Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Friday, October 31, 2014

Azrul Ariff Lee is now officially 3 years old!!!(01/11/11)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

01/11/2011 
- Jam 2.37am, lahirnya my baby boy ke dunia. Lahir dengan kondisi pramatang di usia kandungan 31 minggu 5/7 hari. Berat lahir 1.9kg sahaja.

- 4.00am, anak mama dimasukkan ke dalam inkubator kerana paru-paru belum cukup matang.

-12.00 tengah hari, mama baru dapat tengok anak mama di dalam inkubator di wad NICU.

-01.00pm, mama dan anak mama admitted dekat wad NICU sebab anak mama pramatang dan tidak cukup berat lahir.

-5.00pm, mama risau anak mama masih belum menyusu sebab air susu mama x keluar lagi. Mama curi2 bagi anak mama minum air suam dan suap pakai sudu. Mama mulai sedih masa ni.

-7.00pm, nurse mulai buat sesuatu dengan anak mama. Nurse sambung water drip dan cucuk jarum pada kaki anak mama. Berat badan anak mama turun mendadak sebab x menyusu dari sejak lahir. Mama cuba bagi anak mama menyusu tapi anak mama belum pandai menyusu.

- Nurse culik anak mama untuk ambil bacaan serum bilirubin. Masa ni anak mama sudah mulai kena jaundis. Anak mama kena pakai lampu biru tu. Anak mama terpaksa pakai spek mata Michael Jackson dan tak pakai baju. Hanya pakai lampin saja.

- Anak mama asyik menangis sebab kelaparan. Mama cuba untuk susukan anak mama tapi air susu tetap x keluar. Mama menangis semalaman.

02/11/2011

- 5.30am, kali ini doktor pulak yang culik anak mama untuk ambil bacaan serum bilirubin. Bacaannya semakin tinggi sebab anak mama x menyusu lagi. Photolevel untuk anak mama hanya setakat 175 tapi bacaan SB anak mama adalah 197. Doktor cakap, kalo bacaannya melebihi 200 kena cuci darah sebab takut SB tu naik pergi kepala that can do damage to my son's brain. Mama menangis lagi. 

- 8.00am, doktor pakar membuat pemantauan terhadap pesakit. Turn anak mama, doc cakap kena sambung tiub dari hidung masuk ke perut untuk masukkan susu melalui tiub sebab anak mama masih x pandai menghisap susu. Mama pula kena suruh pam air susu dekat bilik lain. Masa mama pegi pam susu, anak mama pun kena bawa masuk ke dalam bilik yang sama sebab mau masukkan tiub tu. Depan mata mama anak mama tersiksa. Mama menangis lagi.

- Pertama kali pam susu, mama cuma berjaya dapat 40ml saja. Tapi mama tetap bersyukur sekurang-kurangnya anak mama dapat minum susu akhirnya.

03/11/2011

- Rutin macam biasa. Setiap pagi kena ambil bacaan SB. Tapi, ambil tu bukan ambil macam tu saja. Habis tangan anak mama kena cucuk sana sini pakai jarum semata-mata untuk ambil sampel darah.

- Selepas tu, pampers baby kena buka dan timbang. Bagitau baby ada kencing or berak. Berapa kali dia kencing berak. Lepas tu timbang berat badan. Lepas tu gi mandi. Hari kedua anak mama lahir, nurse yang tolong mandikan. Start hari ketiga dan seterusnya mama yang mandikan anak mama.

16/11/2011

- Lega, akhirnya mama dan baby dapat balik ke rumah walaupun berat badan baby naik kepada berat badan semasa lahir dan masih jaundis tapi tetap kena datang untuk temujanji timbang berat dan bacaan SB setiap minggu. Alhamdulillah, selepas sebulan setengah akhirnya anak mama bebas jaundis. Penjelasan dari doktor, prolonged jaundice yang melanda my baby adalah disebabkan fungsi hati yang kurang matang sebab baby lahir pramatang.

01/09/2012

- Anak mama diuji lagi bila doktor sahkan anak mama dijangkiti kuman di paru-paru akibat selsema dan batuk.

- Anak mama dimasukkan di wad kanak-kanak dan dipasangkan oksigen kerana kandungan oksigen dalam badan tidak mencukupi.

- Masa ni mama tengah sarat mengandung adik Icha. Mama terpaksa tidur duduk kerana x bawa tikar.

- Dalam 1 hari anak mama diberikan ubat antibiotik dua jenis, 2 kali sehari. Begitu juga dengan nebulizer, anak mama kena pakai neb 2 kali sehari untuk clearkan kahak dari paru-paru.

06/09/2012

- Anak mama disahkan sudah beransur sihat dan boleh balik rumah. Anak mama dibekalkan dengan 2 botol ubat antibiotik untuk makan di rumah.

30/10/2014

- Mama bawa anak mama pergi ke hospital sebab anak mama diserang selsema dan batuk. Mama mulai risau, sebab doc pernah pesan kalo baby kena selsema or batuk yang teruk cepat-cepat bawa pegi hospital.

- Sampai hospital, dresser cakap macam ada bunyi dekat paru-paru. Suruh refer dengan doktor. Jumpa doktor, doktor cakap it's ok, bunyi x kuat sangat. Doc juz bagi ubat demam sebotol dan ubat antibiotik 2 botol. Alhamdulillah.

01/11/2014

- Esok harijadi anak mama yang ketiga tahun. Mama doakan semoga anak mama dikurniakan kesihatan yang baik, semoga anak mama dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, semoga anak mama membesar dengan baik dan menjadi kebanggaan mama dan papa, semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa dan semoga beroleh limpah kurnia dari Allah SWT. Aminnn...




Pssst : Mama sayang Azrul Ariff Lee @ Chang2...mmuuaahhxx



Monday, October 21, 2013

Aku menjantok...boleh ka aku tidur sekejap???Sekejaaap jak...


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Baru-baru ini, anak-anak sakit...terutama adik Icha. Kesian dia. Hari Jumaat minggu lalu, aku balik ke rumah time rest (1130 am - 0200 pm) dia macam biasa. Sebelum tu memang dia ada selsema, sudah bawak gi spital pun...tapi doc x bagi ubat selsema sebab adik Icha masih di bawah 2 tahun. Abang dia pun selsema jugak tapi tidak la seteruk adik Icha. Sebab adik Icha selalu menangis malam-malam. Average dalam jam 0200am or jam 0300am. Perghhh!!! Plasbak mata weih!

Then untuk kasi jadi cerita, Jumaat tu aku bagi dia makan bubur seperti biasa. Entah macamana tiba-tiba dia muntah. Elok pulak muntahnya tu kena di baju aku. Banyak juga tu muntahnya. Ada lendir-lendir yang aku saspek adalah hingus. Lepas tu, aku tenangkan dia. Bagi dia minum susu, tapi time tu dia sudah xmo menyusu. Mungkin sebab dia takut muntah lagi. Kesian T_T...

Last-last, aku & Mr. AIL bersiap-siap gi spital bawak dua-dua sekali. Adik & abang. Sekali cek, rupanya abang pun demam. 37.4 degree tu. Dia kena bagi ubat demam, ubat batuk & ubat antibiotik sebab Chang2 ada history. Dia pernah kena jangkitan kuman di paru-paru gara-gara selsema dan batuk. Adik Icha plak kena suruh refer ke doc sebab selain selsema & batuk, dia kena muntah-muntah & cirit-birit.

Jumpa doc, doc bagi option, tahan di wad atau paksa adik Icha minum ORS aka air garam untuk ganti balik cecair yang kuar akibat dia cherry berry tu. Bah, aku apalagi, mana aku mau adik Icha kena tahan sebab pengalaman lepas time Chang2 admitted to ward, habis tangan dia kena cucuk sana cucuk sini. Tapi doc sempat pesan la, if adik Icha nampak lemah or worse, kena cepat-cepat bawak ke spital la. Hurm.... lepas tu doc bagi dia ubat demam & stok ORS banyak-banyak.

Tapi syukur alhamdulillah, selepas beberapa hari adik Icha is doing well. Dia aktif juga. Selsema masih ada cuma batuk sudah kurang. Tapi, ada tapi...semalam adik beradik ni bangun jam 0230am untuk menyusu. Lepas tu xmo tidur sudah...waaa...anak-anak mama, Isnin ni hari kerja la sayang. Mama kerja. Natijahnya, jam 0400am jugak la baru dua orang ni tidur balik...aku plak yang susah mau tidur. Sekarang, mata aku layu jak...mata pun blurry sekarang ni...tolong!!!

Pssst : sayangkan anak-anak, kenalah berkorban. Sikit masa lagi bila dorang sudah dewasa pasti kita akan merindui waktu mereka masih bayi. Love!

Monday, September 30, 2013

Eh...hari Isnin???Sekejapnya Sabtu dan Ahad berlalu...


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

1st of all thanx kepada mereka yang sudi singgah ke blogku dan sudi memfollow blogku ini...syukran...

Ok...berbalik kepada tajuk...kenapa cepat benar hari bertukar kepada hari Isnin...rasanya macam baru jak hari Sabtu dan Ahad tiba...tup-tup Isnin la pulak hahaha...bukan apa...rasa macam x puas bermanja mesra dengan anak-anak...ya la kan aku ni ibu berkerja...waktu-waktu emas untuk aku ialah hari cuti...dan hari cuti itu adalah waktu emas dan sebaliknya hahahaa...pandai-pandailah kamurang translatekan hahaha...

Dan sekarang ini pulak, adalah menjadi rutin buat kami sekeluarga untuk menghabiskan cuti hari Sabtu dan Ahad di rumah ibu mertua...ya la jarak perjalanan dari bandar Limbang ke Medamit cumalah dalam 40 minit sahaja...pagi tadi pun bertolak dari Medamit jam 7.10am dan sampai ke tempat kerja jam 7.50am...memang betul-betul sharp 40 minit...sebab di bandar Limbang ni rate kesesakan jalanraya tu kurang...sebab dia bandar kecik...kalau di Sandakan jangan cerita la...jarak dari rumah lama aku dulu ke tempat kerja dengan jarak dari rumah baru ke tempat kerja baru ni lebih kurang jak pun...tapi di Sandakan amik masa 20 minit atau lebih (bergantung kepada tahap kesesakan) untuk sampai ke tempat kerja...di sini cuma ambil masa 10 minit sharp...cuma di sini aku sangat cuak dengan penunggang motorsikal...dorang suka-suka hati okey, mencelah or memotong dari kiri dan kanan kenderaan...bukan dari kiri dan kanan jalanraya...ko kena balik-balik tengok cermin sisi kiri dan kanan untuk pastikan tiada penunggang motorsikal sebelum ko masuk simpang or buat u-turn or whatever la...selalu jantung aku berdegup kencang bila nampak dorang ni...aduiii...sakit tau!!!

Eh...sori...errr, jom layan gambar-gambar adik beradik yang menjadi pengarang hati aku selamanya ehehehe...


adik & abang berebut mau naik kereta doraemon

adik mau jadi engineering katanya, sambil mencabut bateri dari telefon mainannya
adik try mau buat "peace" sign...tapi x jadi hahaha

rundingan tentang macamana mau pasang balik cover bateri di telefon mainan si adik hahaha
Pssst : anak-anak adalah harta berharga yang tiada galang gantinya...