Wednesday, January 6, 2016

Throwback : Cerita Semalam

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Macam-macam hal berlaku semalam. Chang2 dan Adik Icha yang tamo balik rumah selepas waktu sekolah. Jenuh jugak aku memujuk. Sudahnya dua-dua sekali pakat berduet menangis dalam kereta. Ah sudah! Pujuk punya pujuk sampai la depan rumah, dah tu tak nak keluar dari kereta la pulak. Amboi! Anak-anak aku ni sejak dah sekolah ni tamo duduk lekat di rumah. Asek nak berjalan aje kejenyeeeeeeeeeeeee...haaa! Geram dah ni hahaha...


Mendung berarak seiring dengan jelingan tajam darimu...ah aku sungguh terpesonaaa~~~Hahaha...maknye sangat terror dalam berdrama swasta...ni semua gara-gara asyik layan drama tempatan hahaha...amekawww!!!

Petang. Balik dari opis, anak-anak xda dekat rumah. Mungkin ikut papa dorang pegi jalan-jalan naik motor. Betul sangkaan aku bila tak sampai 5 minit aku tiba di rumah, dorang dah datang dengan vroom vroom kata Adik Icha. Aku tengah duduk di kerusi masa tu. Tetiba ada anak kucing yang ditinggalkan oleh ibunya datang bermain-main dengan seekor kumbang. Chang2 kan memang suka dengan kucing. Dikejarnya kucing tu sampai ke belakang rumah. Last2, terjatuh. Luka pulak di kaki. Tangisan jangan cerita la. Memang drama petang-petang punya tangisan.

T_T

Malam. Aku baru teringat pasal temujanji suntikan perancang yang aku ingat-ingat mungkin dalam awal Januari ni. Tapi, awal tu aku ingat dalam 7hb @ 8hb macam tu la. Sekali aku pegi godek dompet, ambil kad temujanji, toinggg!!! Bijik mata aku terjojol bila tarikh sebenar adalah 05hb Jan 2016 iaitu semalam la. Sibuk dan eksaited pasal anak masuk sekolah sampai lupa tarikh temujanji huhuhu. 


Pagi tadi jam 11 aku pegi KKIA (Klinik Kesihatan Ibu & Anak) dan menyerah diri untuk disuntik. Temujanji akan datang adalah pada 07hb Mac 2016. Suntikan yang aku ambil tu 3 bulan sekali you. Aku sempat berseloroh dengan kawan seopis, time aku tengah isi borang kebenaran keluar, aku kata "Boss kena benarkan saya untuk keluar awal harini. Sebab, kalo boss tak bagi saya keluar awal, alamatnya saya akan bercuti 3 bulan pada 9 bulan 10 hari yang akan datang." Hahaha...pandai je nak mengenakan boss. Boss ampunkan saya!


Malam semalam. Sebelum tidur. Aku dah berjaya tidurkan abangnya. Adik Icha masih lagi terang mata tamo tidur. Sibuk bermain dengan patung Ultraman tu. Last2, aku cakap camni dengan Adik Icha, "Adik ni kan...anak perempuan orang lain kalo tidur bawa anak patung Barbie ataupun Teddy Bear. Adik ni pulak tidur bawa jugak anak patung, tapi anak patung Ultraman." Lepas tu, Adik Icha tengok aku. Aku tengok Adik Icha. Adik Icha buat mata bersinar bulat-bulat yang comel tu. Aku x jadi nak marah hahaha...

Esok, tak tau lagi apa cerita baru tentang budak berdua ni. Tak habis-habis. Namun, dorang berdualah saja penawar suka dan duka untuk aku. Kalo dorang xda sunyi dunia hehehe. Kbai!

2 comments:

Luqman Zakaria said...

Fuh..macam macam drama..hehe..sabor je la.

Anonymous said...

ingatkan luka kena cakar kucing, jatuh rupanya hahaha