Kadangkala aku terfikir bila aku menangis sendirian...ada masanya aku rasa aku menangis sedih tapi dalam masa yang sama aku rasa sakit hati. Kenapa ya???
Hakikatnya aku ni seorang yang periang secara luaran tapi di dalam hanya Tuhan saja yang tahu perasaanku. Bukan ingin menjadi hipokrit tapi mesti semua orang akan melakukan perkara yang sama sekiranya mereka berada di tempatku. Apabila aku dikelilingi teman-teman seperjuangan adalah sangat tidak wajar bagiku untuk memperlihatkan kepada mereka bahawa aku tengah bersedih. Aku rasa semua orang pun mungkin pernah ataupun selalu menyembunyikan perasaan masing-masing. Sehebat manapun dugaan yang ditempuhi akan cuba untuk dihadapi setabah mungkin. Macam kata-kata cliche yang aku selalu dengar...HADAPI DENGAN SENYUMAN...
Tetapi sejauh mana HADAPI DENGAN SENYUMAN itu mampu menyembunyikan apa yang tersirat di dalam benakku tanpa dapat dihidu oleh teman-teman yang berada di sekelilingku???
Di sini aku ingin bicara soal hati dan perasaan. Kadang-kadang ada teman yang seakan-akan mempunyai sixth sense yang boleh kesan bahawa aku menghadapi masalah. Dia perasan aku ada masalah. Dia cuba mendekatiku dan mengorek kisah disebalik topeng wajah riang yang selalu aku pamerkan kepada semua sedangkan dalam hati 1001 rasa sedih, marah, kesal, kecewa dan lain-lain menghantui diriku.
Dan seperti kebiasaan aku menafikan sekeras-kerasnya bahawa aku tiada masalah. Aku okey. Hahaha...dusta belaka. Apa yang pasti aku faham bahawa bukan aku seorang saja yang menghadapi masalah di dunia ini. Semua orang ada masalah tetapi tidak semua mahu berkongsi masalah kan??? Begitu juga aku. Sebaik mungkin dan seerat mungkin aku cuba untuk menggenggam kemas masalahku ini. Aku hanya luahkan kepada seorang teman yang ku anggap saudara sedarah sedagingku iaitu Kichie. Hanya dia yang menjadi tempat untukku meminta pendapat, meluahkan perasaan, melampiaskan segala isi airmata yang bersisa di kolam airmataku yang senantiasa bertakung di tubir mata.
Adakalanya bila aku menghadapi sesuatu masalah aku sibukkan diri dengan pelbagai benda yang boleh membuatkan aku dapat melupakan sebentar masalah itu dari mengusuti kotak hatiku yang serba rapuh ini. Kenapa aku tidak mahu meluahkan masalah itu??? Kerana aku tidak mahu dicop atau dilabel sebagai PEMINTA SIMPATI. Aku tidak perlu simpati dari sesiapa. Aku tahu aku lemah dan rapuh tapi aku hanya mahu orang memahami aku sebab personalitiku agak berbeza dari kebiasaan orang lain. Aku boleh menjadi seseorang yang kadangkala aku sendiri tidak percaya adakah aku masih diriku atau orang lain??? Susah untuk memastikannya kerana aku perlu sesuaikan diri aku dengan pelbagai jenis situasi dan keadaan. MUNAFIK mungkin ya mungkin tidak. Tapi aku rasa HIPOKRIT adalah yang paling sesuai untuk aku.
Kenapa HIPOKRIT??? Aku baru saja nasihatkan kawan aku untuk jadi dirinya sendiri tapi aku sendiri sering memendam rasa menjeruk luka di dalam hati sehingga menjadi basi. Tapi sikap EGO yang sukar untuk aku kikis dari diri ini kadangkala memakan diri sendiri juga akhirnya. Aku EGO. Tetapi aku tetap kalah pada keadaan dan sering menangisi kebodohan diri ini.
Kejamnya aku pada diriku. Hahaha...tapi beginilah diriku. Aku tetap aku dan tiada siapa yang boleh mengubahnya selain aku.
Apa-apapun kesimpulannya, aku harap semua faham kenapa dan mengapa ini semua terjadi. Aku kurang memperhatikan diriku. Aku selalu menjadi lilin yang menerangi hidup orang lain tetapi diri sendiri yang terbakar...RAPUHNYA seorang AKU.
No comments:
Post a Comment