Wednesday, January 20, 2016

Lupa Diri!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hahaha inilah perkara paling lucu pada aku dalam 2,3 hari ini. Disebabkan aku terlalulah bersemangat maka aku telah terbuat kerja orang lain wakakaka!!! Tapi, takpe. Aku pun tak kisah. Dah aku terlebih rajin. Apa boleh buat.

Alkisahnya begini. Aku macam biasa setiap pagi masuk opis aku akan buka emel dulu. Kedua, buka Blogger (hehe). So, dalam emel tu ada arahan daripada Setiausaha Kelab Induk di Ibu Pejabat yang mengarahkan Setiausaha Kelab Cawangan untuk menyemak semula nama ahli kelab berserta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan alamat pos/rumah.

Disebabkan emel itu dipanjang kepada semua warga JTK Sarawak maka aku dengan tak bertanya dan semangat terus buka attachment yang diberikan dan aku print. Lepas tu, dari semalam aku round satu opis untuk minta dorang semak butir-butir peribadi masing-masing dan minta dorang update alamat pos/rumah. Dah la dalam master list tu nama aku takde. Aku siap WhatsApp lagi Setiausaha Kelab Induk tanya kenapa nama aku takde. Cerita punya cerita, last-last aku kena jugak masukkan nama aku walaupun takde nombor keahlian.

Mujurlah kakitangan dan pegawai di dalam opis ni tak ramai. Sebelas orang je termasuk aku la. So, hari ni maklumat tu semua baru complete dan aku dengan cepatnya nak membalas emel dari Setiausaha Kelab Induk. Entah macam mana aku boleh terdetik mau cek buku catatan aku tahun lalu. Cek punya cek, aku tepuk dahi! Rupanya aku bukan Setiausaha hahahaha...aku Timbalan Pengerusi...*facepalm*


Abaikan tulisan bak cakar ayam hitu. Sila tengok je nama yang kena highlight dengan kotak merah. Tu nama aku sebagai Timbalan Pengerusi. Setiausaha sebenar ialah kak Chis. Huhuhu...

Sudahnya, aku just tulis macam ni dekat dalam emel yang aku send dengan Setiausaha Kelab Cawangan yang sebenar.

"Salam Sejahtera,

Puan,

Sila panjangkan emel ini berserta lampiran kepada Setiausaha Kelab Induk untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih. "

Dalam emel tu aku siap bagi attachment yang aku dah taip kemas-kemas dan teratur mengikut format yang telah disediakan ye. Hahaha...

Power tak tahap blur aku??? Power tak power. Yang penting sekarang aku takkan lupa diri lagi hahaha...

1 comment: