Monday, October 28, 2013

I Don't Think So...

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Akhir-akhir aku banyak berfikir. Ya. Sangat banyak. Stress pun ada. Dengan permasalahan yang tiba-tiba jadi besar. Ini semua cerita minggu lalu.

Inilah kelemahan terbesar aku. Aku terlalu memikirkan tentang masa lalu. Aku bukan orang yang senang-senang boleh let go tentang sesuatu perkara lebih-lebih lagi benda yang sebenarnya aku sudah berfikir masak-masak sebelumnya. Sekarang terlintas di kepala hotakku yang becabang ni soalan-soalan yang sebenarnya sudah terjawab. Tapi entahlah...laju jak soalan-soalan tu bersliding di layak perak dalam otakku ni...burghhh!!!

Soalan-soalan paling utama adalah "betulkah tindakan aku sekarang ni?" "Apa akan jadi nanti?". Inilah. Sebenarnya aku ni dulu seorang yang cepat melenting, cepat marah, panas baran dan selalu bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.

Sekarang bila aku cuba untuk berubah aku pandai rasa serba salah walaupun benda tu sudah masak lagikan bergoreng aku fikir. Tapi, bila hari selepas kejadian sesuatu keputusan mulalah soalan-soalan tadi berkumandang. Masa yang aku amik untuk betul-betul let go mungkin 3 hari, mungkin sebulan, mungkim setengah tahun. Mungkin. Semuanya bergantung dengan what will happen next, next & next...

Sangat complicated kan minda aku ni. Inilah fitrahnya seorang aku. Aku petik kata-kata boss baruku semasa kami otw to Lawas. We had a small chit chat all the way. Dia cakap, "ramai orang salahkan takdir bila berlaku sesuatu dalam hidup. Sedangkan takdir hakiki adalah warna darah kita. Semua manusia berdarah merah. Itu takdir dari Allah SWT. Takdir yang lainnya, takdir pilihan diri sendiri. Kita yang pilih sama ada mahu berjaya atau terus gagal. Kita yang tentukan sama ada mahu jadi yang terbaik atau tidak. Itu takdir yang kita boleh mengubahnya. Jangan sesekali terus menganggap apa yang jadi di dalam kehidupan kita adalah takdir dari Tuhan semata-mata".

Dari situ aku semacam terbangun dari tidur yang panjang. Betapa selama ini aku banyak menyalahkan takdir atas apa yang berlaku di dalam kehidupanku seharian. Dari situ aku mula menanam semangat baru, aku ingin buang tanggapan buruk aku tentang takdir. Aku hanya mau fikirkan yang baik-baik saja. Aku cuba mempositifkan pemikiran aku. Tapi, namanya juga hidup manakan lari dari masalah. Di situ aku teruji lagi.

Tapi, kali ini aku lebih berhati-hati. Aku x mau terburu-buru dalam membuat keputusan. Aku hanya maukan yang terbaik. Tetapi yang terbaik yang aku maukan menyebabkan hati aku sendiri terluka dan hati orang lain tercalar. Salahkah aku?

Pssst : aku ingin katakan, andai dapat ku putar masa...tapi itu semua cliche!

No comments: