Wednesday, December 31, 2014

2014 will soon be over with the bitter and sweet memories

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

 Tahun 2014 dan kisahnya.

Banyak kisah suka duka tersulam di dalamnya tahun 2014 ini. Aku sendiri malas mahu mengenang kembali kisah sedih duka lara yang telah berlaku sepanjang tempoh itu.

Berbalik kepada diri aku sendiri. Tahun 2014 membawa sinar baru di dalam hidupku. Sedikit sebanyak berlaku perubahan positif yang aku rasakan kesannya membawa kepada kenaikan berat badanku dari hari ke hari hehe...Tapi kata orang, jika hati bahagia, kehidupan pun semakin baik dan semakin bersemarak.

03 September 2014
Genap setahun aku bertapak di bumi Limbang. Setahun yang banyak membawa pengalaman baru. Bahasa, budaya, kaum, cara hidup dan sebagainya. So much differences from my hometown, Sandakan. But, these kind of things la yang banyak mengajar aku tentang banyak perkara.

Kemalangan Kecil
 November 26, I bumped into kereta lain time mau keluar dari simpang belakang bangunan Bank Rakyat. Ia berlaku terlalu pantas dan aku langsung xda idea on how it happens until today. Aku sudah toleh kiri kanan sebelum membuat keputusan untuk bergerak keluar. Tiba-tiba jak muncul kereta lagi satu depan mata and Bang!!!There you go. Macam main bumper car pulak.

My Car
The other car
Tiada kecederaan sementara mahupun kekal. Tapi cedera jugaklah di dalam hati. Aku nangis² koo masa ni huhuhu. Ya la hati mana x calar. Dah la kena tanggung kerosakan kereta orang, tanggung kerosakan kereta sendiri lagi. Sebabnya walaupun kes ini dibawa ke balai polis, I tetap salah sebab I langgar orang. Walaupun I sudah cukup berhati-hati. T_T

Dapat Sijil Belajar Mekap
Akhirnya cita-cita kecilku selama ini tercapai. Aku berjaya menghadiri kelas advance mekap setelah bersusah payah sampai menangis-nangis bila tarikh sepatutnya aku attend kelas ni adalah pada 15 November (hari Sabtu), tapi dan dan tu jugalah tiba-tiba ada kursus dekat Kuching. So, kerana SYMP aku hadir juga kursus di Kuching itu dengan hati yang lebam. Nasib baik guru yang mengajar mekap ni sudi juga untuk mengadakan kelas 1to1 dengan aku (sebab aku sudah bayar deposit).

My Model is my kesayangan, Miss DD
Me in action
Half smokey eyes
Graduate!!!
With ma model, Miss DD yaw!!!

So, inilah hasilnya setelah aku belajar selama dua hari di salon beliau. Nama guruku itu is Mikey. Boleh follow beliau di Facebooknya, Mickey Marten. Beliau memang superb dan sangat sabar mengajar diriku yang agak lambat pick up hitu hahaha.

This is only parts from so much greater stories in my life this year. I don't want to reminesce any of the bad experiences or the bad feeling because I wanted to be positive all the way. Last but not least, the picture of my very dear friends. We have gone through ups and downs for all this whole year. Love them much!!!

Not forgetting also to my dearest husband, Mr. AIL, my son, Chang² & my daughter, Adik Icha for being my strength all the way through my ups and downs. My heart and my soul forever. Without them I will be 'dead'. Much love, hugs and kisses!!!


Last words,
Pray for MH370 that are still missing,
Pray for MH17, may their soul be rest in peace, for the muslim Innalillahiwainailaihirojiun and Al-Fatihah,
Pray for QZ8051, the same as MH17,
Pray for the East Coast Flood Victims (Peninsular Malaysia),
Pray for peace and harmony in the whole world
Semoga senantiasa bertabah selalu di dalam menghadapi dugaan,
Ingatlah Allah SWT tidak akan menguji hambaNYA melebihi kemampuan,
Allah SWT menguji kerana DIA sayang kepada kita,
Semoga tahun yang mendatang membawa seribu kebaikan dan kesejahteraan daripada tahun-tahun yang sebelumnya,
Semoga kita semua berbahagia selalu hendaknya,
Amin Amin Ya Rabbal Al'amin.

Friday, October 31, 2014

Azrul Ariff Lee is now officially 3 years old!!!(01/11/11)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

01/11/2011 
- Jam 2.37am, lahirnya my baby boy ke dunia. Lahir dengan kondisi pramatang di usia kandungan 31 minggu 5/7 hari. Berat lahir 1.9kg sahaja.

- 4.00am, anak mama dimasukkan ke dalam inkubator kerana paru-paru belum cukup matang.

-12.00 tengah hari, mama baru dapat tengok anak mama di dalam inkubator di wad NICU.

-01.00pm, mama dan anak mama admitted dekat wad NICU sebab anak mama pramatang dan tidak cukup berat lahir.

-5.00pm, mama risau anak mama masih belum menyusu sebab air susu mama x keluar lagi. Mama curi2 bagi anak mama minum air suam dan suap pakai sudu. Mama mulai sedih masa ni.

-7.00pm, nurse mulai buat sesuatu dengan anak mama. Nurse sambung water drip dan cucuk jarum pada kaki anak mama. Berat badan anak mama turun mendadak sebab x menyusu dari sejak lahir. Mama cuba bagi anak mama menyusu tapi anak mama belum pandai menyusu.

- Nurse culik anak mama untuk ambil bacaan serum bilirubin. Masa ni anak mama sudah mulai kena jaundis. Anak mama kena pakai lampu biru tu. Anak mama terpaksa pakai spek mata Michael Jackson dan tak pakai baju. Hanya pakai lampin saja.

- Anak mama asyik menangis sebab kelaparan. Mama cuba untuk susukan anak mama tapi air susu tetap x keluar. Mama menangis semalaman.

02/11/2011

- 5.30am, kali ini doktor pulak yang culik anak mama untuk ambil bacaan serum bilirubin. Bacaannya semakin tinggi sebab anak mama x menyusu lagi. Photolevel untuk anak mama hanya setakat 175 tapi bacaan SB anak mama adalah 197. Doktor cakap, kalo bacaannya melebihi 200 kena cuci darah sebab takut SB tu naik pergi kepala that can do damage to my son's brain. Mama menangis lagi. 

- 8.00am, doktor pakar membuat pemantauan terhadap pesakit. Turn anak mama, doc cakap kena sambung tiub dari hidung masuk ke perut untuk masukkan susu melalui tiub sebab anak mama masih x pandai menghisap susu. Mama pula kena suruh pam air susu dekat bilik lain. Masa mama pegi pam susu, anak mama pun kena bawa masuk ke dalam bilik yang sama sebab mau masukkan tiub tu. Depan mata mama anak mama tersiksa. Mama menangis lagi.

- Pertama kali pam susu, mama cuma berjaya dapat 40ml saja. Tapi mama tetap bersyukur sekurang-kurangnya anak mama dapat minum susu akhirnya.

03/11/2011

- Rutin macam biasa. Setiap pagi kena ambil bacaan SB. Tapi, ambil tu bukan ambil macam tu saja. Habis tangan anak mama kena cucuk sana sini pakai jarum semata-mata untuk ambil sampel darah.

- Selepas tu, pampers baby kena buka dan timbang. Bagitau baby ada kencing or berak. Berapa kali dia kencing berak. Lepas tu timbang berat badan. Lepas tu gi mandi. Hari kedua anak mama lahir, nurse yang tolong mandikan. Start hari ketiga dan seterusnya mama yang mandikan anak mama.

16/11/2011

- Lega, akhirnya mama dan baby dapat balik ke rumah walaupun berat badan baby naik kepada berat badan semasa lahir dan masih jaundis tapi tetap kena datang untuk temujanji timbang berat dan bacaan SB setiap minggu. Alhamdulillah, selepas sebulan setengah akhirnya anak mama bebas jaundis. Penjelasan dari doktor, prolonged jaundice yang melanda my baby adalah disebabkan fungsi hati yang kurang matang sebab baby lahir pramatang.

01/09/2012

- Anak mama diuji lagi bila doktor sahkan anak mama dijangkiti kuman di paru-paru akibat selsema dan batuk.

- Anak mama dimasukkan di wad kanak-kanak dan dipasangkan oksigen kerana kandungan oksigen dalam badan tidak mencukupi.

- Masa ni mama tengah sarat mengandung adik Icha. Mama terpaksa tidur duduk kerana x bawa tikar.

- Dalam 1 hari anak mama diberikan ubat antibiotik dua jenis, 2 kali sehari. Begitu juga dengan nebulizer, anak mama kena pakai neb 2 kali sehari untuk clearkan kahak dari paru-paru.

06/09/2012

- Anak mama disahkan sudah beransur sihat dan boleh balik rumah. Anak mama dibekalkan dengan 2 botol ubat antibiotik untuk makan di rumah.

30/10/2014

- Mama bawa anak mama pergi ke hospital sebab anak mama diserang selsema dan batuk. Mama mulai risau, sebab doc pernah pesan kalo baby kena selsema or batuk yang teruk cepat-cepat bawa pegi hospital.

- Sampai hospital, dresser cakap macam ada bunyi dekat paru-paru. Suruh refer dengan doktor. Jumpa doktor, doktor cakap it's ok, bunyi x kuat sangat. Doc juz bagi ubat demam sebotol dan ubat antibiotik 2 botol. Alhamdulillah.

01/11/2014

- Esok harijadi anak mama yang ketiga tahun. Mama doakan semoga anak mama dikurniakan kesihatan yang baik, semoga anak mama dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, semoga anak mama membesar dengan baik dan menjadi kebanggaan mama dan papa, semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa dan semoga beroleh limpah kurnia dari Allah SWT. Aminnn...




Pssst : Mama sayang Azrul Ariff Lee @ Chang2...mmuuaahhxx



Hashtag : Hantu Selfie

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

No caption...tengok je la...

#Retrica
#Camera360




Pssst : sila muntah berkati-kati wakakakaka!

Tuesday, October 28, 2014

Segmen Awesome Blogger Bloglist


Segmen Awesome Blogger Bloglist bakal berlangsung dari 24 Oktober 2014 hingga 30 Oktober 2014. Tujuannya untuk mengumpul para blogger untuk disenaraikan dalam bloglist blog ini sambil berblogwalking ke blog para blogger. Semua yang join akan disenaraikan dalam bloglist 'AWESOME BLOGGER'.

Syarat-syarat
  • Follow blog Invisible Note
  • Like facebook Invisible Note
  • Buat entri bertajuk Segmen Awesome Blogger Bloglist
  • Copy coding dalam entri INI dan publishkan
  • Copy URL entry dan pastekan di ruangan komen entry INI
  • Siap

Tambahan (optional)
  • IM baru buat instagram, kepada yang sudi boleh follow instagram invisiblenote

Semua blogger akan disenaraikan dalam bloglist dari bulan November hingga Disember 2014. Senarai peserta segmen juga akan disenaraikan dalam entry selepas tamat tarikh segmen. Berharap mendapat sambutan. Terima kasih semua :)

credit to mialiana.com

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2015) - Season 2

http://www.arepnakbebel.com/2014/10/phewit-nak-join-bloglist.html


Pssst : juz klik banner tu untuk ke blog ArepNakBebel if u wanna join~~~

Monday, October 27, 2014

Di 'Tegur' Di Dalam Mimpi

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Semalam aku mengalami mimpi yang cukup menginsafkan bagi aku la... 

Kononnya ada seorang wanita ni meminta pertolongan dari aku untuk 'menipu' suaminya tentang keberadaannya. Wanita ni tadi baru lepas bercerai dari suamninya tetapi semasa perceraian berlaku kedua-dua mereka x tau yang si isteri (wanita) itu tadi mengandung. 

Setelah itu, apabila wanita itu sudah bersalin, dan si suami dapat tau, si suami ini tadi ingin mengambil anak tersebut daripada wanita itu. Kebetulan, semasa aku melintasi rumah wanita itu, dia memanggilku dan memohon pertolongan dari aku untuk menyamar sebagai penyewa baru di rumah wanita tersebut. Jadi, apabila si suami datang ke rumah wanita itu, aku yang tadinya telah berpakat dengan wanita itu berbohong mengatakan bahawa wanita itu sudah lama tidak tinggal di rumah itu dan akulah penyewa barunya. 

Perkara ini dapat dihidu oleh orang setempat (penduduk yang tinggal berhampiran) kerana merasa hairan dengan kewujudanku di rumah itu. Orang ramai mulai bertanya mengenai hal itu dan aku tanpa sebarang masalah menceritakan dari A-Z mengenai peristiwa itu dan untuk menyedapkan cerita dalam mimpi, aku secara tidak sengaja 'termengumpat' wanita itu dan wanita itu mendengar setiap tutur patah perkataan yang aku ceritakan kepada orang ramai yang ketika itu berkerumun di dalam ruang tamu rumah wanita itu. 

Setelah selesai bercerita, aku masuk ke dalam dan melintasi wanita itu yang sedang meng'iron' baju. Wanita itu terus berkata, "Lain kali jangan sibuk ceritakan hal orang. Ceritakan saja pasal kisah dirimu". Tenang dan mendatar saja nada suara wanita itu tapi terasa sentap di hati. 

Bila aku bangun, aku berfikir dalam-dalam maksud mimpi tu. Mungkin selama ini aku asyik bercerita hal orang yang membawa kepada mengumpat ataupun mencela. Insaf aku. 

Pssst : Jangan main-main dengan mimpi. Kadangkala ada maksud yang tersirat disebaliknya. Wallahualam.

Thursday, October 23, 2014

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ini adalah hari setelah sekian lama aku tidak mempostkan apa-apa di blog kesayanganku ni atas sebab kesibukan bekerja. 

Hanya mau suka-suka menulis sementara mencuri masa sikit (rasa berdosa) time bekerja kerana esok aku bercuti untuk ke kampung halaman my husband. Di sana tiada line telefon mahupun internet so kirim salam saja la k hahahaha...


Pssst : habislah kalo kedapatan hahaha 
 

Thursday, August 21, 2014

Pergi Kursus Awareness Perakaunan Akruan Anjuran KSM di Kuching

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Tajuk sikit punya gempak tapi sebenarnya mau tunjuk gambar saja hahaha...

By the way this is the first time aku hadir kursus seumpamanya...since aku bukan aliran perakaunan, tapi since aku pun pegawai peraku dan juga benda ini pun perlu belajar so aku pegi jugak lah...x payah banyak tanya hokay...meh tengok gambarrrlicious!!!


Temberanglah sangat mau bagi nampak gambar tiket belon...ada aku kesah hahahaha...


See muka eksaited sebab dapat seat tepi tingkap!!!Yay!!!


Tribute to them


The real deal


Yang ini aku terpaksa perah otak untuk recall balik mata pelajaran Prinsip Akaun yang aku pernah belajar time form 4 & form 5 duluuu...


En. Rama yang memang ramah...aku salute beliau sebab fasih berbahasa Melayu Sarawak dan juga Bahasa Iban...kami mintak tolong dengan En. Rama ni untuk hantar kami ke airport kerana banyak 'buahtangan' yang kami bawa dari Kuching


Selfie kenyit tak hengat!!!


Sampai di rumah, anak-anak terus ajak jalan-jalan...layankan sajalah...walaupun penat tapi penat tu hilang bila memandang wajah kesayangan hamba yang dua orang nih...

Pssst : xda cerita pasal akaun pun sebab semuanya ada dalam slide, malas mau cerita di sini hahaha...

Thursday, August 14, 2014

Pengalaman Jadi Panel Penemuduga

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Well hari ini adalah 1st time aku menjadi panel penemuduga untuk kekosongan jawatan untuk Pembantu Tadbir Sambilan (PSH) Azam Kerja bertempat di pejabat kami la...

So...interview start jam 10 pagi la lebih kurang...over all, interview berjalan dengan lancar...ada dalam 23 orang yang mendaftar tetapi hanya 20 orang sahaja yang berjaya di temuduga...yang 3 orang lagi balik. Mungkin sebab tidak tahan menunggu...kan namanya jua temuduga terbuka...all are welcome...tiada tapisan di buat...

So...there is this one candidate that caught my attention when she mentioned about my blog...post yang aku cerita pasal pengalaman kami ke Long Napir untuk bertemu dengan peserta azam kerja...she was excited about the adventure, the challenges yang kitorang lalui semasa itu...

I was quite flattered la ekceli (kambang hedong) kejap sebab ada jugak rupanya orang lain selain my fellow friends yang baca my blog...oh em jiii...

Aku ada tanya kalau2 dia tau sapa punya blog yang dia baca tu...padahal dalam hati, aku wish sangat yang dia sebut noradzwatyrokkafella.blogspot.com hahaha...over x over wakakaka...

By the way...i.hope you will read this...thank you for actually reading my blog and mentioned it to me today...walaupun u x tau yang u berhadapan dgn pemilik blog tu...hewhew (malu2 tucen)...but, thanx again...terasa diri ini lebih berharga...hakhakhakkkk...

But u see, bukan senang tau untuk jadi panel penemuduga...u have to give marks dari penilaian secara luaran dan juga buah fikiran calon...masing-masing ada kelebihan...all i can say is...everyone has done their best...congrats la sebab berjaya hadir untuk ditemuduga...the result will be known soon...

Pssst : crossing finger...if ya know what i mean...

Monday, July 7, 2014

Cakap Salah, Tak Cakap Pun Salah

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Salam Ramadhan. Hari kesembilan hari ini ya. Nombor kegemaranku, no.9.

Well, I have been through this situation. Kind of intensed la jugak. Well, it got me stressed out!

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa ah...dalam hidup ini kita selalu terperangkap dalam situasi ini. Macam tajuk di atas tu. Cakap salah, tak cakap pun salah.

Ada benda yang x betul sedang berlaku di depan mata kita. So, interpretasinya adalah, salah la. Sudah namanya x betul kan.

So, what is our choice sebenarnya? Wether I perlu cakap directly or x? Atau perlu kah sekadar dibiarkan saja?

Kalo ia melibatkan strangers...of koz aku akan pilih x payah cakap la. Annoying kot. Nanti orang plak marah dengan kita.

But what if ia melibatkan orang yang terdekat dengan kita?
Kalo kita cakap nanti, takut tacing lebih...
tapi kalo x cakap benda tu akan melarat-larat...and getting worse!

So, adakah salahku kerana ber'cakap' atau aku perlu zipkan mulut selepas ini?

Pssst : What say you?

Tuesday, July 1, 2014

Presenting!!!My Girlsss...

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
Hari ini hari ketiga berpuasa. Kamurang macamana hehehe...
Ekceli tajuk ini tajuk lama tapi aku tetap mau upkan jugak...baru la havoc!!!
Mbah baeklah...aku mempresentkan my new girls in town...here in Limbang...limited edition!!!
Saranghae!!!


To the left, to the left hahaha...
from the left is Norazalifah aka Nora or Tati (I prefer to call her Nora)
baju cekelat of koz la me...abaikan selipar jipun tu wakakaka
yg ke belakang sikit tu Bryanna Didee aka Didee
yang buat peace tu kak Dayang Marsita or kak Dayang pun boleh Kak Sita pun boleh yeee...


Ini kitorang semasa bertugas jaga booth pameran sempena Pertandingan Mr. Badang Seborneo & JobsMalaysia pada 21 Jun yang lalu...
yang pegang menopod (sengaja typokan) tu of koz yg gojes la...me la wakakaka
yang tutup mulut kompom la Kak Dayang,
yang tudung merah tu Nora
belakang Nora ada Didee...
tapi di belakang Didee tu sapa?
Nora jugak la...tapi Nora Kuasa Dua...
Sebab apa Nora Kuasa Dua?
Sebab tu adik kembar dia hahaha
Norahafifah aka Adik


Pssst : Abaikan wajah-wajah super chomel kami ye wakakakaka...peace out!


Tuesday, June 10, 2014

Only A Short Writing

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia,

It's been a while since I last wrote in my blog. I've been busy all the time with work, family and myself. Sigh!

But, I think...errr...sambung ke BM hahaha...akan datang aku akan pastikan aku akan tulis apa saja even post sekeping gambar pun cukuplah asalkan ada post dekat sini. Sekian, terima kasih.

Pssst : jangan banyak bunyi lagi sana...pi buat kerja cepat!

Saturday, May 10, 2014

Mama

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Biarlah gambar sahaja yang berbicara.



screenshot from my hp


Saya pada hari Jumaat


The iron lady aka my mom ♥

Pssst : mari kita doakan kesejahteraan ibu masing-masing x kira untuk yang masih hidup mahupun yang sudah tiada. Semoga semua ibu di dunia ini beroleh kesejahteraan yang berterusan. Aminnn...

Tuesday, March 4, 2014

Overprotective!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Sejak aku jadi mama ni, aku jadi terlalu overprotective dalam segala hal. Itu x boleh, ini x boleh. Ini x baik untuk bla bla bla...semua la...lebih-lebih lagi bila melibatkan my two precious children.



Bila aku terbaca status dari Saiful Nang ini, aku agak tersentap sikit la hehe...

Bila kita kaya, kita mula manjakan anak dengan macam-macam benda kerana dulu-dulu kita susah, maka kita tak mahu anak-anak juga susah. Dulu-dulu kita perit nak bangunkan perniagaan yang kini dah jadi juta-jutaan. Maka, kemahuan anak-anak semua dimewah-mewahkan. 

Sampai masa, mereka mengeluh mengapa anak mereka tidak sebijak mereka? 

(diam)

Pasal dulu mereka pandai kerana mereka hidup dengan cabaran bukannya main petik sahaja barang boleh mari. Jangan pula suruh anak jalan kaki pergi sekolah kerana mereka jalan kaki ke sekolah dulu-dulu. Bijaklah sikit…berikan cabaran kepada mereka melebihi mereka tercabar bermain Angry Birds dan Flappy Birds. 

Goddit?

SAIFUL NANG
Bekas Orang Susah


Pada pendapatku la kan, ada benarnya kata-kata SN ni...aku bukan kaya, aku cuma kuli-kuli kerajaan saja...pendapatan pun so-so...sejarah hidup aku pula, aku anak keempat dari 5 beradik...bapa dulu kerja sebagai anggota polis, pencen pada pangkat kopral tahun 2004...my mom? Surirumah fulltime...

Sebenarnya aku pernah bertanggapan begini, dulu aku sudah merasa hidup susah, so kenapa mau anak-anak pun merasa apa yang aku rasa dulu? My childhood time tidaklah seperti anak-anak orang lain pada masa itu. Aku belajar masak sendiri pada usia 10 tahun. Kakak-kakak aku yang sulung dan yang no2 sudah berkahwin dan tinggal dengan mertua masing-masing. Kakak yang no3 masih sekolah pada masa itu dan tinggal di asrama. Yang tinggal cuma aku, adik aku, mak dan bapa. Bapa jarang ada di rumah sebab bertugas di luar dari stesen demi menjaga keamanan sejagat. My mom pula, berkebun dan bertanam padi demi membantu sara hidup keluarga. Aku? Selepas pulang dari sekolah kadang-kadang direct ke ladang sawah padi milik my mom sebab di rumah memang tiada orang. Adakala aku malas ke ladang, aku terus balik rumah. Tapi, ketiadaan my mom di rumah means, tiada orang akan masak untuk aku. Dari situ, aku belajar masak sendiri. Hanya untuk isi perut sendiri sementara menunggu my mom dan adik balik dari ladang.

Back to the future, sekarang aku punya dua orang cahaya mata. Aku memang sayang sangat dengan dorang. Aku x mau perkara yang buruk terjadi terhadap dorang. Misalkata terjadi sesuatu, aku mesti akan break down. Mungkin itu naluri keibuan aku la.

Tapi, bila aku bandingkan kehidupan aku dulu dan sekarang, tidak kurang jauh bezanya. Cuma, aku tidaklah bersawah padi. Aku kerja di federal. So faham-fahamlah. Gaji yang ada pun cukup untuk makan pakai. Cukup untuk aku besarkan anak-anak aku. Dalam masa yang sama, aku bersyukur kerana aku tidak dimewah-mewahkan kerana aku sendiri tidak suka bermewah-mewah.

Aku tidak punya barang kemas. Aku hanya punya cincin perkahwinan yang dibeli di Zhulian. Harga memang murahlah. Kurang dari RM100. Bukan sebab suamiku x mampu membelikan aku cincin emas. Tapi, disebabkan aku alergik dengan barang kemas terutama emas, makanya aku x mau pakai emas dan barang kemas yang lain. Bagus juga untuk mendidik diri agar tidak bermewah-mewah. Untuk apa beli emas kalau langsung tidak boleh pakai kan? Membazir saja. Lagipun bagi aku cinta tidak boleh diukur dengan material. Cinta itu diukur dengan kesetiaan dan kejujuran pasangan kita.

So, berbalik kepada hal anak-anak. Sekarang aku menjalankan method pembelajaran secara amali. Bila aku masak, aku akan dukung anak-anak secara bergilir-gilir untuk bagi dorang tengok macamana rupanya orang sedang memasak. Apa yang dimasak, bagaimana rasa masakan itu.

Untuk pembelajaran kendiri, aku bagi dorang rasai pengalaman pahit dulu. Seperti, bagaimana peritnya jatuh selepas main basikal dengan cara berbahaya walaupun sudah dilarang. Bila sudah kena, aku pasti akan suruh dorang buat balik perkara yang sama. Dan resultnya, anak-anak belajar yang perkara itu menyakitkan dan tidak perlu berulang. So, dorang takkan buat balik la.

Aku pun mau jadi parents yang tidak akan memanja-manjakan sangat anak-anak dengan material. Sekarang ini pun aku tidak berapa benarkan anak leka dengan gajet. Aku mau anak-anakku explore dunia luar beserta cabaran-cabarannya. Biar mereka punya jati diri.

So, kesimpulannya, manjakan anak biar berpada-pada. Jangan keluarkan kata-kata sesal di kemudian hari kerana kita terlalu memanjakan mereka sedari kecil.

Pssst : menjadi ibu bapa di zaman sekarang semakin kuat cabarannya. Semoga aku boleh!


Suara Yang Tidak Terdengarkan

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Pernahkah anda merasakan dalam kehidupan harian anda yang kelihatan normal, suara anda hampir-hampir tidak didengari?

Atau perkara ini berlaku pada setiap hari?

Anyone?

Sebenarnya aku emosi bila tengok video klip lagu Ning Baizura - Bukan Wanita Sempurna. Dan lagi aku teremosi selepas tengok movie Mama kemarin. Emosi terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Hebak bukan hahaha...

Kawan aku cakap, aku kalo x meroyan sehari memang x sah. Tu kawan aku cakap la. Tapi, aku meroyan aku x cakap directly dari mulut, aku luahkan perasaan secara menulis. Tulislah di mana-manapun, fb, wechat, blog dan lain-lain. Boleh jadi aku menulis di cebisan kertas recycle, pastu aku buang. Release jugak tension hahaha...

Anyhow, aku mau share lirik lagu Ning tu...video klipnya tu kan bikin kesian...Ning dapat suami yang gay hewhew...

Hati diam membisu
Menduga mencari tahu
Ada apakah denganmu

Hati makin curiga
Mendengar sebuah cerita
Ada apa kau dengannya

Aku bukan wanita sempurna
Aku pastilah ada kurangnya
Tapi ku setia
Tak mencuba ke lain hati

Aku merasa dia curang
Aku merasa ditiadakan
Aku sakit hati
Sakitnya setengah mati
Jangan anggap cintaku tiada

Pssst : lagu ni tiba-tiba aku suka sebab dia OST drama Romi Cinta Julia :D

Tuesday, February 25, 2014

Kejadian Kemarin...Kes Langgar Melanggar...Ngeri

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!


So, this is what happened to me yesterday...to make it detail let me get the story straight...

Aku kuar dari rumah jam 745am...standard la tu...10 minit memang kompom sampai di opis...so, dengan kelajuan 100km/j aku membelah jalanraya...ini gambar jalanraya yang memang hari-hari aku guna pergi dan balik dari tempat kerja...jalan 7th Mile Round...


FYI la kan...jarak rumahku ke tempat kerja lebih kurang 8km la lebih kurang...kalo aku laju aku boleh sampai ke opis dalam 7 or 8 minit...tapi kalo aku dengan kelajuan biasa boleh sampai dalam 10 minit la...tapi aku x pernah melebihi 100km/j...takut jugak wei...aku kan pemandu berhemah hehe...

So bila aku sampai ke area pembinaan di tepi jalan atas bukit sikit aku memang sudah nampak ada sebuah lori angkut tanah sedang beroperasi di situ...area pembinaan tu actually dorang tengah korek tanah atas bukit tu mungkin untuk diratakan or apa aku pun x pasti...tapi yang pastinya memang sudah lama la dorang buat construction dekat situ...so, lori-lori tu akan angkut tanah dari bukit tu dan dihantar ke tepi jalan untuk ditambak di situ...


Nampak kan ada papan tanda di depan tu...sorry gambar blur sebab aku baru tangkap gambar ni pagi tadi sambil deraibing 40km/j...depan tu papan tanda SLOW, depan sikit lagi tu papan tanda PEMBINAAN DI HADAPAN 500M...yang aku tanda bulat merah dan ada anak panah tu la kejadian kemalangan tu berlaku...

Mula-mula aku sudah nampak lori tu dari jauh so aku perlahankan kelajuanlah...lori tu mau buat pusingan sebab dia sudah selesai angkut tanah ke tepi jalan sebelah kiri (rujuk gambar)...so, lori kan panjang, dia memang akan makan jalan punya...sebab itu aku selow untuk bagi laluan kepada lori tu untuk buat pusingan...aku berenti kan kereta aku selepas papan tanda kedua tu...

Tiba-tiba aku nampak ada seorang motorist tu menonong jak mau limpas di depan lori tu...aku assume yang pemandu lori tu nampak motorist tu...tapi sebenarnya tidak dan berlakulah perlanggaran...aku ada buat rough sketch la macamana kejadian tu boleh berlaku...


Lori tu still bergerak perlahan sebab mau buat pusingan...the motorist, pada pendapat aku la...dia ingat dia dapat melepasi kepala lori tu...anak panah yang aku lukis tu adalah pendapat aku sebagai motorist tu...aku ingat dia akan membuat belokan sedikit untuk mengelak daripada bertembung dengan kepala lori tu...tapi sangkaanku meleset sama sekali bila motorist tu jalan lurus sahaja...dan akibatnya kepala motorist tu terkena di bumper besi lori tu...terbang helmetnya time tu...aku yang dalam kereta ni berteriak...pastu aku pun berfikir sama ada mau pusing balik dan ikut jalan lain or x...tapi bila aku nampak pekerja-pekerja construction tu bergegas ke tempat kejadian dan driver lori tu pun turun juga untuk membantu motorist tu...aku x jadi buat pusingan...

So aku mendekati kawasan kemalangan tu dan bertanya kepada pekerja-pekerja construction tu...aku tanya "ok ka?"...dorang x sempat jawab sebab bila aku tengok motorist tu x boleh berdiri sendiri, memang dia dalam kesakitan yang amat dan seluarnya koyak dari celah kangkang sampai ke lutut...begitu kuat sekali impak langgaran...terus aku cakap dekat pekerja-pekerja construction tu untuk masukkan dia ke dalam kereta ku untuk di hantar ke hospital...mula-mula aku suh salah seorang pekerja tu untuk ikut sekali temankan motorist tu pegi hospital...tapi rupanya dia x ikut...mati-mati aku ingat pekerja tu sudah masuk dalam kereta...aku pun panik la juga masa tu, mana lagi risaukan keadaan motorist tu...so aku x lagi toleh-toleh ke belakang dan terus memandu ke hospital...patutlah aku tanya itu ini xda orang jawab...rupanya aku berdua dengan motorist tu saja...

Sampai di Hospital Limbang, aku terus ke Jabatan Kecemasan...tapi mengecewakan bila tiada seorang pun attendant hospital atau nurse yang ada di kaunter pendaftaran...aku masuk ke dalam ruangan menunggu pun tiada orang...last-last aku pegi ambil kerusi roda yang ada disediakan di luar hospital tu bawak ke kereta ku...satu hal lagi ada plak kereta menunggu di belakang kereta ku...sudahlah aku sorang jak masa tu...sebab aku ingat pekerja tu ada ikut sekali, so kononnya ada la nanti orang boleh tolong aku untuk uruskan motorist tu...tapi aku kena urus sendiri...mujur ada sorang pakcik keluar dari pintu Jabatan Kecemasan tu, aku minta tolong pakcik tu untuk alihkan kereta aku sebab ada kereta lain mau lalu...aku terus tolak motorist tu masuk ke dalam Jabatan Kecemasan...aku buka pintu untuk masuk ke kawasan katil wad kecemasan, di situ baru ada nurse berkumpul...aku x peduli, aku teriak saja "Nurse!!!Tolong dulu!!!Ada orang accident ni!!!" hah! baru la dorang berbondong-bondong datang ambil motorist tu untuk dirawat...pergh! naik darah aku sekejap...

Selepas tu ada sorang pemuda mendekati aku...dia cakap dia kenal dengan motorist tu...aku pun cerita balik la kejadian yang berlaku...x lama kemudian, aku pun minta diri untuk ke opis (aku sudah lewat, sepatutnya masuk kerja jam 8am)...bila aku ke kereta, ada seorang pakcik dan seorang perempuan muda datang dengan cemas, pemuda tu cakap itu bapa dan adik kepada motorist...so, aku cakap ok la...pemuda tu pulak yang bagitau bapa motorist tu bahawa aku yang hantar motorist tu ke hospital...bapa motorist tu terus jumpa aku dan ucap terima kasih...aku pulak masih blur, panik dan cemas lagi masa tu...tapi aku anggukan kepala la juga...

Aku masuk dalam kereta, start enjin...tiba-tiba aku rasa kaki dan tangan aku lemah longlai...bergegar-gegar tangan aku masa tu...masa tu baru aku perasan aku sebenarnya ketakutan dengan apa yang aku saksikan tu...sampai tengahari kemarin barulah ada reda sedikit perasaan trauma aku tu...

And it makes me wonder...what will happen if it happens to me?

And this is what I see today in my car...


Itu pun husband aku yang tegur selepas dia panaskan enjin kereta pagi tadi...sebab kemarin seharian aku busy...lepas sampai di opis pagi tu kami ada meeting sekejap lepas tu jamuan farewell untuk ketua pejabat kami yang akan berpindah ke Bintulu dan petang tu kami keluar untuk bertemu dengan peserta Azam Kerja ikut kereta pejabat...petang tu pulak, sampai jak di rumah aku terus park kereta macam tu saja tanpa sempat meninjau apa yang ada di dalam kereta...

Apa yang terjadi kemarin tu menginsafkan aku...sentiasa berhati-hati di jalanraya...

Pssst : masak la husband aku cuci kereta ni nanti...erk

Tuesday, February 11, 2014

Harijadi Blogku Sudah Kelimpasan 2 Minggu



Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku rasa sangat bersalah dengan blog kesayangku ni. Selalu terabai sampaikan birthday blog pun aku lupa! 2 minggu sudah berlalu pun huhuhu...


Happy belated birthday to my blog. Sudah 4 tahun kan. Macam-macam isi di dalam ni. Arghhh!!! Time flies so fast~~~

Aku x berjanji apa-apa, but I'll make sure this blog wouldn't be empty. Really.

Pssst : Dah sarapan ke belum???





Thursday, January 30, 2014

Rasa Ini Siapa Tau


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Tiba-tiba terflashback lagu Judika - Aku Yang Tersakiti oh miau...

Urghhh!!!

Nyebelin!!! Aku mau pinjam sajak si Cinta dalam Ada Apa Dengan Cinta

Ku lari ke hutan 
Kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai 
Kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci

Aku mahu bingar…aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya 
Biar ramai..biar mengaduh sampai gaduh
Aihh..ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya 
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?


Pssst : emo x tentu pasal sebab bukan pasal period...sebab x tidur malam!


Thursday, January 16, 2014

Emosi Itu Sesuatu Yang Bahaya Dan Perlu Dijaga Sebaiknya

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Ok kali ini aku sangat marah! Sangat! Ya. Marah itu adalah emosi. Tapi, how to take control of it?



*Curi gambar dari Encik Google*

So, berbalik kepada tadi. Aku ada kawan. Bukan rapat. Tapi bolehlah. Sejak akhir-akhir ni kami sering berbalas komen, inbox di FB or WeChat. And yes she is a female. So, we talked about life, love and future. Cuma, akhir-akhir ni juga perbualan kami jadi serius di mana kami menghadapi masalah yang lebih kurang sama, yang menyebabkan kami stress.

Aku tamo cerita la apa masalah kami berdua tu. Cuma, cukup aku katakan emosi aku selalu berubah-ubah. Perempuan. Biarpun aku belum period lagi (sebab amik suntikan perancang yang menyebabkan aku x period), tetapi hormon tetap berubah-ubah ikut suasana.

So, kami sharing our emotion. I cry, she cried too. But, pity her. Her problem is worse than mine. Tapi, x apa la. Aku sempat pesan dengan dia kita ada Tuhan masing-masing (she's non muslim), so believe in our Almighty. Pasti akan ada hikmahnya. Kesian. I tried everything I could do to help her, I thought I was the only one yang terlalu banyak masalah, tapi ada orang lain lagi teruk masalah dorang.

Pengajaran yang aku dapat, menangis adalah terapi yang baik untuk meluahkan segala emosi yang ada. Daripada dipendam, nanti akan jadi bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa.

Pssst : Guys, please stop making us (girls) cries a lot. Thanx!