Hurmmm...
Rasa cam mo serius sikit...pernah ka kamurang merasa kehilangan yang teramat sampai buat kamurang sakit dada sesak nafas susah mo tarik oksigen???Jangan tanya aku kerana jawapannya YA...sekarang ni aku merasa sangat kehilangan...selama aku bersunyi diri tu aku sedang dalam proses pemulihan jiwa untuk memulihkan kembali semangat yang hilang tu...
Dalam aku suka bergurau senda dengan kamurang sebenarnya aku memendam duka yang amat mendalam...ya la aku pun manusia biasa jugak kan...masalah tu semua mesti la ada...adat dunia memang begitu...
Dalam pada itu aku tetap bersyukur kerana aku dikelilingi oleh insan2 yang sayang dengan aku...biarpun adakalanya lidah ini selalu terkhilaf...selalu mengguris perasaan dan aku sedar aku bukan manusia sempurna...aku juga bersyukur sangat kepada Allah swt kerana menemukan aku dengan seseorang yang amat2 berharga dan bermakna dalam hidup aku...dia jugak yang banyak merubah aku kepada apa yang aku ada sekarang...rasa kesyukuran ini berserta rendah diri aku panjatkan ke hadrat Illahi kerana masih memberiku peluang untuk memperbetulkan kesilapanku selama hayatku...
Aku x putus2 berdoa kepadaNya agar aku sentiasa diberikan kekuatan untuk menempuhi setiap dugaan yang melanda...semoga jiwa ini terus tabah...dan semoga kehilangan yang aku rasakan sekarang ni akan terbayar dengan sesuatu yang indah...aku rindu dengan kehilangan itu...
Ya Tuhanku...tempatkanlah dia di kalangan orang2 yang beriman...peliharalah kesejahteraannya...sesungguhnya kehilangan ini amat menyeksakan tetapi peliharalah jiwaku agar tidak berterusan menangisinya...Amin amin ya rabbal alamin...
No comments:
Post a Comment