Friday, January 8, 2016

Review : Nasi Ayam Panggang RM 5.00 Percuma Air di Yang Mit Corner & Catering, Limbang

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ni kitorang berempat (Aku, Kak Dayang, Shamsul & Nazerul aka Tokey Char Kuay Teow Limbang) pergi ke restoran Yang Mit Corner & Catering dekat Limbang ni. Tak jauh dari opis pun. Hanya ambil masa 5 minit untuk ke sana by car.

Sebelum ni, ada kawan yang kerja dekat Pejabat Belia dan Sukan pernah cerita pasal restoran ni. Lama dah kitorang nak pergi tapi selalu clashed masa. Kebetulan pulak si Nazerul ni yang kepingin sangat nak pegi makan dekat sini so, kitorang ikut la.

Masa kitorang sampai tak ramai orang. Lagipun bukan waktu puncak. Memula aku masih tanam rasa tak percaya tentang keenakan Nasi Ayam Panggang yang orang selalu war-warkan. Di sini aku kongsikan gambar restoran tu.


Tengok tu. Buffet untuk Sarapan Pagi Dewasa RM 5.00, Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM 2.50 dengan Air Percuma. Buffet Nasi Berlauk Dewasa RM 8.00, Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM 3.50 dengan Air Percuma. 

Murah gile kan?! Tapi, aku nak juga try Nasi Ayam Panggang. So, kitorang order la. Aku, Kak Dayang dan Nazerul order Nasi Ayam Panggang Size Medium RM 5.00. Kalo ambil Size Large RM 8.00. Tapi, oleh kerana baru 1st time nak mencuba, aku order yang medium saja. Daaannn...yang paling penting, dekat dinding tu, tokey kedai ada Note : JANGAN MEMBAZIR, Makanan Yang Tidak Dihabiskan Akan Dikenakan BAYARAN. Amekawww!!! Bagus ni, lagi pun membazir tu kan amalan Shytonnn~~~


Sementara menunggu order sampai, aku curi-curi ambil gambar budak berdua. Tapi, aku sendiri lupa nak selfie dan ambil gambar Kak Dayang. Sigh~~~ By the way, macha yang sebelah kiri tu En. Shamsul dan yang kanan tu En. Nazerul. Aku dan Kak Dayang missing in action pulak dalam kejadian ini. Tak dapat jadi bahan buktilah ni huhuhu...


Tadaaa!!! Tu dia tu dia tu diaaa!!! Makanan dah sampai. Sedang-sedang elok je size medium dia.  Aku terus pegi rasa sambal kicap dia. Pergh!!! Sedap wa cakap luuu~~~ Sunggoh! Lepas tu barulah aku rasa ayam dia. Juicy. Cicah dengan sambal, pergh pergh pergh rasa dia! Kuah sup simple but tasty. Nasi dia pun sedap. Air percuma dia pada hari ini ialah Kopi dan Teh O. Overall, aku kasi 4 bintang weeehooo~~~

Kepada orang-orang di sekitar daerah Limbang, tempat ini recommended. Murah pun murah. Rasa pun sedap. Tak rugi wooo. Sebelum aku lupa, thanx untuk Nazerul sebab payung kitorang makan dekat sini. Mudah-mudahan semakin dimurahkan rezeki. Amin.

Jangan kecam aku pulak lepas ni. Aku tulis good review je kot. Ekhemmm!

2 comments:

arzmoha said...

memang murah....boleh cuba nanti

Anonymous said...

kalau dekat semenanjung memang kami dah cari kedai murah ni