Monday, January 18, 2016

Libur : Satu Malam Di Temburong, Brunei DS

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Dua hari yang sangat berkualiti dengan anak-anak diserikan lagi dengan jemputan dari kakak ipar aku yang tinggal di Temburong, Brunei DS. Hari Sabtu lalu, macam biasa. Aku layan anak-anak, tengok kartun sama-sama, makan sama-sama, baring sama-sama hehe...Si papa dorang macam biasa la, aktiviti hujung minggu mesti fulltime pergi memancing.

Tengahari si papa dorang balik dari memancing kelam kabut je rupa. Rupanya kakak ipar aku dari Temburong call sebab nak jemput kitorang datang rumah dia. Ada makan-makan katanya. Husband aku pulak, lepas makan tengahari tu sibuk bersiap-siap sebab nak ambil mak mertua dan adik ipar aku dekat Medamit.

Aku pun eksaited jugak la sebab lama dah tak berkunjung ke rumah dorang. Dan lagi satu time cuti Xmas haritu, kakak ipar aku sekeluarga tak balik kampung. So, tak la berkesempatan nak berjumpa. Anak-anak pun asyik sebut nama kakak je (kazen dorang).

Begitu begini, jam 7.00 malam kami bertolak. Sebab mak mertua dan adik ipar aku sampai di rumah jam 6.30 petang. Aku sempat bawa extra baju dan towel plus pampers extra untuk Adik Icha. Kan dia masih pakai pampers pada waktu malam.

Sampai je dekat sana, terus dijamu dengan makanan. Kakak ipar aku siap panggang sayap ayam lagi tau. Tapi, yang paling best pencuci mulut dia. Biskut marry cheese leleh, ada oreo tabur dan milo tabur di atasnya. Memang pergh! Tapi, sorry aku tak ambil gambar sebab segan la. Lagi-lagi time tu ada keluarga sebelah biras aku datang. Nanti apa plak dorang cakap. Macam sakai pun ada hahaha...

Malam, kitorang berborak-borak sampai tak hengat masa. Ya la, dah lama tak jumpa kan. Mesti banyak cerita nak dikongsi lebih-lebih lagi cerita pasal anak-anak. Aku sempat screenshot tab dan hp aku.


Yang ni gambar dari tab aku. Roaming you. Tak payah nak sibuk on mobile data. Habis macam tu je nanti. Simkad yang aku pakai untuk tab ni adalah nombor line Sarawak tau. Alaaa...Maxis yang free tenet tu. Sampai di Brunei dia jadi b mobile. Kalo line Celcom masuk Brunei jadi DST Com.


Yang ni pulak gambar screenshot dari hp aku. Yang ni guna Simkad line Sabah. Lama dah pakai nombor ni. Since 2005 okay. Hehe...Aku memang jenis tak suka tukar-tukar nombor. Nostalgia juga nombor ni. Dah 11 tahun dah. 2005 aku masih belum bekerja. Masih menganggur lagi. Masih menunggu result STPM keluar hahaha...Ok, back to the story, line Sabah ni kuat sikit. Tak dimakan dek roaming. Dia bubuh emergency call saja hehe...


Yang ni je gambar aku sempat ambil malam tu. Gambar atas ; Adik Icha dengan Kakak Bibi. Gambar bawah ; Chang2, Kakak Gendut dan Adik Icha. Kakak Bibi lagi konsentret tengok tv. Kakak Gendut dorang tu rajin layan dorang bermain. Adik Icha pun lekat jak dengan Kakak Gendutnya. Dah dia pun sama-sama gendut dan sama-sama comel kan hehehe...

Malam tu, kalo nak diikutkan kitorang nak balik je. Mak mertua dengan adik ipar aku memang kompom tidur sana sebab kakak ipar dah janji nak hantar dorang balik keesokannya. Lagi pula, aku dan si husband tak bawak pun baju untuk bermalam. Tapi, bila dah asyik berbual, masa pun dah tak ingat. Kalo diikutkan boleh je balik. Sebab gate dekat border tutup jam 12.00 tengah malam. Tapi, kakak ipar aku pun dah pujuk-pujuk tak suruh kitorang balik, so bermalam je la hehehe. Jam 12 lebih jugak la baru siap berbual itupun aku terpaksa stop sebab nak bagi Chang2 dan Adik Icha tidur. Selagi aku tak tidurkan dorang, selagi tu la dorang masih bangun. Kami tidur dekat ruang tamu je. Sambil-sambil tengok tv. Tapi, tapi tapi...satu je masalah aku. Aku tak tahan nak pakai aircond. Aku sangat sensitif. Tak senang aku tido. Nak offkan aircond, macam tak sesuai pulak sebab masa tu kakak iparku masih berbual dengan husband aku.

Bila kakak ipar aku dah naik, aku naikkan suhu. Dari 18 darjah celcius kepada 24. Tu pun masih sejuk lagi. Sejam sekali kot aku terbangun sebab nak terkencing. Mana lagi tak tahan sejuk. Sudahnya sekarang ni aku dah start berhingus dah hahaha...macam budak-budak kan.

Pagi keesokannya, aku ambil peluang keluar jalan-jalan dekat depan rumah je. Sempat la juga snap gambar sekeping dua hehe...

Setiap rumah di Negara Brunei DS mesti ada gambar Sultan Brunei dan Permaisuri

Pandangan dari luar rumah. Cuba tengok apa yang korang perasan dalam gambar ni?

My majestic ride. Wira ku lari gagah berani...Chang2 dan Adik Icha interframe

Lagi sekali. Apa yang korang perasan dalam gambar ni?

Sistem penomboran rumah

See. Ok aku bagi jawapan dekat soalan yang aku tanya tu. Semua rumah-rumah tu tak fully berpagar. Ada pun pagar hanya sebagai pembahagi rumah sahaja. Dia tak bertutup habis dengan pagar. Apa persepsi yang boleh kita fikir di sini? Keselamatan di Negara Brunei DS ni memang terjamin lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan hukum hudud. Dekat sana banyak juga pekerja asing. Kebanyakan dari India dan Bangladesh. Tapi, jarang sekali ada kes melibatkan kecurian. Sebab tu rumah-rumah yang ada pun tak dilitupi pagar. Kereta dorang semua jenis kereta import. Ada Mitsubishi, Chevrolette, Mini Cooper dsb...Boleh cuci mata woo tengok orang Brunei punya kereta. Satu buah rumah paling koman pun ada dua buah kereta. Ada rumah yang kami lalui, rumah kampung je, tapi dekat garaj mau dekat 10 buah kereta wooo...Kaya kaya hehe...

Tengahari semalam kami balik. Balik pun bukan dengan tangan kosong. Ada juga kakak iparku bagi ole-ole untuk anak-anak. Apalagi, jajan la. Pelbagai jenis keropok dan gula-gula dia bagi. Meriah la Chang2 dengan Adik Icha ye. Dah balik rumah, budak berdua tu merengek nak jalan lagi. Tak puas main dengan kakak katanya. Alaaa...tak boleh la, esok kan mau sekolah sudah. Pujuk punya pujuk akhirnya mengalah. Aku pujuk guna jajan yang diberi oleh kakak iparku tu hehe...pandai kan.

Boleh tahan panjang jugak aku membebel. Ye la, cerita dua hari punya pasal kan. Ok, last but not least, ni gambar kuih apam warna warni yang dibuat oleh kakak iparku yang dia sempat tapaukan untuk kitorang bawak balik rumah.

Itu dia kuih apam warna warni yang gebus gebas. Banyak sebenarnya, tapi bila dah melahap lupa nak ambil gambar. Sib baik sempat ambil gambar kuih yang cuma tinggal 4 biji ni lagi hahaha...

Sekian.

No comments: