Showing posts with label Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Mimpi. Show all posts

Monday, October 27, 2014

Di 'Tegur' Di Dalam Mimpi

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Semalam aku mengalami mimpi yang cukup menginsafkan bagi aku la... 

Kononnya ada seorang wanita ni meminta pertolongan dari aku untuk 'menipu' suaminya tentang keberadaannya. Wanita ni tadi baru lepas bercerai dari suamninya tetapi semasa perceraian berlaku kedua-dua mereka x tau yang si isteri (wanita) itu tadi mengandung. 

Setelah itu, apabila wanita itu sudah bersalin, dan si suami dapat tau, si suami ini tadi ingin mengambil anak tersebut daripada wanita itu. Kebetulan, semasa aku melintasi rumah wanita itu, dia memanggilku dan memohon pertolongan dari aku untuk menyamar sebagai penyewa baru di rumah wanita tersebut. Jadi, apabila si suami datang ke rumah wanita itu, aku yang tadinya telah berpakat dengan wanita itu berbohong mengatakan bahawa wanita itu sudah lama tidak tinggal di rumah itu dan akulah penyewa barunya. 

Perkara ini dapat dihidu oleh orang setempat (penduduk yang tinggal berhampiran) kerana merasa hairan dengan kewujudanku di rumah itu. Orang ramai mulai bertanya mengenai hal itu dan aku tanpa sebarang masalah menceritakan dari A-Z mengenai peristiwa itu dan untuk menyedapkan cerita dalam mimpi, aku secara tidak sengaja 'termengumpat' wanita itu dan wanita itu mendengar setiap tutur patah perkataan yang aku ceritakan kepada orang ramai yang ketika itu berkerumun di dalam ruang tamu rumah wanita itu. 

Setelah selesai bercerita, aku masuk ke dalam dan melintasi wanita itu yang sedang meng'iron' baju. Wanita itu terus berkata, "Lain kali jangan sibuk ceritakan hal orang. Ceritakan saja pasal kisah dirimu". Tenang dan mendatar saja nada suara wanita itu tapi terasa sentap di hati. 

Bila aku bangun, aku berfikir dalam-dalam maksud mimpi tu. Mungkin selama ini aku asyik bercerita hal orang yang membawa kepada mengumpat ataupun mencela. Insaf aku. 

Pssst : Jangan main-main dengan mimpi. Kadangkala ada maksud yang tersirat disebaliknya. Wallahualam.

Tuesday, July 26, 2011

Mimpi Hantu

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

(pinjam dari Mr. Googly Woogly)

Wuuu seramnya semalam aku mimpi aku menyewa di sebuah rumah yang berhantu...dan yang paling dasat is hantu tu ialah PONTIANAK...penuh satu rumah you...tapi boleh2nya la aku berkawan sama durang...what the???

Kononnya aku pindah rumah. Jadi rumah yang kena rekemen oleh member aku tu memang sudah lama kosong. Rupa pun cam rumah antik. Tapi aku pelik asal malam rumah tu akan bertukar menjadi sebuah rumah yang cantik. lepas tu baru la kononnya "room-mate" aku berkeluaran. Dorang ni super cantik dengan rambut yang panjang mengurai. Tapi asal malam, mesti ada satu pokok ara muncul di tengah2 rumah tu...

Mula2 tu aku takut jugak sebab aku tau yang dorang tu pontianak...tapi kemesraan dorang tu buat aku x takut dengan dorang...rupanya rumah tu bekas istana dulu2...semua penghuninya perempuan...siap ada amah lagi...dari jelmaan amah tu la aku dapat tau cerita sal penghuni rumah tu dan sejarah rumah tu sendiri...

So, masa amah tu bercerita dengan aku secara x langsung seolah2 ada flashback la pulak...dulu2 penghuni rumah tu semuanya baik2 belaka...tapi datang sorang perempuan yang saiko sikit...dia ni memang mental...gara2 dia la semua orang dalam rumah tu mati termasuk amah dan diri dia sendiri...semua mati dalam keadaan yang mengerikan...

Dan rumah tu langsung tidak membenarkan kaum lelaki masuk...asal mana2 jak lelaki yang secara sengaja or tidak sengaja masuk ke rumah tu kompom akan mendapat gangguan...tapi bukan dari pontianak2 yang baik tu...tapi dari pontianak yang saiko tu...

So mo kasi sedap cerita...ada satu malam tu tiba2 pontianak saiko tu muncul dan mula mengganggu aku...dia kaco aku time aku tido...mujur amah tu muncul dan pontianak2 lain datang untuk tolong aku...aku pun dapat kekuatan untuk melawan balik pontianak saiko tu...

Dalam sibuk berlawan...tiba2 muncul sorang lelaki masuk ke dalam rumah tu...sekaligus pontianak2 tu semua termasuk yang jahat tu tiba2 hilang...lelaki tu bawak aku masuk jauh ke dalam hutan...aku xtau lelaki tu sapa...

Di dalam hutan...satu persatu kawan2 pontianak tu datang merayu supaya aku balik ke rumah tu tapi dorang cam takut sama lelaki tu...lelaki tu cuma berdiam diri jak...bila semua pontianak baik tu muncul dan berkumpul di satu tempat di tengah hutan tiba2 datang lagi pontianak saiko tu tapi dia berubah bentuk jadi wajah asalnya...terus terang cakap...mukanya cam Natasha Hudson tu...tapi rambut dia perang dan keriting...

Dalam pontianak ala2 Natasha Hudson tu menyamar dan memujuk aku supaya balik ke rumah tu...tiba2 muncul satu cahaya yang terang yang membuatkan semua pontianak2 tu berubah menjadi abu...rupanya dorang semua x perasan yang waktu tu sudah beranjak siang...

So...aku dan lelaki tu selamat...semua pontianak tu sudah xda dan rumah tu pun runtuh sendiri...sekian...

Pssst : kalo bikin movie boleh jual ka ni hehehe...apa2pun tu semua hanyalah mimpi...

Wednesday, February 9, 2011

Sesungguhnya tidur itu memainkan peranan penting untuk esok hari...

T_T wuuu...

Semalam memang gila!!!Kenapa aku cakap gila???Sebab memang gila pun!!!Arghhh!!!Sampai ke pagi ni dia buat aku rasa x keruan...bodoh punya mimpi!!!

(Sumber gambar : Mr. Googly Woogly)

Ok...straight to the cerita...semalam aku mimpi buruk...aku mimpi aku back to school bersama kawan2 satu sekolah di SMK. Perempuan dulu...bezanya lokasi sekolah bukan di Sandakan tapi di Kuala Penyu...as usual memang bestfren aku ialah si Kichie...Kami memang bestfren gila babeng!!!Untuk dijadikan mimpi buruk...satu hari tu sekolah ada buat lawatan ke luar sekolah...xtau la ke mana but memang aktiviti di luar sekolah...

So dalam kami buat lawatan tu tetiba la tergabung dengan budak2 sekolah SM. St. Mary (yang ni sekolah untuk budak laki jak 0k)...so ada la saturang dak sekolah dari St. Mary tu yang aku kenal yang mana orang sebenarnya ialah Mr. A...opismate aku jugak...so dalam kami tengah bz melawat ke mana ntah...cikgu announce yang kitorang bebas buat apa saja dalam tempoh 1 jam...kiranya boleh kuar ke mana2 selain tempat yang dilawat tu la...

Aku jalan la seiringan dengan Mr. A + his gf kuar dari kawasan yang kami lawat tu...Mr. A + his gf gi makan2...aku lak otw mo balik gi sekolah sebab aku mo tunggu bestie aku tu...

Tiba2...otw aku mo balik sekolah aku nampak Mr. A rushed dengan kereta Pajeronya dengan muka cemas + sedih...aku pun heran...So...aku panggil la Mr. A tanya kenapa...dengan sedih dia jawab gf dia mati sebab alahan dengan salah satu makanan yang dorang makan di restoran tadi...now Mr. A otw gi hospital untuk tengok gf dia for the last time...aku pun sedih jugak la...aku tepuk2 bahu dia and ask him to bersabar...

Aku teruskan la perjalanan balik gi sekolah tu cepat2 sebab x sabar mo jumpa my bestie...ntah kenapa time tu banyak bus lalu lalang aku bantai jugak jalan kaki...bangang...sampai di sekolah ada saturang kawan satu kelas bagitau aku yang bestie aku mati accident masa otw mo gi sekolah...apa lagi terus aku rasa cam bumi terbelah lapan...airmata jangan cerita la...boleh banjir kelas...

Aku dengan perasaan sedih aku yang teramat xtau mo cakap apa...aku menangis dan terus menangis...sampai kering airmata...semua member satu kelas pujuk2 aku supaya bersabar...sedihnya aku bukan kepalang...last2 datang sorang pakcik polis iras2 Eman Manan ke sekolah dan cari aku...entah cemana pakcik tu boleh tau aku ni kawan baik kepada bestie aku tu...

Pakcik tu tunjukkan la gambar2 selepas kemalangan...yang buat aku terkejut...kereta yang langgar bestie aku tu ialah Viva berwarna kelabu...speedometer dia tekan sampai 192km/j...gila hapa bawak keta laju...time tu jugak aku teringat yang bestie aku ni sangat la tidak berani untuk seberang jalan tanpa ada kawan...mungkin masa tu dia terdesak sangat mo seberang jalan...dan yang sadisnya mayat bestie aku tu terperosok di bawah kereta...pihak berwajib terpaksa potong2 mayat untuk leraikan mayatnya yang melekat di body kereta yang turut hancur akibat accident tu...

Lebih kurang cenggini la rupa keta yang rontok lepas langgar bestie aku...
(Sumber gambar : Mr. Googly Woogly)

So tambah la aku sedih gila bila dalam gambar yang last pakcik tu tunjuk...bestie aku pegang buku yang ada nama aku...dia konon mo pulangkan balik buku tu dengan aku...tapi x sempat...aku meraung dan meraung sampai pengsan...

Bila aku buka mata...eh...sudah pukul 5.30am...alarm di hp aku pun berbunyi bingit...aku bangun tu pun dalam keadaan teresak2...rupanya aku menangis dalam tidur...tapi gila la mimpi tu...sampai sekarang aku terasa cam weak...jap lagi la aku call bestie aku...mungkin ada something yang berlaku...mungkin la kan...

Pssst : orang kata cuci kaki sebelum tidur untuk elak mimpi yang x bagus...tapi aku sudah cuci kaki semalam...yang kurangnya aku x baca doa sebelum tidur...haish!!!

Monday, January 17, 2011

Kerana Ana Raffali semalam...

Hahaha...

Macam lucu plak aku kalo teringat balik kisah semalam...hahaha...

Semalam blackout tetiba dalam jam 6 lebih la gitu...so aku ni plak pantang blackout mata terus kuyu...otomatik jadi mengantuk...ntah cemana aku tertidur...xpeduli lagi dengan sang nyamuk yang buat konsert di tepi tinga aku hahaha...

Ntah macamana aku bermimpi...mula2 mimpi aku suspen siot...pasal orang yang ada superpower hahaha...mungkin telebih minum Power Root hahaha...dalam sekolah tu ada sorang budak yang ada kuasa mutant ni...so heboh la satu sekolah dalam pencarian mamat ni untuk dihapuskan kerana khuatir kebolehan beliau ni boleh mencederakan ramai pihak...tambah2 lagi kononnya beliau ni kaki buli...

Cari punya cari last2 identiti beliau diketahui...tapi yang wat aku tekejut...mamat tu serupa muka dengan seorang pelakon ni...ala yang pelakon iklan sal x bayar PTPTN tu...haaa dia tu la...aku xtau sapa nama dia...masa dalam situasi cemas (semua orang lari bertempiaran) kerana c mamat tu mengamuk di sekolah habis satu sekolah digegarnya...guru2 pun xda satu yang berani touch mamat ni...dah tu kebetulan plak aku terserempak dengan mamat ni secara face to face...aku bukan mo tangkap pun dia ni...tapi masa tu aku pun tengah cari tempat untuk berlindung...(balik rumah kan senang...)dia pandang aku, aku pandang dia sambil telan liur...gulp~~~

Ntah cemana dia lepaskan aku...tapi budak2 lelaki yang susup sasap lari sana sini tu habis ditibainya...kiranya aku bertuah la masa tu...apa lagi aku pun terus cari jalan untuk keluar dari kawasan sekolah tu...tapi x jumpa jalan kuar...tapi yang peliknya sekolah tu xda pagar pun aku susah mo keluar...(apa bleh buat...mimpi kan)

Tiba2 dalam aku sibuk mencari jalan keluar tu...aku dengar ramai orang bersorak sorai di tengah padang sekolah...orang pun ramai berkumpul di situ...bukan setakat budak sekolah tapi orang awam pun ada...rupanya2 ada Ana Raffali tengah buat konsert dengan lagu Tolong Ingatkan Aku...fuhhh dasat gila...serta merta orang semua bagaikan terlupa tentang amukan sang mamat mutant yang menggila di sekolah tu...semua orang bertepuk tangan...xkurang jugak yang menjerit2 fanatik sampai pengsan...

Dalam keramaian tu plak aku terserempak dengan Yanapetisuara...macam gempak wei...dapat jumpa blogger...dalam keramaian tu kami sempat amik gambar bertiga...aku, Yana & adik dia...wuishhh perasan time tu lagi hebat berbanding keterexcitedness-an dapat tengok konsert Ana Raffali...dalam keramaian tu kami bertiga push diri untuk sampai ke depan stage untuk amik gambar Ana Raffali secara close up...tapi yang aku heran kenapa gitaris duk atas kursi yang paling tinggi, duk paling depan...sedangkan Ana Raffali duk dibelakang gitaris tu...siap ada meja lagi...dan entah macamana kami bertiga dapat merakam wajah Ana Raffali dengan begitu dekat sekali tanpa sekatan dari sang guard...

Tapi bila kami bertiga kembali ke tempat asal...tempat mula2 kami terserempak...bila aku godek2 handphone aku gambar2 tadi tu bertukar jadi gambar ikan2 berwarna biru...gambar aku dengan Yana pun xda...tukar jadi ikan2 warna biru???Apa ni???

Pastu pelan2 tinga aku masih lagi menangkap sora Ana Raffali tengah menyanyi...sekali aku buka mata...laaa siaran ulangan AJL 25 di TV3 rupanya...rupanya lama dah tv aku hidup...aku jak yang off hahaha...aku pun terus bangun then layan siaran ulangan AJL 25 tu sampai khatam...pastu layan lagi drama Cik Mala Janda Berhias...last2 aku tidur balik jam 2 pagi hahaha...

(Hebat penangan Ana Raffali sejak akhir2 ni...sampai sang mutant mengganas pun orang bleh buat derk bila tengok konsert Ana Raffali...sumber gambar : Mr. Googly Woogly)

Pssst : macam real jak dapat bergambar dengan Yanapetisuara bersama adiknya...fuhhh...