Showing posts with label meroyan. Show all posts
Showing posts with label meroyan. Show all posts

Thursday, September 29, 2016

Dua Bulan Tak Hapdet Apa2!!! Entri Ini Untuk Jot Down Perkara Yang Berlaku Selama Dua Bulan Itu

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Maaf. Lama tak jenguk blog dek kerana kesibukan hakiki dan kehidupan seharian. Aku makin bz la sekarang ni huhu~~~

Latest entri haritu 26.07.2016 kan? Hari ni dah 28.09.2016~Sigh!

Baek. Ini list aktiviti aku sepanjang tempoh dua bulan.

1. Awal bulan macam biasa bz dengan laporan-laporan yang perlu di send ke HQ. Wajiblah. Plus kerja hakiki dan bisnes sampingan. Aku dah officially join #ProjekSTG under #ElitKingdom punya group. Tau tak apa tu? By the way, officially jadi member pada 30.06.2016. Tapi, betul-betul serius dengan bisnes tu bermula awal bulan 8 ni la hahaha. Nanti cerita.

2. Pertengahan bulan 8 hari tu dah mulai bz attend meeting sana-sini for so many events. Resulting 3 consecutive of no rest on weekends. Faham tak? Ok. Lihat point no. 3.

3. 19.08.2016 (Jumaat) - Outstesen ke Bintulu untuk Program Kembara Kerjaya Peringkat Negeri Sarawak. Singgah di Miri untuk pick-up rakan sejabatan sebab kitorang konvoi guna kenderaan Jabatan. From Limbang 8.00am sharp, sampai Bintulu 5.05pm. Nampak tak perjalanannya makan masa working hours.

4. 20.08.2016 (Sabtu) - Kitorang mula bertugas membuat persiapan seawal 9.00am dimulakan dengan taklimat petugas. Turun ke Dewan Suarah Bintulu untuk preparation sampai hampir 12.00 tengah malam. Dalam masa yang sama, masa itu juga match Datuk Lee Chong Wei vs Chen Long time sukan Olimpik Rio. Kitorang buka Youtube Live & pasang dekat dewan guna projector. Ramai-ramai tengok match tu. Walaupun DLCW kalah tapi still menyumbangkan pingat.

5. 21.08.2016 (Ahad) - Program start. Kitorang bertugas non-stop sampai pukul 5.45pm (sebab ada catat dalam senarai kehadiran). Balik hotel dengan muka penat. Plus masa tu nak demam. Heartbeat laju je huhuhu.

6. 22.08.2016 (Isnin) - Perjalanan balik ke Limbang. Of koz kena singgah Miri untuk turunkan penumpang pulak hahaha. Esoknya, terus turun kerja seperti biasa walaupun penat masih bersisa.

7. 25.08.2016 (Khamis) - Conducting Financial Literacy Education Programme untuk peserta AZAM Kerja.

8. 27.08.2016 (Sabtu) - 31.08.2016 (Rabu) - Bertugas buka booth pameran Jabatan sempena Program Mobile Community Centre (Mobile CTC) anjuran bersama Pejabat Residen Limbang dan Jabatan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS) dekat Dataran Jubli Emas, Limbang.

9. 29.08.2016 (Isnin) - Menyampaikan ceramah kerjaya kepada pelajar sekolah menengah dalam program yang sama iaitu Mobile CTC. Nerves, terharu dan macam-macam perasaan. Nah aku belanja gambar sekeping time hari kejadian. Ambil dari my IG.

IG

Kelik gambar tu boleh pergi direct ke akaun IG ahkak ye hehehe...

10. 03.09.2016 (Sabtu) - 04.09.2016 (Ahad) - Buka booth pameran Jabatan di Karnival Ju Berambeh & Sempena Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadi, Kampung Pahlawan, Limbang.

11. 09.09.2016 (Jumaat) - SAYA DENGAN RASMINYA BERUSIA 31 TAHUN HAHAHA!!!

12. 10.09.2016 (Sabtu) - Program Bicara Ilmu disampaikan oleh Datuk Ustaz Kazim Elias di Dewan Bunga Raya Limbang.

>>>SAMBUNGAN HARI INI 29.09.2016<<<

13. 30.09.2016 (Jumaat) - 01.09.2016 (Sabtu) - Pergi Long Napir bersama konvoi Pejabat Residen Limbang dan pelbagai agensi kerajaan yang lain untuk Program Pembasmian Kemiskinan Focus Group Kampung Bahagia, Long Napir. Last time pergi Long Napir, Oktober 2013. Dah 3 tahun. Rindu gak nak pegi sini lagi. Aku ada entri berkaitan Long Napir. Korang korek je la Arkib 2013 bulan Oktober hihihi...

Kooo...gigih ahkak menaip entri ni. Sampai dua hari kooo...nampak tak betapa bz nya ahkak lately huhuhu... Nak nangis bawa meja kerja jap T_T

So, itulah antara rentetan perjalanan ahkak sepanjang dua bulan yang ahkak menyepi seribu bahasa...

Harap korang tak serik nak menjenguk blog ahkak ni ye...

Kbai. Assalamualaikum.




Tuesday, April 5, 2016

Kecelaruan Minda!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Terus-terang aku katakan aku mengalami kecelaruan minda sejak akhir-akhir ini. Dah tak tau nak bahagi-bahagikan badan. Mana sibuk dengan tugas hakiki, mana sibuk nak handle business, mana sibuk nak manage rumahtangga.

Penat!

Memang penat. Tapi aku yakin aku pasti boleh. Cuma hari ini aku memang sangat teruk punya kecelaruan minda. Minggu ni memang minggu busy untuk buat report walaupun minggu lalu aku kerja dari jam 8.30 pagi hingga ke 9.30 malam pada hari Khamis, 8.30 pagi hingga 10.30 malam hari Jumaat, 9.30 pagi hingga 10.30 malam hari Sabtu dan 9.30 pagi hingga jam 6.30 petang hari Ahad. Semua gara-gara program besar yang diadakan di daerah Limbang ini iaitu Sejiwa Senada Limbang yang dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Fuh!

Hari Isnin dah masuk kerja balik to normal hours (8.30 pagi - 5.30 petang). Hari ini masih sibuk dengan nak buat report sebab hari ini dateline! Dengan LMD yang error dari semalam, aku tak dapat nak buat apa. Sebab most report kena generate from LMD then compile dalam Excel kemudian barulah boleh dihantar ke Ibu Pejabat. Sigh~~~

Demi kerana ingin meleraikan kecelaruan yang ada, maka aku membebel di entri ini. Mahapkan saya ye~~~

Sekian.

Saturday, October 31, 2015

31.10.2105 - 12.36am - 99% Battery Tab

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

I kenot selip.
Tadi layan movie Fantastic Four dengan anak-anak, lepas Mr. AIL balik dari memancing, kami movie marathon tengok Pitch Perfect 1 & 2...

Tapi, apa aku buat di tengah2 malam macam ni masih belum tidur?

Maybe aku berfikir. Maybe aku susah hati. Kusut memikir masa depan. Sebenarnya aku paling risau pasal anak-anak la. Tahun depan dorang masuk sekolah sudah. Aku dah daftarkan Chang2 & Adik Icha masuk Tabika Perpaduan. Walaupun tahun depan Adik Icha baru masuk 4 tahun, Tabika Perpaduan boleh terima dia sebagai murid.

Aku saja bagi Chang2 & Adik Icha masuk sekolah sama-sama sebab bagi aku dorang tidak boleh dipisahkan. Macam kembar walaupun bukan. Chang2 dengan Adik Icha beza 11 bulan 13 hari saja. And suprisingly, esok 01.11.2015 Chang2 will be 4 years old!!!Yay!!!

Am I overthinking? Or am I overprotecting? Hurm...

Mudah-mudahanlah segala urusanku dipermudahkan dan semoga anak-anakku dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Aku hanya mampu berserah.

Friday, October 23, 2015

Hey!!! Apa2an nih?! Hari Meroyan Sedunia!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku sebenarnya sudah lama mau meroyan dalam blogku ni since aku sudah x dapat meroyan dalam FB, IG, WeChat and whatsoever it isss...

Orang sebenarnya hanya tahu melihat, mendengar tapi x tahu merasa...

Semalam, En. AIL bagitau, ada makcik tegur dia macam ni...

Makcik : Apesal la ko 'kurung' anak2 ko dekat dalam rumah? Bawak la dorang keluar sekali-sekala. Ini malar terkurung saja...

En. AIL : Jerebu.

Perbualan mati di situ sahaja.

Well, aku yang mendengar ni pun panas hati jugak...so, boleh saya elaborate kan my kepanasan hati tu ke?

Orang sebenarnya hanya tahu melihat, mendengar tapi x tahu merasa...

Ayat pertanyaan : Apesal la ko 'kurung' anak2 ko dekat dalam rumah? Bawak la dorang keluar sekali-sekala. Ini malar terkurung saja...

Ayat jawapan :
Jerebu beb. Aku bukan saja2 mau 'kurung' anak aku dekat dalam rumah.
Kalo anak aku sakit, aku x panggil ko untuk bawa anak aku pegi spital.
Kalo anak aku sakit, aku pegi hantar dia pegi spital pakai kereta aku sendiri.

Orang x tahu, kalo anak2 aku sakit, aku yang susah.
Orang x tahu, kalo anak2 aku sakit, aku yang derita.
Orang x tahu, kalo anak2 aku sakit, aku pun sakit.
Orang x tahu, kalo anak2 aku sakit, aku x suka menyusahkan orang. Selagi aku boleh tahan/redha/hadap, aku bolos saja dinding itu.
Jadi, kalo ko x tahu baik diam sajalah. Aku siram ko pakai sambal lada karang, baru ko x tahu kan?!

Sekian sahaja sesi meroyan untuk kali ini.

Sayang yang menurut perintah.

Tuesday, March 4, 2014

Suara Yang Tidak Terdengarkan

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Pernahkah anda merasakan dalam kehidupan harian anda yang kelihatan normal, suara anda hampir-hampir tidak didengari?

Atau perkara ini berlaku pada setiap hari?

Anyone?

Sebenarnya aku emosi bila tengok video klip lagu Ning Baizura - Bukan Wanita Sempurna. Dan lagi aku teremosi selepas tengok movie Mama kemarin. Emosi terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Hebak bukan hahaha...

Kawan aku cakap, aku kalo x meroyan sehari memang x sah. Tu kawan aku cakap la. Tapi, aku meroyan aku x cakap directly dari mulut, aku luahkan perasaan secara menulis. Tulislah di mana-manapun, fb, wechat, blog dan lain-lain. Boleh jadi aku menulis di cebisan kertas recycle, pastu aku buang. Release jugak tension hahaha...

Anyhow, aku mau share lirik lagu Ning tu...video klipnya tu kan bikin kesian...Ning dapat suami yang gay hewhew...

Hati diam membisu
Menduga mencari tahu
Ada apakah denganmu

Hati makin curiga
Mendengar sebuah cerita
Ada apa kau dengannya

Aku bukan wanita sempurna
Aku pastilah ada kurangnya
Tapi ku setia
Tak mencuba ke lain hati

Aku merasa dia curang
Aku merasa ditiadakan
Aku sakit hati
Sakitnya setengah mati
Jangan anggap cintaku tiada

Pssst : lagu ni tiba-tiba aku suka sebab dia OST drama Romi Cinta Julia :D