Thursday, February 10, 2011

Gelandangan

(Sumber gambar : Mr. Googly Woogly)
Ehemmm...

Semalam sempat menonton rancangan 360 di TV3...topik pasal gelandangan aka homeless people...apa yang dipaparkan di tv semalam tu memang menyedihkan lebih2 lagi bila dinyatakan jumlahnya menghampiri 1k di KL...itu belum termasuk di seluruh negara...

Dari apa yang dipaparkan semalam...golongan gelandangan ni dipandang hina kerana masyarakat beranggap bahawa mereka ini sampah masyarakat...tapi tidak semuanya begitu...ada yang mempunyai pekerjaan tetapi enggan menyewa rumah/bilik kerana pendapatan yang diperolehi sekadar cukup2 makan sahaja...

Dari temubual yang dibuat oleh pihak 360...seorang pengawal keselamatan yang datang jauh dari kampung datang ke KL semata2 ingin mencari rezeki...bukanlah disebabkan gajinya tidak mencukupi untuk dirinya sendiri namun beliau berkorban dengan tidur di tepi jalan semata2 untuk mengirimkan wang sejumlah RM500 dari gajinya ke kampung...ulas beliau...daripada menghabiskan RM500 itu untuk sewa rumah, lebih baik dikirim ke kampung...bagi beliau keselesaan tidak penting, yang penting beliau dapat merehatkan diri...

Begitu jugak halnya dengan seorang apek tua berumur lingkungan 50-an...beliau dulunya seorang eksekutif jualan langsung dan masih hidup bujang sehingga kini...alasan beliau, beliau tidak mahu menyusahkan ahli keluarga dengan menumpang di rumah mereka mahupun meminta bantuan dari segi kewangan...beliau lebih selesa memilih untuk tinggal di kaki lima kedai2 ataupun di tepi jalan kerana beliau tidak perlu menanggung sesiapa kerana beliau hidup membujang...

Namun begitu tetap ada jugak insan2 berhati mulia yang sudi memberikan bantuan makanan kepada golongan gelandangan ini...mereka akan membekalkan nasi bungkus bersama air mineral pada setiap malam hari Isnin dan malam minggu...terdapat satu NGO yang menjalankan aktiviti tersebut tapi malangnya aku kurang ambil perhatian tentang nama NGO tersebut...

Selain itu 360 jugak ada menyatakan bahawa pihak kerajaan pun di dalam usaha untuk mengurangkan jumlah golongan yang bergelandangan ini...dan pihak yang terlibat sama adalah Jabatan Tenaga Kerja...(jabatanku)...

Bagi aku la kan...mereka2 ni boleh dibantu asalkan diri mereka sendiri ada kesedaran untuk menaiktaraf kehidupan mereka...what say you???

Pssst : masih dalam mood menjantuk...

No comments: