Tuesday, January 19, 2016

Pasca Demam : Makan Bubur Dari Beras Kampung

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Post pasal pasca demam lagi. Hari ni aku masak bubur dari beras kampung yang mak aku tanam sendiri. Dia bagi kat aku time aku pergi balik kampung bapak aku untuk hadir kenduri tahlil ke 100 hari untuk arwah datuk dan arwah nenek aku sebelah bapa dekat Beaufort haritu. Boleh rujuk balik entri tu dekat SINI ye.

Beras ni unik tau. Kaler dia macam kemerah-merahan sikit la. Tapi, paling sesuai kalo buat bubur. Jenis beras dia sangat berkanji dan wangi. Kalo makan sekali, kompom nak lagi hehehe...

(Klik Untuk Kasi Besar Mata)

See. Lain kan warna beras dia. Ada kemerah-merahan sikit. Haritu aku ada bawa pegi opis dan masak dekat pantry. Semua orang suka. Kalo mak aku, dia suka masak jadi nasi. Tapi, aku lebih suka rasa dia if dia jadi bubur. Rilek je main pakai bahasa dia. Macam la beras tu orang kan hahaha...


Tadaaa!!! Sudah siap jadi bubur. Hari ni aku masak bubur aku tak letak apa-apa perasa selain minyak masak sikit. Sikiiit je hehe. Lepas tu sampai opis, aku letak garam sikit, dengan kriuk kriuk dari perencah Mi Sedap. Memang pergh! Kalo letak minyak bijan, kicap cair dengan lobak jeruk tu lagi nyaman.

Tiba-tiba aku rindu mak. Rindu kampung. Dulu-dulu sebelum aku dapat kerja, aku duduk di kampung. Bila musim menanam padi tiba, aku akan diimport ke sawah padi untuk jadi tukang masak. Sebab kalo nak suruh aku turun menanam padi memang tak la. Aku kan tak tahan panas. Cair nanti eheh hahaha...Tak la. Memang aku suka turun ke sawah padi dan suka ambil sayur-mayur fresh dari kebun mak. Kemudian, main campak je ke dalam kuali. Masak. Makan. Kenyang. Masak tu pun bukan pakai dapur gas ok, kitorang pakai dapur kayu. Rasa makanan dia memang pegi wa cakap lu. Berebut makan. Kadang-kadang mak akan beli ikan sungai atau ikan air tawar dari peraih atau direct dari nelayan untuk dijadikan lauk untuk dihidangkan kepada sanak saudara yang sama-sama bergotong-royong menanam padi mahupun semasa menuai padi.

Ini rupa padi huma yang jadi bubur dekat atas tu

Mak aku. Gambar 6 tahun yang lalu.

Tetiba lagi aku rindu dengan gambar-gambar yang aku pernah ambil dan abadikan dalam Flickr. Kalo korang senang-senang, boleh la klik dekat gambar bawah ni untuk tengok gambar-gambar yang aku simpan dalam Flickr. Tapi, aku cuma ambil gambar guna HP + Kamera Digital Olympus je tau. Aku masih tak mampu nak beli Kamera DSLR. Banyak komitmen lain lagi yang memerlukan aku untuk sentiasa berjimat-cermat di dalam membelanjakan duit.

(Klik Sini Untuk Tengok Flickr)

Maaflah ye. Gambar dekat dalam tu banyak yang tak ok. Tau la ambil gambar pakai HP dan Kamera Digital yang cikai je. Dah tu resolusi dia tak sama dengan Kamera DSLR. Tapi, semua gambar tu ada elemen nostalgik bagi aku. Bila aku tengok gambar-gambar tu, satu-satu cerita yang berkaitan mesti berlegar-legar di ruang minda. Sigh~~~

Panjang pula bebelan orang pasca demam ni. Makin dilayan, makin la down memory lane kan. Ok la, sampai jumpa lagi esok. Kbai!

4 comments:

The Putra Diverse said...

wah. best nya. ada tanam beras sndri. unik2

Aqilah Azmi said...

Dapnyaaaaa bubur :(((((

SalbiahM said...

honestly, tak pernah makan nasi dari beras ni..satu hari nanti kena cari jugak..semoga cepat sihat macam biasa ye

Wanie Seuk said...

smoga cpat smbuhh ye awak... anyway nak jmput awak datang singgah blog saya.. cuci mata japp http://wanieseuk.blogspot.com/2016/01/songket-sarawak-preview-part-2.html