Sunday, November 28, 2010

My Inspiration

Do you know the people that inspires me to blog???

I'm presenting...(drum role please)...Missie!!!~~~She's the one who insipred me to blog. When I read her posts, I'm amazed. She's just 17 years old. Living in Stockholm. That's what I get from her personal profile. I love her blog so much. Her blog is simple yet meaningful. I love the pictures too. Well, I could also learn something from her posts. She like to put in some quotes or just some pictures with quotes in it but they are meaningful to me.

And fellas, when you read this I suggest you to have a look see on her blog...she might have several followers but what she got in her blog is bigger than that. So, why wait, just go to her blog right away...you'll love what you'll see.

* * *

Secondly, ( another drum role please)...these are also the people that keeps me inspired by writing about anything at all. And they are Farah Ilyana Khairudin & Hazwan Faiz. They are best buddies that shares one blog to say whatever they want and also about them too. I kept smiling and laughing when reading their posts. Whatever they wrote sometimes make sense. Not too much to say that I really love them.

You see, this is not the first attempt of me to write a blog. My first attempt is by the year 2008 where I first created this blog. I blog about some lame products but even I feel kinda lame about it. I tried to sell products and my advisor is my 2nd sister. She got the thingy and I promoted them on my blog. But none of them caught the readers eyes. And so and so and so...my blog lies there without any interesting contents.

2009, I deleted the post about the product and started to write about myself. The blog layout was so very yesterday. And that time I thought that only the people from foreign countries had a blog. So that I started to write in English though my English is not good enough but I keep it up. Several posts about myself and then...I'm feeling bored.

2010, I deleted them all. And started a new blog named Nor Adzwaty Rokkafella. I started writing in English telling about my childhood time and I browsed the next blog and I found out that there's a Malaysian blog. I keep on tracking Malaysians blog and I followed them.

When I got a new passion on photography thingy, I posted my pictures on my blog and describe them. Day by day I learned something new until I got all of the do's and the dont's about stuff that should be put on my blog from this blog.

Earlier, I posted my blog in English assuming that my foreign followers could read them. When my friend knocked me up saying that she's having a trouble reading my blog, I wrote in Malay. After that, I keep on writing in Malay and guess what???...my followers grow bigger. I'm happy coz finally someone is reading my blog and might be liking them...( i guess)...and they followed me.

To all of my followers, thanks for your support guys. I was hoping that they will be bigger and bigger. 39 is a big number to me and I am much appreciated that. Hopefully that the number will be three or four figure in the future. And hoping that you guys keep on writing good materials. Chayo2x!!!to all and to myself too~~~

Saturday, November 27, 2010

Penyibuk

Wakakaka...sakit-sakit pun sempat jugak...

Well...apa komen kamurang mengenai tajuk entri yang nih???Suma orang mesti anti-penyibuk kan...so do I...tapi dalam masa yang sama sebenarnya sifat penyibuk tu lumrah manusia. Siapa yang tiada sifat ni sila info ke aku ya...aku mo belajar tips-tips untuk tidak jadi penyibuk.

Aku memang sangat-sangat anti dengan orang yang penyibuk ni...rasa cam aku mo cili or ikat mulut-mulut orang yang penyibuk tahap akhir nih. Tapi tapi tapi...bila aku sedar diri...rupanya aku pun penyibuk jugak...nah hambik kau dusyummm!!!

Bukti : Tadi masa aku tengah howt tengok katun di TV3 tetiba aku dengar suara hi-pitch punya...mau kata jiran depan rumah aku yang memang jadual tetap dorang mesti buat kecoh pun x jugak sebab dorang sudah pindah...xda lagi scenery gaduh-gaduh yang menyebalkan...selalu tu mesti dorang jak la ranking teratas kalo bab wat kecoh di kejiranan aku ni. So, aku terus mute kan tv...dengar bebaik...rupanya budak-budak tengah howt main bola dowh...kalo aku x penyibuk mesti aku buat dono jak kan...isk isk isk...

Tapi masalahnya aku sekarang berada di tahap akhir punya bosan...mau keluar meng'outing'kan diri...amik gambar seklik dua memang x larat sebab aku masih dalam proses penyembuhan. Kalo x teruk takkan doc bagi cuti 14 hari kan...aktiviti di rumah...tengok tv sampai pengsan...online sampai jari cramp...makan x seberapa sebab xda selera...then duk di rumah sorang-sorang macam gila sebab member aku busy dengan jadual dia sendiri. Dengar-dengarnya cam mo gi Tawau tu. Lagilah aku sunyi. Makin aku malas bila SESB & Celcom ni plak wat hal. Semalam blackout pastu pagi tadi bila aku cek badan habis kena bintik-bintik merah sebab digeget nyamuk. Bangang!!!...Pastu bila online line 3G cuma sebar dua jak...lagilah super bangang!!!

Tapi dalam sebangang-bangang itu aku ada benda misteri yang berlaku time aku berusaha untuk bangun pagi tadi. Ok...blackout tu berlaku dalam jam 3 subuh kot...sebab aku terbangun kerana pelik kenapa keadaan gelap gulita dan panas...entah jam berapa aku tersedar pagi tadi tapi amazingnya dalam aku sedar tu aku x dapat bangun dengan jayanya. Sebabnya cenggini...

Aku bermimpi. Dalam mimpi aku tu aku berada di dalam kelas. Ada cikgu masuk. Tapi masalahnya dalam kelas tu aku langsung x dapat tengok muka cikgu cikgi mahupun classmate aku. Tapi aku tau sapa cikgu tu and classmate aku cuma aku x dapat luruskan leher aku untuk melihat ke hadapan. Mau tau ke mana perginya pandangan aku???Tu ha atas siling. Yang aku nampak dua biji lampu sama persis cam lampu di ruang tamu rumah aku. Aku heran kenapa aku x bleh pandang ke hadapan. Sampai aku tanya kawan-kawan aku. Tapi ajaibnya aku boleh melangkah dan bertanya kepada kawan aku tu tanpa perlu melihat muka dorang. Aku pelik. Then ada satu suara cakap, " memanglah ko nampak siling saja sebab kau tidur mendongak"...aku terus terjaga dan really aku memang mendongak ke atas dan bila pandangan aku clear memang mata aku merenung siling ruang tamu aku (FYI aku memang suka tidur di ruang tamu sebab boleh tengok tv sampai pengsan).

(ni la dua biji lampu di siling ruang tamu aku...saja edit cenggini bagi angker feel tu datang...hehehe)

Then entah cemana aku tertidur lagi dan mimpi tu bersambung tapi kali ni aku sudah boleh tengok muka kawan aku satu persatu. Mungkin kedudukan tidur aku sudah stabil. Then, kami pi la rumah salah sorang dari member sekelas nih. Dia cakap ada kenduri kesyukuran di rumah dia sempena kedatangan orang baru. Kakak dia baru lepas bersalin. Kitorang suma pigi la. Tapi dalam kami otw mau gi sana tetiba pula ada angin ribut. Amazingly, tu la pertama kali dalam hidup aku nampak ratusan puting beliung terjadi depan mata. Biarpun dalam mimpi. Pembentukan puting beliung tu memang cepat dan besar-besar pulak tu. Mungkin paling tepat aku cakap is TORNADO. Kawan aku yang drive time tu. Kereta Kembara. Kami cuba mengelak dari tornado-tornado tu. Memang kawan aku tu cun gilak la cilok-cilok keta untuk mengelak tornado bagak tu. Tapi obstacle paling menang is bila kami melalui dua tornado yang bergandingan di hadapan kami dan itu la satu-satunya jalan untuk sampai ke rumah kakaknya. Kami redah kasi pecah jak la tornado tu dan masa tu aku betul-betul terasa gegaran dan impaknya. Bingit dan seram bunyi angin tu bila kami meredah tornado tu. Tapi alhamdulillah bila kami lepas jak tornado tu, cuaca kembali normal. Tapi not normal enough bila kami sampai di rumah kawan aku tu. Kami nampak xda sorang pun yang datang. Kakak dia and hubby ada dalam keta bersedia tuk jalan. Bila kami tanya rupanya semua orang swepted away by the tornado. So kami pun pulang ke rumah masing-masing.

Di rumah, bila aku sampai aku terus terbaring depan tv. Sebab aku penat and seakan fobia dengan kejadian tornado tu. Tetiba member aku datang. Dia suh aku bangun. Aku cakap aku x larat. Dia cakap "meh aku tarik tangan ko supaya ko bleh bangun"...so aku kata yes la. Bila aku cuba hulur tangan aku, aku x nampak tangan aku. Aku cuma nampak tangan dia menghala kepadaku. Dia menghulurkan tangan untuk aku capai. Then dia cakap..."hah bangun pun"...tapi aku masih nampak diri aku terbaring dalam posisi yang tadi. Bantal guling jadi bantal aku then tangan aku masih di atas pahaku. Aku cakap dengan member aku, " eh...aku belum bangun lagi la...tuuu..." mulut aku memuncung ke arah body aku yang masih terkujur. Dia cuba lagi untuk bangunkan aku. Aku cakap "selagi aku x nampak tangan aku maksudnya aku masih belum bangun la tu"...dalam masa yang sama aku dengar dalam hati aku cakap "bangunlah...bangunlah...bangunlah"...seolah-olah aku bercakap dengan diri sendiri. Beberapa kali percubaan masih gagal. Jasad aku masih belum bergerak. Kali terakhir aku cuba, then...jeng...jeng...jeng...aku berjaya bangun dan aku nampak tangan aku. Aku terus duduk atas tilam and berfikir. Aku cubit pipi, sakit. Ok sah sudah aku betul-betul terbangun. Aku tengok jam, jam 9. Wahhh!!!

Sampai sekarang aku masih berfikir. Aku boleh nampak jasad aku terbaring dalam posisi sama dalam mimpi aku dan bila aku bangun posisi tu masih sama macam dalam mimpi. Mungkin roh aku yang nampak tu kan...aku rasa angker sekejap...

pssst : eh...lari dari tajuk plak kan...tapi x pa la...korang jadik la penyibuk dalam blog aku nih hehehe...me like jugak...awww~~~

Thursday, November 18, 2010

By the roots...they produced ME~~~

Saja jak header tu in English hahaha...

Wokey peeps...ada beberapa kenalan yang tertanya-tanya dari mana aku dapat muka macam ni hahaha...


(Gambar diambil sendiri semasa majlis pertunangan dolu-dolu hahaha...thn 2009)


(Yang ni time menghadiri majlis pertunangan sepupu bestie aku...jadi tukang gambar + tukang mekap...yg ni current year...muka sekarang la kononnya)

Ada beza kan???Tahun ni aku memang suka gain weight hahaha...tahun lalu aku ada slim sikit...sebabnya...makanan sekarang ni sedap-sedap belaka hahaha...ok...apa kena-mengena dua gambar ni dengan tajuk header tu...haaa sini aku cerita...

Pada tahun 1985, September 9, lahir la sorang budak yang nakalnya ya ampun ke muka bumi. Di namakan Norazwati oleh bidan yang bertanggungjawab untuk membidankan mamaku. (Norazwati aka Nor Adzwaty make sense la kan...Rokkafella???)

Tempat lahir di Pondok Polis Kerukan, Kuala Penyu, Sabah. Lahir pada pagi hari Khamis kalau x silap la hehehe...

So banyak orang tanya aku bangsa apa...Officially aku adalah dari suku kaum Bisaya di Sabah ni. Populasi orang Bisaya ni tertumpu di beberapa daerah seperti di Kuala Penyu, Beaufort dan Papar. Actually bapaku penah ceta dulu la kan, asal suku kaum Bisaya ni adalah dari Sarawak dan mengikut research yang aku buat di internet suku kaum Bisaya ni terdapat di kawasan Limbang, Sarawak. So adakah kemungkinan roots aku dari situ???(pssst : betulkan aku kalau aku silap)

Untuk dijadikan penyedap cerita, bapaku ni mixed race. Bisaya + Dusun Tatana. Kampung bapaku terletak di Kg. Padas Damit, Beaufort. Aku dibagitau bahawa aku masih ada relatives yang non-muslim di sebelah Kuala Penyu & Beaufort. Sejauh mana kebenarannya kena tanya mamatua ( aka nenek) @ bapatua ( aka atok) la...

Ok...mamaku pun mixed race. Sungai + Jawa. Sebab atok aku dari suku kaum Sungai dan berasal dari Kg. Kuamut, Kinabatangan. My mom lahir di Kg. Lamag, Kinabatangan dan sekarang sudah berpindah ke Kg. Buang Sayang, Kinabatangan. (Tapi bukan Kg. Buang Sayang Suan Lamba ok...di Kinabatangan ada dua Kg. Buang Sayang. So, don't get confused). Manakala nenek aku plak berbangsa Jawa asal dari Sulawesi. Cuma, nenek aku lahir di Sabah sebab parents dia migrated to Sabah and get married here also.

Ramai yang tegur kulit aku putih. Saya bukan owrang puteyh ya...hahaha...hanya kulit saja yang putih/fair-skin. Ada yang cakap juga muka ku iras-iras orang berbangsa Cina (mungkin sebab spek aku besar kot???) Tapi really perkara ni betul-betul pernah berlaku. Ada sekali tu aku gi pasar and kebetulan mau beli sayur dengan asau ni. Boleh-bolehnya dibawaknya aku speaking Chinese. Aku cuma dapat tersengih busuk sambil cakap..."Soli ah...saya tia pandai cakap cina"...hahaha...Ada jugak sekali tu time aku naik bus mo gi keja. Bus mini ni xda konduktor. So driver tu singgah di stesen minyak untuk isi minyak la apalagi...dia cakap dengan aku..."Amoi...tunggu sekejap arrr...saya isi minyak dulu"...aku angkat muka & nampak driver tu tengok aku dari rear window dia...Aku just angguk.(pssst : kejadian ni berlaku before aku pakai tudung. So take note...wakaka...so dalam hal ni aku salahkah spek aku yang besar tu...)

So...tu la kejadiannya...ada jugak la yang tegur aku ada iras-iras orang dari suku kaum Kadazan. Tu aku memang agree sebab kami berdarah Dusun Tatana juga. Hehehe...and then yang paling sedih, selalu orang salah anggap Bisaya ni as a Visaya ( Bahasa Tagalog macam dalam ceta Pangako Sayo dan yang sewaktu dengannya ). FYI Bisaya vs Visaya is not from the same roots. Bisaya memang asal Sabah but Visaya asal dari Philipines. So ada beza. Bahasa Bisaya lebih kurang cam Bahasa Dusun. Jauh sekali dengan Bahasa Visaya yang mana dorang ni lebih gunakan Bahasa Tagalog. Memang lari banyak perbezaan dia...

Untuk pengetahuan juga, memang selalu la orang akan mistaken yang aku ni bangsa Visaya sebab muka aku ni jugak la. Aku ada buat ujian di Celebrity Look-a-Like Meter then the result is...Muka aku resemble Kristine Hermosa...Actress and Singer terkenal di Philipines. tengok post yang ni http://noradzwatyrokkafella.blogspot.com/2010/03/my-celebrity-look-like-meter.html. What's yer comment???Mesti aku lagi chomel kan wakakaka...

So...enough for the mumbling...korang tengok la sendiri ngehehehe...

Pssst : ngehehehe...so di mana aku berada sekarang???aku berada di Sandakan hehehe...(kenapa aku banyak guna perkataan so dalam entri yang nih???)


Wednesday, November 17, 2010

Andai Aku Bisa Dimengerti

Pelit...
Sensitif...
Ego...
Bodoh...
Manja...
Cengeng...

Cepat marah...
Pemaaf...
Cepat lupa...
Kelam kabut...
Lurus...
Penipu...

Hipokrit...
Drama queen...

Tuesday, November 16, 2010

Sentimental

Entah kenapa sekarang ni aku terasa sentimental...

Adakah mungkin disebabkan pengumuman boss tadi yang memberi keizinan bagi wanita muslim untuk balik rumah jam 1.00 petang nanti atau disebabkan perkara lain???

First thing...aku memang sedih sebab sudah 3 raya haji berturut-turut aku tidak balik kampung untuk beraya bersama keluarga. Aku paling rindu my mom, my dad, my sisters, my brother and anak-anakbuahku terutama sekali si Putri and si Wawa...

Secondly, sebab aku tetap tidak dapat balik jam 1.00 petang nanti. Jam 2.30 petang nanti masih ada sesi dialog industri yang akan diadakan oleh Miss Mui & me...Tugas tetap diutamakan...

Ketiga, raya haji kali ni sama juga dengan raya haji pada tahun-tahun lepas. Maafkan aku mak. Bukan aku sengaja tidak mau pulang tapi anakmu ini terikat dengan tugas dan ada perkara lain yang tidak dapat dielakkan. Mama mesti mengerti kan???

Gelasku yang berisi nescafe susu hampir separuh aku minum untuk menghilangkan sebak di dada. Ada perkara yang mengganggu di kotak fikiranku tika dan saat ini. Apapun itu, biarlah ia menjadi rahsiaku. Tambahan lagi aku terbaca post salah seorang kawanku yang membuat aku terimbau kembali kisah lalu yang menyayat hati. Mungkin itu juga puncanya kenapa aku sentimental sekarang ni.

Arghhh!!!Walaupun perkara tu sudah lama berlalu tapi bila teringat kembali bisanya menikam kalbu. Orang kata senang untuk memaafkan tetapi sukar untuk melupakan. Aku tetap bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk memperbetulkan segala kesilapan lalu.

Ni la yang aku malas. Bila aku sedih, satu persatu tragedi masa lalu bermain di kepala hotakku yang sememangnya padat dengan kenangan-kenangan itu. Ahhh...sakit dada menahan perasaan. Ada juga baiknya aku tidak pulang nanti sebab mesti aku akan merembeskan air mata pilu. Kena-kena lagi aku memang tinggal berseorangan. Tiada siapa di sisi untuk menenangkan aku. Tapi itu pilihanku untuk hidup bersendirian. Teman rapatku mesti tengah sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya haji esok. Bestnya dia.

Ok...aku mesti hentikan semua ini. Sepatutnya hari raya haji disambut dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan. Bukan dengan linangan airmata. Aku patut bersyukur kerana mesti ada orang lain lagi yang lebih menderita daripada aku yang kuat mengeluh ni.

Doa ku panjatkan kepada penduduk di kawasan Merapi mudah-mudahan raya haji tahun ni dapat disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.

Pssst : Aku hampir menangis bila menonton Majalah 3 pada hari Sabtu lalu berkenaan Merapi. Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban di Merapi dan juga kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah dalam perjuangan untuk mendekatiNYA di Mekah baru-baru ini. Semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Sunday, November 14, 2010

Fakta atau auta : Orang yang paling pemalas sebenarnya adalah orang yang tersangat rajin

Ok...hahaha...

Tu mukadimah paling minima aku...hehehe...ok straight to the point...pernahkah korang suma dengar dengan fakta di atas tu???Orang yang palling pemalas tu la sebenarnya orang yang paling rajin...Mau tau rahsianya???hahaha...ayo!!!

Aku senaraikan tiga jak la perbezaan antara orang malas dengan orang yang rajin :-

1) Orang yang malas buat keja. Golongan ni jenis yang teramat malas untuk membuat apa saja jenis perbuatan yang melibatkan kerja. Contohnya kerja di pejabat, kerja di rumah dan kerja-kerja yang sewaktu dengannya. Tapi realitinya, dorang ni rajin sebenarnya. Bukti???Ada...
Contoh paling terdekat cam aku la...hahaha...boss kasi assignment untuk kasi siap minggu depan hari Jumaat contohnya. Assignment diberi Jumaat minggu ni. Mau tau bila aku akan buat???Hari Isnin depan hahaha...then bila ada officer lain suh wat itu wat ini tau plak membebel cakap banyak keja mau buat padahal sendiri yang super pemalas tapi rajin kejar dateline pastu pandai marah-marah sendiri hahaha...

Kalo orang tu rajin dia sudah buat awal-awal assignment tu sebab dia malas kejar dateline dan malas untuk dibebel oleh boss dan pegawai dan dia malas untuk buat kerja yang tertangguh. Malas sungguh orang yang rajin ni ek...


2) Malas jaga kebersihan diri. Haaa...ni paling spesel...ada juga golongan yang malas menjaga kebersihan diri ni. Adaaa...hahaha...aku pernah nampak satu rancangan remaja di Disney Channel siri Raven. Dalam rancangan tu ada sorang budak lelaki yang tersangat la malas untuk membersihkan dirinya. Dia suka pakai baju yang sama setiap hari ke sekolah. Bau dia jangan cerita la...bila kawan-kawan dia datang dekat and cuba tanya kenapa dia malas mandi, jawapan selamba dia adalah : Sebab kalo aku rajin mandi aku akan malas mengotorkan diri aku...the lamest answer on earth!!!

Kalo orang yang rajin menjaga kebershihan diri ni mesti dia akan rasa malas untuk tampil berbau dan tidak teratur di khalayak ramai. Sedangkan menda alah ni pun rajin...tengok...


3) Malas di suruh. Haaa ni lagi satu jenis penyakit malas yang agak kronik. Suatu masa dulu masa aku kecik-kecik yang sudah besar tu aku ni la manusia yang paling liat sekali kalo bab di suruh wat apa saja. Kerana aku anak bongsu perempuan dalam adik-beradikku. Biarpun aku ada adik lelaki tapi aku la anak yang paling manja sekali. Well...you know me hahaha...bila aku di suruh wat sesuatu benda tu terutama sekali benda yang aku langsung tiada minat untuk buat mulalah mulut aku muncung sampai boleh sangkut baldi di mulut aku tu...apalagi kakak-kakak-kakak aku tu mesti akan buli aku kaw-kaw punya hahaha...mesti suruh itu suruh ini sampai aku naik fed-up and start la menangis untuk meraih undi dari bapak aku yang semestinya tempat aku bermanja hahaha...dan mesti bapak aku akan back-up aku baek punya la hahaha...

Kalo anak yang rajin tu senang...tidak payah disuruh pun dorang mesti akan buat kerja dengan rela hati sebab malas disuruh balik-balik dan malas dibuli oleh adik-beradik lain...cam dak comel di bawah ni...comel gilak!!!Tapi kategori yang ni dikira memang rajin tanpa disuruh dengan tujuan untuk mengacau hahaha...


So...tu la sedikit perbezaan yang dapat dimuatkan dalam entri yang ni...hahaha...untuk pelajar yang menghadapi peperiksaan SPM & STPM diucapkan semoga berjaya dan kejarlah impian anda...cheerios!!!


* * *

Pssst : Aku tergolong dalam orang yang malas tapi rajin hahaha...

Friday, November 12, 2010

Kawan atau lawan???


Baru-baru ni I'm kinda getting myself into my bestie's problem...dia salu luahkan perasaan ma aku pasal mamat sorang ni yang sudah berkahwin...Well. FYI dorang ni bukan la ada skandal but this guy jadikan bestie aku ni tempat dia meluahkan masalah bila dia get in blue with tunang dia yang sekarang sudah jadik bini dia. Well this guy pun aku kenal juga. I never meddling in their friendship before.


Sampailah satu hari tu, bestie aku datang umah and mengadu macam-macam. Dia cakap bini mamat tu marah-marah pastu tuduh dia penipu and cuba untuk merosakkan hubungan dorang. So bestie aku naik bengang la. Ya la dia kan juz kawan jak sama mamat tu. Bini dia sudah salah faham.

Aku naik geram juga but aku biarkan jak. Then sampai satu masa aku nampak la bini mamat tu komen di FB salah satu member aku jugak. So aku dengan ringan tangan pegi la gatal-gatal sindir minah tu. Bila aku view profile dia rupanya budak lagi. Sebaya dengan adik aku. Hurm...kepala aku pun sudah bertanduk untuk makin sindir-sindir budak ni.

So on this day, aku dapat notification yang budak tu reply comment tu. Apalagi aku pun meregangkan jari-jemariku untuk menyerang balas. Balas punya balas last-last kitorang berdamai. Aku bukan apa. Aku kesian dengan bestie aku. Kalau betul dia salah, she deserve a second chance ba. Then aku juga tidak sampai hati untuk marah-marah lebih-lebih.


So untuk jadi penyedap cerita kitorang pun jadi friend di FB. Then tetiba mamat tu plak yang sentap. Dia sentap berabis and cakap aku plak yang sengaja meruntuhkan rumahtangga dia. Well bestie aku penah cakap bini dia tuduh bestie aku ni ada skandal dengan hubby dia sebab ada kawan dia nampak hubby dia bawak pompuan jenjalan. Tapi mengikut bestie aku semasa kejadian beliau berada di rumah sedang bersantai-santai. Then dia cakap yang pompuan tu la skandal mamat ni.

So aku cakap bebaik la dengan mamat ni. Emosional plak dia. Dia cakap kasi hancurlah dia kalo itu boleh buat aku bahagia. WTF??? I only want to make things right. Mungkin cara aku approach bini dia tu mungkin agak kasar but his wife sudah ok dengan aku. Kitorang siap declare 0-0 lagi. Means no more war.

Last-last aku mesej berangkai antara aku, bestie aku, mamat tu n bini dia. Aku explain everything to make things clear. Masa tu masih sentap gila lagi mamat tu. Kalo ada depan aku mungkin aku sudah chubit-chubit bijik mata dia. Then aku post wall saying that I'm Sorry to all of them. Then everything back to normal. Phew!!!

So pengajaran kepada diri-sendiri, never dengar cerita dari sebelah pihak saja untuk wat judgement. Better see face to face to make things real clear.And NEVER EVER to pandai-pandai jadik hero or heroin. Biar orang tu selesaikan masalah dorang sendiri. Kan padan muka aku. Nasib baik benda sudah ok(errr...mungkin)...kalo x mampus la wei!!!

* * *


Pssst : Teruk juga perasaannya bila berada in the middle of a chaos...urghhh!!!

Charice Pempengco

Charice Pempengco & Bianca Ryan On Ellen Degenerees Show



Wahhh...dua anak muda yang berbakat...apa-apapun aku tetap vote untuk Charice Pempengco...Anak Asia...

Lagi video beliau...



Yang nih di salah satu rancangan popular di Korea



* * *

Pssst : Budak ni cukup memberikan aku goosebumps...gilak!!!Bila la aku bleh nyanyi camni???

Thursday, November 11, 2010

Fakta seorang aku : Bila aku di hadapan camera~~~

1st of all...
credits to my fren Mz Norazrina Azmie atas suma gambar-gambar 'maut' ni hahaha...

* * *

Aku malas mau cakap banyak...tengok jak la apa jadi bila aku di hadapan lensa camera...

enjoy!!!

* * *


Ok...apa yang x kena dgn gambar ni???Gambar ni di ambil di dalam Dewan Masyarakat Sandakan. Ada ka orang pakai payung dalam dewan???Hujan ka???

(Pelakon Aku tu yang pegang payung merah ala-ala seram tu)

* * *


Yang ni kira aksi paling sopan seorang pelakon Aku tu...tapi dia ni suka menyampuk dalam gambar orang...sukahati dia jak kan...

* * *


Hah!!!Tu...isi dalam mulut tu rasanya fries yang belum sempat di telan dek si pelakon Aku tu...
Orang len tengah pose baek punya last-last dia gak yang mencacatkan panorama...

* * *


Menyampuk di tepi pun jadik la...biar putus separuh wajah dalam gambar janji dapat menyampuk hahaha...

* * *


Ok...yang nih masa kitorang gi rumah terbuka kak Nilam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2009...Pose masih ok lagi...

* * *


Hah!!!Start sudah...

* * *


Yang ni memang super-howt!!!hahaha...pakcik Manaf menang pertandingan karaoke yang dianjurkan oleh kak Nilam...bila turn penyampaian hadiah ada plak pelakon Aku tu gi menyampuk lagi hahaha...tengok la betapa blurrr-nya pakcik Manaf dekat budak sorang nih...

* * *


Wahlauweiii!!!~~~Ni pose yang paling menang la hahaha...

* * *


Ok...yang ni ngeri sikit...cuba perhatikan senyuman 'evil' pelakon Aku tu...menyeringai habis...

(errr...ni bukan lesbo k...jangan salah paham...dua-dua straight nih...)

* * *


Makan siku hahaha...besar gilak bukaan diameter mulut budak sorang ni...yang mamat tu selamba jak buka mulut kecik...memang dak pelakon Aku ni kuat makan...

(Dua gambar terakhir di ambil time Ofis Terbuka PTK Sandakan sempena raya tahun lalu)

* * *


Hahaha...tensen muka aku tengok post Fakta seorang aku : Bila aku di hadapan camera...
ntahapahapantah la~~~

(Sebab tu la aku sesuai jadi orang belakang tirai...hahaha)

* * *

Pssst : gila mereng pekala hotak aku!!!

Nota : Gambar-gambar diamik pada tahun 2009. plis take note wakakaka...

Everything


You're a falling star, you're the get away car.
You're the line in the sand when I go too far.
You're the swimming pool, on an August day.
And you're the perfect thing to say.

And you play it coy but it's kinda cute.
Ah, when you smile at me you know exactly what you do.
Baby don't pretend that you don't know it's true.
'cause you can see it when I look at you.

[Chorus:]
And in this crazy life, and through these crazy times
It's you, it's you, you make me sing.
You're every line, you're every word, you're everything.

You're a carousel, you're a wishing well,
And you light me up, when you ring my bell.
You're a mystery, you're from outer space,
You're every minute of my everyday.

And I can't believe, uh that I'm your man,
And I get to kiss you baby just because I can.
Whatever comes our way, ah we'll see it through,
And you know that's what our love can do.

[Chorus]

So, la, la, la, la, la, la, la
So, la, la, la, la, la, la, la

[Chorus:]
And in this crazy life, and through these crazy times
It's you, it's you, you make me sing.
You're every line, you're every word, you're everything.
You're every song, and I sing along.
'Cause you're my everything.
Yeah, yeah

So, la, la, la, la, la, la, la
So, la, la, la, la, la, la, la

* * *

Psst : Aku sudah lama jatoh chenta dgn mamat ni sejak dia nyanyi lagu Sway tu lagi...tapi apakan daya beliau tidak mengenali aku sebab aku bukan jiran dia...

Hahaha...just for laugh~~~


* * *

Pssst : Aku memang macam ni hahaha...

Wednesday, November 10, 2010

Yay!!!Aku Sangat Hepi!!!Burger ft Cappucino ft Apple

Hahahahahaha...akhirnya!!!

Aku berjaya dapatkan diriku tempat pertama bila aku berjaya membelikan diriku sebijik burger ayam + telur hahahaha...aku raparrr & aku raparrrkan burger...

Petang tadi lepas pulang dari opis aku nyinggah di Bandar Kim Fung pegi jumpa Encik ATM sebab mau cucuk duit hahaha...pastu aku gi pasar buah beli 5 ketul apple yang segar bugar macam aku hahaha...

Lepas beli apple aku nampak plak Cappucino hahaha...beli lagi...lama x minum Cappucino...$$$ ~(^,^)~

Lepas tu aku ternampak burger stall tuz aku teringat Crabby Patty Encik Spongebob Squarepants hahaha...Kecur air liur aku sampai meleleh time aku sedang menuju ke burger stall untuk menyerang Encik Penjual Burger dengan serangan orderku yang bertubi-tubi...

Bila order sudah siap aku cepat-cepat pulang rumah...sampai jak di rumah aku telan burger tu sekali dengan seketul apple bersama segelas Cappucino suma dalam satu nafas jak hahaha...sambil-sambil tu aku menonton ceta Chinta Chanduri...

Dasat kan aku...

Errr...oleh kerna camera aku low-batt aku upload kendian la menatang alah yang aku baru telan tadi tuh...burp!!!erk...Alhamdulillah...

X payah makan malam...kanyang my pewot!!!

* * *

Updated 11112010 : Miahahaha...camera aku sudah "fusscal" bilang kawan aku atau dalam erti kata lain "fusscal" bermaksud Full-charge hahaha...

So enjoy la gegambar makanan yang aku telan berabis semalam...

* * *


Sang apple...

* * *


Sang burger yang masih suci...

* * *


Sang burger yang marah...
Takot kena telan oleh aku...hahaha...sampai bedarah-darah mulut burger tu aku kejakan hahaha...(efek tu hanyalah rekaan semata-mata tidak berkaitan sama ada dengan yang hidup mahupun yang sudah aku telan)

* * *

Teka-teki kawan aku : Banyak-banyak burger, burger apa yang bleh wat kita gembira???
.
.
.
dan jawapannya ialah "Bergembira"

* * *

Pssst : Pas ni aku mo telan eskrem lak...nyum2x!!!

errr...cup Cappucino x dapat diupload sebab dia cakap dia sakit mau mati pastu buang dirinya di tong sampah rumahku...(aku pun berada di tempat kejadian...isk isk isk...)

Tuesday, November 9, 2010

Sedikit ceta tentang Laptop kesayangan aku hahaha~~~

Laptop aku ni aku beli pada 31 Januari 2009. Tahun depan 2 tahun dah umur dia hehehe...Ala laptop aku ni murah jak...yang cikai-cikai punya jak ba...kesian...Brand Acer; Model Aspire 4530;

Kelebihan :

1) AMDA Turion X2 dual-core mobile technology RM-74 (2.2GHz, 1MB L2 cache)
2) NVIDIA Ge-Force 9100M G - ngam untuk orang yang gila main game...game aku???The Sims & NFSU 2
3) 1 GB DDR2
4) 250 GB HDD
5) DVD - Super Multi DL
6) Acer Nplify 802. 11/b/g/Draft-N WLAN
7) Bluetooth 2.0+EDR

errr...actually aku pun x faham apa benda yang aku tulis tu...aku hanya copy paste dari body laptop ni jak...eheh...

So ini la features lain yang ada di laptop aku yang serba x girly hahaha...sebab aku bukan girlish ponnn~~~


Tu yang ada lubang tu anakbuah aku c Putri Nur Syuhadah punya keja...dia gi korek button tu...aku macam mo gila tengok lappy aku belum setahun sudah jadik cenggitu...



Haaa...ni la dekorasi disebalik laptop aku...FYI...aku ni memang gila dengan menatang sepan ni...
di mana-mana mesti ada jak menatang ni...sampai teman tidur aku pun ada juga dia ni hahaha...



Ni sticker aku cilok dari Gentingmas Mall hahaha...memula tu aku simpan di hempong aku...ni lebihan dia la...aku xda idea lagi mo simpan di mana so aku simpan di laptop ni la hahaha...


Ni sticker jabatan yang dolu-dolu...tahun 2008 kalau x silap la...masih lagi guna ELX...Now JobsMalaysia...sudah tukar maaa...



Fening aku tengok gambar ni...distorted sudah hahaha...kena parkinson ka hapa time amik gambar nih hahaha...ni tiga menda alah ni memang WAJIB ada di laptop aku tapi yang lain sudah kena kopek oleh anakbuahku yang tersayang tu...sapa lagi C Putri la...mujur dak tu baru 2 tahun...sabar~~~


Hahaha...benda ni paling menang hahaha...cop mohor JTKS tu hahaha...ada kau calon???

* * *

Itu jak la sedikit sebanyak pasal laptop aku yang kekadang aku rasa macam mo panggang jak...xpun kadang-kadang aku rasa cam aku mo terajang sikit-sikit pun ada...hahaha...besalah...darah muda memang macam ni...

pssst : please don't try dis at home...hahahaha...