Showing posts with label Limbang. Show all posts
Showing posts with label Limbang. Show all posts

Wednesday, February 10, 2016

Throwback : Debora & Padrick Wedding 06.02.2016

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

06.02.2016 | One of our Geng Keras menamatkan zaman bujang beliau di usia 26 tahun and her name is Debora Saran anak Edwin.

What so special about her?
Deb ni mix Iban dan Lun Bawang. Tarikh lahir kami sama iaitu 09 September. Otak kami sama gila-gila walaupun beza umur kami 5 tahun. She's pretty and smart. She has the mama-mama sifat sampaikan anak-anakbuah dia panggil dia Kak Ros (kakak kepada Upin Ipin).

Ok. Tamo cakap banyak la. Nanti tetiba raining la pulak. (Terharu). Jom kita enjoy gambar-gambar sepanjang majlis perkahwinan Miss Deb eh Puan Debora ye ehehe...

By the way, majlis resepsi diadakan di Purnama Hotel, Limbang bermula dari jam 12.00 tengah hari sehingga jam 3.00 petang. Sebelah pagi sebelum resepsi, dorang buat majlis solemnization dekat church. Kitorang dijemput hadir untuk majlis resepsi je.

En. Padrick dan Pn. Debora

Chang2 malu-malu bergambar dengan Kak Dayang

Adik Icha senyum lebar :D

Us

Adik Icha nak buat peace katanya

Sempat selfie dengan pengantin. You look gorgeous babe!

Sebelum berangkat balik, sempat bergambar dengan props

Aktiviti wajib anak beranak ye...

 Maaf ye kualiti gambar sangat tidak memuaskan dek kerana lighting dekat dalam ballroom tu agak malap huhu...

By the way, I am happy for you Deb. Akhirnya apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Semoga berbahagia till the end. Muah ciked!

Last but not least, aku share my make up during the day.

Terpaksa bloom kan sikit sebab banyak jerawat halus timbul. Flawless tak kulit ai? Flawless tak? Flawless? Tak???Erm...

Jangan tanya mengapa aku tak pakai contact lens je. Sebabnya, mata aku sensitif. Dah tak boleh pakai contact lens. Takpe, pakai spek pun masih lawa ahahaha...larrriiiiiii~~~

Friday, January 8, 2016

Review : Nasi Ayam Panggang RM 5.00 Percuma Air di Yang Mit Corner & Catering, Limbang

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ni kitorang berempat (Aku, Kak Dayang, Shamsul & Nazerul aka Tokey Char Kuay Teow Limbang) pergi ke restoran Yang Mit Corner & Catering dekat Limbang ni. Tak jauh dari opis pun. Hanya ambil masa 5 minit untuk ke sana by car.

Sebelum ni, ada kawan yang kerja dekat Pejabat Belia dan Sukan pernah cerita pasal restoran ni. Lama dah kitorang nak pergi tapi selalu clashed masa. Kebetulan pulak si Nazerul ni yang kepingin sangat nak pegi makan dekat sini so, kitorang ikut la.

Masa kitorang sampai tak ramai orang. Lagipun bukan waktu puncak. Memula aku masih tanam rasa tak percaya tentang keenakan Nasi Ayam Panggang yang orang selalu war-warkan. Di sini aku kongsikan gambar restoran tu.


Tengok tu. Buffet untuk Sarapan Pagi Dewasa RM 5.00, Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM 2.50 dengan Air Percuma. Buffet Nasi Berlauk Dewasa RM 8.00, Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM 3.50 dengan Air Percuma. 

Murah gile kan?! Tapi, aku nak juga try Nasi Ayam Panggang. So, kitorang order la. Aku, Kak Dayang dan Nazerul order Nasi Ayam Panggang Size Medium RM 5.00. Kalo ambil Size Large RM 8.00. Tapi, oleh kerana baru 1st time nak mencuba, aku order yang medium saja. Daaannn...yang paling penting, dekat dinding tu, tokey kedai ada Note : JANGAN MEMBAZIR, Makanan Yang Tidak Dihabiskan Akan Dikenakan BAYARAN. Amekawww!!! Bagus ni, lagi pun membazir tu kan amalan Shytonnn~~~


Sementara menunggu order sampai, aku curi-curi ambil gambar budak berdua. Tapi, aku sendiri lupa nak selfie dan ambil gambar Kak Dayang. Sigh~~~ By the way, macha yang sebelah kiri tu En. Shamsul dan yang kanan tu En. Nazerul. Aku dan Kak Dayang missing in action pulak dalam kejadian ini. Tak dapat jadi bahan buktilah ni huhuhu...


Tadaaa!!! Tu dia tu dia tu diaaa!!! Makanan dah sampai. Sedang-sedang elok je size medium dia.  Aku terus pegi rasa sambal kicap dia. Pergh!!! Sedap wa cakap luuu~~~ Sunggoh! Lepas tu barulah aku rasa ayam dia. Juicy. Cicah dengan sambal, pergh pergh pergh rasa dia! Kuah sup simple but tasty. Nasi dia pun sedap. Air percuma dia pada hari ini ialah Kopi dan Teh O. Overall, aku kasi 4 bintang weeehooo~~~

Kepada orang-orang di sekitar daerah Limbang, tempat ini recommended. Murah pun murah. Rasa pun sedap. Tak rugi wooo. Sebelum aku lupa, thanx untuk Nazerul sebab payung kitorang makan dekat sini. Mudah-mudahan semakin dimurahkan rezeki. Amin.

Jangan kecam aku pulak lepas ni. Aku tulis good review je kot. Ekhemmm!

Monday, January 4, 2016

Quick Update! 1st Entry 2016

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

SELAMAT TAHUN BARU 2016!!!

Yay! Pada tahun ini naik lagi usiaku yang bakal diraikan pada 09.09.2016 nanti dan aku bakal officially 31 tahun. Tapi, bukan itu yang aku nak cerita. Cerita tu nanti aku update pada bulan September hahaha...Aku mau bagitau, tadi aku dah hantar Chang2 dengan Adik Icha pergi sekolah. Gambar? Nanti aku share, sebabnya sekarang ni aku sebenarnya ingin menyelesaikan segala laporan-laporan bulanan yang perlu dihantar ke HQ sebelum 05hb dan 07hb. So, mungkin satu hari ini aku x dapat or x sempat nak update post dekat entri ni la.

So, izinkan aku bekerja dulu ya. SYMP!

Okbai!

Tuesday, December 22, 2015

Cerita Kembara Balik Kampung

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Seperti semua sedia maklong, minggu lalu aku balik kampung sebelah bapa aku di Kg. Padas Damit, Beaufort, Sabah. To make story short, kitorang bertolak dari rumah jam 10.30 pagi pada 17hb tu. Daaan, aku sempat live update blog masa on the way ke sana. Boleh klik SINI kalo nak baca pasal live update yang aku post hari tu.

Perjalanan kalo diikutkan makan masa 3 jam je dan kena melalui Negara Brunei DS (Limbang - Brunei DS - Lawas - Sipitang - Beaufort). If nak tau Limbang tu area mana dan Beaufort tu area mana meh akak tunjuk ikut Google Maps nih.


Dekat Google Maps bagitau perjalanan lebih kurang 2 jam 34 minit tapi since kitorang pemandu berhemah (sangat!), so, aku estimate 3 jam termasuk queue dekat sempadan Brunei - Malaysia dan Sarawak - Sabah. Jangan tak tau, aku kena sediakan passport terhad untuk Brunei DS dan Dokumen Perjalanan Terhad untuk masuk ke negeri Sarawak walaupun aku orang Sabah dan aku orang Malaysia. Tapi yang ni kena cek sejarah penubuhan Malaysia la. Aku malas mau taip panjang-panjang dekat sini.

Tapi, since cuaca tak berapa nak elok, hujan lebat bermula dari Daerah Temburong, Brunei DS sehinggalah ke Beaufort so, lebih dari 3 jam la plus kami rest 1 jam dekat Sipitang untuk makan tengahari dan tukar pampers Adik Icha :D


Sempat juga bergambar dengan background tepi pantai sebelum hujan turun semula. See, gambar yang ketiga tu hujan dah mulai turun. Gambar yang ada jambatan tu kitorang dah menyeberang sungai Padas untuk ke Pekan Beaufort. Gambar replika limau bali tu kiranya trademark bagi Pekan Beaufort la hewhew...ye, aku tau perut MR. AIL dan perut aku dah lebih kurang sama besaw naw. Entah bile gamaknye nak bersalin, aku pun tak tau. Eh, akak x pregnant hokay! hahaha...sorry, melalut~~~

Sampai Pekan Beaufort, kitorang parking kat belakang pasar dan MR. AIL terus melilau nak mencari barang untuk kereta katanya. Aku plak pergi pasar cari barang-barang sekolah anak-anak. Kan Chang2 dan Adik Icha tahun depan dah nak masuk Tabika Perpaduan. Cari punya cari, aku dapat rembat 2 bijik beg sekolah, 2 pasang kasut sekolah dan 6 pasang stokin dengan harga RM 98.00 untuk dua orang anak. Fuhh! Kalo berbelanja dekat Limbang mau lebih seratus kooo. Barang dekat Limbang mahal dari Sabah sebab market dekat Limbang lebih fokus kepada pembeli dari Negara Brunei DS.

Sambil-sambil shopping tu, kitorang tunggu mak, bapa dan kakak-kakak aku sampai dari Kota Kinabalu. Ye la, lama x jumpa. Last jumpa masa raya haritu, so memang rindu-rinduan jadi kenang-kenangan la. Bila mak dah sampai, kitorang sama-sama tunggu pulak pakcik dari kampung datang ambil dorang sebab teksi hanya hantar dorang sampai ke Pekan Beaufort sahaja. Xda pakej masuk kampung huhu...


Sementara menunggu le pakcik datang ambil, sempat ambil gambar anak-anak bersama le cousin dorang iaitu Putri Nursyuhada (tengah) dan Putra Hakimi (tengah). Unfortunately, aku baru perasan aku xda berselfie dengan kakak-kakak aku. Tapi, aku ambil je la gambar kitorang time raya haritu. Silakan menjamu mata yeee~~~

Dari Kiri : Bonz (kakak no.3), Yantz (kakak no.2) dan meee...anak no.4

Abaikan nama-nama glemer kitorang tu. Kitorang kan divas gebus gebas. Jarak umur kitorang sangat jauh. Kakak no.2 dah 41 tahun. Kakak no.3 dah 35 tahun dan aku plak dah 30 tahun. Homai~~~ Kakak sulung xda di tempat kejadian sebab dia kena jaga rumah di Kg. Buang Sayang, Kinabatangan sebab sekarang ni susah nak tinggalkan rumah xda orang lama-lama. Banyak sangat pencuri. Huh!

So, bila le pakcik dah sampai, mak dengan bapa pun dah naik kereta le pakcik, kitorang sama-sama konvoi masuk kampung. Ala 30 minit je pun nye adui ter berrr...

18.12.2015.


Kenduri bermula apabila jemaah baru pulang dari solat Jumaat. Doa tahlil untuk arwah bapatua (datuk) dan arwah mamatua (nenek) serta doa selamat (untuk aku dan abang sepupu aku yang kemalangan kenderaan baru-baru ni) telah diadakan di masjid kampung. So, jemaah yang datang berserta kaum keluarga yang lain hanya tinggal makan je dekat rumah le pakcik. Macam tu pun elok. Taklah kelam-kabut sangat dan perjalanan kenduri lancar je.

Dekat dalam gambar tu, aku sempat selfie bersama adik bongsu kepada bapatua yang juga pangkat datuk kitorang yang masih hidup. Wajah arwah bapatua sangat seiras dengan datuk bongsu yang ini. Rindu dengan arwah bapatua. Al-Fatihah.

Petang tu, selesai je makan dan bersalam-salaman dengan sanak saudara, kitorang pun terus balik memandangkan esoknya aku kena berkerja ke Ulu Medamit, Limbang untuk Mobile Outreach Programme. So, untuk program yang itu aku akan post pada next entri keh.

Sekian.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapatua, Haji Janih bin Unsar dan arwah mamatua, Hajah Sarmanis binti Pilun. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amiinn.

Tuesday, February 25, 2014

Kejadian Kemarin...Kes Langgar Melanggar...Ngeri

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!


So, this is what happened to me yesterday...to make it detail let me get the story straight...

Aku kuar dari rumah jam 745am...standard la tu...10 minit memang kompom sampai di opis...so, dengan kelajuan 100km/j aku membelah jalanraya...ini gambar jalanraya yang memang hari-hari aku guna pergi dan balik dari tempat kerja...jalan 7th Mile Round...


FYI la kan...jarak rumahku ke tempat kerja lebih kurang 8km la lebih kurang...kalo aku laju aku boleh sampai ke opis dalam 7 or 8 minit...tapi kalo aku dengan kelajuan biasa boleh sampai dalam 10 minit la...tapi aku x pernah melebihi 100km/j...takut jugak wei...aku kan pemandu berhemah hehe...

So bila aku sampai ke area pembinaan di tepi jalan atas bukit sikit aku memang sudah nampak ada sebuah lori angkut tanah sedang beroperasi di situ...area pembinaan tu actually dorang tengah korek tanah atas bukit tu mungkin untuk diratakan or apa aku pun x pasti...tapi yang pastinya memang sudah lama la dorang buat construction dekat situ...so, lori-lori tu akan angkut tanah dari bukit tu dan dihantar ke tepi jalan untuk ditambak di situ...


Nampak kan ada papan tanda di depan tu...sorry gambar blur sebab aku baru tangkap gambar ni pagi tadi sambil deraibing 40km/j...depan tu papan tanda SLOW, depan sikit lagi tu papan tanda PEMBINAAN DI HADAPAN 500M...yang aku tanda bulat merah dan ada anak panah tu la kejadian kemalangan tu berlaku...

Mula-mula aku sudah nampak lori tu dari jauh so aku perlahankan kelajuanlah...lori tu mau buat pusingan sebab dia sudah selesai angkut tanah ke tepi jalan sebelah kiri (rujuk gambar)...so, lori kan panjang, dia memang akan makan jalan punya...sebab itu aku selow untuk bagi laluan kepada lori tu untuk buat pusingan...aku berenti kan kereta aku selepas papan tanda kedua tu...

Tiba-tiba aku nampak ada seorang motorist tu menonong jak mau limpas di depan lori tu...aku assume yang pemandu lori tu nampak motorist tu...tapi sebenarnya tidak dan berlakulah perlanggaran...aku ada buat rough sketch la macamana kejadian tu boleh berlaku...


Lori tu still bergerak perlahan sebab mau buat pusingan...the motorist, pada pendapat aku la...dia ingat dia dapat melepasi kepala lori tu...anak panah yang aku lukis tu adalah pendapat aku sebagai motorist tu...aku ingat dia akan membuat belokan sedikit untuk mengelak daripada bertembung dengan kepala lori tu...tapi sangkaanku meleset sama sekali bila motorist tu jalan lurus sahaja...dan akibatnya kepala motorist tu terkena di bumper besi lori tu...terbang helmetnya time tu...aku yang dalam kereta ni berteriak...pastu aku pun berfikir sama ada mau pusing balik dan ikut jalan lain or x...tapi bila aku nampak pekerja-pekerja construction tu bergegas ke tempat kejadian dan driver lori tu pun turun juga untuk membantu motorist tu...aku x jadi buat pusingan...

So aku mendekati kawasan kemalangan tu dan bertanya kepada pekerja-pekerja construction tu...aku tanya "ok ka?"...dorang x sempat jawab sebab bila aku tengok motorist tu x boleh berdiri sendiri, memang dia dalam kesakitan yang amat dan seluarnya koyak dari celah kangkang sampai ke lutut...begitu kuat sekali impak langgaran...terus aku cakap dekat pekerja-pekerja construction tu untuk masukkan dia ke dalam kereta ku untuk di hantar ke hospital...mula-mula aku suh salah seorang pekerja tu untuk ikut sekali temankan motorist tu pegi hospital...tapi rupanya dia x ikut...mati-mati aku ingat pekerja tu sudah masuk dalam kereta...aku pun panik la juga masa tu, mana lagi risaukan keadaan motorist tu...so aku x lagi toleh-toleh ke belakang dan terus memandu ke hospital...patutlah aku tanya itu ini xda orang jawab...rupanya aku berdua dengan motorist tu saja...

Sampai di Hospital Limbang, aku terus ke Jabatan Kecemasan...tapi mengecewakan bila tiada seorang pun attendant hospital atau nurse yang ada di kaunter pendaftaran...aku masuk ke dalam ruangan menunggu pun tiada orang...last-last aku pegi ambil kerusi roda yang ada disediakan di luar hospital tu bawak ke kereta ku...satu hal lagi ada plak kereta menunggu di belakang kereta ku...sudahlah aku sorang jak masa tu...sebab aku ingat pekerja tu ada ikut sekali, so kononnya ada la nanti orang boleh tolong aku untuk uruskan motorist tu...tapi aku kena urus sendiri...mujur ada sorang pakcik keluar dari pintu Jabatan Kecemasan tu, aku minta tolong pakcik tu untuk alihkan kereta aku sebab ada kereta lain mau lalu...aku terus tolak motorist tu masuk ke dalam Jabatan Kecemasan...aku buka pintu untuk masuk ke kawasan katil wad kecemasan, di situ baru ada nurse berkumpul...aku x peduli, aku teriak saja "Nurse!!!Tolong dulu!!!Ada orang accident ni!!!" hah! baru la dorang berbondong-bondong datang ambil motorist tu untuk dirawat...pergh! naik darah aku sekejap...

Selepas tu ada sorang pemuda mendekati aku...dia cakap dia kenal dengan motorist tu...aku pun cerita balik la kejadian yang berlaku...x lama kemudian, aku pun minta diri untuk ke opis (aku sudah lewat, sepatutnya masuk kerja jam 8am)...bila aku ke kereta, ada seorang pakcik dan seorang perempuan muda datang dengan cemas, pemuda tu cakap itu bapa dan adik kepada motorist...so, aku cakap ok la...pemuda tu pulak yang bagitau bapa motorist tu bahawa aku yang hantar motorist tu ke hospital...bapa motorist tu terus jumpa aku dan ucap terima kasih...aku pulak masih blur, panik dan cemas lagi masa tu...tapi aku anggukan kepala la juga...

Aku masuk dalam kereta, start enjin...tiba-tiba aku rasa kaki dan tangan aku lemah longlai...bergegar-gegar tangan aku masa tu...masa tu baru aku perasan aku sebenarnya ketakutan dengan apa yang aku saksikan tu...sampai tengahari kemarin barulah ada reda sedikit perasaan trauma aku tu...

And it makes me wonder...what will happen if it happens to me?

And this is what I see today in my car...


Itu pun husband aku yang tegur selepas dia panaskan enjin kereta pagi tadi...sebab kemarin seharian aku busy...lepas sampai di opis pagi tu kami ada meeting sekejap lepas tu jamuan farewell untuk ketua pejabat kami yang akan berpindah ke Bintulu dan petang tu kami keluar untuk bertemu dengan peserta Azam Kerja ikut kereta pejabat...petang tu pulak, sampai jak di rumah aku terus park kereta macam tu saja tanpa sempat meninjau apa yang ada di dalam kereta...

Apa yang terjadi kemarin tu menginsafkan aku...sentiasa berhati-hati di jalanraya...

Pssst : masak la husband aku cuci kereta ni nanti...erk

Friday, November 8, 2013

Gambar : Trip To Long Napir, Limbang - Part 4 (Last)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!


Ya. Ini la yang di tunggu-tunggu. Part ke 4. Part yang terakhir untuk journey trip ke Long Napir ni. Ok, jangan cakap banyak. Let's go through the pictures please...



Gambar 36 : Otw balik dari Long Napir, kami berenti sekejap di sini. Sebab? Sebabnya rujuk pada gambar selepas ini.


Gambar 37 : Ya sebab ini. Brake kereta jadi panas. Sebab banyak kena tekan brake. Perjalanan balik ni banyak kena turun bukit. Pastu bukit tu curam-curam plak tu. So, abang driver decide untuk berehat sekejap untuk cool down kan brake kereta tu. Tu kena siram-siram tu, berasap tu hehe...jadi sementara tunggu kereta cool down, kami turun la ke tempat dalam gambar 36 tu...kami mau main air!!!



Gambar 38 : See...what I told ya!!! Aku memang mau main air...siuk eh. Sejuk lagi. Jernih lagi. Tercapai jugak hajat aku untuk main air di karangan.


Gambar 39 : I can feel the water stream, do you? Ahhh...bestnya perasaan time ni. Tenang jak. Aku menaip ni sekarang pun sampai teleng-teleng leher aku disebabkan perasaan tenang tu menerjah menusuk ke kalbu yow hehehe...


Gambar 40 : Ini memang trademark. Sebab aku jarang dapat camwhoring dengan bagus makanya aku letak kaki aku. Happy feet la katakan hahaha...lagipun buruk muka aku kalo dalam gambar. So baik x payah la hahaha...


Gambar 41 : Cuci mata...


Gambar 42 : pun cuci mata...


Gambar 43 : Ok. Kamurang dapat bayangkan ka apa yang aku bayangakan time ni? Aku membayangkan aku ada dekat batu-batu besar tu sambil mandi manda tanpa rasa bersalah hehehe...rasa macam mau pigi lagi ke sini laaa...


Gambar 44 : Apa-apapun aku kalo sudah depan camera, tiba-tiba pandai pose gedik. Acaner ni? Hahaha...macam cantik jer, macam cantik jer...macam comel jer, macam comel jer...hahaha comel la sangat! Choiii!!!


Gambar 45 : Well, ini gambar sebenarnya aku ambil sebelum aku ambil gambar kaki aku dan segala bagai. Tapi, aku mau tunjukkan kamurang satu magic. Kejap arrr...


Gambar 46 : Tengok betul-betul apa tu? Itu lori. Lori balak. LORI BALAK! Cuba kamurang relatekan gambar ini dengan gambar di atas tu. Jambatan ni adalah laluan para lori balak dan lori angkut batu setiap hari. Tapi bila aku tengok tahap ketipisan jambatan balak tu, aku jadi cuak wei...cuak serius kau!!! Ok, aku lupa bagitau. Kalau rasa gambar ni kecik, kelik jak. Boleh kasi besar mata hehehe...magic kan~~~


Gambar 47 : Haaa...sudah-sudahlah tu main air. NAIK! hahahaha...dan aku macam biasa, aku sangat malas mau naik-naik bukit ni. Sudahlah cramp di kaki aku belum reda, ni mau naik bukit lagi. Redho je laaa...


Gambar 48 : So, inilah jalanraya yang kami tempuh semasa perjalanan balik dari Long Napir untuk kembali ke bandar Limbang, tempat kami berehat sebentar sebab brake kereta panas. So, di situ la juga jambatan yang diperbuat daripada kayu balak seperti dalam gambar 45 dan 46 yang aku tunjuk tadi tu. Dari atas sini nampak innocent jak ko kan jalanraya, tapi bila dari bawah ko nampak evil sangat hahaha...ok fine!

Pssst : Akhirnya selesai sudah aku mempost entri trip ke Long Napir ni. Sampai 4 part you. Ko ada? Hahahaha...jangan marah haaa...marah nanti kena jual kihkihkih...

Thursday, November 7, 2013

Gambar : Trip To Long Napir, Limbang - Part 3

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!


Okkk..hari ini buat entri trip seperti dalam tajuk untuk part ke-3...let's go ah~~~


Gambar 22 : Bermula la perjalanan kaki kami menuju ke Kg. Bahagia. Kerana calon-calon dalam list kami tu ramai yang tinggal di area Kg. Bahagia ni. Orang local bagitau untuk ke Kg. Bahagia, you have to go by foot on a 45 minutes walk. Challenge accepted!!! Oh dan untuk ke sana harus mengharungi jalan berbukit okay...


Gambar 23 : Dan kepish...Cik Nora sudah hilang dari pandangan mata. Aduiyai...ternyata aku ketinggalan. Alasan utama sebab aku sibuk amik gambar. Alasan kedua sebab aku gemuk dan aku x larat mau memanjat bukit. Gambar ni nampak macam landai jak tapi tahap kecerunan dia ada la dalam 20 darjah gitu.



Gambar 24 : Sayup jak aku nampak abang driver kami tu. Dorang tunggu aku jugak rupanya hehehe...ini kira halfway perjalanan sudah ni.


Gambar 25 : Ok fine. Tahap curam untuk turun bukit ni aku bleh cakap hampir 45 darjah. Mungkin dalam 30 ke 40 darjah la jugak. Turun memang sedap la. Cuba naik...ha kau...kejang pehe hahaha


Gambar 26 : Turunan tadi tu membawa daku ke sini. Ya ke sini. Di sini memang sudah dekat la dengan kawasan perkampungan tu. Aku boleh dengar water stream. Nyaman jak udaranya. Tenang jiwa. Dan semput hahaha...


Gambar 27 : Err...baca deskripsi di atas hahaha...



Gambar 28 : Water stream yay!!! Aku rasa mau terjun jak terus ke air tu. Mujur aku x pandai berenang. Ntah dalam ntah tidak air tu hahaha...


Gambar 29 : Jalan yang putus. Tapi jangan risau tetap ada jalan back up.




Gambar 30 : Finally!!! Sampai jugak biarpun usus perut aku macam mau putus. Pinggang aku rasa macam xda tulang sudah. Nafas aku sudah rasa macam kering oksigen jak dalam paru-paru tu. Orang lain lama sudah sampai. Tinggal aku jak yang ditunggu. Kesian hahaha...



Gambar 31 : Visitors book. Ha ko tengok. Ko jangan main-main. Banyak sudah pelancong datang sini. Kami jak yang kelambatan. Pergh!!!


Gambar 32 : Ok ini memang rare. Kalo kamurang mo tau, inilah dia orang asli kaum Penan di Sarawak ni. Masih dengan pakaian tradisinya. Berumur hampir 80an. Warga yang tertua di kampung ini.


Gambar 33 : Sesi menemubual calon peserta. Aku tengah duduk-duduk ambik nafas. Sebab penat masih bersisa hehe...



Gambar 34 : Ok...time ni sesi temubual sudah selesai. Kami mau balik sudah. Sempat lagi En. Shamsul bergambar dengan salah seorang kanak-kanak di sana.


Gambar 35 : Ok. Aku malas mau amik gambar lagi masa otw balik tu. Sebab aku kena menempuh lagi 45 minit walk tu. Dan owh...aku kali ini ditunggu sebab tahap kesemputan aku sampai aku boleh rasa isi perut aku mau keluar. Mujur la juga di awal-awal tu aku x makan banyak sampai kenyang. Peluh? Jangan cerita la. Sama macam aku mandi pakai shower hahaha...

Pssst : ok bersambung ke part 4 nanti hewhewhew