Monday, January 25, 2016

Gambar : Ambuyat/Linut/Pinantung

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Apa ke bendanya ambuyat tu? Linut? Pinantung? Korang pernah tak dengar nama benda ni? Pernah? Tak pernah? Ok, let me explain. Ambuyat/Linut/Pinantung ni adalah benda yang sama cuma sebutan sahaja yang berbeza mengikut tempat atau daerah tertentu.

Ok, yang di bawah ini maklumat mengenai ambuyat yang aku copy paste dari Wikipedia Bahasa Melayu.


"Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai linut.

Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos, di mana terdapat banyak jenis. Terdapat hidangan yang sama di timur Indonesia dipanggil papeda."
Aku tambah sikit. Bukan sawit. Sebenarnya dari batang pokok rumbia. Dekat area Sandakan hingga ke Tawau ada kaum Bugis. Dorang panggil ni Kapurung. Cara buat lebih kurang sama cuma dorang dah siap pintal/gulung ambuyat tu dan disimpan di dalam bekas/mangkuk yang berisi dengan kuah. Dekat area Kuala Penyu pulak, ada suku kaum Dusun Tatana (Rumpun Bisaya) menyebutnya sebagai Pinantung.
 

Yang gambar atas ni yang aku buat sendiri. Jangan tak tau. Ini makanan feveret aku nih. Kalo jumpa ni tak pandang nasik dah. Serius. Dekat Limbang ni memang heaven sebab tepung sagu ni senang nak dapat. Ada je orang jual dekat pasar. RM2 sepeket.

Dulu, masa kitorang masih di Sandakan. Meraung bak hang. Cari satu pasar pun tak jumpa. Ada pun bermusim. Sebab, di area Sandakan sangat kurang orang yang pandai makan ni kecuali yang orang yang terdiri dari kaum Bisaya, Kadazan, Dusun atau Brunei sahaja. Macam aku, bapak aku kaum Bisaya dari daerah Beaufort. Mak aku suku kaum Sungai dari daerah Kinabatangan, Sandakan. Tapi, mak aku memang pandai makan ni. Dah namanya kawin dengan orang Bisaya, kenalah pandai.

Aku pulak, husband aku pandai jugak makan ni. Dia selalu sebut Nasi Penan, sebab dekat Limbang ni, suku kaum Penan makan ambuyat untuk menggantikan nasi. Sebab tepung sagu ni berasal dari batang pokok rumbia. Dia ada proses penghasilan sehinggalah dia jadi tepung sagu. Tapi, makan ambuyat ni bagus. Kata orang tua-tua boleh mencuci buah pinggang. Selain husband aku, anak-anak aku pun pandai dan Adik Icha penggemar setia macam maknya hehehe...

Kalo korang rajin, korang boleh Google je apa ke bendanya sagu tu, apa tu ambuyat, cara-cara nak membuat ambuyat dekat Youtube, proses penghasilan tepung sagu dan pelbagai lagi produk hasil daripada tepung sagu ni.

Klik SINI untuk melihat sendiri cara-cara untuk membuat ambuyat. Enjoy!

3 comments:

Aqilah Azmi said...

aaa mcm terliuqq pulak haha thanks share! <3

The Putra Diverse said...

pernah dgr nama ambuyat je tp x tau bntuk dia mcm mana

Unknown said...

pernah dgr tp tak pernah mkn.. rasanya nampak mcm tawar.. ye ke??