Wednesday, December 31, 2014

2014 will soon be over with the bitter and sweet memories

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

 Tahun 2014 dan kisahnya.

Banyak kisah suka duka tersulam di dalamnya tahun 2014 ini. Aku sendiri malas mahu mengenang kembali kisah sedih duka lara yang telah berlaku sepanjang tempoh itu.

Berbalik kepada diri aku sendiri. Tahun 2014 membawa sinar baru di dalam hidupku. Sedikit sebanyak berlaku perubahan positif yang aku rasakan kesannya membawa kepada kenaikan berat badanku dari hari ke hari hehe...Tapi kata orang, jika hati bahagia, kehidupan pun semakin baik dan semakin bersemarak.

03 September 2014
Genap setahun aku bertapak di bumi Limbang. Setahun yang banyak membawa pengalaman baru. Bahasa, budaya, kaum, cara hidup dan sebagainya. So much differences from my hometown, Sandakan. But, these kind of things la yang banyak mengajar aku tentang banyak perkara.

Kemalangan Kecil
 November 26, I bumped into kereta lain time mau keluar dari simpang belakang bangunan Bank Rakyat. Ia berlaku terlalu pantas dan aku langsung xda idea on how it happens until today. Aku sudah toleh kiri kanan sebelum membuat keputusan untuk bergerak keluar. Tiba-tiba jak muncul kereta lagi satu depan mata and Bang!!!There you go. Macam main bumper car pulak.

My Car
The other car
Tiada kecederaan sementara mahupun kekal. Tapi cedera jugaklah di dalam hati. Aku nangis² koo masa ni huhuhu. Ya la hati mana x calar. Dah la kena tanggung kerosakan kereta orang, tanggung kerosakan kereta sendiri lagi. Sebabnya walaupun kes ini dibawa ke balai polis, I tetap salah sebab I langgar orang. Walaupun I sudah cukup berhati-hati. T_T

Dapat Sijil Belajar Mekap
Akhirnya cita-cita kecilku selama ini tercapai. Aku berjaya menghadiri kelas advance mekap setelah bersusah payah sampai menangis-nangis bila tarikh sepatutnya aku attend kelas ni adalah pada 15 November (hari Sabtu), tapi dan dan tu jugalah tiba-tiba ada kursus dekat Kuching. So, kerana SYMP aku hadir juga kursus di Kuching itu dengan hati yang lebam. Nasib baik guru yang mengajar mekap ni sudi juga untuk mengadakan kelas 1to1 dengan aku (sebab aku sudah bayar deposit).

My Model is my kesayangan, Miss DD
Me in action
Half smokey eyes
Graduate!!!
With ma model, Miss DD yaw!!!

So, inilah hasilnya setelah aku belajar selama dua hari di salon beliau. Nama guruku itu is Mikey. Boleh follow beliau di Facebooknya, Mickey Marten. Beliau memang superb dan sangat sabar mengajar diriku yang agak lambat pick up hitu hahaha.

This is only parts from so much greater stories in my life this year. I don't want to reminesce any of the bad experiences or the bad feeling because I wanted to be positive all the way. Last but not least, the picture of my very dear friends. We have gone through ups and downs for all this whole year. Love them much!!!

Not forgetting also to my dearest husband, Mr. AIL, my son, Chang² & my daughter, Adik Icha for being my strength all the way through my ups and downs. My heart and my soul forever. Without them I will be 'dead'. Much love, hugs and kisses!!!


Last words,
Pray for MH370 that are still missing,
Pray for MH17, may their soul be rest in peace, for the muslim Innalillahiwainailaihirojiun and Al-Fatihah,
Pray for QZ8051, the same as MH17,
Pray for the East Coast Flood Victims (Peninsular Malaysia),
Pray for peace and harmony in the whole world
Semoga senantiasa bertabah selalu di dalam menghadapi dugaan,
Ingatlah Allah SWT tidak akan menguji hambaNYA melebihi kemampuan,
Allah SWT menguji kerana DIA sayang kepada kita,
Semoga tahun yang mendatang membawa seribu kebaikan dan kesejahteraan daripada tahun-tahun yang sebelumnya,
Semoga kita semua berbahagia selalu hendaknya,
Amin Amin Ya Rabbal Al'amin.

1 comment:

Fatin Mraz said...

wah!! pandai kau mekap kan org ya..
leh lah mekap kan sy
;)

happy new year!