Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
Amboi!!! Kemain lagi tajuk entri ko Jah!!!
Semalam aku join mesyuarat penubuhan jawatankuasa penyelaras tabika perpaduan dekat sekolah dorang Chang2 & Adik Icha. So, Pegawai Perpaduan yang mempengerusikan mesyuarat tu macam biasa la. Dengan mukadimah dan sebagainya. Aku tak concentrate sangat sebab aku risaukan Chang2 dengan Adik Icha yang sedang bermain di playground sekolah.
Aku ni asyik tertoleh-toleh ke tingkap luar gara-gara nak tengok dorang kat mana. Tiba-tiba time pemilihan AJK, tetiba je aku kena tunjuk oleh sorang mak budak tu untuk jadi pengerusi. Aku pun terkejut la. Dia tunjuk aku, aku pegi toleh dekat belakang aku. Mana la tau ada orang lain lagi yang duduk di belakang aku. Aku toleh, yang ada Cikgu Eda. Lepas tu, mak budak tu siap cakap lagi, tu yang perempuan pakai spek tu hahahaha...Aku dah kelu. Tak tau nak cakap apa. Nak calonkan orang lain, aku tak tau nama. Nak main tunjuk macam tak elok sebab rata-rata mak budak yang ada semuanya lagi otai dari aku. Ke aku je yang perasan muda hahaha padahal umur dah 31 tahun tahun ni.
Dah tu, aku harapkan la ada orang lain yang nak calonkan kawan-kawan dorang sebab aku tengok mak-mak budak semua tu, macam rapat je...macam dah biasa je. Elok je aku tengah usha mak-mak budak yang lain, tetiba ada suara bagitau cadangan ditutup. Ah sudah. Pegawai Perpaduan tu pun tersengih-sengih tengok aku kalut semacam hahaha. Dan secara rasminya, aku jadi Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) untuk penggal ini. Chewah hahaha. Macam Yang Berhormat plak rasanya hahaha...
Aku balik rumah, aku cerita dengan my husband. Aku kata aku jadi Pengerusi PIBG. Dia tanya apa tu? Aku jawab, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Garang. Hahaha...
Blur je muka husband aku.
Blur je muka husband aku.
No comments:
Post a Comment