Wednesday, October 16, 2013

Kunjungan Aidiladha ke rumah kakak ipar di Kg. Rataie, Temburong, Brunei Darussalam


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Kemarin (hari Selasa) merupakan hari kita menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban...so, dijadikan cerita, kami sekeluarga bersama anakbuahku berkunjung ke rumah kakak iparku di Kg. Rataie, Temburong, Brunei Darussalam...

Cerita sikit mengenai perjalanan ke situ...kalau kamurang tengok dalam google map, daerah Limbang sememangnya sangat hampir dengan negara Brunei Darussalam...lihat printscreen di bawah ini...

Sumber : Google Maps

Nampak yang aku tanda dengan kotak berwarna merah tu? Yang atas tu Pekan Limbang...yang di bawah tu Kg. Rataie, Temburong...masuk negara Brunei Darussalam la sudah...ok, dari pekan Limbang ke Kg. Rataie tu, hanya memakan masa selama 40 minit sahaja...ya 40 minit tanpa ada queue dekat feri Ujung Jalan...ada sungai pembahagi border antara Limbang (Malaysia) dan Brunei Darussalam...di situ la feri berada...tapi sekarang ni pembinaan jambatan sedang giat dijalankan...khabarnya bulan November ni siap...mudah-mudahan la...

Ok, berbalik kepada cerita aidiladha...bila kami sampai di sana, kakak ipar ku becerita la...rupanya dorang di Brunei tidak sambut aidiladha pada hari Selasa tu...dorang sambut pada hari ini (Rabu)...biras aku plak kerja di Jabatan Agama, so kakak ipar aku cakap hari ini dorang mesti sibuk dengan majlis korban tu...kerbau-kerbau mahupun lembu-lembu yang ingin dikorbankan akan dikumpulkan dalam satu masjid. Lepas selesai acara korban tu, semua daging-daging korban akan diagih-agihkan dahulu kepada mereka yang memerlukan. Oleh kerana birasku tu memang kerja di Jabatan Agama, maka dialah yang bertanggungjawab memegang senarai nama golongan yang memerlukan itu. Dan, sekiranya selesai agihan kepada mereka, baki yang ada diagih pula kepada penduduk sekitar. Dan, kami difahamkan hari ini Sultan Brunei akan mengadakan korban besar-besaran. Memang pada setiap tahun, Sultan Brunei akan mengadakan majlis korban secara besar-besaran dan semua rakyat bakal dapat merasa daging korban tersebut.

Dari cerita-cerita kakak iparku yang sebelum ni pun, Sultan Brunei seorang sultan yang sangat kasihkan rakyatnya. Negara Brunei juga tidak mengamalkan cukai. Untuk pembelian rumah dan kereta, rakyat Brunei dapat membeli rumah mengikut kos sebenar pembinaan rumah tersebut. Ok, part ni akan aku ceritakan di entri yang lain.

Apa yang aku mau cakap is, mereka masih mengutamakan golongan yang memerlukan biarpun pada pandangan mata kasar aku, semua rakyat Brunei jarang yang tidak berharta. Sebab bila aku nampak setiap rumah di sepanjang jalan tu, rata-rata ada paling kurang pun 2 atau 3 biji kereta. Rumah pula perghhh...itu saja yang aku boleh cakap. Nantilah, kalau aku pergi ke rumah kakak iparku lagi, akan aku senep gambar rumah-rumah di sekitar sana.

Errr...entri ini aku buat selepas terbaca post En. Ben Ashaari. Klik SINI untuk baca entri beliau.

Pssst : Kenapa aku rasa macam mesej aku x sampai???


No comments: