Showing posts with label Update. Show all posts
Showing posts with label Update. Show all posts

Thursday, September 29, 2016

Dua Bulan Tak Hapdet Apa2!!! Entri Ini Untuk Jot Down Perkara Yang Berlaku Selama Dua Bulan Itu

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Maaf. Lama tak jenguk blog dek kerana kesibukan hakiki dan kehidupan seharian. Aku makin bz la sekarang ni huhu~~~

Latest entri haritu 26.07.2016 kan? Hari ni dah 28.09.2016~Sigh!

Baek. Ini list aktiviti aku sepanjang tempoh dua bulan.

1. Awal bulan macam biasa bz dengan laporan-laporan yang perlu di send ke HQ. Wajiblah. Plus kerja hakiki dan bisnes sampingan. Aku dah officially join #ProjekSTG under #ElitKingdom punya group. Tau tak apa tu? By the way, officially jadi member pada 30.06.2016. Tapi, betul-betul serius dengan bisnes tu bermula awal bulan 8 ni la hahaha. Nanti cerita.

2. Pertengahan bulan 8 hari tu dah mulai bz attend meeting sana-sini for so many events. Resulting 3 consecutive of no rest on weekends. Faham tak? Ok. Lihat point no. 3.

3. 19.08.2016 (Jumaat) - Outstesen ke Bintulu untuk Program Kembara Kerjaya Peringkat Negeri Sarawak. Singgah di Miri untuk pick-up rakan sejabatan sebab kitorang konvoi guna kenderaan Jabatan. From Limbang 8.00am sharp, sampai Bintulu 5.05pm. Nampak tak perjalanannya makan masa working hours.

4. 20.08.2016 (Sabtu) - Kitorang mula bertugas membuat persiapan seawal 9.00am dimulakan dengan taklimat petugas. Turun ke Dewan Suarah Bintulu untuk preparation sampai hampir 12.00 tengah malam. Dalam masa yang sama, masa itu juga match Datuk Lee Chong Wei vs Chen Long time sukan Olimpik Rio. Kitorang buka Youtube Live & pasang dekat dewan guna projector. Ramai-ramai tengok match tu. Walaupun DLCW kalah tapi still menyumbangkan pingat.

5. 21.08.2016 (Ahad) - Program start. Kitorang bertugas non-stop sampai pukul 5.45pm (sebab ada catat dalam senarai kehadiran). Balik hotel dengan muka penat. Plus masa tu nak demam. Heartbeat laju je huhuhu.

6. 22.08.2016 (Isnin) - Perjalanan balik ke Limbang. Of koz kena singgah Miri untuk turunkan penumpang pulak hahaha. Esoknya, terus turun kerja seperti biasa walaupun penat masih bersisa.

7. 25.08.2016 (Khamis) - Conducting Financial Literacy Education Programme untuk peserta AZAM Kerja.

8. 27.08.2016 (Sabtu) - 31.08.2016 (Rabu) - Bertugas buka booth pameran Jabatan sempena Program Mobile Community Centre (Mobile CTC) anjuran bersama Pejabat Residen Limbang dan Jabatan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS) dekat Dataran Jubli Emas, Limbang.

9. 29.08.2016 (Isnin) - Menyampaikan ceramah kerjaya kepada pelajar sekolah menengah dalam program yang sama iaitu Mobile CTC. Nerves, terharu dan macam-macam perasaan. Nah aku belanja gambar sekeping time hari kejadian. Ambil dari my IG.

IG

Kelik gambar tu boleh pergi direct ke akaun IG ahkak ye hehehe...

10. 03.09.2016 (Sabtu) - 04.09.2016 (Ahad) - Buka booth pameran Jabatan di Karnival Ju Berambeh & Sempena Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadi, Kampung Pahlawan, Limbang.

11. 09.09.2016 (Jumaat) - SAYA DENGAN RASMINYA BERUSIA 31 TAHUN HAHAHA!!!

12. 10.09.2016 (Sabtu) - Program Bicara Ilmu disampaikan oleh Datuk Ustaz Kazim Elias di Dewan Bunga Raya Limbang.

>>>SAMBUNGAN HARI INI 29.09.2016<<<

13. 30.09.2016 (Jumaat) - 01.09.2016 (Sabtu) - Pergi Long Napir bersama konvoi Pejabat Residen Limbang dan pelbagai agensi kerajaan yang lain untuk Program Pembasmian Kemiskinan Focus Group Kampung Bahagia, Long Napir. Last time pergi Long Napir, Oktober 2013. Dah 3 tahun. Rindu gak nak pegi sini lagi. Aku ada entri berkaitan Long Napir. Korang korek je la Arkib 2013 bulan Oktober hihihi...

Kooo...gigih ahkak menaip entri ni. Sampai dua hari kooo...nampak tak betapa bz nya ahkak lately huhuhu... Nak nangis bawa meja kerja jap T_T

So, itulah antara rentetan perjalanan ahkak sepanjang dua bulan yang ahkak menyepi seribu bahasa...

Harap korang tak serik nak menjenguk blog ahkak ni ye...

Kbai. Assalamualaikum.




Monday, February 1, 2016

Assalamualaikum Salam Sejahtera Kepada Anda Semua Semoga Bahagia!!!

Assalamualaikum Salam Sejahtera Kepada Anda Semua Semoga Bahagia!!!

Haaa...tajuk entri kali ni merupakan ucapan salam yang aku selalu taip pada setiap entri aku. Sebagai pembuka katalah kiranya. Tapi, kalo korang perasan kata salam ini sebenarnya aku ambil dari lirik lagu Assalamualaikum dari Kumpulan Rabbani.

Mula-mula dulu aku tak terfikir tau. Kadang-kadang main taip je entri tanpa ada kata-kata salam. Aku pun tak ingat sejak bila aku start mulakan kata salam tu.

Tapi, aku ingat juga antara sebabnya ialah bila aku mula follow blog Maria Elena, dia selalu taip, Assalamualaikum, tak jawab dosa, kalo jawab sayang. So, mungkin la dari situ aku terus terfikir nak letak kata salam.

Lepas tu, salah satu penyebabnya adalah aku sentiasa teringat dekat classmate aku yang bernama Norizah. Dia ni sikit lagi jadi pangkat mak mertua aku disebabkan dulu aku bertunang dengan anakbuah dia. Ye la, dah dia bersepupu dengan abah kepada ex-tunang aku, so memang jatuh pangkat jadi mertualah padahal kitorang sama umur dan sama kelas kot hahaha...

Kawan aku ni memang gila-gila. Aku memang takde kawan yang bajet tak gila hahaha...sebab aku sendiri pun memang gila. Setiap pagi, asal dia mula melangkah kaki untuk masuk ke dalam kelas memang dia akan bagi salam dekat semua orang sambil nyanyi lagu ni kuat-kuat. Biar satu kelas dengar katanya. Dah la kelas kitorang tu semua perempuan, dah nama juga SMK. Perempuan kan hehe...Kadang-kadang cikgu dekat bawah pun selalu tegur dia sebab suka bagi salam kuat-kuat hahaha...

Tetiba rindu dengan zaman sekolah. Dah 11 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan. Last tingkatan 6 atas pada tahun 2004. Tahun 2005 aku jadi penganggur sejati. Selepas 3 tahun menanam jagung dekat kampung dan berkelana sana-sini dengan pelbagai jenis pekerjaan,17 Mac 2008 barulah aku berjaya diterima sebagai penjawat awam.

Nostalgia sungguh.

Nostalgia, nostalgia jugak. Aku sebenarnya dah terkena Monday Blues, tapi memandangkan hari ini dah 01hb maka aku dengan rasminya sibuk dengan persediaan membuat laporan bulanan untuk dihantar ke Ibu Pejabat. Tapi, sekarang ni aku masih lagi struggle untuk menyiapkan task untuk mengemaskini data peserta Azam Kerja yang ditugaskan oleh pihak Ibu Pejabat. Bukan sikit nak update wooo...data 66 orang peserta tuuu...Jumaat lepas aku sempat update data sehingga 38 orang sahaja memandangkan server jadi slow. Nasib baik dari pagi Jumaat tu aku dah dapat update data seramai 25 orang peserta. Sebelah petang aku cuma dapat update data untuk 13 orang lagi. So, total memang 38 la.

Hari ini aku kena siapkan baki data untuk 28 orang peserta lagi. Dari jam 10.00 pagi tadi aku dah siapkan sebanyak 7 data peserta. So, masih berbaki 21 lagi. Dah la esok due date. By the way, Chayo chayo kataku kepada diriku hahaha...

Ngelat je ko ek. Mentang-mentang server down sekejap tadi kan hahaha...

Tuesday, November 10, 2015

Hari-Hari Yang Super BZ!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ini banyak nak kena update. Nak update HRMIS, nak update maklumbalas teguran audit. Lepas tu lusa nak kena kerja outstesen ke Miri dari 12.11 - 16.11.2015. Pergh!

So, aku minta maaf in advance kepada mereka-mereka yang sudah BW dekat blogku ni tapi aku masih belum ada kesempatan nak BW ke blog korang. Sorry~~~

By the way, Happy Deepavali~~~

Tuesday, July 1, 2014

Presenting!!!My Girlsss...

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
Hari ini hari ketiga berpuasa. Kamurang macamana hehehe...
Ekceli tajuk ini tajuk lama tapi aku tetap mau upkan jugak...baru la havoc!!!
Mbah baeklah...aku mempresentkan my new girls in town...here in Limbang...limited edition!!!
Saranghae!!!


To the left, to the left hahaha...
from the left is Norazalifah aka Nora or Tati (I prefer to call her Nora)
baju cekelat of koz la me...abaikan selipar jipun tu wakakaka
yg ke belakang sikit tu Bryanna Didee aka Didee
yang buat peace tu kak Dayang Marsita or kak Dayang pun boleh Kak Sita pun boleh yeee...


Ini kitorang semasa bertugas jaga booth pameran sempena Pertandingan Mr. Badang Seborneo & JobsMalaysia pada 21 Jun yang lalu...
yang pegang menopod (sengaja typokan) tu of koz yg gojes la...me la wakakaka
yang tutup mulut kompom la Kak Dayang,
yang tudung merah tu Nora
belakang Nora ada Didee...
tapi di belakang Didee tu sapa?
Nora jugak la...tapi Nora Kuasa Dua...
Sebab apa Nora Kuasa Dua?
Sebab tu adik kembar dia hahaha
Norahafifah aka Adik


Pssst : Abaikan wajah-wajah super chomel kami ye wakakakaka...peace out!


Monday, December 10, 2012

Masih kenal aku lagi hehehe...

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Last post bulan september...sekarang sudah disember yowww...besawang gilak aku punya blog ni hahaha...aku sekarang ni tengah cuti bersalin...pertengahan bulan depan baru start keja...heaven memang heaven...kena2 lagi dekat dgn anak2...memang heaven!!!

Rasanya aku perlu tukar header blog ni...xlama lagi menjelang tahun depan...so header pun mesti la yang fresh gitu...hewhewhew...

Aku masih blur xtau mo membebel pasal apa...aku post gambar anak2 la...


Pssst : kbai!

Saturday, September 29, 2012

Update Jangkrik...krik krik krikkk~~~

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!


Awalnya...aku ingin minta maaf kepada fellow readers...mmg sangat lama aku x update apa2 di sini kan...sedih pedeh hahaha...

Mungkin ada yang x tau...skrg ai tengah menunggu hari untuk bersalin my 2nd baby...wah...laju kan...xpa rezeki tu hehehe...sbb lama x update aku pun jadi malas plak menjenguk2 blog yang ku sayangi ni...hehehe

Anyhow...doakan aku ya...thanx...

Pssst : nanti mo update lagi...tapi x tau bila hahaha...



Tuesday, May 24, 2011

Anak2 yang baik hati...tolong like boleh ka???

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Ok...entri punya tajuk tu ada sedikit nada paksaan hehehe...i'm sorry tapi aku mo mintak tolong sama kamurang yang cantik manis, hensem melangit untuk like kan pic ku dalam page Sweetpink Lens Shoppe ni...sebab aku ada join contest Mata Paling Cantik...(tangan di dada, mata ke atas) hahaha...

Cam biasa kamurang like dulu page Sweetpink Lens Shoppe ni...lepas tu boleh la like kan pic ku yang kononnya mata cantik tu di SINI...done...senang kan...kalo kamu senang, ada masa baca la entri sal tu di SINI...haaaa...

Anyway aku minta maaf banyak2 sebab lama x hapdet belog...sori la sebab aku bz, pastu mo konsentret study untuk exam...esok sudah bertolak ke Kota Kinabalu untuk menghadiri exam selama 2 hari bermula 26 hingga 27 Mei ni...doakan aku sukses ya hehehe...

...tapi...ada ka jugak orang yang sudi singgah di belog aku yang terlalu merapu meraban ni arrr???hahaha...kepada yang sudi singgahkan mata di sini terima kasih banyak aku ucapkan...
~(^,^)~

Pssst : sebenarnya ada beberapa entri masih dalam draft tapi belum ada idea mo sambung lagi...hehehe...

Wednesday, May 4, 2011

Setelah di dalam mode SENYAP...kini aku kembali yahaaa!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Minggu2 yang sudah berlalu banyak mengukirkan cerita...yang bikin panas pun ada, bikin lucu pun ada, bikin sibuk pun ada jugak hahaha...macam2 hal...haish...sampai havoc dibuatnya...aku huraikan mengikut pecahan la k hahaha...

Program Penempatan Pekerjaan 3P

Hahaha yang ni memang dari pertengahan Mac lagi memang kami sudah start buat persiapan cuma untuk tahun ni kesibukan tu kurang dirasai sebab kami bermula awal...jadi x la kelam kabut sangat...sebab ni la jugak aku jarang mengupdate blog...ada pun sebab curi2 update hahaha...so 30 April 2011 berlangsung la program ni...sambutan pun bleh tahan...ramai la jugak jobseekers cari kerja...

Gosip Hangat

Haaa...ni yang benda bikin PANAS!!!HOT berabis...sampai aku ada termengamuk di fb ku...tapi post tu aku sudah padam sebab hal tu sudah settle...aku x sangka plak yang aku fuaymesss mengalahkan artissss...hahaha...kesian la kepada penyebar fitnah tu...cetanya ada kawan kepada kawan yang terdengar kawan ni bercerita kononnya KAMI (aku,bestie dan 4 lagi rakan) gi check-in di hotel...sedangkan pada hari kejadian KAMI gi KARAOKE...sebut betul2 KARAOKE ya...dan kebetulan tempat KARAOKE tu memang di hotel...Sabah Hotel...sapa orang Sandakan memang familiar la Sabah Hotel punya karaoke hub tu...tapi nama2 yang diburuk2kan masa tu adalah aku, bestie aku, HisnameisA dan HisnameisB...yang Hisname 2 orang lagi xda plak terlibat...heran...

Kononnya, kawan ni terdengar kawan yang satu lagi bercerita KAMI gi check-in di Sabah Hotel...gila ka hapa...dah la hotel tu BAPAK GILA mahal...hotel 3 bintang tu wei...satu bilik pun mencecah ratusan ringgit...sedangkan mo karaoke di sana pun mahal gila mo mampus...satu jam RM 9.00 satu kepala...lain lagi drinks,titbits bla2...satu orang mo jugak cecah sampai RM 50.00 satu jam...baik aku gi Kbox...RM 50.00 dapat nyanyi 50 lagu...lantak la mo tidur ka berkhemah ka dalam Kbox tu...ni kalo dalam karaoke hub tu satu jam berapa kerat la lagu yang boleh nyanyi...kalo sorang memang puas la...ni 6 orang...bergilir2 nyanyi...paling pun saturang dapat nyanyi paling banyak 3 lagu la...tu baru satu jam tu...gantung weh...mujur la member ajak...dorang yang spend so kami pun join la sekaki...tapi tu la disalahtafsirkan la pulak...dah tu kawan ni plak ceta yang nama aku dan bestie aku dah naik di kalangan member2 tu...mana aku x hangin...mujur kes ni selesai kurang dari 24 jam...hari ni aku mengamuk esoknya aku terus jumpa si HisnameisA yang jadik mangsa fitnah jugak dan kami terus cari source yang menyebarkan cerita tu...malangnya si pembawa cerita utama plak tidak datang berjumpa dengan kami atas alasan yang kurang di terima akal...apa2pun aku dah maafkan orang tu dan aku minta maaf dengan HisnameisA dan HisnameisB sebab terkasar bahasa dan x siasat dulu dari mana cerita tu datang...biasalah orang muda hati tengah panas memang cepat melenting weih...kena2 lagi bila di fitnah sebegitu rupa...sapa x hangin...ok...THE END

Pssst : 3 hari bercuti2an membuatkan aku bermalas2an arghhh!!!

Wednesday, March 9, 2011

Quick Update

Ahemmm...

Buang tebiat update blog di HQ...sekali lagi HQ hahaha...sekarang tengah rest time...pinjam pc Encik Azrul Azham Azmi untuk open blog...hehehe...jangan risau...minggu depan akan ada update...sekarang ni tengah bz kursus hehehe...

Pssst : senyum nakal ^___________^

Tuesday, February 22, 2011

Fuhhh!!!Ada labah2!!!

Hahaha...

Sudah beberapa hari blogku ni sunyi sepi dari posto yahaha...sebabnya hari Rabu minggu lalu aku kena tahan di wad daaa...ok xmo cerita banyak pasal wad...nanti belak plak kamurang sama aku sebab cam xda keja lain masuk wad jak hahaha...yang penting sekarang ni I feel a lot better...cukup...titik.

Pssst : tapi masih ada kesedihan yang mendalam terpendam...sabar la di dada...semoga Allah swt mengkabulkan doaku untuk menjadi seorang yang kuat semangat.Amin...