Wednesday, May 4, 2016

Kesihatan Semakin Pulih Walaupun Belum Seratus Peratus

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Korang mesti tau kan aku ada post sebelum ni pasal aku sakit. Well, sekarang ni pun suara masih serak ala-ala Chakra Khan tapi dah ok sikit berbanding hari-hari yang lepas tu.

Dan baru je tadi dapat panggilan daripada salah sebuah sekolah menengah dekat sini yang request nak aku buat ceramah kerjaya untuk student lower six yang baru masuk. Ceramah tu bakal diadakan hari Isnin minggu depan. Harap-harap suara aku dah pulih seperti biasa waktu tu huhu...

Aku start demam je dari 28hb April tu. Bayangkan dah berapa hari masih tak kebah lagi. Sekarang ni hidung masih sumbat, leher masih gatal dan suara pun masih rock gitewww hahaha...dah macam-macam cara aku try untuk pulihkan kembali suara ai yang gojes ni hahaha...


1. Hurix
2. Air lemon campur madu
3. Ubat dari hospital
4. Minum air yang banyak daripada kebiasaan

Haaa...kan macam-macam cara aku cuba untuk menghilangkan gatal di dalam kerongkong ni. Kalo leher ni dapat ditukar, dah lama aku beli baru dan tukar. Huhu...siang malam asyik menyalak sampaikan anjing di kejiranan pun dah serender dek kerana mendengar aku melolong malam-malam huhuhu...

For the time being, hidung aku masih tersumbat walaupun dah berkali-kali aku buang 'green monster' yang menetap dekat dalam lobang hedong aku. Oi ko pegi la lobang hedong orang lain pulak. Aku tanak kau!

Dan lagi, untuk mengelakkan dari aku senantiasa teringat-ingat dan terkenang-kenang pasal leher yang sakit ni, aku selalu berduet dengan Chakra Khan dekat dalam kereta time tengah driving. Layan je lagu-lagu Chakra Khan hahaha...dah suara kitorang sama serak. Layankan je la hahaha...

Aku harap sangat sebelum hari Isnin minggu depan suara aku dah kembali normal. Ni kena minum banyak honey lemon nih. Chayo2!!!

2 comments:

luqman zakaria said...

haha..bg ceramah dengan suara rock pon takpe..hehe..apa apa pn cepat sembuh yer!

Nabila Syifa said...

mesti seksi suara nih