Friday, October 31, 2014

Azrul Ariff Lee is now officially 3 years old!!!(01/11/11)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

01/11/2011 
- Jam 2.37am, lahirnya my baby boy ke dunia. Lahir dengan kondisi pramatang di usia kandungan 31 minggu 5/7 hari. Berat lahir 1.9kg sahaja.

- 4.00am, anak mama dimasukkan ke dalam inkubator kerana paru-paru belum cukup matang.

-12.00 tengah hari, mama baru dapat tengok anak mama di dalam inkubator di wad NICU.

-01.00pm, mama dan anak mama admitted dekat wad NICU sebab anak mama pramatang dan tidak cukup berat lahir.

-5.00pm, mama risau anak mama masih belum menyusu sebab air susu mama x keluar lagi. Mama curi2 bagi anak mama minum air suam dan suap pakai sudu. Mama mulai sedih masa ni.

-7.00pm, nurse mulai buat sesuatu dengan anak mama. Nurse sambung water drip dan cucuk jarum pada kaki anak mama. Berat badan anak mama turun mendadak sebab x menyusu dari sejak lahir. Mama cuba bagi anak mama menyusu tapi anak mama belum pandai menyusu.

- Nurse culik anak mama untuk ambil bacaan serum bilirubin. Masa ni anak mama sudah mulai kena jaundis. Anak mama kena pakai lampu biru tu. Anak mama terpaksa pakai spek mata Michael Jackson dan tak pakai baju. Hanya pakai lampin saja.

- Anak mama asyik menangis sebab kelaparan. Mama cuba untuk susukan anak mama tapi air susu tetap x keluar. Mama menangis semalaman.

02/11/2011

- 5.30am, kali ini doktor pulak yang culik anak mama untuk ambil bacaan serum bilirubin. Bacaannya semakin tinggi sebab anak mama x menyusu lagi. Photolevel untuk anak mama hanya setakat 175 tapi bacaan SB anak mama adalah 197. Doktor cakap, kalo bacaannya melebihi 200 kena cuci darah sebab takut SB tu naik pergi kepala that can do damage to my son's brain. Mama menangis lagi. 

- 8.00am, doktor pakar membuat pemantauan terhadap pesakit. Turn anak mama, doc cakap kena sambung tiub dari hidung masuk ke perut untuk masukkan susu melalui tiub sebab anak mama masih x pandai menghisap susu. Mama pula kena suruh pam air susu dekat bilik lain. Masa mama pegi pam susu, anak mama pun kena bawa masuk ke dalam bilik yang sama sebab mau masukkan tiub tu. Depan mata mama anak mama tersiksa. Mama menangis lagi.

- Pertama kali pam susu, mama cuma berjaya dapat 40ml saja. Tapi mama tetap bersyukur sekurang-kurangnya anak mama dapat minum susu akhirnya.

03/11/2011

- Rutin macam biasa. Setiap pagi kena ambil bacaan SB. Tapi, ambil tu bukan ambil macam tu saja. Habis tangan anak mama kena cucuk sana sini pakai jarum semata-mata untuk ambil sampel darah.

- Selepas tu, pampers baby kena buka dan timbang. Bagitau baby ada kencing or berak. Berapa kali dia kencing berak. Lepas tu timbang berat badan. Lepas tu gi mandi. Hari kedua anak mama lahir, nurse yang tolong mandikan. Start hari ketiga dan seterusnya mama yang mandikan anak mama.

16/11/2011

- Lega, akhirnya mama dan baby dapat balik ke rumah walaupun berat badan baby naik kepada berat badan semasa lahir dan masih jaundis tapi tetap kena datang untuk temujanji timbang berat dan bacaan SB setiap minggu. Alhamdulillah, selepas sebulan setengah akhirnya anak mama bebas jaundis. Penjelasan dari doktor, prolonged jaundice yang melanda my baby adalah disebabkan fungsi hati yang kurang matang sebab baby lahir pramatang.

01/09/2012

- Anak mama diuji lagi bila doktor sahkan anak mama dijangkiti kuman di paru-paru akibat selsema dan batuk.

- Anak mama dimasukkan di wad kanak-kanak dan dipasangkan oksigen kerana kandungan oksigen dalam badan tidak mencukupi.

- Masa ni mama tengah sarat mengandung adik Icha. Mama terpaksa tidur duduk kerana x bawa tikar.

- Dalam 1 hari anak mama diberikan ubat antibiotik dua jenis, 2 kali sehari. Begitu juga dengan nebulizer, anak mama kena pakai neb 2 kali sehari untuk clearkan kahak dari paru-paru.

06/09/2012

- Anak mama disahkan sudah beransur sihat dan boleh balik rumah. Anak mama dibekalkan dengan 2 botol ubat antibiotik untuk makan di rumah.

30/10/2014

- Mama bawa anak mama pergi ke hospital sebab anak mama diserang selsema dan batuk. Mama mulai risau, sebab doc pernah pesan kalo baby kena selsema or batuk yang teruk cepat-cepat bawa pegi hospital.

- Sampai hospital, dresser cakap macam ada bunyi dekat paru-paru. Suruh refer dengan doktor. Jumpa doktor, doktor cakap it's ok, bunyi x kuat sangat. Doc juz bagi ubat demam sebotol dan ubat antibiotik 2 botol. Alhamdulillah.

01/11/2014

- Esok harijadi anak mama yang ketiga tahun. Mama doakan semoga anak mama dikurniakan kesihatan yang baik, semoga anak mama dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, semoga anak mama membesar dengan baik dan menjadi kebanggaan mama dan papa, semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa dan semoga beroleh limpah kurnia dari Allah SWT. Aminnn...




Pssst : Mama sayang Azrul Ariff Lee @ Chang2...mmuuaahhxx



1 comment:

Najib Ariyan Ali Basha said...

Salam kenal dan salam singgah...

SELAMAT TAHUN BARU 2015

semoga tahun mendatang akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... aminnnn