Thursday, October 24, 2013

Hadiah yang ditunggu dari tahun 2011 akhirnya sudah berjaya aku miliki!


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!


Akhirnya setelah menunggu selama beberapa tahun, barulah aku berjaya dapatkan hadiah yang sepatutnya aku dapat dari dulu. Rasa macam tamak pun ada kan. Tapi itu hak aku. Sebab aku memang berhak hehe..

Ok, macam ni ceritanya. Dulu aku pernah ikut pertandingan menulis cerpen anjuran salah sebuah blog. Mungkin ada yang tau, ada yang x tau. Dan, apa yang menggembirakan adalah cerpen aku terpilih sebagai pemenang kelima daripada sepuluh pemenang. Macam biasalah pemenang dari pertama dan ketiga mestilah sepesel sikit hadiahnya. Sudah namanya pemenang. So, yang the rest dapat saguhati iaitu sebuah Novel dari Aku Linglung bertajuk Sperma Cinta. Penulis Aku Linglung ni yang sponsor novel kepada penganjur tu untuk diberikan kepada pemenang-pemenang saguhati tadi.

So, masalah berlaku bila aku terlepas pandang tentang pengumuman pemenang bagi pertandingan tu dan masalah timbul lagi bila penyampaian hadiah dilakukan di Semenanjung. Aku pula kan tinggal di Sabah. Manalah aku dapat hadirkan diri. So, aku contact la penganjur tu by email. Penganjur cakap ramai juga pemenang yang tidak dapat hadir masa penyampaian hadiah tu. Penyampaian hadiah tu dilakukan sempena pelancaran novel Sperma Cinta ni la.

Then, penganjur berjanji untuk poskan hadiah kepada pemenang. Penganjur minta alamat. Aku bagilah. Lepas tu, tunggu punya tunggu xda sampai hadiah. Aku follow up lagi. Penganjur cakap mo tunggu pemenang lain berikan alamat baru satu kali hantar. Ok fine.

Lepas tu, lama kelamaan aku pun lupa pasal benda tu. Tapi entah macamana aku boleh terjengah blog novelis tu, Aku Linglung. Aku nampak la balik novel Sperma Cinta tu. Entah di mana aku dapat kekuatan, aku email la si penulis. Dan, betapa aku gembira, email aku dibalas dengan secepat mungkin. Syukur alhamdulillah.

So, inilah email yang aku hantarkan.




*Klik gambar untuk kasi besar mata*

Dan ini balasan dari pihak Aku Linglung




Dan hari ini, ini dia yang di tunggu-tunggu!!!




Hebat x hebat perasaan aku sekarang? Dan aku sangat berterima kasih kepada novelis Sperma Cinta kerana begitu prihatin terhadap permasalahanku. Terima kasih sangat-sangat!!!

Pssst : Eksaited lebey!!!

2 comments:

Mama Darwiish said...

Nasib baik kucing x sempat tumbuh tanduk ye he..
Tajuk novel cam best he

Nor Adzwaty Rokkafella said...

@Mama Darwish : hehehe dah tumbuh pun tapi patah balik hahaha