Monday, November 30, 2015

Throwback : Siri Bumper Car II

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

25.11.2015
Again. Di hari payday keretaku main bumper car lagi...tapi kali ni situasinya lain sikit. Kali ini orang langgar keretaku time keretaku sedang diparkir di tepi jalan. BTW, time tu bukan aku la yang pakai kereta. My husband. Dia dan kawannya pergi memancing malam tu. Daaan, yang melanggar tu pun bukan orang lain, pangkat anakbuah husband aku jugak. Dia reverse kereta terlalu laju plus tempat tu gelap xda lampu. So, malang x berbau, maka terlanggarlah keretaku. Mujurlah dia nak tanggung gantirugi.


T_T
 
26.11.2015 
Setahun lalu. Aku pulak yang melanggar kereta orang. Wira VS Wira. Sila ke entry INI untuk membaca kenangan kemalangan tu huhuhu.

27.11.2015
Aku ambil cuti. Duduk rumah dengan anak-anak while si husband pergi cari workshop bersama-sama anakbuah dia untuk hantar kereta. Cari punya cari, last-last hantar di Soon Huat Workshop. Begitu begini, itu ini, si husband mesej aku, kos semua RM 1.5k...Wahlawei!!! Cepat-cepat aku mesej husband, "So, macam mana? Dia setuju ke?"..Husband reply, "Ya". Rasa bersalah pun ada. Hurm.

Husband aku balik. Tapi, bukan anakbuah dia tu hantar balik. Dia bagi kitorang pakai kereta dia selama seminggu mengikut tempoh masa kereta kami dapat disiapkan oleh workshop tu. Dah tu dia siap isikan minyak kereta tu sampai full untuk kitorang guna. Allah. Rasa bersyukur yang amat sangat sebab hari Jumaat tu aku dah berfikir macam mana aku nak turun pergi kerja nanti sebab dekat Limbang ni xda pengangkutan awam.

30.11.2015
Hari ini. Pagi tadi aku start enjin kereta. Bila mula drive, aku jadi kekok dan macam orang yang baru dapat lesen. Sebab apa? Sebab x biasa. Sebab tu kereta orang. Sebab aku risau. Sebab aku susah hati huhuhu...macam-macam sebab ada. Tapi, aku memandu dengan berhemah (ko hado?!) walaupun selama ni jika pakai kereta sendiri aku memandu macam pelesit atau ala-ala Torreto hahaha...

(Tentu dapat teka model kereta ni kan? Proton Saga FLX)

BTW, aku sangat bersyukur kerana dalam kesusahan macam ini, Allah limpahkan rezeki lain buat aku. Kalo la haritu keretaku pula yang melanggar kereta orang, nak lagi dengan kos yang semacam itu, aku pulun bayar pakai insurans kereta aku jak la huhuhu...

Psst : Aku x sabar nak tunggu kereta siap. I Miss You Miss Wira

Giveaway By Nazfea Solehah

http://salinasafea.blogspot.my/2015/11/giveaway-by-nazfea-solehah.html 
(Sila Klik Banner Untuk Join)

Giveaway CINTA by CN

Giveaway CINTA by CN


giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak?


Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN :


1. Follow blog CikguNorazimah,

2. Add To Circle G+CikguNorazimah,


4. Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.


Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

http://www.hasrulhassan.com/2015/11/hasrulhassan-random-giveaway-rm100.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+hasrulhassan+%28HasrulHassan.com%E2%84%A2%29 
(Sila Klik Banner Untuk Join)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Ekhem. Secara jujurnya saya join blog Hasrulhassan.Com adalah kerana saya ternampak post daripada salah seorang bloglist saya. So, saya pun follow blog HH dan join GA ini pada hari ini. Sekian, terima kasih.

SEGMEN JOM KENALI FOLLOWER ANDA

http://naurahnawwarah.blogspot.my/2015/11/segmen-jom-kenali-follower-anda-by.html 
(Sila Klik Banner Untuk Join)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Ahkak nak cerita sedikit je pasal diri ahkak (Ahkak la sahngat! hewhewhew)

** Menetap (Negeri) : Sarawak (Asal dari Sabah)

** Kerjaya/Study : Pembantu Perhubungan Perusahaan di Pejabat Tenaga Kerja Limbang, Sarawak

** Sebab Anda Blogging :
1. Suka menulis (suka membebel sebenarnya)
2. Nak tambah kenalan/follower
3. Blogging is fun hehe

** Pernah Join Mana-Mana Blogger Club? Tak Pernah

Nyatakan kelab tersebut : Tiada. Huhu.

Daaannn...Ahkak nak tag dua orang bestie forever and everrr ahkak...jeng jeng jeng~~


Yay!!!

ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik

http://zyraroxx.blogspot.my/2015/11/zyraroxxs-mini-giveaway-buasir-otak-the-komik.html 
(Sila Klik Banner Untuk Join)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Well, sekarang ni ahkak dah aktif join segmen dan giveaway...bukannya nak menang sangat pun...kalo menang pun syukur alhamdulillah...

So, yang ini segmen yang kesekian kalinya yang ahkak join...so, sapa-sapa yang nak join tu sile la kelik banner tu ye dik non oi hehehe...

Pssst : Agak-agak menarik tak post ahkak ni? hewhewhew
 
 

Segmen Tonton Guruku Tersayang

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/11/segmen-guruku-tersayang.html
Mari Tonton Video Cover Animasi Guruku Tersayang Khas Buat Guru Anda yang telah Mengajar Anda.Segmen ini Terbuka kepada Semua.Syarat-syaratnya Mudah.

1) Follow Blog Uk,Google +, Blogger Ku dan Facebook Uk.
2) Buat Tajuk Post Segmen Tonton Guruku Tersayang.
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen ini.

Tarikh Tutup Segmen 4-12-2015.Jangan Jadikan Anda Orang yang Ketinggalan Untuk Tidak Menontonnya.

Segmen December Award & School Holiday Contest By Izzat Azhar

Hi Guys! Segmen Monthly Award by Izzat Azhar datang lagi, tapi kali ni ada sedikit kelainan. Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join!!

Segmen December Award ni agak berbeza dengan previous monthly award which is November Award sebabnya, kali ni Segmen ini besertakan dengan Contest dan bila sebut contest mesti ada hadiah kan dan hadiah hadiah yang ditawarkan oleh para para sponsor boleh dikatakan agak lumayan.


Haaa kan. Banyak jugak Hadiah yang ditawarkan kan? So apa lagi. Jom join bantu member sama member. Sambil tu boleh cuba cuba nasib kan. Mana tahu kut kut melekat satu hadiah tu. Untung! So yeah, Goodluck!

Mini Giveaway by Myra & Ina

http://sebabakusabrina.blogspot.my/2015/11/mini-giveaway-by-myra-ina_22.html 
(Sila Klik Banner Untuk Lihat Syarat Penyertaan dan Join)

Wednesday, November 25, 2015

Giveaway By Mrsfara Bernilai RM329

http://mrsfara.blogspot.com/2015/11/giveaway-by-mrs-fara-bernilai-rm329.html 
(Sila Klik Banner Untuk Join)

Tuesday, November 24, 2015

Giveaway: Mommy Bloggers Network by the HEHS lady

(Sila Klik Banner Untuk Join)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Well to be frank, ahkak dulu-dulu pun post blog guna Bahasa Inggeris you hehehe...tapi sekarang ahkak nak jadi fleksibel...so, ahkak gunalah Bahasa Melayu Campur di dalam post blog ahkak...

Alasan pertama : Ramai readers datang dari Malaysia (ramai keee???)
Alasan kedua : Ahkak sebenarnya asal dari Sabah and now menetap di Sarawak...so, readers pun banyak dari negeri-negeri di seluruh Malaysia...why not guna Bahasa Melayu kan hehehe...

Ahkak nak tag  mommies ni :-


So, boleh la terjah blog mereka ni sebab they are super duper awesome! Ada resepi makanan yang ohsem, ada barangan yang ohsem dan tips-tips yang ohsem! Mereka bertiga ni memang ada dalam bloglist ahkak...

Psst : takde ke yang nak tag ahkak sebagai mommy ohsem hehehe :D

Mini Giveaway YanieYusuf.com

http://www.yanieyusuf.com/2015/11/mini-giveaway-yanieyusufcom.html
(Sila Klik Banner Untuk Join)

Giveaway Poskad Vintage (Bahasa Jerman)

(Sila Klik Banner Untuk Join)

Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda

(Sila Klik Banner Untuk Join)

8th Anniversary GiveAway!

(Sila Klik Banner Untuk Join)


Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie

http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/2015/11/segmen-blogwaking-dan-tambah-followers.html 
(Sila Klik Banner Untuk Join)

Tamat : 15 Disember 2015

Tuesday, November 17, 2015

Segmen: Join Bloglist Ain bulan Nov - Dis!!! (Saya Tersenarai Yay!!!)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Ya aku baru berkesempatan membuka blog dan membaca komen-komen anda semua yang singgah di blog ini dan menitipkan komen.

Aku tersenarai dalam Bloglist bulan Nov - Dis dalam blog Dunia Ain...thanx!!! Tak sangka juga dapat tersenarai dalam bloglist tu.

BTW sapa-sapa yang dah BW kat blog ku ni aku akan membalas BW dekat blog korang sedikit masa lagi. Aku masih penat sebenarnya. Semalam baru balik dari Miri selepas bertugas sempena Program Penempatan Pekerjaan (3P) AZAM Kerja Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Perkarangan PermyMall Miri pada 14.11.2015 - 15.11.2015. 

Ok. Saya off dulu buat masa ini sebab nak sambung buat kerja hihihi...kbai!

Tuesday, November 10, 2015

Keputusan Segmen Carik Bloglist Encik Kidal (Aku Menang Yay!)


Yay!!! Aku terpilih oleh Random.Org sebagai pemenang hewhewhew~~~
(Sila klik gambar untuk tengok senarai pemenang)

Hari-Hari Yang Super BZ!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ini banyak nak kena update. Nak update HRMIS, nak update maklumbalas teguran audit. Lepas tu lusa nak kena kerja outstesen ke Miri dari 12.11 - 16.11.2015. Pergh!

So, aku minta maaf in advance kepada mereka-mereka yang sudah BW dekat blogku ni tapi aku masih belum ada kesempatan nak BW ke blog korang. Sorry~~~

By the way, Happy Deepavali~~~

Friday, November 6, 2015

Lessons Learned : Rabun Jauh + Rabun Ayam

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hurm dalam tempoh 2 hari berturut-turut ni aku terkena kejutan dekat jantung. Bukan sebab aku ada penyakit darah tinggi tapi ianya berpunca dari masalah mata. Ya. Mata.

Aku ada masalah rabun jauh. Mata kiri dah capai 400 degree, mata kanan pulak 175 degree. Kenapa x sama/lebih kurang sama, tu nanti aku jawab di belakang hari. Part paling best ialah aku rabun malam aka rabun ayam.

Semalam, jam 8.30 malam selepas selesai beli barang untuk peserta program Azam Kerja, aku drive sendiri untuk balik ke rumah. Aku keluar dari simpang KR1M, kat depan simpang tu rumah orang dan ada sungai. Disebabkan jarak penglihatan yang terhad plus lampu jalan x terang mana pun, aku hampir terlajak menuju ke rumah orang tu walhal aku nak belok kanan menuju ke jalan Buangsiol. Nasib baik sempat tekan brek kuat-kuat. Sudahlah masa tu ada kereta dari arah jalan Buangsiol tu. Laju jugak jantung berdegup huhuhu...maunya x, kalo aku terrrlebih lajak kompom kereta masuk ke dalam sungai huhuhu...

Petang tadi. Hujan lebat bermula seawal jam 4.00 petang. Siap dengan pakej blackout dekat opis. Tunggu punya tunggu, jam 5.30 petang baru ada letrik. Lepas punch card, nak balik la ni. Singgah Maybank pegi cucuk ATM. Sib baik ATM x cakap minta maaf sebab kredit anda x mencukupi. Lepas dari Maybank, nak singgah dekat Pertama Coldstorage. Konon nak beli ayam @ ikan. Tapi, banyak la pulak kereta parking kat depan kedai. Sudahnya kensel la. X jadi beli dekat sana. Dekat kawasan taman, ada kedai runcit. Beli je la kat sana, kataku sendiri.

So, aku teruskan pemanduan. Sampai dekat round about kerbau (dekat area opis), air bertakung sebab hujan lebat. Di tempat air bertakung tu jugaklah aku sikit lagi terrrnaik di divider round about. Sebab x nampak. Air kan bertakung huhuhu...

Balik tu memang aku sengaja la ikut jalan IPD dan Kg. Tebabang untuk balik ke rumah. Jalan yang ni jauh sikit dari jalan Buangsiol tu, tapi dari segi keselamatan memang ok la. Lebih-lebih lagi bagi diriku yang sememangnya rabun dan susah nak nampak jalan ketika memandu di kala hari hujan dan juga di malam hari. Drive pun hanya dengan kelajuan 20KM/J huhuhu...tapi awas! Kalo cuaca baeeek punya, aku boleh drive ala2 Torreto okeh haaa ko hado!

Kadang-kadang rasa down juga sebab kekurangan yang ada pada diri. Ya la, rasa diri tu tak sempurna. huhu. huhu. dan huhu lagi. Tapi, walau apapun aku tetap bersyukur sebab masih boleh nampak. Ada orang lain lagi yang tak beruntung macam aku. Jadi, benda ni la yang boleh buat aku cool down. Jadi, pengajarannya, aku x payahlah sebok2 nak lalu jalan Buangsiol tu lagi dan kalo boleh elakkan la memandu di kala hujan lebat...bahaya! Ini baru Limbang. Bandar kecik. Kalo di bandar yang besar, habislah aku kena hon2 sebab bawak kereta 20KM/J.

By the way, thanx kepada yang sudi blogwalking/singgah/komen dekat blogku yang x seberapa ni. Nak juga berbalas BW dan singgah-menyinggah. Tapi, aku masih sibuk lagi dengan kerja dan keluarga. Tak menang tangan dibuatnya. Yang ni pun update blog sambil memasak k. Ya. Sambil memasak huhuhu...so, kalo aku free, nanti aku akan membalas komen2 dan BW ye...tq, sayang korang...mmuuaahhxx!

Wednesday, November 4, 2015

Segmen: Join Bloglist Ain bulan Nov - Dis!!!


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku join segmen ni...sapa nak join kelik banner tu ya...

daaaannn...aku tag Miss Nora dan Miss Didee...

WAJIB ikut k hehehe~~~

Segmen Bloglist November by Ombak Bergigi

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku nak join segmen ni dan aku tag Miss Nora dan Miss Didee yay!!!

Join jangan x join ye~~~

Tuesday, November 3, 2015

Lama Dah Tak Main Conteng Muka

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Well, aku ni memang gila mekap. Nama pun perempuan kan. Memang normal la... Hari Ahad yang lepas aku lepaskan gian dengan diri sendiri pegi main mekap sorang-sorang dekat bilik atas hehehe...Aku mau test lipstick baru beli MN Kissproof No. 14...

So, di sini aku kongsikan gambar muka naked aku yang tanpa mekap. Pestaim in mai laif aku sua gambar xda mekap dekat dalam blog (Malu weih!)

Tadaaa!!! Muka aku xla selicin mana...kulit kering menggelupas dan freckles mulai menjejakkan kaki ke mukaku yang tak seberapa mulus...biasalah peredaran usia kan. Aku buka muda lagi. 30 tahun dah pun nye adui ter ber...

Daaan, setelah dimekapkan ala-ala model Yusuf Taiyuub, inilah hasilnya ngeh ngeh ngeh~~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teng teng teeenggg~~~

Apa produk mekap yang aku pakai untuk dapat hasil macam dalam gambar ni?

1. Foundation - Silky Girl BB Cream No.2 Radiance
2. Countouring/Shading - Dermacos Camouflage Pallette Kryolan
3. Pixy Ultimate MakeUp Cake - White Porcelain
4. Eyeshadow - Nutrimetics
5. Eyeliner Pencil - Miss Rose
6. Eyeline Gel - Maybelline
7. Mascara - Nutrimetics
8. Blusher - M.A.C
9. Lipstick - MN Kissproof No.14
10. Bulus Mata - Made In China (beli kat supermarket jeee)
11. Loose Powder - Dermacos Loose Powder Kryolan
12. Fixing Spray - Kiss Beauty Fixing Spray

~(^,^)~
#GilaMekap
#MakeUpFreak
#MUAtakbernama
#akusajahashtagpanjangpanjang

3D GIVEAWAY BY IY & SYARIZWAN

http://duniakita94.blogspot.my/2015/11/3d-puzzle-giveaway-by-iy.html
(Klik Banner Untuk Join)

SYARAT-SYARAT 3D PUZZLE GIVEAWAY

  • Korang mestilah mempunyai blog dan buat satu entry yang bertajuk "3D GIVEAWAY BY IY & SYARIZWAN".
  • Tampal banner kat atas kemas-kemas dalam entry dan link ke url ini.
  • Wajib follow blog Ikhwan Yusuff dan Syarizwan's Blog.
  • Giveaway terbatal jika penyertaan kurang daripada 20 orang.
  • Mempunyai alamat tetap di MALAYSIA sahaja.
  • Giveaway ini bermula pada 2/November/2015 hingga 29/November/2015
  • Last, tinggalkan komen beserta link korang di kotak komen blog ini.

HADIAH UNTUK PEMENANG

Dah nama pun 3D puzzle giveaway jadinya pemenang akan mendapat 3D puzzle. Kadar bilangan hadiah ditentukan mengikut bilang peserta. Setakat ini 5 3D puzzle sebagai hadiah untuk pemenang. Harap GA ini akan mendapat sambutan daripada kalian semua. Pemenang bakal ditentukan:
  • 1 3D puzzle untuk top referral. 
  • 4 3D puzzle menerusi khidmat random.org.
  • Hadiah misteri untuk peserta pertama.

Monday, November 2, 2015

Segmen Carik Bloglist Blog Encik Kidal

Sila klik gambar untuk join

Tag

Tips Penyediaan Resume Yang Berkesan


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ni aku ada pening sikit. Sebab dari awal pagi tadi asyik terbelek-belek resume calon pencari kerja untuk jawatan Kerani dan Pegawai di sebuah bank dekat Limbang ni. Ya la, kan dah tugas aku sebagai Pembantu Perhubungan Perusahaan memang kenalah buat screening awal resume calon-calon sebelum diserahkan kepada majikan untuk sesi panggilan temuduga.

So, hasilnya banyak resume yang aku reject disebabkan banyak faktor kesalahan dan kepincangan di dalam resume tersebut. Antara yang aku dapat detect ialah :

  • Resume tidak lengkap - Contoh : Calon hanya hantar sijil-sijil akademik sahaja. No. telefon pulak main tulis dekat salinan Kad Pengenalan.
  • Resume tidak disertakan dengan gambar berukuran passport.
  • Resume ada gambar, tetapi bukanlah standard berukuran passport.
  • Resume dah cantik, tapi tetiba ada kesan liquid dan dibetulkan dengan tulisan menggunakan pen.
  • Resume tidak disokong dengan sijil-sijil yang berkaitan. Contoh : Jawatan kerani nak calon ada Sijil Kemahiran Komputer/Applikasi Microsoft dan yang berkaitan. Dalam resume ada ditulis kemahiran tersebut, tetapi sijil sokongan tidak disertakan. We need prove.
  • Resume dibuat dalam bentuk karangan.
  • Resume panjang lebar iaitu lebih daripada dua mukasurat.
  • Resume banyak kesalahan ejaan, tatabahasa, kata nama khas dan kata nama am, dan grammar ( bagi yang membuat resume menggunakan Bahasa Inggeris).
  • Resume tidak dibuat dengan betul. Ada yang main klip saja. Ada yang stapler tapi masih tertanggal-tanggal mukasuratnya. Ada yang print resume menggunakan kertas sijil.
Baiklah. Sebagai manusia yang bertimbangrasa, aku xla reject buta-buta semua resume tu kecuali pada point yang pertama sekali tu memang aku reject la. Aku pun kena jaga kredibiliti aku sebagai penjawat awam untuk tidak buat kerja hentam keromo atau asal ada saja. Aku kena jaga imej penjawat awam di mata umum lebih-lebih pelanggan kami yang terdiri daripada majikan di sektor swasta.

Ok, berbalik kepada tajuk entri. Jika korang rajin (WAJIB rajin merajinkan diri), bolehlah ke portal JobsMalaysia. Dekat sana ada disediakan Pusat Maklumat Kerjaya (Career Info Centre). Korang klik jak dekat link tu dan boleh baca tips penyediaan resume, jenis-jenis resume, the do's and the don'ts di dalam penyediaan resume.

 (Klik gambar untuk ke pautan Portal JobsMalaysia)

http://cic.jobsmalaysia.gov.my/html/index.php
 (Klik gambar untuk ke pautan Pusat Maklumat Kerjaya)

Ok, dekat dalam Pusat Maklumat Kerjaya tu banyak maklumat dikongsikan untuk dijadikan bahan rujukan seperti tips penyediaan resume yang berkesan dan tatacara menghadiri temuduga. Jadi, jangan malas dan rajinlah membaca info-info terkini. Kalo boleh online FB hampir 24 jam, takkan yang ini tak boleh kan?

Kalau nak request untuk hadir ke Klinik Kerjaya pun boleh. Nanti akan diumumkan bila tarikh Klinik Kerjaya akan diadakan. Tunggu tau!

Selepas entri ini, aku akan kongsikan pula susun atur sijil-sijil akademik bagi temuduga di sektor awam. Terima kasih kerana sudi membaca. Peace yo!

Psst : Maaf bahasa agak informal. Supaya pembaca lebih senang faham. Hehe...

Segmen : Be On Fixqrimalek's Bloglist!

http://itsfixqrimalek.blogspot.my/2015/11/segmen-be-on-fixqrimaleks-bloglist.html

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku join segmen ni hewhew...dekat bawah tu syarat-syarat untuk join segmen ni k...daaan aku tag Miss Nora and Didee untuk join hehehe...

Here's how :

  1. Wajib follow my blog! Pastikan you guys follow sebab senarai bloglist  bukan berdasarkan baclinks but your name yang appear kat my follower
  2. Buat entry pasal this segmen "Be On Fixqrimalek's Bloglist" at your beautiful blog! Entry mesti ada banner kat atas tu :)
  3.  Dah siap! tinggalkan baclinks post yand dibuat tadi di ruangan comment entry ni :) bukan ni shoutbox ye.
  4. Tag seorang or more untuk join this segmen! the more the merrier.
  5. Share this segmen kat blog lain :)

    Done.
Weehuuu...

Sunday, November 1, 2015

Happy Birthday Azrul Ariff Lee aka Chang2

01/11/11 - jam 2.37am, Chang2 lahir ke dunia ketika usia kandungan 31 minggu 5 hari. Due date sepatutnya 30/12/2011. Doc ckp Chang2 mesti masuk kaca sbb paru2 belum matang.

01/12/11 - Chang2 umur sebulan sdh masa tu. Papa n Mama bawa Chang2 jalan2 selepas dari klinik bersuntik utk sebulan.

01/09/2012 - Chang2 berumur 10 bulan time Chang2 masuk wad sebab kena jangkitan kuman di paru2. Nothing has ever broken my heart to see you getting sick and hurt.

04 - 05/09/2012 - Hari ke 4 dan ke 5 - Doc ckp cuba buka bantuan oksigen utk bagi Chang2 bernafas tanpa bantuan oksigen. Kalo paras oksigen dlm badan ok, esok dah boleh keluar. Tapi, sayangnya masa tu paras oksigen Chang2 bawah dari 92%. So, kena stay lagi. Hari keenam test lagi. Finally, Chang2 dah boleh balik rumah. Yay!!!


26/03/2015 - Baru lepas sehari mama balik dari KL, Chang2 tergelincir di bilik mandi dan belakang kepala koyak tekena bucu simen di bilik mandi. Darah banyak. Sampai hospital, kena tiga jahitan.



01/11/2015 - Chang2 hari ini. Detik 12.01 pagi, Chang2 sudah masuk 4 tahun. 4 tahun yg banyak memberi erti di dalam kehidupan mama, 4 tahun suka dan duka Chang2 bersama mama. 4 tahun yg singkat bagi mama sbb mama masih ingat detik Chang2 lahir ke dunia 4 thn yg lalu. Segar dan kemas dalam ingatan. Chang2 sgt istimewa di mata mama. I am proud to have u in my life. You are my most precious gift that Allah has ever give to me. I am sorry for not being the best mom for u but believe me, I will give my very best only for u.

"Happy Birthday son. May your life will be full with joy and happiness. May Allah bless u always. May u become a good son and obedient to the elders and i'm hoping that u will succeed in everything that u do. Aamiin."

Hugs and kisses,
Mama.