Friday, December 16, 2016

2 Bulan Setengah Blog Berhabuk!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Haiii...apa la nak jadi dengan blog aku nih???

Maafkan daku~~~

Last update 29.09.2016, hari ini dah 16.12.2016. Lagi beberapa hari je lagi nak masuk ke tahun baru.

Sekarang ni aku betul betul betul betuuulll bz dengan kerja, bisnes part-time aku #ProjekSTG #ElitKingdom, life dan bla bla bla...

Tapi seriously aku memang tengah konsentret dengan bisnes part-time aku. Sebab aku rasa happy sangat. Sangat sangat happy terjebak dengan dunia bisnes #STG ni.

Ermmm...nanti aku up la story macam mana aku bleh terjebak dengan bisnes ni k.

Korang pun kompom akan teruja!

~(^,^)~

Thursday, September 29, 2016

Dua Bulan Tak Hapdet Apa2!!! Entri Ini Untuk Jot Down Perkara Yang Berlaku Selama Dua Bulan Itu

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Maaf. Lama tak jenguk blog dek kerana kesibukan hakiki dan kehidupan seharian. Aku makin bz la sekarang ni huhu~~~

Latest entri haritu 26.07.2016 kan? Hari ni dah 28.09.2016~Sigh!

Baek. Ini list aktiviti aku sepanjang tempoh dua bulan.

1. Awal bulan macam biasa bz dengan laporan-laporan yang perlu di send ke HQ. Wajiblah. Plus kerja hakiki dan bisnes sampingan. Aku dah officially join #ProjekSTG under #ElitKingdom punya group. Tau tak apa tu? By the way, officially jadi member pada 30.06.2016. Tapi, betul-betul serius dengan bisnes tu bermula awal bulan 8 ni la hahaha. Nanti cerita.

2. Pertengahan bulan 8 hari tu dah mulai bz attend meeting sana-sini for so many events. Resulting 3 consecutive of no rest on weekends. Faham tak? Ok. Lihat point no. 3.

3. 19.08.2016 (Jumaat) - Outstesen ke Bintulu untuk Program Kembara Kerjaya Peringkat Negeri Sarawak. Singgah di Miri untuk pick-up rakan sejabatan sebab kitorang konvoi guna kenderaan Jabatan. From Limbang 8.00am sharp, sampai Bintulu 5.05pm. Nampak tak perjalanannya makan masa working hours.

4. 20.08.2016 (Sabtu) - Kitorang mula bertugas membuat persiapan seawal 9.00am dimulakan dengan taklimat petugas. Turun ke Dewan Suarah Bintulu untuk preparation sampai hampir 12.00 tengah malam. Dalam masa yang sama, masa itu juga match Datuk Lee Chong Wei vs Chen Long time sukan Olimpik Rio. Kitorang buka Youtube Live & pasang dekat dewan guna projector. Ramai-ramai tengok match tu. Walaupun DLCW kalah tapi still menyumbangkan pingat.

5. 21.08.2016 (Ahad) - Program start. Kitorang bertugas non-stop sampai pukul 5.45pm (sebab ada catat dalam senarai kehadiran). Balik hotel dengan muka penat. Plus masa tu nak demam. Heartbeat laju je huhuhu.

6. 22.08.2016 (Isnin) - Perjalanan balik ke Limbang. Of koz kena singgah Miri untuk turunkan penumpang pulak hahaha. Esoknya, terus turun kerja seperti biasa walaupun penat masih bersisa.

7. 25.08.2016 (Khamis) - Conducting Financial Literacy Education Programme untuk peserta AZAM Kerja.

8. 27.08.2016 (Sabtu) - 31.08.2016 (Rabu) - Bertugas buka booth pameran Jabatan sempena Program Mobile Community Centre (Mobile CTC) anjuran bersama Pejabat Residen Limbang dan Jabatan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS) dekat Dataran Jubli Emas, Limbang.

9. 29.08.2016 (Isnin) - Menyampaikan ceramah kerjaya kepada pelajar sekolah menengah dalam program yang sama iaitu Mobile CTC. Nerves, terharu dan macam-macam perasaan. Nah aku belanja gambar sekeping time hari kejadian. Ambil dari my IG.

IG

Kelik gambar tu boleh pergi direct ke akaun IG ahkak ye hehehe...

10. 03.09.2016 (Sabtu) - 04.09.2016 (Ahad) - Buka booth pameran Jabatan di Karnival Ju Berambeh & Sempena Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadi, Kampung Pahlawan, Limbang.

11. 09.09.2016 (Jumaat) - SAYA DENGAN RASMINYA BERUSIA 31 TAHUN HAHAHA!!!

12. 10.09.2016 (Sabtu) - Program Bicara Ilmu disampaikan oleh Datuk Ustaz Kazim Elias di Dewan Bunga Raya Limbang.

>>>SAMBUNGAN HARI INI 29.09.2016<<<

13. 30.09.2016 (Jumaat) - 01.09.2016 (Sabtu) - Pergi Long Napir bersama konvoi Pejabat Residen Limbang dan pelbagai agensi kerajaan yang lain untuk Program Pembasmian Kemiskinan Focus Group Kampung Bahagia, Long Napir. Last time pergi Long Napir, Oktober 2013. Dah 3 tahun. Rindu gak nak pegi sini lagi. Aku ada entri berkaitan Long Napir. Korang korek je la Arkib 2013 bulan Oktober hihihi...

Kooo...gigih ahkak menaip entri ni. Sampai dua hari kooo...nampak tak betapa bz nya ahkak lately huhuhu... Nak nangis bawa meja kerja jap T_T

So, itulah antara rentetan perjalanan ahkak sepanjang dua bulan yang ahkak menyepi seribu bahasa...

Harap korang tak serik nak menjenguk blog ahkak ni ye...

Kbai. Assalamualaikum.




Tuesday, July 26, 2016

Nak Tulis Ke Tak Nak?

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Ada yang rindu akak ke? Akak tengok ada pertambahan followers. Sekarang dah jadi 402 followers. Thanx korang. Tak sangka ada je yang nak follow akak walaupunnn blog ni ada masanya aktif ada masanya sendu hahaha...

Akak masih lagi dalam bz mode sebab macam-macam kerja nak settle selepas cuti raya sakan dua minggu. Haaa amekaw!!! Sampai akak tak tau nak buat yang mana dulu huhuhu...tolonggg!!!

Minggu ni minggu last bulan Julai. So, of koz akak kena update itu ini untuk memudahkan proses membuat laporan pada awal bulan Ogos nanti. Dalam masa yang sama baru nak capture balik semangat berniaga, semangat berkerja, semangat bangun awal nak kejut anak pegi sekolah...semangat nak kuruihhh...hai la nyawa~~~

La ni pun akak merangkak nak menulis ni. Dari pagi membawa ke petang. Lantak la. Banyak nak share tapi nak cari masa yang sesuai tu yang susah.

Akak tanak janji la nak update dalam masa yang terdekat. Nanti berzanji tak ditepati la pulak. Tunggu la akak betul-betul ada masa, baru lah akak update lagi.

Buat masa ini, ini je la hahaha...

Selamat Hari Raya Korang. Maaf Zahir dan Batin!!!

Friday, June 17, 2016

Hadiah Dari Pure Beauty Dah Sampai!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Sebenarnya dari hari Rabu haritu dah sampai tapi dek kerana kesibukan plus ke-ter-eksaited-an (pandai-pandai korang la nak faham)...maka post terdelay sehinggalah ke hari ini.

 
Haaa...hari Rabu petang aku dapat parcel ni. Aku pun terkejut jugak tetiba PosLaju sangat lajunye menghantar sedangkan aku dapat emel pasal Pure Beauty nak bagi gift tu hari Isnin. Tapi, ya la since aku dah eksaited aku dah tak kisah. Aku terus buka parcel. Bila buka teng tedeeenggg...memang surprise la bak hang!







Ada voucher RM 10 lagi yang aku belum tebus. Boleh tebus di Watson's untuk beli barangan Pure Beauty. Best ke best? Hewhewhew...

Daaannn...

Aku siap menaip pukul 4.26 petang. Sekian.

Wednesday, June 15, 2016

Jom Kumpul Watson's VIP Points Dengan Pure Beauty

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Erm siapa yang pernah bukak website WOOP (A Community of Women with Opinion) mesti tau pasal yang nak complete daily mission dan big mission. So, baru hari ni aku buka WOOP setelah sekian lama aku tak buka. Since join WOOP pada 22 Januari tahun ini, aku dah redeem 3X gift dari dorang. Aku redeem Colgate. Memang sampai dan aku sangat happy. Sapa tak suka barang free kan. Daily mission dan big mission dia bukan susah mana pun. So, kalo korang masih belum daftar dengan WOOP, daftarlah sekarang sebab korang bukan keluar modal sesen pun. Malahan dorang bagi hadiah lagi. Best!

*Klik Sini* 
(Sila Klik Gambar Untuk Daftar)
  
 
(Klik gambar untuk kasi besar)
 
Ini points terkini. Kalo dijumlahkan kesemuanya, points terkumpul adalah sebanyak 1055 points. Aku dah gunakan 750 points untuk redeem gift hari tu. Aku redeem 3X gift berupa Colgate. Setiap kali redeem tolak 250 points.

So, 08 Jun baru-baru ni, bila aku buka WOOP, dorang ada buat promosi tentang Pure Beauty ni. Lepas tu seperti biasa nak kena completekan daily mission. Dalam daily mission tu ada link untuk completekan pula missions yang terdapat dalam Pure Beauty. Rewards dia, korang boleh transfer points dari Pure Beauty ke dalam Kad VIP Watson's korang. Best kan?

*Klik Sini* 
 (Sila Klik Gambar Untuk Daftar Pure Beauty)

Kalo korang tengok, dekat dalam gambar tu aku dah kumpul 1600 points. Tapi, sebelum ni aku dah transfer 1000 points ke dalam Kad VIP Watson's aku. Bermakna aku dah kumpul 2600 points setakat ini. Acaner? Bila korang dah register dan start daily & big mission, korang akan taulah nanti. Tak bestlah kalo aku cerita semua kan. Tak adventure hehehe...Korang kene juga daftar dan rasakan sendiri keseronokan menyelesaikan daily mission dan big mission. Aku dah. Siap masuk FB lagi kot.


Selain dari itu, ada lagi benda paling surprise yang aku dapat. Hewhew...kalo korang tengok, korang pun mesti eksaited. Aku tengah eksaited menunggu ni hewhewhew~~~

Tadaaa~~

Eksaited kan? Kan? Kan? hewhewhew...So, apa korang tunggu lagi. Pergi register WOOP dan Pure Beauty sekarang. Sekarang!

Tuesday, June 14, 2016

Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey

*Klik Sini* 
(Sila Klik Banner Untuk Join)

aku join segmen blog urang Brunei

*Klik Sini* 
(Sila Klik Banner Untuk Join)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku mau juin dulu segmen blog urang Brunei ani. Jum tah juin!

Thursday, June 9, 2016

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini). Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah.

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz

Wednesday, June 8, 2016

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

 (Sila Klik Banner Untuk Join)

Tuesday, June 7, 2016

Contest Jubah By Zaza Iman

*Klik Sini* 
Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

www.zazaiman.com merupakan sebuah blog personal dan lifestyle seharian seorang blogger. Banyak berkongsi tentang motivasi, tip, dan juga review mengenai produk-produk yang pernah digunakan.
Pemiliknya Zaza Iman juga membuat servis cetakan kad bisnes dengan harga hanya RM55 je untuk 3 kotak ( 300 pcs ). Juga menjual secara online produk pakaian. Untuk sebarang tempahan kad bisnes dan lain boleh berhubung terus melalui instagram @byzazaiman


Berita baik, www.zazaiman.com kini sedang membuat SATU CONTEST iaitu CONTEST JUBAH BY ZAZA IMAN. Dimana hadiah yang ditawarkan adalah :
HADIAH YANG DITAWARKAN 

1 x Miri Jubah @ Riya Baju Kurung By Zaza Iman
1x RM10 Topup by Tengkubutang

Nota ** 
seorang pemenang yang berjaya boleh memilih sama ada mahu
jubah merah atau baju kurung hitam
Sekiranya baju yang dipilih kehabisan stok, maka baju lain akan digantikan dimana anda juga boleh memilih SATU dari  beberapa pilihan yang ditawarkan
Yeahhh..best kan???

Kalau korang nak join boleh klik SINI .

Giveaway NALMR BLOG featuring SASSYROSE

*STICKY POST*



Hai semua! Hari ini kami Nalmr Blog dan SASSYROSE ingin jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama memeriahkan GiveAway yang kami adakan ini. Hadiah menarik akan diberikan kepada pemenang-pemenang bertuah. Kami dari SASSYROSE selaku penaja utama GiveAway ini.

SASSYROSE merupakan kedai muslimah online yang mula beroperasi dari tahun 2015 sehingga kini. Konsep SASSYROSE adalah untuk mewujudkan pakaian muslimah yang sopan, sederhana dan cantik untuk si pemakai. Jubah keluaran SASSYROSE adalah sangat selesa dan merupakan jubah murah 2016. Bukan itu sahaja, tunic dan top SASSYROSE juga pastinya dapat memikat para pelanggan untuk mencuba produk terlajak laris ini. Pelanggan juga boleh ke laman web kami di www.sassyrose.my untuk pembelian secara online dengan lebih pantas dan mudah.

Antara Produk Yang Hangat di SASSYROSE adalah :

Jubah Bahyea - Jubah Bahyea diperbuat dari material bermutu tinggi Como Crepe dan dihiasi dengan panel French Lace. Terdapat 4 pilihan warna menarik yg pasti memukau iaitu Ruby, Turquoise, Emerald & Sapphire. Didatangkan dalam saiz XS, S, M, L & XL. Lebih menarik, jubah ini juga nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada dan lengan), mempunyai poket, patuh syariah (labuh & longgar), tidak jarang, mudah digosok, tidak mudah kedut, selesa & ringan dipakai

Olivia Tunic - Olivia Tunic diperbuat daripada high quality Material Satin Saluna (bukan macam Dull Satin ye) dan boleh didapati dengan 3 warna yang gorgeous;Teal, Purple & Burgundy. Tunic ini boleh didapati dengan saiz S hingga XL. Bukan itu sahaja, Olivia Tunic juga nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada dan butang di hujung lengan), kain sejuk, boleh dipakai casual @ formal, 2 poket sisi kiri kanan, patuh syariah, tidak jarang, tidak stretchable, selesa & ringan dipakai

Nadine Tunic - Nadine Tunic boleh didapati dalam 4 pilihan warna iaitu Emerald, Sapphire, Turquoise & Ruby. Diperbuat daripada high quality Como Crepe dengan FREE SIZE from M up to L. Nadine Tunic juga merupakan nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada), poket kiri dan kanan, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), tidak jarang, tidak stretchable, mudah digosok, tidak mudah kedut, selesa & ringan dipakai.

Qamila Top - Qamila Top diperbuat daripada high quality Moss Crepe dan boleh didapati dengan 3 warna menarik;Camel, Brick & Moss Green. Nursing dan Wudhu' friendly, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), material berat & tebal (tidak perlu inner baju), design sesuai untuk semua jenis badan, sejuk dan flowy

Kebaya Kardigan - Kebaya Kardigan direka dgn fungsi 2 in 1 boleh digayakan sebagai kebaya untuk majlis formal atau sarungkannya bersama t-shirt anda untuk gaya santai. 4 warna menarik;Camel, Brick, Black & Moss Green. High quality Moss Crepe dengan FREE SIZE from M up to XL, Nursing dan Wudhu' friendly, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), material berat & tebal, design sesuai untuk semua jenis badan, sejuk dan flowy


Testimoni daripada pelanggan kami :



Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Like facebook penaja.
SassyRose
Nalmr Blog

2. Follow instagram penaja.
SassyRose
Nalmr Blog

3. Follow Blog penaja
Nalmr Blog

4. Buat satu entry khas dengan tajuk 'Giveaway NALMR BLOG featuring SASSYROSE'

5. Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.

6. Share/Ping artikel anda samaada di Babab.net, Facebook Personal anda, Fanpage, Facebook Group lain atau Google +.
7. Tinggalkan link entry anda di bahagian komen ini.

Tarikh tutup pada 11 Jun 2016 jam 11.59 malam.


SENARAI HADIAH PEMENANG

Produk dari SassyRose x Tempat Pertama
Produk dari SassyRose x Tempat Kedua
Lyna Shawl by Alyachan.co x Tempat Ketiga

Pemenang dipilih secara random

Semoga berjaya semua.. Terima kasih

p/s : SORI CODING PANJANG PULAK . Selamat mencuba. Rajin rajin tag kawan ok?

Monday, June 6, 2016

Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak, dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin.



GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN




Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin




Gambar | Kursus Smart Integriti - Part 1

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Well...aku dah janji kan. Haritu lagi aku dah janji untuk post gambar-gambar time kitorang kursus dekat Kundasang.

Sedikit kronologi. Kitorang bertolak dari Limbang seawal jam 6.00 pagi. Singgah di Lawas untuk ambil sorang peserta dari PTK Lawas iaitu Cik Mariam. Dari Limbang kitorang bertiga iaitu aku, Che Sue dan driver.

Kitorang singgah di pekan Beaufort untuk sarapan. Well, perut ai kan double diesel, so mestilah nak kena suap cepat-cepat. Cepat benor lapar hahaha...

Selfie itu harusss...lihat ditepi sebelah kiri tu...Satay Perut Kambing RM 1.00

Kitorang menyate di Restoran Brunei Satay House II dekat seberang Pekan Beaufort

Siap menyate kitorang teruskan perjalanan ke KK pulak untuk ambil En Shamsul dari PTK Lawas yang kebetulan memang dah berada di KK. Bak kata orang Limbang, selajur la (sekali lalu je). Sampai KK, dah ambil En Shamsul kitorang pegi Alamesra (berhadapan dengan 1Borneo). Gi sana untuk makan tengahari. Time tu pun dah jam 12 lebih. Berirama dangdut kencorong sudah perut aku huhu...

Tengahari aku melaksa penang la pulak...kecur liur bila nampak dalam menu ada laksa penang

Selepas makan, kitorang rest sekejap around 10 minit sebelum meneruskan perjalanan. Masa pun dah menunjukkan jam 2 petang. Kursus sepatutnya bermula pukul 4 petang. So, dalam masa rest sekejap tu aku sempat call mak aku bagitau tentang keberadaan aku hihihi...Itu memang perkara wajib yang aku selalu buat kalo travelling. Aku memang akan inform dekat mak aku.

Dah mendaki ke lokasi kursus iaitu Pusat Latihan Islam Kundasang. Nyaman je hidup udara segar

 Sampai je...kitorang terus masuk kelas untuk taklimat ringkas

Kalau diikutkan boleh kot kami sampai cun-cun jam 4 petang. Tapi, kitorang dah tersalah masuk simpang la pulak. Dah mendaki tu, ada satu perkampungan ni...ada simpang ke kiri untuk ke Pusat Latihan Islam tu. Tapi, kitorang jalan straight je. Tiba-tiba sampai ke jalan mati. Patah balik. Lepas tu tanya dengan orang kampung. Oh rupanya kitorang salah jalan hahaha...

Ni gambar time dah siap simpan barang dekat dalam bilik masing-masing. Harus pakai jaket. Sejuk kooo...warna bibir pun dah sama pucat cam warna tudung hahaha

Ok. Selepas ini gambar yang aku ambil dari camera En. Alyfee. Jurukamera yang dijemput khas untuk membuat liputan sepanjang kursus berlangsung hehehe...Aku saja letak watermark supaya orang tak boleh curi. Boleh kan En. Alyfee? *wink wink* ~(^,^)~

Sesi ice breaking...tolong urut-urut badan kawan hehehe...nampak hujung tudung aku tu pun jadilah hahaha...

erm...gelak sakan nampak...yang ni aktiviti di luar kelas

Yang ni jangan bagi belon cecah tanah...macam-macam aksi koo...

Kena denda...terpaksa menari-nari comel ala-ala gitewww hahaha...

Cabaran seterusnya...kena berdiri di atas suratkhabar dengan syarat semua ahli kena berpijak pada suratkhabar yang sama...mula-mula 4 keping, last sekali 1 keping je...ha kau menyembah bumi group kitorang yang dekat belakang tu hahaha...

Keropok Tasen yang mengembung disebabkan oleh tekanan udara. Kan kitorang duduk di kaki gunung Kinabalu...

Gambar penutup part 1. Keropok Tasen. Aku memang suka keropok ni. Aku beli time singgah makan tengahari di Alamesra. Dekat Limbang takde jual ni. Jenuh aku cari. Nak makan, kena pergi Sabah dulu baru boleh jumpa keropok ni. Asal keropok ni dari Sandakan. Ye la dah kilang dia dekat sana hehehe...

Ok. Aku nak rehat dulu. Kalo aku rajin selepas ni aku sambung Part 2. Tapi, mata aku dah sakit sebab asyik mengadap komputer je. Rehat dulu naaa...Kbai!

1st Ramadhan | Blog Berwajah Baru!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Erm...dalam asyik memikir nak berbuka apa nanti, aku tetiba gatal tangan godek sana godek sini...alih-alih, blog dah bertukar wajah. Putih suci gebus gitohhh! Hahaha...

Tapi, tu la. Dalam gatal tangan tu, lupa lak nak printscreen wajah sebelum dan selepas makeover hahaha...takpe la. Korang pun bukan nak tengok sangat nye pun adui...meh ahkak belanje sikit gambar terbaru (yang pastinya korang boleh kot tengok sendiri dalam blog ni hahaha)...


Aku sebenarnya nak juga test kelebaran post blog yang baru ni...baru puas hati nak tengok gambar besar-besar naw...hahaha...cube test siket~~~

See...no more header, no more background...dulu body post ada 3 column, now dah jadi 2 column...yang lain tu aku letak dekat bawah...biar dekat bawah tu semaks samuns...ikut sukati korang la oi...

Itu saja. Nanti kalo aku gatal tangan lagi aku up entry pasal kursus itu hari yang aku telah janjikan. Kbai!

Monday, May 23, 2016

Gambar : Teaser | Kursus Smart Intergriti, Pusat Latihan Islam Kundasang, Sabah

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Macam aku bagitau dalam post sebelum ni, aku pergi kursus kan? So, kursus tu dah pun berlangsung mulai 16hb sehinggalah 18hb Mei haritu. Best? Giler kau tak best! Kenapa best? Meh aku cerita...

Walaupun masa tak lama mana pun, sebab pada 16hb tu kitorang start pukul 2pm untuk pendaftaran. Gitu gini jam 4pm jugak baru betul-betul bermula. Apa-apapun, aku tanak kongsi banyak dulu dekat entri ini. Aku nak bagi teaser je. Nanti aku buat entri part by part oraite?!

Meh aku belanja gambar sikit-sikit, lama-lama jadi gunung Kinabalu hewhewhew

Nak tengok dekat-dekat, kelik je gambar ni ok

Sapa kenal? Kalo ada yang kenal sila komen nanti ye

Ngko dah kenape...sampai jadi Meet Uncle Hussain nih! Habis rosak kening kau jah!

Haaa...saspen tak saspen? Memang tak lah kan hehehe...Tapi, kitorang ni lagi saspen lagi-lagi tang penceramah jemputan yang bersama-sama kami sepanjang 3 hari berkursus...memang osemmm lah!
 
 Ok. Lepas ni aku akan cerita kan hal kursus part by part ye. Tunggu tau. Kbai!

Friday, May 13, 2016

Quick Post Tanpa Gambar

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ni hari Jumaat. Minggu depan i will be away. Pergi kursus dekat Kundasang. Yeay! Balik Sabah sekejap yeay!!!

Walaupun begitu kitorang pergi sana guna jalan darat. So, kitorang akan menempuhi 8 jam perjalanan from Limbang to Kota Kinabalu (6 jam) dan Kota Kinabalu ke Kundasang (2 jam).

Kursus will take about 3 days. Selepas balik dari kursus hari Khamis nanti, hari Jumaat terus ke Long Napir for another programme. Sapa belum pernah tau di mana tu Long Napir, korang boleh godek-godek dekat post entri tahun 2013 bulan Oktober hehehe...

Ok. Ok. Aku bagi link dekat sini ye...Tapi, satu je tau...yang lain bleh kelik sendiri hahaha...Okbai!

Gambar Trip : To Long Napir, Limbang - Part 1


Wednesday, May 4, 2016

Kesihatan Semakin Pulih Walaupun Belum Seratus Peratus

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Korang mesti tau kan aku ada post sebelum ni pasal aku sakit. Well, sekarang ni pun suara masih serak ala-ala Chakra Khan tapi dah ok sikit berbanding hari-hari yang lepas tu.

Dan baru je tadi dapat panggilan daripada salah sebuah sekolah menengah dekat sini yang request nak aku buat ceramah kerjaya untuk student lower six yang baru masuk. Ceramah tu bakal diadakan hari Isnin minggu depan. Harap-harap suara aku dah pulih seperti biasa waktu tu huhu...

Aku start demam je dari 28hb April tu. Bayangkan dah berapa hari masih tak kebah lagi. Sekarang ni hidung masih sumbat, leher masih gatal dan suara pun masih rock gitewww hahaha...dah macam-macam cara aku try untuk pulihkan kembali suara ai yang gojes ni hahaha...


1. Hurix
2. Air lemon campur madu
3. Ubat dari hospital
4. Minum air yang banyak daripada kebiasaan

Haaa...kan macam-macam cara aku cuba untuk menghilangkan gatal di dalam kerongkong ni. Kalo leher ni dapat ditukar, dah lama aku beli baru dan tukar. Huhu...siang malam asyik menyalak sampaikan anjing di kejiranan pun dah serender dek kerana mendengar aku melolong malam-malam huhuhu...

For the time being, hidung aku masih tersumbat walaupun dah berkali-kali aku buang 'green monster' yang menetap dekat dalam lobang hedong aku. Oi ko pegi la lobang hedong orang lain pulak. Aku tanak kau!

Dan lagi, untuk mengelakkan dari aku senantiasa teringat-ingat dan terkenang-kenang pasal leher yang sakit ni, aku selalu berduet dengan Chakra Khan dekat dalam kereta time tengah driving. Layan je lagu-lagu Chakra Khan hahaha...dah suara kitorang sama serak. Layankan je la hahaha...

Aku harap sangat sebelum hari Isnin minggu depan suara aku dah kembali normal. Ni kena minum banyak honey lemon nih. Chayo2!!!