Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Monday, May 23, 2016

Gambar : Teaser | Kursus Smart Intergriti, Pusat Latihan Islam Kundasang, Sabah

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Macam aku bagitau dalam post sebelum ni, aku pergi kursus kan? So, kursus tu dah pun berlangsung mulai 16hb sehinggalah 18hb Mei haritu. Best? Giler kau tak best! Kenapa best? Meh aku cerita...

Walaupun masa tak lama mana pun, sebab pada 16hb tu kitorang start pukul 2pm untuk pendaftaran. Gitu gini jam 4pm jugak baru betul-betul bermula. Apa-apapun, aku tanak kongsi banyak dulu dekat entri ini. Aku nak bagi teaser je. Nanti aku buat entri part by part oraite?!

Meh aku belanja gambar sikit-sikit, lama-lama jadi gunung Kinabalu hewhewhew

Nak tengok dekat-dekat, kelik je gambar ni ok

Sapa kenal? Kalo ada yang kenal sila komen nanti ye

Ngko dah kenape...sampai jadi Meet Uncle Hussain nih! Habis rosak kening kau jah!

Haaa...saspen tak saspen? Memang tak lah kan hehehe...Tapi, kitorang ni lagi saspen lagi-lagi tang penceramah jemputan yang bersama-sama kami sepanjang 3 hari berkursus...memang osemmm lah!
 
 Ok. Lepas ni aku akan cerita kan hal kursus part by part ye. Tunggu tau. Kbai!

Friday, February 5, 2016

Gambar : Chang2 & Adik Icha Tumpang Tidur Petang

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Semalam aku ada bagitau kan yang aku kena hadir dua meeting dalam sehari? Meeting yang pertama tu jam 9.00 pagi dan meeting yang satu lagi tu jam 2.30 petang. Sebelah pagi aku memang takda masalah sebab budak berdua tu kan pegi sekolah. Tapi, masalah datang di waktu petang bila my husband masih belum balik dari laut lagi. Hurmmm...

Husband aku ada pesan, kalo dah susah sangat better mintak tolong dengan Along. Along ni anak kepada jiran kami. Tapi, aku tak sedap hati juga sebab Along ni masih sekolah. Tingkatan 5 pulak tu. Dah tu, dia kan mesti penat lepas balik dari sekolah. So, aku rasa tak sampai hati pulak nak biar dia tengok-tengokkan budak berdua tu dekat rumah. Mesti dia nak rest selepas balik dari sekolah. Lagipun hari tu kan dah pernah tolong. Segan lah.

Kebetulan, my BFF, Norazalifah, baru balik dari KL hari Selasa baru-baru ni. Dan kebetulan la jugak petang semalam tu aku memang nak pegi rumah dia sebab nak try dress untuk dipinjam. Hari Sabtu ni kan BFF kitorang iaitu Miss Debora bakal jadi Mrs. Debora. So, aku pun rundinglah my BFF tu untuk mintak tolong 'tumpangkan' budak berdua tu untuk tidur petang je. Kan dorang memang akan tidur setiap petang selepas balik dari sekolah.

Mujurlah my BFF ok. So, jam 1.30 petang aku dah sampai depan rumah dia. Aku pujuk-pujuk Chang2 dengan Adik Icha supaya tidur. Aku pun tak nak la nanti kalo dorang tak tidur, dorang mengusut plak dengan si Nora. So, akhirnya dorang pun tidur. Aku dengan senang hati terus bergerak ke Pejabat Residen untuk hadir meeting yang akan berlangsung pada pukul 2.30 petang.

Dalam asyik ber'meeting', aku terbuka WeChat. Ter ya, bukan sengaja ehehe...Aku nampak si Nora post dekat moments gambar budak berdua tu sedang lena dibuai mimpi dengan bersulamkan kipas dan aircond hahaha...


Sayu jugak la hati sebab macam entah la. Rasa sayu tu tetap datang tanpa dipaksa. Apa boleh buatlah, aku bukan nak benda jadi macam ni. Demi sesuap nasi aku terpaksa jugak tinggalkan anak-anak untuk berkerja. Sedih la pulak. Uhuuu...

Ok, fine! Jangan dilayan sangat sendu tu. Kau kena kuat demi anak-anak! I know you can do it!!!

Sambung cerita. Dalam jam 3 lebih macam tu, tetiba hujan turun dengan lebat. Aku dah berkata-kata dalam hati, mesti makin syok budak berdua tu tidur. Sejuk kan. So, aku teruskan konsentrasi ber'meeting'. Meeting selesai hampir jam 4.30 petang. Lepas dari meeting aku terus memecut laju ke rumah si Nora.

Aku sampai je, budak berdua tu dah bangun rupanya dan Adik Icha ter'pee pee' di seluar. Mesti sebab sejuk la tu. Mujur aku ada bawa pakaian extra. Sembang-sembang dengan si Nora sambil try baju, akhirnya kami bertiga pun balik dengan 'hasil' baju yang dipinjam dan dengan buahtangan yang bapa si Nora bagi dengan budak-budak berdua tu.

Aku sampai di rumah, husband aku dah ada. Dia kata tak banyak hasil tapi syukur alhamdulillah, walau tak banyak asalkan ada.


Ada ikan sembilang, ikan baung (nama komersil xtau) dan udang galah sepit biruuu...Udang tu sudah selamat dimakan semalam hehehe...

Ok la, aku pun dah tak tau nak membebel apa lagi. Till we meet again on the next entry.

Friday, January 15, 2016

Gambar : Trending. Aku Pun Nak Jugak


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hehe. Saje je nak up entri. Hari ni agak sibuk sikit. Ye la hari Jumaat kan. Waktu bekerja tu agak singkat dari hari-hari biasa. Now, dah masuk waktu rehat dah. Dekat sini waktu rehat hari Jumaat bermula dari jam 11.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Sekejap lagi aku nak ambil budak berdua tu kat sekolah.

Cerita pasal gambar, selalu aku nampak orang post gambar serupa gini dekat IG la, dekat FB la...So, aku pun sakai nak jugak buat. Tak nak rugi ikut trend katenye hahaha...tapi, selalunya orang ambil gambar dengan pasangan, aku plak ambil gambar dengan anak. Ok le tu kan. Hehe...Ok, dah 11.45 pagi. Aku nak chau dulu. Kbai!

Wednesday, January 13, 2016

Gambar : Ori vs Edit

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Semalam ada rakan blogger komen dekat entri INI pasal gambar yang aku share tu cantik *blushing*...Well, yang dekat dalam entri semalam tu, memang aku dah edit. Tapi, gambar sebenar yang aku post dekat fb aku tu memang tak edit langsung. Fresh from hempong bak hang. Meh sini, aku share perbezaan gambar ori vs edit. Enjoy~~~





Gambar sebelah kiri adalah gambar yang ori dan gambar sebelah kanan yang dah dibubuh watermark tu adalah gambar yang telah diedit dengan menggunakan software PhotoScape. So, apa pendapat korang? Gambar yang mana lebih cantik? Ori atau edit?

Tuesday, January 12, 2016

Gambar : Semalam Yang Hangat

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Amboi kemain ko jah. Tajuk entri tu tajuk drama sangat!

Ekhem. Sampai depan rumah lepas balik dari kerja, anak-anak sudah standby berdiri depan pintu pagar menyambut ketibaan daku. Drama sunggoh kau anak-anak. Tak lain tak bukan, nak meng-claim ajak jalan-jalan le tuh... Aku kata, mama tukar baju dulu k. Takkan aku nak ajak dorang berlari berkejaran, lupakan segala duka, di kota di desa, di gunung dan laut...eh, hahaha...

Tengok la dulu gambar sekerinsot dari fbku nih~~~

Bunyinya begini...

"terohbek ptg td slps balik dr kerja...

anak2 claim minta bawa jenjalan so aku bawa pg hujung lorong je...
dekat situ ada semak samun tp xda penyamun ya harap maklong...

mak mak ni nak mengasah semula bakat mengetik gambar guna hempon cabuk ai yg berjenama Samsung Galaxy Grand Duos...
lama dah pakai...since June, 2013...walaupun keupayaan camera hanyalah 8MP tp ai suka dgn kualiti gambar yg ala2 vintage gitohhh...mau buat ala2 lomo pun boleh...ala2 je k...jgn la siyes sgt!

Model??? of koz la my son n my doter...sapa lagi model free yg x perlu dibayar kannn...ahkak sangat!

#noedit
#nofilter
#akumainbantaijakkelikkelik
#chang2
#adikicha

p/s : jgn kecam ahkak dgn hashtag berkenaan ye hewhewhew
~(^,^)~"

Haaa...macam tu le ceritenyeee~~~ Aku ni dah lama tak mengambil gambar yang ada makna...asyik-asyik selfie, asyik-asyik selfie hahaha...dah naik muak dah tengok muka sendiri~~~

Dalam fb, aku share gambar tu tulen dari hp tanpa sebarang suntingan dan tambahan. Takde. Ndada. Nehi babu ji. Tapi, yang dekat dalam entri ini aku dah edit dah. Pakai software PhotoScape. So, enjoy these pictures lalala~~~






Thanx for reading ~(^,^)~

Wednesday, January 8, 2014

Wordless Wednesday : Photo From The Closet

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Layankan gambar adik beradik ni hewhew...


Adik Icha


Adik Icha & Chang2


Chang2

Pssst : tq...hewhew


Monday, September 30, 2013

Gambar : The best of...

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Jom cuci mata :D


The best of Esplanade Jubli Emas, Limbang Town


Adik Icha at close up


Chang2 & Adik Icha


Sayaaa!!!

Pssst : sila muntah dekat luar tingkap or tandas kalo rasa mual-mual tu datang...especially part gambar yang last tu...chomel kan hahaha...

Tuesday, November 9, 2010

Untuk pandangan mata~~~


Seorang pakcik tengah memancing dan aku sibuk mengambil gambarnya. Mujur aku x kena pancing sama hehehe...(07112010)




Seaview dari Restoran Chilli, belakang Gentingmas Mall Sandakan. (07112010)

* * *

...to be continued~~~