Showing posts with label tabika perpaduan. Show all posts
Showing posts with label tabika perpaduan. Show all posts

Thursday, February 4, 2016

Throwback : Aktiviti Chang2 & Adik Icha Di Sekolah

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

21.01.2016 - Cikgu Eda ada send gambar dekat group WhatsApp pasal aktiviti murid Tabika Perpaduan. Aktiviti dorang masa tu ada berkenaan dengan GIGI. Dorang jemput nurse dari Pejabat Kesihatan untuk bagi penerangan kepada murid tentang cara-cara memberus gigi dengan betul.

 (Gambar : Chang2 paling depan baju merah + hijau)
 
Lama benor ko merenung berus gigi itu ye anakku. Chang2 ni sceptical sikit. Dia susah nak terima situasi di mana dia perlu menggunakan sesuatu peralatan yang bukan miliknya huhuhu...tambahan lagi dia ni adalah seorang pembersih.


Gigih nurse menunjukkan replika gigi dengan anak-anak murid. Aku dulu pun macam ni jugak nak hehehe...tapi aku sangatlah takut bila pemeriksaan gigi di buat di sekolah. Huuu~~~


Chang2 dengan Adik Icha memang inseparable. Duduk pun mau dekat. Tapi, best tengok dorang khusyuk mendengar penerangan dari nurse tu. Anak-anak murid yang lain pun sama. Best!

Time mandi. Masing-masing dah tak mau mama tolong beruskan gigi. Masing-masing nak berus gigi sendiri. Ok la, ringan sikit tugas mama kan hehehe...besar dah anak-anakku.

Cerita pasal gigi, ekceli gigi ai tak cantik ok. Kes gigi berlubang jangan cerita la. Kalo ai pergi dentist, kompom habis semua gigi kena cabut. Tapi, ai tak nak pakai gigi palsu. Nanti nak kena pakai polident lagi, maintenance high huhuhu. Tu la sapa suruh malas jaga kebersihan gigi time kecik. Makan gula-gula banyak. Rasain lho!

Kawan-kawan, jagalah kebersihan gigi masing-masing. Jika yang dah ada anak tu, pastikan anak kita rajin memberus gigi. Syukurlah gigi Chang2 dan Adik Icha masih dalam keadaan baik sebab aku memang tak kasi dorang banyak makan yang manis-manis. Maknye je yang terlebih suka makan benda manis hahaha...

APTB!

Friday, January 29, 2016

Gambar : Chang2 & Adik Icha Sambut Birthday Kawan

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Semalam Cikgu Eda ada pesan mintak sumbangan seikhlas hati dalam bentuk makanan yang sesuai untuk sambutan hari jadi bagi salah seorang murid di dalam kelas dorang Chang2 & Adik Icha.

So, petang semalam aku pergi kedai Ting Ting (kata orang local). Dekat kedai ni selalunya orang beli barang secara borong. Pada aku dia tak sesuai panggil kedai. Lebih sesuai panggil gudang sebab bila masuk dekat dalam terasa macam masuk dalam gudang pulak.

Ok, habis pasal kedai. Aku dah beli pun dua bungkus besar coklat wafer. Satu untuk bagi dekat sekolah, satu lagi untuk budak berdua tu la apa lagi hehe.

Dan pagi tadi Cikgu Eda share gambar dorang meraikan kawan yang menyambut harijadi. Wajah murid yang diraikan taklah seberapa nak happy, tapi ada dua orang budak yang terlebih happy hehehe...




See? Murid lelaki yang diraikan yang berdiri depan kek tu tak senyum pun langsung. Tapi, yang berdiri dekat belakang dan tepi semua pakat senyum seindah suria hahaha...tazabar nak makan kek lettewww hahaha...Manakala Chang2 dengan Adik Icha striking sangat korang ek. Korang berdua je yang pakai baju biasa, belum ada pakaian seragam sekolah lagi. Cikgu dorang sendiri pun tak tau bila pakaian dorang akan sampai. Tapi, takpelah asalkan budak berdua tu sentiasa bersemangat nak pegi sekolah.


Sorry la mak dorang ni saiko sikit. Semua benda nak gi ambil gambar hahaha. Yang ini jajan yang dorang dapat hasil dari donation mak-mak murid yang lain. Yang sebelah kiri Chang2 punya dan yang sebelah kanan tu Adik Icha.

Ok, nak sambung update benda lain pulak. Ehe~

Thursday, January 7, 2016

Laporan : Adik Icha di hari keempat persekolahan

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hahaha...Ada saja report pasal Adik Icha dari Cikgu Niessa. Tapi, bukan report sebab dia nakal ataupun apa, tapi report pasal dia tanak bergaul bermain dengan kawan-kawan. Lepas tu dia prihatin pegi bagi tisu kepada sorang kawan dia yang menangis. Ekceli budak tu student baru, parents budak tu baru daftarkan dia masuk tabika hari ini.


Pagi tadi, Cikgu Niessa sempat report dengan aku yang Adik Icha ni agak garang sikit dan kuat menjeling hahaha...bila dia tak suka dengan kawan dia, dia jeling. Lepas tu, kalo ada kawan dia yang nakal, dia yang tolong marahkan hahaha...Icha, Icha. Chang2 pulak, takde yang luar biasa cuma bila part makan tu agak memilih sikit. Yang tu aku memang setuju sebab di rumah pun memang dia agak cerewet pasal makan.

Geli hati bila dengar cerita dari Cikgu Niessa. Biasalah kan budak-budak mesti banyak ragam. Mujurlah, Chang2 dengan Adik Icha tak buat perangai sangat. Sikit-sikit tu adalah. Tak juga aku kata anak aku tu sempurna. Budak. Biasalah kan. Aku dulu pun pernah jadi budak. Lagi dasyat dari anak-anak dia. Sebab dulu aku pembuli hahaha...

Aku memang masih ingat sampai sekarang. Masa tu aku masuk sekolah Tabika KEMAS. Ada sorang budak ni, classmate aku juga sampai ke darjah 5 since tabika. Dia ni suka merepot. Sikit-sikit nak merepot dekat cikgu. Sikit-sikit nak repot dekat mak dia. Ada satu hari tu, aku rasa sakit hati sangat, aku tolak dia dari titi kecil untuk menyeberang parit untuk ke balai raya (dulu-dulu masih belum ada bangunan tetap untuk Tabika KEMAS, dulu-dulu guna balai raya), dah tu dia terjatuh dan masuk ke dalam parit. Mujurlah parit tu tak dalam dan takde air. Kering je. Yang ada rumput-rumput kering. Baru puashati aku sebab dia menangis. Tapiii, bila time balik je, aku pecut 100KM/j bila nampak mak dia datang ambil dia balik dari sekolah. Mak dia tak tau pun aku tolak anak dia masa aku pecut melintasi mak dia tu. Tapi, aku tau memang dia akan repot dekat mak dia yang aku tolak dia jatuh ke dalam parit hahahahahaha...hahahahahaha!!!

Sekianlah laporan dari Cikgu Niessa kepada mama Chang2 dan Adik Icha berserta throwback dari maknye hahaha...

Monday, January 4, 2016

Quick Update! 1st Entry 2016

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

SELAMAT TAHUN BARU 2016!!!

Yay! Pada tahun ini naik lagi usiaku yang bakal diraikan pada 09.09.2016 nanti dan aku bakal officially 31 tahun. Tapi, bukan itu yang aku nak cerita. Cerita tu nanti aku update pada bulan September hahaha...Aku mau bagitau, tadi aku dah hantar Chang2 dengan Adik Icha pergi sekolah. Gambar? Nanti aku share, sebabnya sekarang ni aku sebenarnya ingin menyelesaikan segala laporan-laporan bulanan yang perlu dihantar ke HQ sebelum 05hb dan 07hb. So, mungkin satu hari ini aku x dapat or x sempat nak update post dekat entri ni la.

So, izinkan aku bekerja dulu ya. SYMP!

Okbai!