Thursday, October 24, 2013

TM - Dia buat hal lagi!!! Kali ini aku sudah hilang sabar!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!


Kali ini aku sudah hilang sabar. Tengokkan saja la report yang aku buat ke TM tu...



Ini isi kandungan report aku yang panjang berjela...

Saya sudah beberapa kali mendapat panggilan telefon dari private number menyatakan bahawa mereka dari TM Point Service Centre. Mereka menyatakan bahawa TM sudi memberi rewards kepada saya kerana menjadi pelanggan TM. 

Apa yang saya musykilkan adalah saya sudah pun menamatkan perkhidmatan telefon rumah saya (089223424) dan juga akaun Streamyx saya pada bulan Ogos tahun ini atas alasan saya berpindah stesyen bertugas iaitu dari Sandakan, Sabah ke Limbang, Sarawak. Adakah saya masih layak untuk menerima rewards?

Dan apa yang menjengkelkan saya, sehingga hari ini, saya sudah menerima panggilan sebegini sebanyak 4 kali! Saya sudah menyatakan bahawa saya tidak berminat dengan pakej rewards yang mereka tawarkan yang mana mereka maklumkan kepada saya ianya adalah seperti pakej Insurans Nyawa yang boleh cover saya, suami dan anak-anak.

Antara contoh perbualan kami :-

Operator : Puan ada berapa orang anak yang masih berada dalam tanggungan?
Saya : ada dua. keduanya masih di bawah 2 tahun.
Operator : Puan berkerja sebagai apa?
Saya : bekerja di sektor awam.
Operator : Suami Puan berkerja sebagai apa?
Saya : berkerja sendiri.
Operator : Ok, kalau macam tu, adakah antara puan dan suami puan ada menggunakan kad kredit?
Saya : Tiada.
Operator : Puan pakai kad ATM apa?
Saya : CIMB
Operator : Adakah ianya yang ada VISA (kad baru) atau masih kad lama?
Saya : Kad lama.
Operator : Suami puan pula gunakan kad ATM apa?
Saya : Maybank.
Operator : Adakah masih pakai yang lama atau sudah tukar kepada yang baru ada gambar epal yang ada perkataan VISA.
Saya : Masih yang lama. (yang ini saya tipu sebab saya syak sesuatu. Dan operator tersebut pun tahu bahawa kad ATM Maybank yang lama sudah tidak boleh digunakan lagi).
Operator : Pakej yang kami tawarkan ni memerlukan puan untuk bayar sejumlah wang melalui sama ada kad kredit mahupun kad ATM yang ada VISA. Sejumlah wang tersebut adalah sebagai bayaran kepada pakej yang kami tawarkan. Puan kena bayar rm51.00 setiap bulan lah untuk cover puan dan keluarga puan. 
Saya : Maaf, saya tidak berminat kerana saya sendiri sudah pun membeli insurans untuk diri saya sendiri dan anak-anak.
Operator : Pihak kami memang menawarkan pakej rewards ini kepada pelanggan yang memang sudah ada insurans.
Saya : Maaf saya tidak berminat.

Ok, soalan saya, mengapa mereka mesti bertanyakan perihal jenis Kad ATM yang kami gunakan? Apa relevannya di situ?

Kedua, adakah benar pihak TM ada menyediakan pakej seumpama Insurans kepada pihak pelanggan? 

Tetapi dari pengamatan saya, rewards yang biasanya pihak TM berikan kepada pelanggan berbentuk barangan tetapi bukannya produk insurans.

Ketiga, tidakkah pihak TM rasa anda perlu bertindak atau melakukan sesuatu untuk membendung perkara ini?

Keempat, rewards. Bukankah rewards ini sepatutnya pihak TM yang memberi dan pelanggan hanya menerima? Seaptutnya tidak boleh berlaku pemberian rewards sekiranya pelanggan di suruh membayar semula kepada pihak TM. Itu namanya, melanggan.

Dan, hari ini nombor yang menghubungi saya adalah 03-7839 8800. Adakah benar ini nombor dari pihak TM? Dan ya, operator tersebut gagal memperkenalkan dirinya kepada saya!
Saya harap saya mendapat jawapan yang memuaskan dari pihak TM.

Sekian, terima kasih.

* * *

Dan apabila aku try mau submit report, ini yang jadi...


Pssst : What say you???

No comments: