Monday, October 21, 2013

Aku menjantok...boleh ka aku tidur sekejap???Sekejaaap jak...


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Baru-baru ini, anak-anak sakit...terutama adik Icha. Kesian dia. Hari Jumaat minggu lalu, aku balik ke rumah time rest (1130 am - 0200 pm) dia macam biasa. Sebelum tu memang dia ada selsema, sudah bawak gi spital pun...tapi doc x bagi ubat selsema sebab adik Icha masih di bawah 2 tahun. Abang dia pun selsema jugak tapi tidak la seteruk adik Icha. Sebab adik Icha selalu menangis malam-malam. Average dalam jam 0200am or jam 0300am. Perghhh!!! Plasbak mata weih!

Then untuk kasi jadi cerita, Jumaat tu aku bagi dia makan bubur seperti biasa. Entah macamana tiba-tiba dia muntah. Elok pulak muntahnya tu kena di baju aku. Banyak juga tu muntahnya. Ada lendir-lendir yang aku saspek adalah hingus. Lepas tu, aku tenangkan dia. Bagi dia minum susu, tapi time tu dia sudah xmo menyusu. Mungkin sebab dia takut muntah lagi. Kesian T_T...

Last-last, aku & Mr. AIL bersiap-siap gi spital bawak dua-dua sekali. Adik & abang. Sekali cek, rupanya abang pun demam. 37.4 degree tu. Dia kena bagi ubat demam, ubat batuk & ubat antibiotik sebab Chang2 ada history. Dia pernah kena jangkitan kuman di paru-paru gara-gara selsema dan batuk. Adik Icha plak kena suruh refer ke doc sebab selain selsema & batuk, dia kena muntah-muntah & cirit-birit.

Jumpa doc, doc bagi option, tahan di wad atau paksa adik Icha minum ORS aka air garam untuk ganti balik cecair yang kuar akibat dia cherry berry tu. Bah, aku apalagi, mana aku mau adik Icha kena tahan sebab pengalaman lepas time Chang2 admitted to ward, habis tangan dia kena cucuk sana cucuk sini. Tapi doc sempat pesan la, if adik Icha nampak lemah or worse, kena cepat-cepat bawak ke spital la. Hurm.... lepas tu doc bagi dia ubat demam & stok ORS banyak-banyak.

Tapi syukur alhamdulillah, selepas beberapa hari adik Icha is doing well. Dia aktif juga. Selsema masih ada cuma batuk sudah kurang. Tapi, ada tapi...semalam adik beradik ni bangun jam 0230am untuk menyusu. Lepas tu xmo tidur sudah...waaa...anak-anak mama, Isnin ni hari kerja la sayang. Mama kerja. Natijahnya, jam 0400am jugak la baru dua orang ni tidur balik...aku plak yang susah mau tidur. Sekarang, mata aku layu jak...mata pun blurry sekarang ni...tolong!!!

Pssst : sayangkan anak-anak, kenalah berkorban. Sikit masa lagi bila dorang sudah dewasa pasti kita akan merindui waktu mereka masih bayi. Love!

No comments: