Showing posts with label limbangfm. Show all posts
Showing posts with label limbangfm. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

Entri Bergambar Saja

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!


Hari ni aku macam malas. Entah kenapa. Marilah tengok apalah ceritanya entri bergambar kali ini.




Tadaaa!!! Ya itu memang aku. Despite the chubby cheeks, i am still gojes hahaha...ya gambar ini aku kopipes dari Instagram aku...masa ni aku kena attend ke RTM Limbang untuk diwawancara berkenaan Program Penempatan Pekerjaan 3P Azam Kerja Bahagian Limbang dan Lawas 2013 yang sudahpun berlangsung pada 02 November yang lepas.

Aku sangat eksaited time ni. Tapi dalam gambar muka gabra hahaha...gabra tu. Mujur DJ nya sangat bagus. Dan mujur aku ada draf skrip temubual yang aku dapat dari rakan sekerja di PTK Lawas. TQ.

Hahaha...itu saja setakat ini. Aku masih menderita sakit kepala. Sekian terima kasih.

Pssst : weng2x...


Monday, October 28, 2013

Quick post before getting super bizayyy!!!


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Pasti ada yang berteka-teki dengan post-post aku di fb dalam minggu lalu. Ya la sapa yang x berteka-teki kan kalau aku sudah menyalak, meroyan di fb aku tu hahaha...ok, ekceli itu hal peribadi. Hal keluarga untuk lebih detail. 


Ya, hal aku dengan my niece. Tapi, hal itu sudah berakhir dengan baik (mungkin) dengan ayat lastnya "kamu simpan la benci kamu untuk aku". Ok fine.

Aku x benci dia. Aku sayang dia sebab aku nampak dia ada masa depan dan aku sudi bantu dia. Tapi, dia yang x mau dibantu dan dia rela masa depan dia gelap hanya kerana seseorang yang bergelar BF dalam hidupnya. Ok, kekalkanlah dengan cara begitu jika itu buat kau bahagia. Tapi, ingat! Kalau ada sebarang kesusahan jangan rujuk dengan aku, rujuklah dengan BF tersayangmu! Aku ni bukan siapa-siapa kan sampai kau sanggup berbohong! Aku ni makcik kau, merangkap ibu juga kepada kau kerana aku dipertanggungjawabkan oleh mamamu untuk menjaga kau! Tapi kau dengan rela hati ingkar dengan janji yang kau buat sendiri maka, kau tanggunglah akibatnya sendiri! Bukan aku x pernah nasihatkan kau. Berbuih mulut aku dan pakcik kau nasihat kau macam-macam, kau iyakan tapi kau x aplikasikan malahan kau berbohong lagi! Ok, fine! Dan yang paling best aku rasa, bila kau kembalikan hp aku yang kau pinjam dengan pattern locked dan dengan email gmail yang kau tukar dan sekarang hp tu sudah tidak berfungsi. Terima kasih aku ucapkan!

Ok enuff with the meroyan, minggu ini aku pasti akan bizay gila-gila yang super gila punya bizaaayyy!!! Sebab minggu ni minggu kronik. Program 3P is just around the corner...2hb November ni Program Penempatan Pekerjaan 3P Azam Kerja Bahagian Limbang Dan Lawas 2013 bertempat di Dewan Suarah, Limbang. 31hb ni plak aku akan ke konti LimbangFM untuk sesi wawancara berkaitan dengan program ni. Wish me luck guys!

Pssst : adakah sesiapa di dunia ini yang tidak pernah marah kerana ditipu?