Saturday, November 27, 2010

Penyibuk

Wakakaka...sakit-sakit pun sempat jugak...

Well...apa komen kamurang mengenai tajuk entri yang nih???Suma orang mesti anti-penyibuk kan...so do I...tapi dalam masa yang sama sebenarnya sifat penyibuk tu lumrah manusia. Siapa yang tiada sifat ni sila info ke aku ya...aku mo belajar tips-tips untuk tidak jadi penyibuk.

Aku memang sangat-sangat anti dengan orang yang penyibuk ni...rasa cam aku mo cili or ikat mulut-mulut orang yang penyibuk tahap akhir nih. Tapi tapi tapi...bila aku sedar diri...rupanya aku pun penyibuk jugak...nah hambik kau dusyummm!!!

Bukti : Tadi masa aku tengah howt tengok katun di TV3 tetiba aku dengar suara hi-pitch punya...mau kata jiran depan rumah aku yang memang jadual tetap dorang mesti buat kecoh pun x jugak sebab dorang sudah pindah...xda lagi scenery gaduh-gaduh yang menyebalkan...selalu tu mesti dorang jak la ranking teratas kalo bab wat kecoh di kejiranan aku ni. So, aku terus mute kan tv...dengar bebaik...rupanya budak-budak tengah howt main bola dowh...kalo aku x penyibuk mesti aku buat dono jak kan...isk isk isk...

Tapi masalahnya aku sekarang berada di tahap akhir punya bosan...mau keluar meng'outing'kan diri...amik gambar seklik dua memang x larat sebab aku masih dalam proses penyembuhan. Kalo x teruk takkan doc bagi cuti 14 hari kan...aktiviti di rumah...tengok tv sampai pengsan...online sampai jari cramp...makan x seberapa sebab xda selera...then duk di rumah sorang-sorang macam gila sebab member aku busy dengan jadual dia sendiri. Dengar-dengarnya cam mo gi Tawau tu. Lagilah aku sunyi. Makin aku malas bila SESB & Celcom ni plak wat hal. Semalam blackout pastu pagi tadi bila aku cek badan habis kena bintik-bintik merah sebab digeget nyamuk. Bangang!!!...Pastu bila online line 3G cuma sebar dua jak...lagilah super bangang!!!

Tapi dalam sebangang-bangang itu aku ada benda misteri yang berlaku time aku berusaha untuk bangun pagi tadi. Ok...blackout tu berlaku dalam jam 3 subuh kot...sebab aku terbangun kerana pelik kenapa keadaan gelap gulita dan panas...entah jam berapa aku tersedar pagi tadi tapi amazingnya dalam aku sedar tu aku x dapat bangun dengan jayanya. Sebabnya cenggini...

Aku bermimpi. Dalam mimpi aku tu aku berada di dalam kelas. Ada cikgu masuk. Tapi masalahnya dalam kelas tu aku langsung x dapat tengok muka cikgu cikgi mahupun classmate aku. Tapi aku tau sapa cikgu tu and classmate aku cuma aku x dapat luruskan leher aku untuk melihat ke hadapan. Mau tau ke mana perginya pandangan aku???Tu ha atas siling. Yang aku nampak dua biji lampu sama persis cam lampu di ruang tamu rumah aku. Aku heran kenapa aku x bleh pandang ke hadapan. Sampai aku tanya kawan-kawan aku. Tapi ajaibnya aku boleh melangkah dan bertanya kepada kawan aku tu tanpa perlu melihat muka dorang. Aku pelik. Then ada satu suara cakap, " memanglah ko nampak siling saja sebab kau tidur mendongak"...aku terus terjaga dan really aku memang mendongak ke atas dan bila pandangan aku clear memang mata aku merenung siling ruang tamu aku (FYI aku memang suka tidur di ruang tamu sebab boleh tengok tv sampai pengsan).

(ni la dua biji lampu di siling ruang tamu aku...saja edit cenggini bagi angker feel tu datang...hehehe)

Then entah cemana aku tertidur lagi dan mimpi tu bersambung tapi kali ni aku sudah boleh tengok muka kawan aku satu persatu. Mungkin kedudukan tidur aku sudah stabil. Then, kami pi la rumah salah sorang dari member sekelas nih. Dia cakap ada kenduri kesyukuran di rumah dia sempena kedatangan orang baru. Kakak dia baru lepas bersalin. Kitorang suma pigi la. Tapi dalam kami otw mau gi sana tetiba pula ada angin ribut. Amazingly, tu la pertama kali dalam hidup aku nampak ratusan puting beliung terjadi depan mata. Biarpun dalam mimpi. Pembentukan puting beliung tu memang cepat dan besar-besar pulak tu. Mungkin paling tepat aku cakap is TORNADO. Kawan aku yang drive time tu. Kereta Kembara. Kami cuba mengelak dari tornado-tornado tu. Memang kawan aku tu cun gilak la cilok-cilok keta untuk mengelak tornado bagak tu. Tapi obstacle paling menang is bila kami melalui dua tornado yang bergandingan di hadapan kami dan itu la satu-satunya jalan untuk sampai ke rumah kakaknya. Kami redah kasi pecah jak la tornado tu dan masa tu aku betul-betul terasa gegaran dan impaknya. Bingit dan seram bunyi angin tu bila kami meredah tornado tu. Tapi alhamdulillah bila kami lepas jak tornado tu, cuaca kembali normal. Tapi not normal enough bila kami sampai di rumah kawan aku tu. Kami nampak xda sorang pun yang datang. Kakak dia and hubby ada dalam keta bersedia tuk jalan. Bila kami tanya rupanya semua orang swepted away by the tornado. So kami pun pulang ke rumah masing-masing.

Di rumah, bila aku sampai aku terus terbaring depan tv. Sebab aku penat and seakan fobia dengan kejadian tornado tu. Tetiba member aku datang. Dia suh aku bangun. Aku cakap aku x larat. Dia cakap "meh aku tarik tangan ko supaya ko bleh bangun"...so aku kata yes la. Bila aku cuba hulur tangan aku, aku x nampak tangan aku. Aku cuma nampak tangan dia menghala kepadaku. Dia menghulurkan tangan untuk aku capai. Then dia cakap..."hah bangun pun"...tapi aku masih nampak diri aku terbaring dalam posisi yang tadi. Bantal guling jadi bantal aku then tangan aku masih di atas pahaku. Aku cakap dengan member aku, " eh...aku belum bangun lagi la...tuuu..." mulut aku memuncung ke arah body aku yang masih terkujur. Dia cuba lagi untuk bangunkan aku. Aku cakap "selagi aku x nampak tangan aku maksudnya aku masih belum bangun la tu"...dalam masa yang sama aku dengar dalam hati aku cakap "bangunlah...bangunlah...bangunlah"...seolah-olah aku bercakap dengan diri sendiri. Beberapa kali percubaan masih gagal. Jasad aku masih belum bergerak. Kali terakhir aku cuba, then...jeng...jeng...jeng...aku berjaya bangun dan aku nampak tangan aku. Aku terus duduk atas tilam and berfikir. Aku cubit pipi, sakit. Ok sah sudah aku betul-betul terbangun. Aku tengok jam, jam 9. Wahhh!!!

Sampai sekarang aku masih berfikir. Aku boleh nampak jasad aku terbaring dalam posisi sama dalam mimpi aku dan bila aku bangun posisi tu masih sama macam dalam mimpi. Mungkin roh aku yang nampak tu kan...aku rasa angker sekejap...

pssst : eh...lari dari tajuk plak kan...tapi x pa la...korang jadik la penyibuk dalam blog aku nih hehehe...me like jugak...awww~~~

No comments: