Friday, December 23, 2011

Realiti Kehidupan - Buang Bayi

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Berbekalkan segelas susu panas, sambil menonton drama Dingin Lavenda di TV3 di samping berada di samping si dia yang tersayang...aku banyak melayangkan fikiran ke perkara yang lain...

Semalam terdengar dan terlihat gambar mengenai berita kes buang bayi di kawasan berdekatan sini juga...dan sempat chat dengan kawan yang kebetulan tinggal di kawasan tersebut dan dia yang secara eksklusif telah berjaya mengambil gambar insiden yang menyayat hati itu...sungguh aku menangis apabila melihat gambar tersebut...sila baca artikel ini dahulu di Berita Harian...



Sampai hati kan parents baby ni...really gambar ni buat aku menangis teresak-esak sehingga terbawa ke tidur...kawan aku cakap...kejadian tu disedari jam 8 malam semalam...anakbuahnya dengan cemas bagitau dia untuk amik gambar baby jatuh di air...dia cakap "uncle2...pi gambar tu baby jatuh dalam air...mati sudah dia..."

So bila member ni pegi sana memang betul la...semua yang berada di tempat kejadian bersedih apatah lagi bila mayat baby di angkat ke atas...semua nampak wajah baby yang comel yang tidak berdosa itu...sangat kesian T_T...aku yang cuma mendengar cerita pun boleh menitiskan airmata ini kan lagi jika aku berada di sana waktu itu...khabarnya baby tu adalah baby boy...telinganya hampir putus di makan ikan dan tali pusatnya juga memendek pun sebab di makan ikan...ketika sedang menulis artikel ini pun aku menangis...sedih...

Menurut polis, usia baby tu sudah seminggu...tapi masih x pasti sama ada sudah seminggu di dalam air atau pun baru beberapa hari di dalam air...misalkata la baby tu baru 2,3 hari lepas di buang ke laut...maksudnya sebelum itu baby itu tentu hidup dan berada bersama parents dia...xka terlintas di hati dorang bahawa baby tu sepatutnya diberi peluang untuk hidup???Tergamak dorang buat camtu...well aku bukan macam orang lain yang akan mengeluarkan hujah2 keagamaan atau pun mengutuk mencaci...bukan kerana aku tidak simpati...aku sangat simpati dengan bayi itu, dengan parents bayi itu...

Bagi aku apa salahnya jika dorang piara baby tu...ketepikan semua cacian dan tohmahan orang di sekeliling...baby tu x berdosa biar secebis zarah pun...yang berdosa dan sepatutnya bertanggungjawab ialah ibu bapanya...dan tidakkah mereka terfikir dengan membuang bayi itu akan lagi menyusahkan mereka sendiri???Sekarang kes ini sudah menjadi kes polis dan sudah tentu mereka akan diburu...sampai bila mahu bersembunyi???Lambat laun akan kedapatan jugak...

Dan tadi aku terbaca post di website Wardinah Saffiyah yang ada kaitannya dengan perkara ini...sila baca jika sudi...[KLIK SINI]

Aku sedar...bagi yang beragama Islam sekiranya bayi ini dilahirkan dan ibubapanya mahu bertanggungjawab, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan...pertamanya bayi tersebut tidak boleh dinasabkan kepada bapanya...haruslah di Bin @ Binti kan dengan Abdullah...dan seterusnya mengenai hak wali jika bayi tersebut perempuan...pembahagian harta dan sebagainya...tanya la kepada mereka yang pakar tentang ini...anda pasti dapat jawapannya...

Kawan2...mari la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada bayi ini...semoga dia menjadi penghuni syurga...dan kita berdoalah juga kepada ibu bapa bayi ini semoga mereka diberikan hidayahNYA...amin

Pssst : sedih tak terkata...

Thursday, December 22, 2011

BE = BA hahaha

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Apa tu BE??? Rasanya suma sudah tau kan...kalo yang otai2 blogger lagi la arif sal BE ni...well aku da lama perasan ada BE dalam nuffy aku...tapi aku blur mo watpa...ada satu member cakap kalo dapat BE kena rajin2 update blog...camtu ka???

Tu nampak ka?

Pssst : What say u?What shud i do?hahahaha...

Monday, December 19, 2011

Hari membebel Sedunia

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

...dan aku plak yang sedih...ntah la mo kata sedih...x jugak...tapi banyak benda yang berlaku sejak kebelakangan ini yang sering mengundang airmataku...entah la...harap2 ni cuma perasaanku saja...

Tambah2 lagi hari ni...adoihhh...mana dengan urusan di JPJ sangat menyebalkan...pg JPJ mo renew lesen deraibing...tapi pegawai yang bertugas tu sangat hampeh...langsung x mesra rakyat...benci la...

Pastu ehemmm...xbaik bincang hal rumahtangga di sini...biar kan zip saja la...tu biasa la kan...sedangkan lidah lagi tergigit...inikan plak suami isteri...hahaha...

Pastu...entah la...semua aku rasa serba x kena...rasa cam mo teriak saja ni...adui...tiba2 aku rasa aku cam budak2...c'mon...grow up la kuding adehhh...

Ni lagi...soap drama di tv ni langsung buat aku tambah moody hahaha...bangang jak aku ni wakakaka...

Pssst : aku dalam dilema koma noktah titik tanda seru...sarkastiknya makcik dalam drama Tentang Dhia ni...aku cili karang mulut ko tu...arghhh!!!

Amazing...Janin Berusia 15 Minggu Berjaya Survive

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Saya sangat kagum dengan kebesaran Allah SWT...dapat artikel ni dari dailymail.co.uk...baca la...

The world's tiniest baby - meet the 10oz bundle of defiance

When she was born, 15 weeks premature and weighing ten and a half ounces, her father's confidence was about the only thing on Kimberly Mueller's side.

In the few snatched moments he was allowed before his daughter was whisked away by doctors, Andreas Mueller spoke from his heart.

"I whispered to her: 'Kimberly, you'll make it,'" he recalled.


The size of a mobile phone: Kimberley Mueller weighed just over 10 ounces when she was born in Hanover, Germany - making her the world's smallest surviving baby

With a survival chance of less than 1,000 to one, every day she has got through since then is a triumph.

Six months later, Kimberly has finally been allowed to go home to her parents in Hanover.

"Babies as small as this usually have no chance," said Dr Oliver Moeller, a heart specialist who treated her.

"We are incredibly lucky that she lived. Such a case I have never experienced. We had a lot of luck ... a lot."

Kimberly is the smallest baby ever born in Germany and the youngest to survive.

She was just 10.2 inches long and weighed little more than a packet of butter when she arrived in the 25th week of her mother's pregnancy.


Now six months, Kimberley has been allowed home for the first time (Above with mother Petra and father Andreas)

Petra Mueller, 38, who remained at her daughter's bedside in intensive care at the University Clinic in Goettingen, was allowed only to stroke her with her finger.

"It was the nicest thing when she would grip my finger in her tiny hands," she recalled.

"She was like a little bear gripping a tree trunk, just hanging on for life as if she was saying 'Don't leave me, mummy'."

Kimberly was placed in an incubator for warmth, given a respirator to help her breathe and fed through a drip. She was also given a cocktail of drugs to boost an immune system that was barely formed.

At three months, she faced a major setback, when doctors feared she could be blind. But laser treatment corrected the problem.


Kimberley's chances of living were rated at worse than 1,000-1 when she was born 15 weeks prematurely

Kimberly's progress was underlined when she arrived home this week weighing five and a half pounds and measuring 17 inches.

During the coming weeks she will continue to be fed artificially and will need to have oxygen as her lungs keep developing.

The world's smallest known surviving baby was Rumaisa Rahman who weighed just 8.6 ounces when she was born in Chicago in 2004.



Cua kamurang bayangkan...betapa agungnya kuasa Allah SWT...di bawah ni aku share lagi satu video dari Youtube mengenai bayi pramatang yang berjaya survive...



Malam Buta

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Mesti kamurang tertanya2 apahal aku masih on9 di tengah malam buta ni...sebab aku x boleh tido dan sebab aku sibuk main game hahaha...sambil minum milo panas aku mambong dalam bilik ketawa sorang2 wakakaka...

Ekceli...aku ni xla sangat mo update blog tapi jari jemari ni bergatalan la plak mo menaip apa ntah hahaha...<--- abaikan kemerepekan itu wakakaka...

Dan baru tadi sibuk berfollow2an di antara bloggers di page Kelab Blogger...arrr kalo kamurang mo berkenal2an atau berfollow2an...visit la kelab tu k...berbaloi2...hahaha...

So...as a conclusion...ermmm...aku mo sambung men game...kamurang sambung la apa2 yang kamu mo sambung k...gunaite...daaa

pssst : lalalala...mood tunggang tabalik

Friday, December 2, 2011

Miss my lil bro ;(

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Dzulhisham hahaha tu nama adik aku...aku tiba2 rindu dia ni...wish he was here with us T_T


Sandik lei pose hahaha


With daddy n mummy di KKIA before bertolak ke Batu Gajah, Perak (tempat bertugas)

Ni budak arrr kawan aku begaduh time kecik2...ya la dia lahir 6 tahun selepas aku...jeles siot aku sebab tiba2 dia jadi centre of attraction...tapi sekarang kami kamcheng hahaha...x sabar tunggu dia balik Sabah bulan Februari depan...wuuu

Pssst : sapa mo berkenalan dengan adik aku boleh kawtim sama aku hehehe...xda la...gurau saja

Dugaan & Nikmat

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Apa biasanya reaksi kita sebagai manusia bila ditimpa musibah???Mungkin ada yang mengeluh, menangis...dan orang yang tabah biasanya redha dengan ketentuanNya...tawakkal pada apa yang terjadi dan menganggap ianya salah satu cubaan demi menguji keimanan terhadap yang Maha Esa...

Ada juga manusia yang bila mendapat nikmat dikurniakan kepadanya, tetapi disia2kannya...apabila nikmat itu telah tiada barulah menyesal tiada berkesudahan akibat kealpaan dalam mensyukuri nikmatNya...manusia memang lumrahnya begitu...

Jika ingin difikirkan perkara ini sedalam2nya sampai mati pun kita xkan menemui jawapan...tetapi kita tetap berpegang teguh bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan nikmat di sebalik dugaan2 yang melanda...mungkin dugaan itu bisa mendekatkan dirinya pada yang Esa...begitulah agungnya kuasa Allah SWT dalam mencorakkan kehidupan umat ciptaanNya...Allah SWT x akan memberikan ujian yang hambanya tidak larat untuk menanggungnya...begitu sayangnya Allah SWT kepada umatnya...namun, hambanya ini sering khilaf dan sering melakukan kesilapan sama ada dalam sedar mahupun sebaliknya...

Aku amik contoh seorang sahabatku...beliau pada luarannya kelihatan agak kasar dalam berbahasa tetapi disebaliknya terselit sifat lemah lembut dan ceria...biarpun saiz fizikalnya agak besar dari aku tapi aku suka bila mendengar cerita mengenai kehidupannya dan adakala aku bermimpi alangkah indahnya kalo aku berada di tempatnya...dan dia pula bermimpi untuk berada di tempatku...kami masing2 sebenarnya ingin lari dari hakikat kehidupan masing2...

Cuma apa yang aku lihat sekarang, hidupku semakin hari semakin banyak perubahan yang agak drastik berlaku beberapa tahun yang sudah sehinggalah ke hari ini...seiringan dengan itu juga perubahan dari segi pemikiran dan kematangan juga berubah...berlainan dengan sahabatku, beliau masih sama seperti dulu...dan rintihan yang biasa ku dengar juga masih sama seperti dulu...aku doakan semoga sahabatku itu bisa membuat sedikit perubahan agar satu hari nanti dia akan bahagia selalu hingga ke akhirnya...dan untuk diriku sendiri, aku berharap aku akan menjadi semakin matang :)

Untuk sahabatku jika kau membaca entri ini...percayalah...ketabahanmu pasti akan berbayar dengan nikmat yang tiada taranya...Allah SWT ingin menduga kita sebelum DIA menurunkan kelazatan nikmat kepada kita...percayalah padaNya...

Pssst : sekarang dekat jam 3 pagi...tidooo

Wednesday, November 30, 2011

Happy Birthday Moon :D

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Yay!!!Hari ni besday for one of my fren...also a blogger...ceta sikit la kan...aku kenal Cik Moon ni dari blog juga....kemudian baru ber"add" di FB...then lama2 mcm ada sedikit chemistry...kita selalu berkomen2,itu ini dan lain2...

She's Sabahan too, like me :)...so mungkin sebab tu la senang ada chemistry...orang Sabah bagus2 bah hehehe...

Anywaysss...aku ucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN UNTUKMU MOON...SEMOGA HARI2 MU DISINARI RAHMAT DAN DIPANJANGKAN USIA...AMINNN


Tiup lilin cepat hehehe...

Pssst : to all readers, sapa2 yang baca entri ni wajib follow Cik Moon arr hehehe...kelik jak nama dia yg diboldkan tu...:) mo follow aku skali pun kira ok jgk wakakaka...

Tuesday, November 29, 2011

This Blog Is 1 Year, 10 Months & 1 Day

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Wuuu sedar x sedar blogku hampir mencecah 2 tahun. Lagi 2 bulan 2 tahun sudah yay!!! Oh no kenapa tiba2 dagu aku ada jerawat??? Ini tidak adil!!! Malam ni mo tengok movie yang baru di download...shhh!!!jangan kestau sapa2 aku download movie arrr hahaha...

Pssst : entah kenapa otak aku ada mereng sikit ni hari...sori ~(^,^)~

Monday, November 28, 2011

Ragam Manusia

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Well, lama x menulis di sini kan...baru2 ni aku dikhabarkan dengan satu berita yang aku kira sebenarnya agak basi dan reaksi aku ketika itu ialah "well...whatever~~~"...kenapa?Sebab benda tu bukan baru aku dengar dan bukan baru sekarang berlaku ke aku...banyak kali sudah jadi aku macam sudah LALI hahaha...lali~~~

Aku cuma andaikan benda tu hanyalah RAGAM MANUSIA...bila sudah jadi kebiasaan memang susah untuk dikikis dari diri...biarkanlah...aku malas mo layan...lagipun sekarang ni I'm a bit bizayyy so memang xda masa mo layan hal remeh temeh tu semua...lantaklah...yang dapat dosa kering bukan aku kihkihkih...

Yang si penyampai ni pun satu jugak...dah ko dengar benda tu, ko simpan jak la...xpayah la gitau aku segala bagai...ko x bagitau pun aku dah tau...biarkanlah...doakan jak semoga mereka berubah...kita ambil yang baik saja k...

Bahahaha...aku menulis macam orang yang gila meroyan plak wakakaka...rilex...aku masih waras...dan aku sudah malas melayan...lantaklah kamurang...cakap jak apa mo cakap...ada aku kesah???Aku cuma mo konsentret untuk yang satu ni saja...my loved one hehehe...kan kan kan...

Dan lagi satu perkara pelik berlaku is...ermmm malas mo ceta sini la...dia mungkin follow jugak perkembangan aku melalui blog ni so better I shut up kan kan kan...lalala~~~

Pssst : sudah2 la tu k~~~

Monday, October 31, 2011

Mekap lagi

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Sabtu lalu ceta mekap hari ni mekap datang lagi...aku ada order Mascara Relian...apa bestnya???Sebab dia boleh buat bulu mata melebat, melentik dan panjang hehehe...


Jejenggg


Hehehe...

Tengok hasilnya...


Mo tau apa keajaibannya???Kenapa ada dua batang mascara...sebabnya yang panjang tu untuk kasi hitam bulu mata and bertindak sebagai 'gam'...yang pendek tu is fiber...fiber ni gunanya untuk melebatkan bulu mata dan memanjangkan bulu mata...kalo x caya sila google ya...


Muka I sebelum gi kenduri akikah anak kawan I...chomelll kan I wakakaka!!!

Pssst : sora sudah transform jadi Ella...rawk!!!

Saturday, October 29, 2011

Kegilaan mekap

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Quick entry...tajuk MEKAP...tengok gambar jom!!!


Mac Eyeshadow 88 Pallette baru beli tadi lepas balik dari berceramah di AADK



Mac Blusher



Makeup box yang sudah penuh



Mekap depan laptop hahaha...xbleh belahhh!!!



Muka I yang kononnya bermekap pagi tadi time mo gi buat ceramah di AADK hahaha...

THE END

Pssst : sila jangan muntah!!!bahahaha...

Friday, October 28, 2011

SR hehehe

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ni hari Jumaat...jadi ntah kenapa tadi aku beceta2 sama kazenku, Steng Julizah bout kek...ntah cemana bleh plak terbuka ceta sal Tiramisu...ceta punya ceta tiba2 tekak aku ni terasa cam mo makan lak Tiramisu (dalam hati bercadang2 mo belajar buat Tiramisu)...So aku call Mr. AIL suh amik aku di tempat keja...mula2 ajak dia gi Fat Cat Cake House tapi yang ada pun kek Tiramisu yang setengah kilo punya...pakahal...aku cuma mo rasa sikit jak pun...gi Novelty pun lagi la xda...last2 terfikir plak ada satu tempat ni yang kompom ada...jejejejeng...SR hahaha...Secret Recipe yay!!!

So kami begegas gi SR...sampai di sana aku melompat-lompat girang hahaha...propa jak tu manada aku melompat2...nanti orang ingat aku ni orang gila la pulak...dengan girang aku masuk SR sampai x menyempat2 jalan beriringan dengan Mr. AIL hahaha...jajal punya bini kan wakakaka...

Aku beli 2 slice kek Tiramisu & 1 slice Brownies...tapi aku bawak satu slice jak gi opis yang satu slice lagi untuk Mr. AIL & Brownies tu untuk makan malam ni as dessert hahaha...meh kamurang tinguk ni gambal kihkihkih...


Kotaknya SR hahaha


Tiramisu


Brownies yay!!!

Waaa!!!X sabarnya la mo balik rumah makan Brownies!!!

Pssst : hidung ini membunuhku...hingus aku rasanya cam cheese hahaha!!!

Thursday, October 27, 2011

Terima kasih kawan :)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Kamurang sudah breakfast???Harap2 sudah la kan...anyway aku mo kongsi sikit kegembiraan dan keterharuan aku terhadap seorang kawan yang sebenarnya masih agak baru...kenal mulai tahun lalu...tapi now aku anggap dia more sebagai kakak...

Permulaan perkenalan kami sebenarnya tidak dirancang mahupun dikenalkan melalui kawan ke kawan...semuanya berpunca dari gambar...aku kagum hasil dia...mabeles...tu jak yang aku mampu cakap setiap kali...bukan membodek tapi ikhlas...dia memang bagus...

Tadi aku sempat membaca blog dia dan aku terharu dengan post yang dia tulis...actually aku sempat berkaca-kaca tapi oleh kerana aku berada di tempat kerja aku terpaksa cover la...kebetulan pagi ni aku bangun hidung tersumbat dan sekarang sudah mulai meleleh hingus aku ditambah lagi dengan rasa terharu...aku rasa cukup perisa sudah hingus di dalam hidungku ni ahahaha...

Anyhow bila aku baca post2 yang lain, kita ada sedikit persamaan mengenai KAWAN. Ya aku pun akui dalam tahun ini aku ada banyak konflik dengan beberapa orang kawan yang dulu agak rapat dengan aku. Tapi aku tetap akui memang sedikit sebanyak ianya berpunca dari aku dan aku meminta maaf kerana itu. Tidak kisahlah mereka sudi memaafkan atau tidak tapi aku sendiri tidak mahu 'berhutang' atau lokek dalam memohon kemaafan. Apa-apapun aku berusaha melupakan semua sengketa mahupun sejarah pahit yang pernah terlakar dalam masa silamku. Bagiku itu cuma la satu drama kehidupanku semata-mata. Bila episod sudah berakhir, maka lenyaplah segala-galanya.

Dia mengatakan yang aku adalah seorang perempuan yang kuat ketahanan emosinya. Thanx...anyhow aku tidaklah sekuat itu. Aku cuma mungkin nampak kuat pada luaran. Biasalah perempuan. Sinonim dengan airmata. Apalagi aku, kalo sudah xdapat tahan perasaan kompom berjurai-jurai airmata jatuh ke ladang gandum i say u heheee...tapi aku tetap ingin berterima kasih kepadanya kerana dia antara orang-orang yang banyak memberikan aku semangat untuk meneruskan kehidupan biarpun banyak ranjau dan duri yang aku tempuhi yang kadang buat aku rasa fed up and give up untuk teruskan semuanya.

Syukurku ucap ke hadrat Illahi...dalam ujian yang dilimpahkan ke atasku membuatkan terbuka mata dan minda. Dulu sikap aku suka menyalahkan orang itu orang ini atas kesalahan yang sebenarnya akulah puncanya. Dulu aku mudah tersentap dengan kata-kata umpatan keji caci maki orang terhadap aku. Aku cepat melenting. Sekarang aku berusaha untuk membiarkan mereka dengan propaganda mereka. Biarlah apa mereka mau katakan tentang aku, janji aku ingin teruskan kehidupan tanpa perlu mengambil kisah hal remeh-temeh sebegitu. Makin didengar cakap orang, makin tidak senang duduk la dibuatnya. Akhirnya, sendiri yang macam cacing kepanasan. Eh apasal aku siyes ni plak kan...hehehe...

Apa-apapun sekarang aku cuma mau teruskan kehidupan dalam suasana yang baru. Segala-galanya serba baru. Cara hidup baru, azam baru, sikap baru...mungkin akan ada jugak kesilapan sana sini diperjalanan akan datang tapi manusia sampai bila-bila tidak akan lari dari membuat kesilapan. Itulah lumrahnya. Cumanya, aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa semoga selepas ini aku akan menjadi semakin tabah dan akan terus bertabah menghadapi semua ujian dan dugaan di dalam hidup. Doa kalian yang ikhlas mendoakan kesejahteraanku sangat aku hargai. Terima kasih kawan :)

Pssst : nothing to display hehehe...

Monday, October 17, 2011

Hari Ini Hari Isnin :(

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ini hari Isnin aka hari malas aku...masih ingat tilam bantal selimut bantal peluk wakakaka...kena2 lagi pagi tadi hujan lebat...makin bikin malas mo bangkit...tapi bila memikirkan mo gi kerja jugak terpaksa la bangkit huhuhu...

Hari ni sempat bergaduh dengan semut sebab ntah cemana dia boleh masuk ke dalam bread sandwich yang belum dibuka...benci laaa...terpaksa la buat kerja sikit buang semut2 tu dari bermaharajalela...breakfast sandwich bakar with telur hohoho...

Life?Masih macam biasa...masih malas bangun...hehehe...tapi tadi sempat jugak la breakfast with Mr. AIL...tapi aku sempat jugak tapau sebiji dua roti bakar tu (padahal satu tapau penuh hahaha)...

Errr...sebenarnya aku bosan baini...xda bawak letop jadi kurang la dapat info2 semasa dan kurang la dapat promote lens aku...eh kalo mo beli lens murah beli la di Liyyah Shop...link ada di sebelah kiri blog aku ni hehehe...murah jewww...ada promosi lagi kihkihkih...

Errr...itu saja la mengkali kihkihkih...daaa

Psst : mood menjantok melanda huwarghhh!!!
...

Friday, October 14, 2011

Anda penggila contact lens???Mari gilakan contact lens dengan bershopping di Liyyah Shop hehehe

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Ya...aku memang gilakan lens...sebab tu aku jual lens...tajuk tu propa jak tu wakakaka...ok...to all my readers or follower sila2kan diri anda like pageku Liyyah Shop tu hehehe...sambil2 tu bolehlah kamurang pilih2 lens kan chewah hehehe...

pssst : hari ni mo terai nasi ayam lalap...cemana la rasanya tu

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday - 011011

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!


011011

pssst : ehemmm...

Monday, September 12, 2011

Hai karoke sakan!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Ceta karoke tapi xda gambar hahaha...malas mo senap...camera kan merajuk...buhhh!!!Nyway hari ini 3 event dibuat di opis...meeting, sambutan open house raya + karoke wakakaka...

So aku la antara orang2 yang sebok "menyumbangkan" sora di tengahari buta wakakaka...biar sebelah tangan pegang mic, sebelah lagi nyuap kuih raya...jadik la wakakaka...hampeh...

Errr...itu saja hehe...

Pssst : sekarang mood ular sawa...kekenyangan selepas berabis melahap!!!

Friday, September 9, 2011

Hahaharijadi!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ni bangun pagi jak, mata sembap...semalam gila2 tengok movie sedih bahahaha...pastu tengok movie sorang2 sampai jam 12 tengahmalam...ingatkan mo tengok ceta hantu lagi tapi kensel la wakakaka...

Hari ni aku gi keja pakai baju raya warna biru...kain yang adik aku hadiahkan...tq adik...budak kaunter cakap...apasal ko chomel sangat hari ni???Ya la biasa aku gi keja dengan pakaian keja la...hari ni pakai baju raya tapi memang x lama lagi baju raya ni pun tukar gi baju kerja wakakaka...

Hari ni aku calit sikit eyeliner di kelopak mata untuk tapuk kesan sembap di mata...tu la bodoh sapa suruh layan ceta sedih kan padan muka...

Hari ini senyuman aku lain sikit sebab...hari ni jugak...hari ni is my BIRTHDAY!!!Yay!!!Bahahahaha...bermakna hari ni jugak otomatik umur aku bertukar gi 26 tahun...26 tahun???OMG!!!Hahahaha...

Anyway syukur ke hadrat Illahi hingga ke hari ini aku masih bernafas...masih hidup...masih itu dan masih ini...masih dengan gila2ku...masih dengan segala2nya rencah kehidupan sehari-hari...masih masih masih...

Thanx kepada mereka yang telah menzahirkan ucapan selamat...doa kalian aku hargai sepenuhnya...thanx kepada yang teristimewa sebab sanggup tunggu jam 12 malam semalam untuk sms...wishing for my birthday walaupun kita gaduh kan erk...hahaha...

Thanx kepada kawan2...rakan taulan...sedara mara semua...banyak yang mendoakan supaya dipanjangkan umur dan tidak kurang jugak yang mendoakan semoga cepat makan nasik minyak erk...hahaha...

Apa yang aku boleh cakap is terima kasih yang tak terhingga...sayang kamurang semua...xoxo...dan tak lupa ucapan selamat ulangtahun kepada mereka2 yang menyambut harijadi hari ini...sama sepertiku... ~(^,^)~ ...semoga kalian pun mendapat keberkatan dan rahmat di dalam hidup...

pssst : rasa terharu ne...wuuu T_T


Thursday, September 8, 2011

Yaaaa syukur alhamdulillah...:)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Bahagia bahagia...syukur alhamdulillah...sehingga ke hari ni Tuhan masih panjangkan usiaku untuk bersama kamurang semua untuk share berita gembira ni...sepatutnya dari kemarin lagi aku bagitau tapi kemarin aku telampau eksaited...jadi hari ni reda sudah la eksaited itu hehehe...

Mesti kamurang tertanya2 atau perasanku saja yang bepikir yang kamurang tertanya2 kan...wakakaka...syok sendiri la aku ni nye punnn...

Ok xmo suspen2...kemarin aku dapat berita gembira...aku sudah LULUS exam kpsl...ingat kan dulu aku pernah post sal exam ni...rasa malas lak mo simpan link...tapi simpan jak la...KELIK SINI kalo mo baca post sal exam tu ngehehehe...

Dan kurang dari 24 jam...xlama lagi meningkat la usia...(tuanya aku wakakaka)...haish...syukur la Tuhan masih izinkan aku untuk hidup...astaghfirullah...

Ok...hari ni mood raya masih terasa...staf di opis ni x putus2 membawa juadah raya...terima kasih...sebab menyebabkan aku kenyang x hengat dunia wakakaka...

pssst : baju makin sendat...sapa suruh pelahap!!!

Tuesday, September 6, 2011

Bersawang lagi!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aduhai...sedar x sedar hari ni masuk raya ke-8...kepada yang masih dalam mood raya sakan tu...selamat beraya sakan hehehe...well, macam biasa orang2 macam aku yang cuti rayanya singkat, terpaksalah turun bekerja kan wakakaka...sapa suruh x apply cuti ramai2 kan...

Raya tahun ni agak ehem2 la...ehehe...apa x...raya ke-2...seawal jam 4.30 pagi aku terbangun dengan penuh cemas dan semangat...bukan apa pun...sebab perut memulas...natijahnya...mo 2,3 hari jugak la perut aku meragam...tu la sapa suruh berabiz melahap x ingat dunia wakakaka...

Raya ke-3...balik ke Sandakan sudah...gudbai kampung...tapi balik Sandakan apa aku buat?Zzz...hahaha...tido sampai pengsan wakakaka...penat kunun...mana lagi perut meragam...

Raya ke-4, my laling bersama kawan2 sekerjanya datang beraya...so aku masak simple dishes jak...ketupat mini, ayam kurma, ayam rendang, daging masak kicap and acar timun...ringkas kan...sekalian la bestie aku c Kichie, dengan adik-beradik albab pintu aku pun join sekaki...

Hari Sabtu, tetiba lak gi main boling hahaha...xda kerja...tu pun sebab adik-beradik albab pintu aku tu yang beriya2 sangat...akibatnya sampai hari ni tangan kanan aku lenguh2 semacam...lama x menggulik bola boling tu kan wakakaka...tapi tu la...oleh kerana kamera digital aku rosak, kamera hp aku plak merajuk...tahun ni xda la gambar raya...sedey...

Ok la...aku dalam mood menjantuk ba sekarang ni...boleh aku tido???Hahahaha...

pssst : cemana raya kamurang tahun ni???

Wednesday, August 17, 2011

Bengangnya!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Bengangnya apasal fb aku tiba2 account temporary unavailable???Di saat2 aku sedang enak mempromote produk jualan aku burghhh!!!

Pssst : sori teremosi sekejap

Friday, August 12, 2011

Liyyah Shop

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Huh!!!Bersawang dah belog ni hehe...maklumlah aku pun da jarang update...hari ni just mo wat announcement bahawa pada tarikh 11 Ogos 2011 maka terlancarlah my very own Online Shop iaitu Liyyah Shop...jejejejeng...aku sudah buat page untuk Liyyah Shop tu so mari2 jom beli my produk...xpun tolong promote dengan kawan2 ya...atau senang2kan la diri untuk kelik like sahaja di page tu...terima kasih daun keladi...

Semoga Ramadhan tahun ini memberikan keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah untuk kita semua...Amin...

pssst : Doakan semoga permulaan ini berjaya...terima kasih you all!!!

Tuesday, July 26, 2011

Ser...serr...serrr~~~

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Dag dig dug di dalam dadaaa~~~

Hahaha...dalam sibuk sempat lagi mempost...gila kan...well you know me...

Sebenarnya kan...ada kerisauan dalam hati tapi malas la mo expose...nanti dicakap lak aku mintak simpati...biar la...simpan jak la...mungkin ada baiknya kalo aku tukar url kan...tapi jadi hal la pulak my follower terpaksa mo cari balik url aku...sedey...tapi ada ka yang follow aku ni sudi jugak membaca post2 ku yang selalunya merapu binti meraban ni kan...well...

Whatever...janji kamurang hepi kan kan kan...

Pssst : semoga semuanya akan kembali normal...insya allah~~~

Mimpi Hantu

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

(pinjam dari Mr. Googly Woogly)

Wuuu seramnya semalam aku mimpi aku menyewa di sebuah rumah yang berhantu...dan yang paling dasat is hantu tu ialah PONTIANAK...penuh satu rumah you...tapi boleh2nya la aku berkawan sama durang...what the???

Kononnya aku pindah rumah. Jadi rumah yang kena rekemen oleh member aku tu memang sudah lama kosong. Rupa pun cam rumah antik. Tapi aku pelik asal malam rumah tu akan bertukar menjadi sebuah rumah yang cantik. lepas tu baru la kononnya "room-mate" aku berkeluaran. Dorang ni super cantik dengan rambut yang panjang mengurai. Tapi asal malam, mesti ada satu pokok ara muncul di tengah2 rumah tu...

Mula2 tu aku takut jugak sebab aku tau yang dorang tu pontianak...tapi kemesraan dorang tu buat aku x takut dengan dorang...rupanya rumah tu bekas istana dulu2...semua penghuninya perempuan...siap ada amah lagi...dari jelmaan amah tu la aku dapat tau cerita sal penghuni rumah tu dan sejarah rumah tu sendiri...

So, masa amah tu bercerita dengan aku secara x langsung seolah2 ada flashback la pulak...dulu2 penghuni rumah tu semuanya baik2 belaka...tapi datang sorang perempuan yang saiko sikit...dia ni memang mental...gara2 dia la semua orang dalam rumah tu mati termasuk amah dan diri dia sendiri...semua mati dalam keadaan yang mengerikan...

Dan rumah tu langsung tidak membenarkan kaum lelaki masuk...asal mana2 jak lelaki yang secara sengaja or tidak sengaja masuk ke rumah tu kompom akan mendapat gangguan...tapi bukan dari pontianak2 yang baik tu...tapi dari pontianak yang saiko tu...

So mo kasi sedap cerita...ada satu malam tu tiba2 pontianak saiko tu muncul dan mula mengganggu aku...dia kaco aku time aku tido...mujur amah tu muncul dan pontianak2 lain datang untuk tolong aku...aku pun dapat kekuatan untuk melawan balik pontianak saiko tu...

Dalam sibuk berlawan...tiba2 muncul sorang lelaki masuk ke dalam rumah tu...sekaligus pontianak2 tu semua termasuk yang jahat tu tiba2 hilang...lelaki tu bawak aku masuk jauh ke dalam hutan...aku xtau lelaki tu sapa...

Di dalam hutan...satu persatu kawan2 pontianak tu datang merayu supaya aku balik ke rumah tu tapi dorang cam takut sama lelaki tu...lelaki tu cuma berdiam diri jak...bila semua pontianak baik tu muncul dan berkumpul di satu tempat di tengah hutan tiba2 datang lagi pontianak saiko tu tapi dia berubah bentuk jadi wajah asalnya...terus terang cakap...mukanya cam Natasha Hudson tu...tapi rambut dia perang dan keriting...

Dalam pontianak ala2 Natasha Hudson tu menyamar dan memujuk aku supaya balik ke rumah tu...tiba2 muncul satu cahaya yang terang yang membuatkan semua pontianak2 tu berubah menjadi abu...rupanya dorang semua x perasan yang waktu tu sudah beranjak siang...

So...aku dan lelaki tu selamat...semua pontianak tu sudah xda dan rumah tu pun runtuh sendiri...sekian...

Pssst : kalo bikin movie boleh jual ka ni hehehe...apa2pun tu semua hanyalah mimpi...

Tuesday, July 19, 2011

1 Malaysia Online Shop

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Di sini aku dengan bangganya mempersembahkan 1MOS aka blog 1 Malaysia Online Shop...

Apa yang ada di sini???Di sini ada pelbagai jenis produk yang dijual dan dipromosikan secara online...(produk aku ada termasuk dalam tu hehehe)...Blog ni diusahakan oleh Bro Yazid Hilmi...so sapa2 yang berminat untuk shopping online boleh la mengunjungi blog tersebut...kalo mo beli produk aku pun ok ba hehehe...

Pssst : Kelik SINI kalo ko ke sanaaa...