapi bukannya produk insurans.

Ketiga, tidakkah pihak TM rasa anda perlu bertindak atau melakukan sesuatu untuk membendung perkara ini?

Keempat, rewards. Bukankah rewards ini sepatutnya pihak TM yang memberi dan pelanggan hanya menerima? Seaptutnya tidak boleh berlaku pemberian rewards sekiranya pelanggan di suruh membayar semula kepada pihak TM. Itu namanya, melanggan.

Dan, hari ini nombor yang menghubungi saya adalah 03-7839 8800. Adakah benar ini nombor dari pihak TM? Dan ya, operator tersebut gagal memperkenalkan dirinya kepada saya!
Saya harap saya mendapat jawapan yang memuaskan dari pihak TM.

Sekian, terima kasih.

* * *

Dan apabila aku try mau submit report, ini yang jadi...


Pssst : What say you???

This is important!!! I REALLY got to sharpen my speaking skills...Oh My English~~~


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

This is embarrasing! Oh My English! Aduyai hahaha...speaking skills aku hancorrr!!! Apadajadi ni??? Itu la kalau telampau suka guna bahasa rojak. Kan menyusahkan diri sendiri. Aku sudah jadi macam asau yang cuba untuk speaking london...if you know what i mean...

Aku kalo bab tulis menulis, superb! *Cheh! Masuk bakul angkat sendiri*, tapi bila masuk ke speaking london, aku jadi kak limah balik rumah hahaha...ini semua poyooo!!! Aku rasa setiap perkataan yang keluar time aku speaking English dengan customer, setiap kali tu juga la lidah ni berkulut, di situ la juga aku tiba-tiba jadi gagap, then, di situ la juga aku terbayang muka cikgu Bahasa Inggeris aku dulu yang bersusah payah ajar aku Bahasa Inggeris dengan perfect pronounciation plus perfect grammar. 

Aku jadi malu wei!!! Tiada guna juga keputusan BI aku time SPM dapat A2. Tiada guna juga keputusan MUET aku time form 6 dapat band 3. Tiada guna sudah semua itu...burghhh!!!

Pssst : Sebagai penjawat awam, skill ini memang kena ada. Tidak semua orang fasih berbahasa Melayu. Apa-apapun aku tetap tak boleh belah dengan sebutan Klara Chai jadik Kelala Chai hahahaha...

Monday, October 21, 2013

TM sudah pandai scam pengguna???


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku bengang. Sebab apa? Sebab time aku bizi time tu la private number sebok mau call aku! Sudah tu, panggilan ni aku sudah 3x kena kot. Sekali sebelum aku kawin, kali kedua sudah kawin dan kali ketiga, kali ini...hari ini.

Ni semua gara-gara aku melanggan Streamyx tahun 2009. Aku sebenarnya menyesal langgan Streamyx. Sebabnya promoter dia tipu aku! Masa dia promote dia cakap, aku buat downpayment ikut harga pakej dulu untuk pertama kali purchase. Lepas tu, dia cakap dalam tempoh 2 bulan x perlu bayar bil sebab it's free!!!Yay...tepuk-tepuk tangan...

Tapi, baru sebulan pakai tup-tup bil datang. Bila aku call TMPoint, dia cakap mana ada promosi 2 bulan bil free...siap dia mintak lagi nama promoter tu...tapi ntah la apa jadi dengan promoter tu...aku ni pulak jenis malas mau ambil port...lantaklah!

Then, adalah dalam setahun aku guna Streamyx tiba-tiba ada call dari TM Call Service...promote insurans nyawa plak...siap tanya aku dah kawin ka belum, ada anak ka belum, pastu siap tanya aku pakai kredit kad or x...lepas tu yang paling best dia tanya apa jenis kad ATM yang aku pakai...

So, aku layankan sajalah. Aku cakap aku guna bank sekian-sekian. Dia tanya, kad ATM tu yang debit kad biasa saja or yang ada tulis VISA? Aku cakap aku guna yang biasa-biasa saja. Then, dia tanya kenapa xmo pakai kad kredit? Aku jawab balik, sapa mau tolong bayar hutang aku kalau aku terlebih pakai? Then, dia biarkan soalan tu x berjawab. Pastu bla...bla...bla...last-last aku cakap aku x berminat dengan insurans tu sebab aku sudah ada beli insurans hahahaha...

Kali kedua, masa ini aku sudah kawin. Dia buat yang sama juga. Siap tanya yang sama. Bila aku jawab aku sudah kawin, nah! dia tanya kad ATM laki aku jenis apa? Maybank ka, apa ka...then, bila aku kata Maybank dia tanya yang debit kad biasa atau yang ada VISA. Aku cakap biasa. Dia cakap kenapa x tukar? Aku jawab untuk apa tukar kalau masih boleh pakai? Pastu dia minta no. tel laki aku. Aku bagi la. Tapi, aku sudah siap pesan dengan laki aku suruh jangan sambut panggilan. Lepas tu boleh pulak dia betul-betul call laki aku tapi laki aku memang x jawab la panggilan tu. Lepas tu, dia call aku balik untuk suh aku bagitau laki aku untuk tukar kad ATM tu pegi kad debit yang ada VISA. Dia siap bagi nama & no. contact. Mau bagi aku betul-betul yakin la. Tapi, aku x buat.

Kali ini, soalan yang sama jugak dia utarakan. Dan aku menipu lagi untuk kali ini. Aku bagitau kad ATM aku kad debit biasa, kad ATM laki aku pun yang biasa. Dia pandai. Mungkin dia sudah tau yang aku tau dia tu penipu sebab aku bagitau dengan dia yang aku sudah lama terminate Streamyx. Takkan dorang x boleh trace lagi termination tu? Lepas dia membebel sekejap, aku hang up cakap aku x minat la jugak. Tapi dorang pandai. Guna private number supaya orang x nampak apa number yang dorang guna. Ingat aku bodoh ka apa?

Pssst : Kawan-kawan, hati-hati dengan scam semacam ini. Orang sekarang ni otak makin canggih, tapi makin bebal! Kerja nak makan duit harom jadah jak! Yang ini aku mau forward ke En. Ben.


Aku menjantok...boleh ka aku tidur sekejap???Sekejaaap jak...


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Baru-baru ini, anak-anak sakit...terutama adik Icha. Kesian dia. Hari Jumaat minggu lalu, aku balik ke rumah time rest (1130 am - 0200 pm) dia macam biasa. Sebelum tu memang dia ada selsema, sudah bawak gi spital pun...tapi doc x bagi ubat selsema sebab adik Icha masih di bawah 2 tahun. Abang dia pun selsema jugak tapi tidak la seteruk adik Icha. Sebab adik Icha selalu menangis malam-malam. Average dalam jam 0200am or jam 0300am. Perghhh!!! Plasbak mata weih!

Then untuk kasi jadi cerita, Jumaat tu aku bagi dia makan bubur seperti biasa. Entah macamana tiba-tiba dia muntah. Elok pulak muntahnya tu kena di baju aku. Banyak juga tu muntahnya. Ada lendir-lendir yang aku saspek adalah hingus. Lepas tu, aku tenangkan dia. Bagi dia minum susu, tapi time tu dia sudah xmo menyusu. Mungkin sebab dia takut muntah lagi. Kesian T_T...

Last-last, aku & Mr. AIL bersiap-siap gi spital bawak dua-dua sekali. Adik & abang. Sekali cek, rupanya abang pun demam. 37.4 degree tu. Dia kena bagi ubat demam, ubat batuk & ubat antibiotik sebab Chang2 ada history. Dia pernah kena jangkitan kuman di paru-paru gara-gara selsema dan batuk. Adik Icha plak kena suruh refer ke doc sebab selain selsema & batuk, dia kena muntah-muntah & cirit-birit.

Jumpa doc, doc bagi option, tahan di wad atau paksa adik Icha minum ORS aka air garam untuk ganti balik cecair yang kuar akibat dia cherry berry tu. Bah, aku apalagi, mana aku mau adik Icha kena tahan sebab pengalaman lepas time Chang2 admitted to ward, habis tangan dia kena cucuk sana cucuk sini. Tapi doc sempat pesan la, if adik Icha nampak lemah or worse, kena cepat-cepat bawak ke spital la. Hurm.... lepas tu doc bagi dia ubat demam & stok ORS banyak-banyak.

Tapi syukur alhamdulillah, selepas beberapa hari adik Icha is doing well. Dia aktif juga. Selsema masih ada cuma batuk sudah kurang. Tapi, ada tapi...semalam adik beradik ni bangun jam 0230am untuk menyusu. Lepas tu xmo tidur sudah...waaa...anak-anak mama, Isnin ni hari kerja la sayang. Mama kerja. Natijahnya, jam 0400am jugak la baru dua orang ni tidur balik...aku plak yang susah mau tidur. Sekarang, mata aku layu jak...mata pun blurry sekarang ni...tolong!!!

Pssst : sayangkan anak-anak, kenalah berkorban. Sikit masa lagi bila dorang sudah dewasa pasti kita akan merindui waktu mereka masih bayi. Love!

Thursday, October 17, 2013

Gambar : Trip To Long Napir, Limbang - Part 2


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Ok...dengan tekad semangat teguh, aku ingin mengepost entri untuk trip ke Long Napir ini pada hari ini...dan ini...ya hahahaha...sapa mau baca entri yang berkaitan sila klik itu ---> Gambar : Trip To Long Napir, Limbang - Part 1

Aku ni berjanji jak pandai, tapi tunaikannya lambat sikit...sebab tu aku x boleh kerja di mana-mana bank sebab lambat cashoutnya wakakaka...bah, marilah enjoy tengok gambar-gambare sebelum aku hilang ingatan tentang perjalanan itu hari hehe...


Gambar 14 : Ini diaaa...kami sudah sampaiii...tengok tu jangan pandang rendah dengan kampung di pedalaman...kampung wireless tu...dan sangat amazing bila aku dapat coverage line Maxis di sini...ya Maxis...aku buka mobile data...H++ tu...bukan E bukan G...kau ada? hahaaaa...


Gambar 15 : Peta di sekitar Kg. Long Napir...canggih x canggih??? Senang kan...ada indicator, so orang xkan sesat punyalah...believe meh...


Gambar 16 : ko x terliur ka mau mandi manda di bawah tu? Aku SANGAT terliur...mau jak aku turun masa tu tapi memandangkan kami pi situ sebab urusan kerja makanya aku tahan-tahankan airmata sebab x dapat turun...aku mau main air!!!Waaa...


Gambar 17 : lorong kecik untuk ke kawasan perumahan Kg. Long Napir...see di depan tu sapa? It's Cik Nora & En. Shamsul la...


Gambar 18 : Bangunan perpustakaan desa...yang macam ada atap-atap tu bukan atap...itu pemancar solar...gunanya untuk telefon awam tu...


Gambar 19 : The Avengers PTK Limbang hewhew...En. Shamsul & Cik Nora... drop your weapon!!! You've been surrounded by enemy!!! Yearghhh!!!


Gambar 20 : Chomelllnya ambulans tu...chomel kan chomel kan...kan kan kan...aku suka!


Gambar 21 : Bekalan makanan yang ada untuk next punya aktiviti...mau tau apa selepas ini? Tunggu la sambungan Part 3 ok hewhewhew...pasti kamu akan senak perut dengan next punya story...

Pssst : x boleh belah hahahaha...



Wednesday, October 16, 2013

Kunjungan Aidiladha ke rumah kakak ipar di Kg. Rataie, Temburong, Brunei Darussalam


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Kemarin (hari Selasa) merupakan hari kita menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban...so, dijadikan cerita, kami sekeluarga bersama anakbuahku berkunjung ke rumah kakak iparku di Kg. Rataie, Temburong, Brunei Darussalam...

Cerita sikit mengenai perjalanan ke situ...kalau kamurang tengok dalam google map, daerah Limbang sememangnya sangat hampir dengan negara Brunei Darussalam...lihat printscreen di bawah ini...

Sumber : Google Maps

Nampak yang aku tanda dengan kotak berwarna merah tu? Yang atas tu Pekan Limbang...yang di bawah tu Kg. Rataie, Temburong...masuk negara Brunei Darussalam la sudah...ok, dari pekan Limbang ke Kg. Rataie tu, hanya memakan masa selama 40 minit sahaja...ya 40 minit tanpa ada queue dekat feri Ujung Jalan...ada sungai pembahagi border antara Limbang (Malaysia) dan Brunei Darussalam...di situ la feri berada...tapi sekarang ni pembinaan jambatan sedang giat dijalankan...khabarnya bulan November ni siap...mudah-mudahan la...

Ok, berbalik kepada cerita aidiladha...bila kami sampai di sana, kakak ipar ku becerita la...rupanya dorang di Brunei tidak sambut aidiladha pada hari Selasa tu...dorang sambut pada hari ini (Rabu)...biras aku plak kerja di Jabatan Agama, so kakak ipar aku cakap hari ini dorang mesti sibuk dengan majlis korban tu...kerbau-kerbau mahupun lembu-lembu yang ingin dikorbankan akan dikumpulkan dalam satu masjid. Lepas selesai acara korban tu, semua daging-daging korban akan diagih-agihkan dahulu kepada mereka yang memerlukan. Oleh kerana birasku tu memang kerja di Jabatan Agama, maka dialah yang bertanggungjawab memegang senarai nama golongan yang memerlukan itu. Dan, sekiranya selesai agihan kepada mereka, baki yang ada diagih pula kepada penduduk sekitar. Dan, kami difahamkan hari ini Sultan Brunei akan mengadakan korban besar-besaran. Memang pada setiap tahun, Sultan Brunei akan mengadakan majlis korban secara besar-besaran dan semua rakyat bakal dapat merasa daging korban tersebut.

Dari cerita-cerita kakak iparku yang sebelum ni pun, Sultan Brunei seorang sultan yang sangat kasihkan rakyatnya. Negara Brunei juga tidak mengamalkan cukai. Untuk pembelian rumah dan kereta, rakyat Brunei dapat membeli rumah mengikut kos sebenar pembinaan rumah tersebut. Ok, part ni akan aku ceritakan di entri yang lain.

Apa yang aku mau cakap is, mereka masih mengutamakan golongan yang memerlukan biarpun pada pandangan mata kasar aku, semua rakyat Brunei jarang yang tidak berharta. Sebab bila aku nampak setiap rumah di sepanjang jalan tu, rata-rata ada paling kurang pun 2 atau 3 biji kereta. Rumah pula perghhh...itu saja yang aku boleh cakap. Nantilah, kalau aku pergi ke rumah kakak iparku lagi, akan aku senep gambar rumah-rumah di sekitar sana.

Errr...entri ini aku buat selepas terbaca post En. Ben Ashaari. Klik SINI untuk baca entri beliau.

Pssst : Kenapa aku rasa macam mesej aku x sampai???


Monday, October 14, 2013

"FIRST GIVEAWAY FROM NEW BLOGGER"

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ni gatai mau ikut GA!!!Random number harap-harapnya pilih aku hahaha...ehem...sapa2 yang mau join tu silakanlah...support this new blogger!!!


Klik Banner untuk join!!!

Komenku :

1. Blog ni agak menarik, agak girlish, comel tapi kurangkan widget kerana widget akan membuatkan blog lambat loading...
2. Susun atur hendaklah sedap mata memandang sebab nampak macam serabut sikit...mungkin boleh pilih layout yang ngam dengan sidebar or footer yang bersesuaian...

Pssst : Just my 2 cent hehehe...anyway welcome to blogging world!!!


Gambar : Akhirnyaaa...dapat jugak buat header baru!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ini baru berjaya buat header baru setelah berhempas pulas...jom tengok header-header sebelom ini!!!

Header 1


Yang ini aku buat untuk kali pertamanya...sangat noob hokay...

Header 2


Yang ni plak aku buat time blog aku masuk ke tahun ke-2 kalo x silap...

Header 3


Ok yang ni kira baru jugak...tapi aku rasa ada something wrong dekat situ...belum sampai sebulan ni...baru buat 2 @ 3 minggu yang lepas...

Header 4 (the latest)


Tadaaa!!! Instead of putting gambarku...i just let it be as simple as it could...orang cakap less is more kan...sebab header-header yang sebelum ni macam sarat kot dengan pelbagai corak, gambar, blocking kaler dan bla...bla...bla...

Pssst : so what say you???

Friday, October 11, 2013

Gambar : Kau selalu buat aku macam ni!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Sila rujuk kembali post sebelum ni... CUAK...hari ini seawal jam 0800 pagi selepas punchkad di opis, aku terus kuar untuk cari workshop yang boleh tolong repair radiator keta aku sebab bocor...sampai di workshop berkenaan, eh? masih tutup...terus terasa awalnya aku kan...datang gi keja xda plak semangat awal macam ni...tapi x lama jugak la aku tunggu...x sampai 5 minit pun...pekerja workshop dengan bosnya sekali sudah sampai...so, dorang kemas-kemas sikit, sapu-sapu sikit, pastu baru tanya masalah keta aku...

Aku explain la tangki radiator bocor...padahal baru lagi...baru sebulan lebih tukar baru...workshop sebelum ni di KK...x larat plak aku mau pegi ke KK gara-gara mau claim radiator baru...belum sempat sampai KK nanti kebabooom engine keta aku...peh!!!Sentap awal pagi wei...

Tokey cakap mesti tu orang di KK main sembarang saja pasang tu radiator...sebab banyak bocor maaa...dia cakap la...so dia suruh la orang dia buka...tu yang dalam gambar post mortem tu...orang dia la tu...



Post mortem sedang dijalankan


Tadaaa!!!Ni dia ni dia tu dia!!!kan...bocor kan...sampai berkarat ko...kesian...6 lobang besar tapi x berapa nampak la dalam gambar ni...hati aku pun ikut berkarat sebab tokey cakap mau tukar baru lagi...suma sekali termasuk upah RM200.00...haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah~~~

Ok...aku redho kan saja la...bila sudah siap pasang (xda gambar sebab time tu aku sebok whatsapp dengan En. AIL, buat report pasal kerosakan keta)...last sekali pekerja tu tanya, " kak, mau simpan coolant ka?" dan aku macam " huh?" dalam hati apa ke bendanya coolant ni...

So, dari kedudukan aku duduk di tempat duduk belakang keta aku (banyak sangat duduk kau!)...aku kuar la mau tengok jugak apa benda coolant ni...rupanya hini...


Sumber gambar : Google

Ini la coolant...tujuan dia untuk protect radiator dari cepat berkarat dan berlumut...dan aku kena tambah RM 25.00 untuk coolant ni...so aku harus bayar RM 225.00 la plak...tapi selepas aku kawtim tokey, dia setuju kasi less RM5.00 saja...ok la tu daripada xda kan...orang sudah tolong kita buat, kita tolong bayar la pulak kan...hehehe

Sumber gambar : Google

Haaa...ni cara mau kasi masuk coolant tu ke dalam radiator...kepish? Tapi, yang workshop tu pakai, kaler merah, bukan hijau cam ni...kalo hijau camni makin belumut la radiator tu...atau macamana?hehehe...

Aku petik balik kata-kata aku di fb...

"kita ni org ppuan kena jgk amik tau selok belok enjin keta...lbih2 lg keta sdri...mujur la sang husby ku byk bg tunjuk ajar...tq syg

#dalamhaticuakmaubawakketasebabtangkiradiatorbocor #workshop #duitlagi"

So ini la yang aku merepekkan di fb hahaha...macamana aku x cuak...ada sekali tu aku lupa isi air dalam tangki radiator...tiba-tiba temperature naik, enjin keta pun buat bunyi pelik...Mr. AIL cakap kan fungsi radiator tu untuk menyejukkan enjin...sebab tu kena ada air...kalo radiator tu kosong enjin jadi panas, dan piston plug (betul ka ejaan) tu akan jadi panas dan menyebabkan paip dari tangki minyak enjin akan bengkok sikit dan menyebabkan minyak enjin plak yang leaking dan bla bla bla...panjang lebar Mr. AIL membebel dengan aku...

So muncung pun otomatik la panjang sedepa...merajuk katanya, sebab bukan disengajakan...aku betul-betul lupa...wuuu mau nangis sekali lagi boleh?hehe...

Kesimpulannya, hari ini radiator sudah tukar baru...harap-harap jangan buat masalah lagi ya dear NFS ku, aku sayang ko...aku mo pakai ko lama-lama...jangan la sakit-sakit lagi...aku pun ikut sakit tau...terbang dengan sayap RM aku...asal time gaji ko pun mau terima gaji jugak...wuuu...T_T

Pssst : mana pegi signature aku???