Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Monday, May 23, 2016

Gambar : Teaser | Kursus Smart Intergriti, Pusat Latihan Islam Kundasang, Sabah

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Macam aku bagitau dalam post sebelum ni, aku pergi kursus kan? So, kursus tu dah pun berlangsung mulai 16hb sehinggalah 18hb Mei haritu. Best? Giler kau tak best! Kenapa best? Meh aku cerita...

Walaupun masa tak lama mana pun, sebab pada 16hb tu kitorang start pukul 2pm untuk pendaftaran. Gitu gini jam 4pm jugak baru betul-betul bermula. Apa-apapun, aku tanak kongsi banyak dulu dekat entri ini. Aku nak bagi teaser je. Nanti aku buat entri part by part oraite?!

Meh aku belanja gambar sikit-sikit, lama-lama jadi gunung Kinabalu hewhewhew

Nak tengok dekat-dekat, kelik je gambar ni ok

Sapa kenal? Kalo ada yang kenal sila komen nanti ye

Ngko dah kenape...sampai jadi Meet Uncle Hussain nih! Habis rosak kening kau jah!

Haaa...saspen tak saspen? Memang tak lah kan hehehe...Tapi, kitorang ni lagi saspen lagi-lagi tang penceramah jemputan yang bersama-sama kami sepanjang 3 hari berkursus...memang osemmm lah!
 
 Ok. Lepas ni aku akan cerita kan hal kursus part by part ye. Tunggu tau. Kbai!

Monday, January 25, 2016

Gambar : Ambuyat/Linut/Pinantung

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Apa ke bendanya ambuyat tu? Linut? Pinantung? Korang pernah tak dengar nama benda ni? Pernah? Tak pernah? Ok, let me explain. Ambuyat/Linut/Pinantung ni adalah benda yang sama cuma sebutan sahaja yang berbeza mengikut tempat atau daerah tertentu.

Ok, yang di bawah ini maklumat mengenai ambuyat yang aku copy paste dari Wikipedia Bahasa Melayu.


"Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai linut.

Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos, di mana terdapat banyak jenis. Terdapat hidangan yang sama di timur Indonesia dipanggil papeda."
Aku tambah sikit. Bukan sawit. Sebenarnya dari batang pokok rumbia. Dekat area Sandakan hingga ke Tawau ada kaum Bugis. Dorang panggil ni Kapurung. Cara buat lebih kurang sama cuma dorang dah siap pintal/gulung ambuyat tu dan disimpan di dalam bekas/mangkuk yang berisi dengan kuah. Dekat area Kuala Penyu pulak, ada suku kaum Dusun Tatana (Rumpun Bisaya) menyebutnya sebagai Pinantung.
 

Yang gambar atas ni yang aku buat sendiri. Jangan tak tau. Ini makanan feveret aku nih. Kalo jumpa ni tak pandang nasik dah. Serius. Dekat Limbang ni memang heaven sebab tepung sagu ni senang nak dapat. Ada je orang jual dekat pasar. RM2 sepeket.

Dulu, masa kitorang masih di Sandakan. Meraung bak hang. Cari satu pasar pun tak jumpa. Ada pun bermusim. Sebab, di area Sandakan sangat kurang orang yang pandai makan ni kecuali yang orang yang terdiri dari kaum Bisaya, Kadazan, Dusun atau Brunei sahaja. Macam aku, bapak aku kaum Bisaya dari daerah Beaufort. Mak aku suku kaum Sungai dari daerah Kinabatangan, Sandakan. Tapi, mak aku memang pandai makan ni. Dah namanya kawin dengan orang Bisaya, kenalah pandai.

Aku pulak, husband aku pandai jugak makan ni. Dia selalu sebut Nasi Penan, sebab dekat Limbang ni, suku kaum Penan makan ambuyat untuk menggantikan nasi. Sebab tepung sagu ni berasal dari batang pokok rumbia. Dia ada proses penghasilan sehinggalah dia jadi tepung sagu. Tapi, makan ambuyat ni bagus. Kata orang tua-tua boleh mencuci buah pinggang. Selain husband aku, anak-anak aku pun pandai dan Adik Icha penggemar setia macam maknya hehehe...

Kalo korang rajin, korang boleh Google je apa ke bendanya sagu tu, apa tu ambuyat, cara-cara nak membuat ambuyat dekat Youtube, proses penghasilan tepung sagu dan pelbagai lagi produk hasil daripada tepung sagu ni.

Klik SINI untuk melihat sendiri cara-cara untuk membuat ambuyat. Enjoy!

Banner Untuk Segmen Awak Orang Mana by Rrai Dah Siap!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Finally! Banner dari Sis Rrai dah siap! Hari tu aku ada join Segmen Awak Orang Mana yang dianjurkan oleh Sis Rrai ni. Hadiah dia, dia akan buatkan satu banner khas untuk semua peserta dengan kaler pilihan masing. Klik SINI kalo nak tengok entri aku yang ala gedix.

Tq sis. I loike sangat. Pinkish gitewww. Ya, mak gedik ini sangat gilakan kaler pink sejak mengandungkan Adik Icha. Di saat itulah aku tau yang bakal anak aku adalah perempuan hahaha...Now Adik Icha dah 4 tahun u olls. Tak tau nak beradik lagi ke tak Adik Icha ni hahaha.

Menyimpang jauh cerita. Biasalah Monday Blues memang macam gini ropa dia.

Btw, tq again Sis Rrai. Muah ciked!