Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
It's almost the end of January. Cepat sangat masa berlalu kan. Hari ni pun dah hari jadi keenam untuk blog aku. Daaannn ini bermakna tempoh hanimun bakal berakhir.
Kenapa aku kata tempoh hanimun? Dia macam istilah Monday Blues la. Bulan Januari kebiasaannya membuatkan kecepatan enjin untuk berkerja menjadi sangat selooowww. Biasalah. Masih demam tahun baru, masih itu, masih ini, masih masih.

Takde la aku kata aku makan gaji buta. Tugas di pejabat tetap berjalan seperti biasa. Akan tetapi, tugas hakiki yang telah ditetapkan di dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Key Performance Index (KPI) adalah sangat penting untuk dilunaskan sebelum tahun berakhir.
Istilah tahun berakhir tu bukan semestinya pada bulan Disember. Dia boleh jadi bulan Oktober ataupun November. Macam last year, SKT yang kitorang isi dalam HRMIS hanya setakat sehingga Oktober sahaja. Bermakna, sekiranya terdapat sasaran yang masih belum tercapai, menjawab la.
So, azam aku tahun ini, aku kena selesaikan semua SKT sebelum atau selewat-lewatnya bulan Oktober memandangkan pada tahun ini juga rakan setugas aku yang sama skim dengan aku bakal berpindah ke Pejabat Tenaga Kerja Lawas dan tidak ada berita penggantian bagi jawatan beliau. Aku sorang-sorang je la lepas ni. Huhu.

By the way, harapan aku untuk tahun ini untuk dapat mencapai sasaran 100% bagi SKT. Kepada rakan yang bakal berpindah, selamat bertugas di tempat baru.
Dan lagi, aku kena kemas meja workstation aku untuk menampakkan kesungguhan jitu lagi padu (gitohhh) bahawa aku memang bersemangat mau tamatkan hanimun ini. Errr...takde gambar meja berselerak sebab nanti korang tak sanggup nak tengok betapa serabainya meja aku dikala ini.
Sebelum itu, meh aku belanja sikit gambar Daisypath yang menunjukkan memang sahih blog ku ni dah berusia 6 tahun. Kalo jadi anak, masuk pra-sekolah sudah ni. Eheh.
No comments:
Post a Comment